Langkau ke kandungan utama

Catatan

ADAKAH HARUS BERPUASA ENAM SEBELUM PUASA QADHA RAMADHAN?

Soalan;  ustaz, adakah boleh kita berpuasa enam sebelum mengqadha puasa Ramadhan yang tertinggal? Jawapan;  Bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana uzur syar'ie (seperti wanita yang kedatangan haid di bulan Ramadhan, berbuka kerana sakit, musafit dan sebagainya), harus baginya untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal, kemudian baru berpuasa qadha Ramadhan (sama ada dalam bulan Syamal atau selepasnya), kerana qadha Ramadhan baginya adalah wajib muwassa'  iaitu kewajipan yang diberi tempoh masa yang panjang untuk melaksanakanya iaitu hingga sebelum menjelang Ramadhan tahun hadapan (lebih kurang 11 bulan), sedang puasa enam pula tempoh masanya pendek iaitu hanya dalam bulan Syawal sahaja. Adapun orang yang meninggalkan puasa Ramadhan tanpa ada sebarang uzur Syar'ie (yakni meninggalkan puasa tanpa sebarang keuzuran), wajib dia segera mengqadha puasanya sebaik selepas hari raya. Maka tidak harus dia berpuasa enam sebelum menyelesaikan puasa qadha. Pandangan...

MENSETUBUHI ISTERI KETIKA HAID; ADAKAH DIKENAKAN DENDA/KAFFARAH?

Soalan; Assalamualaikum ustaz..saya  nak tanya macam mana cara bayar kaffarah bila suami berjimak ketika isteri dah kering haid tapi belum suci hadas besar?   Jawapan; Diharamkan mensetubuhi isteri ketika dalam haid, sehinggalah kering/tamat haidnya dan ia mandi hadas. Sekelian ulamak menegaskan; perbuatan mensetubuhi isteri dalam haid adalah besar. Pelakukanya wajib bertaubat kepada Allah.  Adakah dikenakan kaffarah/denda tertentu? Menurut jumhur/majoriti ulamak (iaitu mazhab Hanafi, Maliki, pandangan yang masyhur dalam mazhab Syafiie dan satu riwayat dari Imam Ahmad); tidak dikenakan sebarang kaffarah/denda tertentu. Hanya bertaubat sahaja. Sebahagian ulamak  (antaranya Imam al-Auza'ie, Ishaq, Hasan Basri dan satu riwayat dari Imam Ahmad; dikenakan denda di samping taubat. Namun mereka berikhtilaf tentang bentuk denda; - Menurut Imam al-Auza'ie, Ishaq dan Ahmad;  membayar 1 atau 1/2 dinar. - Menurut Imam Hasan Basri; membebaskan hamba atau men...

MENDENGAR AZAN KETIKA SEDANG SAHUR, BOLEHKAH TERUS MAKAN?

Soalan;  kalau sedang makan sahur, lepas tu bunyi azan, boeh kah kita terus habiskan makanan tu? Saya confuse sebab ada yang kata boleh teruskan makan walaupun azan. Jawapan; Jika diyakini subuh telah masuk (sama ada dengan mendengar azan atau melihat jam), wajib berhenti makan termasuk meluahkan apa yang ada di dalam mulut. Jika ditelan, batal puasa pada hari itu. Ya, ada yang keliru dengan sabda Nabi SAW; "Jika salah seorang dari kamu mendengar azan, sedang bekas air telah berada di tangannya, janganlah dia letakkan bekas hingga dia selesai minum dari bekas itu" (HR Abu Daud). Para ulamak menjelaskan, azan yang dimaksudkan itu adalah azan pertama, kerana azan pagi pada zaman Nabi dibuat 2 kali; azan Bilal dan azan Ibnu Ummi Maktum. Azan Bila sebelum masuk waktu subuh. Azan Ibnu Ummi Maktum apabila telah masuk subuh. Nabi SAW bersabda; "Bila kamu mendengar azan Bilal, teruskan makan dan minum hingga kamu mendengar azan Ibnu Ummi Maktum (maka berhentilah makan...

MENGAMBIL WUDHUK DENGAN MENCELUP TANGAN KE DALAM BEKAS AIR

Soalan; saya melihat ada orang mengambil wudhuk dengan mencelup tangannya ke dalam bekas air yang kecil (timba, cebok, gayung dan sebagainya). Adakah sah wudhuknya? Tidakkah air itu akan menjadi musta’mal? Jawapan; 1. Mengambil wudhuk dengan mencebuk air dengan tapak tangan dari bekas air itulah cara wudhuk Nabi SAW. Cara itulah yang terbaik jika dapat dipraktikkan kerana ia paling menjimatkan air. Para sahabat (antaranya Saidina ‘Usman RA, Abdullah bin Zaid RA, Ibnu ‘Abbas RA dan sebagainya) menceritakan; Nabi SAW semasa mengambil wudhuk, baginda akan bermula dengan menuang air (dari bekas) untuk membasuh tangannya tiga kali, kemudian baginda akan   mencebuk air dari bekas dengan tangan kanannya (atau kedua tangannya) untuk berkumur dan menyedut air ke dalam hidung, membasuh muka, tangan hingga siku, kepala dan kaki, yakni bagi setiap anggota wudhuk cebukan air berasingan (Soheh al-Bukhari; 159, 164. 186. Muslim; 226, 235). 2. Kebanyakan ulamak mazhab Syafiie ...

KENDURI NIKAH, KENDURI KHATAN, KENDURI KESYUKURAN, KENDURI AKIKAH, KENDURI KESYUKURAN, JAMUAN HARI RAYA; adakah semua disyariatkan?

Soalan; masyarakat Melayu adalah masyarakat kenduri. Banyak sungguh kenduri yang ada dalam masyarakat Melayu (sebagaimana disebut dalam tajuk, dan mungkin ada yang lain lagi). Adakah semua kenduri itu disyariatkan dalam agama Islam? Jawapan; 1. Dari kenduri-kenduri yang disebutkan di atas, yang disuruh agama -secara khusus- ialah kenduri nikah. Nabi SAW bersabda kepada Abdurrahman bin 'Auf RA (yang baru berkahwin); "Buatlah kenduri walaupun seekor kambing" (Soheh al-Bukhari; 2049. Muslim; 3492). Menurut jumhur fuqahak (termasuk mazhab Syafiie); mengadakan kenduri nikah adalah sunat (digalakkan), tidaklah wajib. Sebagian fuqahak (iaitu Imam Malik, Ahmad dan mazhab Zahiri) berpandangan; wajib mengadakannya oleh yang mampu.  Hukum memenuhi jemputannya pula, menurut jumhur fuqahak (ternasuk mazhab Syafiie); wajib memenuhi jemputan kenduri nikah jika tiada sebarang keuzuran, kerana Nabi SAW bersabda; "Sesiapa tidak memenuhi ajakan/jemputan kenduri ...

KEPULANGAN

Setiap kali hari raya, kita akan pulang. Pulang ke daerah asal kita atau pulang ke pangkuan keluarga yang melahirkan kita. Namun jangan kita lupa kepulangan terakhir kita, iaitu pulang bertemu Pencipta kita (Allah). Benarkah kita akan pulang bertemu Allah? Dalam hati seorang muslim, soalan ini tidak timbul lagi, kerana al-Quran yang diyakininya berulang kali menyebutkan bahawa manusia setelah mati nanti akan dihidupkan kembali dan akan di bawa mengadap Allah; " Bagaimana kamu tergamak untuk engkar kepada Allah, sedangkan kamu dulunya mati (tiada), lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kembali kamu, akhirnya kepadaNya kamu dikembalikan " (surah al-Baqarah, ayat 28). Al-Quran menjelaskan juga; saat manusia menghadap Allah nanti, hanya orang-orang yang pulang dengan hati yang bersih sahaja akan disambut kepulangannya oleh Allah; " Hari kebangkitan nanti tidak berguna segala harta benda dan anak pihak, melainkan orang y...

KEDUDUKAN SOLAT JUMAAT PADA HARI RAYA

Soalan;  Assalamualaikum Ustaz mohon beri sedikit pencerahan berkenaan hukum solat jumaat bila hari raya jatuh hari jumat? Jawapan; Para ulamak berbeza pandangan dalam masalah tersebut; 1) Menurut ulamak-ulamak mazhab Imam Ahmad (Hanbali); apabila hari raya jatuh pada hari jumaat, gugur kewajipan jumaat dari keseluruhan lelaki yang telah menghadiri solat hari raya sama ada mereka masyarakat tempatan (yakni yang tinggal dalam kawasan didirikan jumaat) atau dari pedalaman (yakni tinggal di luar kawasan jumaat). Jadi yang wajib ke atas mereka semua ialah melakukan solat zohor menggantikan jumaat. Mereka berdalilkan hadis dari Zaid bin Arqam RA yang menceritakan; "Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi SAW -yang kebetulan jatuh pada hari jumaat-, maka baginda memberi kelonggaran kepada solat jumaat, di mana baginda berkata; "Sesiapa ingin melakukan solat jumaat, lakukanlah" (HR Abu Daud (1070) dan Ibnu Majah (1310) dengan sanad yang baik (al-Maj...