Langkau ke kandungan utama

Catatan

SEJAUHMANA BAPA ATAU IBU BOLEH MENGGUNAKAN HARTA ANAK?

Soalan; jika anak mendapat wang pampasan kemalangan, apakah bapa atau ibu boleh menggunakan wang tersebut untuk diri mereka? Jawapan; Mengikut hukum umum, tidak harus mengambil harta orang lain tanpa izinnya. Sabda Nabi SAW: لَا ‌يَحِلُّ ‌مَالُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إلَّا بِطِيبِ نَفْسِهِ "Tidak halal harta seseorang melainkan dengan kerelaan hatinya" (HR al-Daruqutni. Nailul-Autar: 2425) Namun ada pengecualian bagi harta anak di mana Nabi SAW bersabda kepada anak;  . ‌أَنْتَ، ‌وَمَالُكَ ‌لِأَبِيكَ "Kamu dan harta kamu adalah bagi bapa kamu" (Musnad Ahmad; 6902, Sy al-Arnaut; hasan lighairihi). Berdalilkan hadis ini, diboleh bagi bapa mengambil atau menggunakan harta anak, namun -menurut ulamak- keharusan itu terikat dengan beberapa syarat; 1. Bapa memerlukan,  2. Jangan sampai memudaratkan anak 3. Jika anak memerlukan, maka dia lebih berhak bagi harta itu, 4. Bapa mengambil untuk dirinya, bukan untuk diberikan kepada orang lain.  (al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah). . Oleh k...

SEORANG YANG MEMILIKI DUA RUMAH; BAGAIMANA MENGUKUR KEHARUSAN JAMAK DAN QASAR SOLAT BAGINYA?

Soalan; Assalamu'alaikum Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, guru yg saya muliakan krn ALLAH TA'ALA. Mohon pencerahan mengenai solat jama'/qasr dan status bermukim dan musafir : Jika kita ada dua rumah satu di Perlis satu di Selangor dan kita selang seli berada di kedua tempat,  adakah keduanya dianggap kediaman di mana apabila sampai shj dari pemusafiran dah x boleh jama'/qasr? Dgn kata lain, adakah sebaik tiba dari pemusafiran di kedua rumah berkenaan status kita otomatik menjadi bermukim? Atau adakah rumah yg kita tinggal lebih lama tu sahaja yg dianggap kediaman manakala rumah kita dok balik sekali sekala tu dah x dianggap kediaman? JAWAPAN; Orang yang ada dua rumah, jika dia tinggal menetap di satu rumah dan satu rumah lagi dia hanya bertandang ke situ sekali sekala sahaja, maka rumah pertama yang dikira tempat mastautinnya (yakni kediaman tetapnya). Di situ tidak harus dia menjamakkan dan mengqasarkan solat. Adapun di rumah satu lagi, jika ia bertandang ke situ, harus bagi...

MEMBACA AL-QURAN DAN BERZIKIR DENGAN HATI

SOALAN; Assalamualaikum ustaz, adakah membaca alquran atau zikir secara kuat/israr/ jahar fadilatnya sama seperti membaca didalam hati? JAWAPAN; tadabbur al-Quran memadai dengan hati, namun untuk mendapat pahala membaca al-Quran mesti dengan pergerakan lidah dan mulut. Bacaan al-Quran dalam solat juga tertakluk dengan hukum yang sama iaitu wajib dibaca dengan menggerakkan mulut dan lidah. Tidak sah bacaan tanpa menggerakkan mulut dan lidah (ada ketikanya dikuatkan suara dan adakalanya diperlahan suara, mengikut keperluan yang ditentukan Syarak atau kehendak pembaca bagi situasi yang bersesuaian dengannya). Bacaan lidah dan mulut amat digalakkan untuk disertakan pula dengan zikir hati (iaitu tafahhum, tadabbur dan takhahsyu’). Berzikir juga sama. Zikir-zikir seperti tahlil, tahmid, tasbih, selawat dan sebagainya untuk mendapat pahala/fadhilat sebagaimana yang dijanjikan dalam hadis-hadis mesti dengan bacaan lidah dan mulut. Untuk ganjaran lebih sempurna disertakan pula dengan zikir ...

BERZIKIR TANPA SUARA; APAKAH DIKIRA

Soalan; Bolehkah berrzikir degan menggerakan bibir dan lidah tetapi ada kala nya tidak terkekuar suara. Mohon pencerahan. Terima.kasih..... JAWAPAN; Menurut Imam al-Nawawi dalam al-Azkar; “Berzikir boleh dengan hati dan boleh dengan lidah. Zikir terbaik ialah yang menggabungkan hati dan lidah secara Bersama. Jika ingin berzikir dengan salah satu darinya sahaja, maka zikir dengan hati lebih afdhal. Adapun zikir-zikir yang disyariatkan di dalam solat dan ibadah-ibadah lainnya -sama ada yang wajib atau yang disunatkan- tidak terhitung sebagai zikir melainkan dengan dilafazkan sekira-kira dapat didengar oleh diri sendiri sekiranya tiada masalah pada pendengarannya”. Merujuk kepada soalan; lafaz-lafaz zikir yang disyariatkan membacanya -dalam solat, selepas solat, zikir pagi dan petang, sebelum tidur dan sebagainya- mesti dengan sebutan lidah dan mengeluarkan suara sekurang-kurangnya yang dapat didengari diri sendiri. Dikecualikan bagi orang yang mengalami masalah pendengaran, maka...