Soalan; Asallamulaikum ustaz): nak tanya ni..AKU nak mendalami ilmu islam ni,
tapi BOLEH tak hanya dengan belajar melalui laman sosial tanpa bersua
muka,((contohnya aku sedang bertanya dengan ustaz sekarang ni..)) apakah
Hukumnya??
Jawapan;
Bismillah. Menuntut ilmu boleh dengan apa saja cara; membaca dari buku, mengadap guru secara lansung atau bertanyakan ulamak. Namun pastikan sumber ilmu itu benar, agar ilmu yang diperolehi juga benar. Imam Ibnu Sirin pernah memesan; "Ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agama kamu" (Soheh Muslim, mukadimahnya). Oleh itu, sebelum membaca buku, pastikan siapa penulisnya, dan sebelum merujuk ke laman sosial, pastikan siapa pengendalinya. Wallahu a'lam.
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; AKADEMI AL-QURAN IMAM AL-SYAFIIE untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan (lihat link di sebelah kanan blog)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?
Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari gu...
-
Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal m...
-
Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni keran...
-
Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan