Langkau ke kandungan utama

BA’DIYAH ISYAK; 4 RAKAAT ATAU 2 RAKAAT?

SOALAN; Assalamualaikum ustaz, bagaimanakah cara yang paling afdhal mendirikan solat sunat ba’diah isyak. Ada ustaz kata 4 rakaat 1 salam. Ada yang kata 4 rakaat 2 salam. Yang mana yang lebih afdhal. Mohon pencerahan.....t.ksh...

JAWAPAN;

Solat sunat ba’diyah Isyak ialah dua rakaat sebagaimana dalam keterangan hadis dari Ibnu ‘Umar RA yang menceritakan;

“Aku menghafal dari Nabi SAW 10 rakaat solat sunat, iaitu;

-       2 rakaat sebelum zohor,

-       2 rakaat selepas selepas zohor

-       2 rakaat selepas maghrib

-       2 rakaat selepas insyak, dan;

-       2 rakaat sebelum subuh”.

(Soheh al-Bukhari; 1180).

Namun di sana terdapat hadis menceritakan Nabi SAW turut melakukan solat sunat empat rakaat selepas Isyak, antaranya hadis dari Ibnu ‘Abbas RA yang menceritakan;

“Aku tidur di rumah ibu saudaraku Maimunah binti al-Harith RA -isteri Rasulullah SAW-, ketika itu baginda bermalam di rumah Maimunah. Setelah mengerjakan solat isyak, baginda pulang ke rumahnya, kemudian mengerjakan solat sunat 4 rakaat, kemudian tidur, dan kemudian bangun berqiamullail…” (Soheh al-Bukhari; 117).

Saidatina ‘Aisyah RA turut menceritakan; tidak pernah Rasulullah SAW pulang ke rumahku setelah mengerjakan solat Isyak melainkan baginda akan mengerjakan pula solat 4 rakaat atau 6 rakaat (Sunan Abu Daud; 1303).

Menurut Imam al-Syaukani; hadis tersebut menunjukkan bahawa disyariatkan solat sunat 4 rakaat atau 6 rakaat selepas isyak dan ia tergolong dalam solat malam (yakni bukan ba’diyah Isyak) (Nailul Autar, 3/24). Imam Ibnu Qudamah pula menggolongkannya dalam tatawwu’ ma’a al-rawatib (solat-solat sunat bersama solat-solat rawatib) (al-Mughni, 2/96).

Boleh dikerjakan dua dua rakaat atau empat rakaat sekaligus. Namun terdapat hadis menggalakkan 4 rakaat sekaligus, antaranya hadis dari Ibnu Mas’ud RA yang menceritakan;

مَنْ صَلَّى أَرْبَعًا بَعْدَ الْعِشَاءِ لَا يَفْصِلُ بَيْنَهُنَّ بِتَسْلِيمٍ، عَدَلْنَ بِمِثْلِهِنَّ مِنْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ 

“Sesiapa mengerjakan solat sunat 4 rakaat selepas isyak tanpa diselangi antaranya dengan salam, sama seperti dia mengerjakan 4 rakaat pada malam al-Qadar (Lailatul Qadar)” (Mushannaf Ibnu Abi Syaibah; 2/127, isnadnya baik).

Kesimpulannya, setelah solat Isyak disunatkan mengerjakan solat sunat ba’diyah Isyak sebanyak dua rakaat, diikuti dengan solat sunat 4 rakaat sebagai solat malam sebelum tidur (qiyamullail). Jika tidak berniat bangun tahajjud, elok disusuli pula dengan solat witir sebelum tidur; satu rakaat atau tiga rakaat. Jika berniat bangun tahajjud, hendaklah ditangguh solat witir itu untuk dilakukan setelah selesai solat tahajjud nanti.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1.   1. https://islamqa.info/ar/answers/175914/

2.   2. al-Mughni, 2/96

3.   3. Nailul Autar, 3/24

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar...

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie...

ADIK-BERADIK DATUK DAN NENEK; ADAKAH MEREKA MAHRAM?

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Terima kasih atas jwpn Ustaz pd soalan yg terlebih dahulu - tentang mahram seseorang wanita & menampakkan aurat pd remaja lelaki belum baligh. Dlm catatan Ustaz, disenaraikan mahram seseorang wanita adalah: 1. Bapa dan ke atas (yakni datuk dan seterusnya ke atas) 2. Anak lelakinya dan cucu lelakinya 3. Saudara-saudara lelakinya 4. Anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelakinya 5. Anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuannya 6. Bapa-bapa saudara dari sebelah bapanya 7. Bapa-bapa saudara dari sebelah ibunya. Soalan saya pula, bagi pihak Muslimah,bagaimana pula lelaki di senarai di bawah ini - adakah boleh kita berjabat tgn & menampakkan aurat? a--adik-beradik lelaki pada datuk kandung kami (sebelah bapa & ibu) b--adik-beradik lelaki pada nenek kandung kami (sebelah bapa & ibu) c--anak lelaki dari bapa saudara sebelah kedua bapa & ibu kami (yakni sepupu lelaki dari pakcik) Terima kasih Ustaz. Wassalam Jawapan; 1. Adik-beradik ...