Soalan; Salam, seorang bapa semasa hidupnya telah berhutang dengan salah seorang anaknya. Apabila meninggal dunia si bapa tidak meninggalkan apa-apa harta untuk dibayar hutang tersebut. Si anak itu telah menuntut hutang tersebut daripada adik, abang dan kakak yang sebapa dengan nya. Adakah wajib anak-anak yang lain membayar hutang tersebut? Jawapan; Bapa yang berhutang dari anak, ia wajib membayarnya kecuali jika si anak menggugurkan hutang itu darinya. Jika ia meninggal, hutang itu hendaklah ditolak dari harta peninggalannya sebelum diagih kepada ahli-ahli warisnya. Jika ia tidak meninggalkan harta, adalah amat baik jika anak-anak dapat mengambil alih tanggungjawab membayar hutangnya itu supaya gugur tanggungan si mati dan perbuatan mereka itu termasuk dalam pengertian berbuat baik dan bersyukur (berterima kasih) kepada ibu-bapa. Namun jika mereka enggan, tidaklah berdosa kerana Syariat tidak mewajibkan ahli-ahli waris (termasuk anak-anak) untuk menanggung hutang orang yang mewariskan...
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.