Langkau ke kandungan utama

MENGAHWINI WANITA HAMIL

Soalan: Apa hukum mengahwini wanita yang hamil kerana terlanjur berzina?

Jawapan;

Assalamu ‘Alaikum,
Al-Hamdulillah, Wassalatu ‘ala Rasulillah wa ala alihi wasahbihi,

Telah disepakati oleh para ulamak bahawa harus seorang lelaki mengahwini wanita yang dizinainya. Ibnu ‘Abbas r.a. pernah ditanya berkenaan seorang pemuda yang berzina, kemudian ia bertaubat dan ingin mengahwini wanita yang dizinainya sebagai jalan menutup keaiban wanita tersebut, maka beliau menjawab;

أَوَّلُهُ سِفَاحٌ، وَآخِرُهُ نِكَاحٌ، وَالْحَرَامُ لاَ يُحَرِّمُ الْحَلاَلَ
“Diawal adalah sifah (zina) dan diakhirnya adalah nikah. Yang haram tidak mengharamkan yang halal”.

Jika lahir anak selepas enam bulan dari tarikh berlakunya akad perkahwinan, maka nasab anak itu sabit kepadanya. Namun jika lahir kurang dari enam bulan, maka nasab tidak sabit kepadanya.

Namun jika wanita yang dizinai diketahui telah hamil, bagi masalah ini terdapat dua pandangan ulamak;

Pandangan pertama; iaitu pandangan Imam Syafi’ie dan juga Imam Abu Hanifah; wanita yang hamil kerana berzina harus dikahwini sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau dengan lelaki lain, namun tidak harus mensetubuhinya hinggalah ia melahirkan anak yang dikandungnya mengikut pandangan Imam Abu Hanifah. Menurut Imam Syafi’ie; makruh mensetubuhinya dalam keadaan hamilnya itu. Bagi pandangan ini, tidak ada kehormatan bagi zina untuk mewajibkan iddah ke atas wanita yang berzina. Oleh demikian, harus ia dikahwini pada bila-bila masa sama ada oleh lelaki yang berzina dengannya atau lelaki lain sekalipun ia sedang hamil. Cuma jika ia sedang hamil diharamkan mensetubuhinya (mengikut mazhab hanafi) atau dimakruhkan (menurut mazhab Syafi’ie) sehinggalah ia melahirkan anak. Selain itu –menurut pandangan ini juga- jika wanita yang berzina itu mempunyai suami harus suaminya mensetubuhinya tanpa perlu menunggu tempoh iddah tertentu sebagaimana pandangan kedua nanti.

Pandangan kedua; wanita yang hamil kerana berzina tidak harus dinikahi sehinggalah ia melahirkan anaknya. Pandangan ini merupakan pendapat Imam Rabi’ah, as-Tsauri, al-Auza’ie dan Ishaq dan ia merupakan pegangan mazhab Imam Malik dan mazhab Imam Ahmad.[1] Ini kerana menurut mereka, wanita yang melakukan persetubuhan zina wajib ke atasnya beriddah selama tiga kali haid atau tiga bulan (mengikut pendapat Imam Malik) atau dengan melahirkan anak jika ia hamil. Jika wanita yang berzina itu mempunyai suami, haram ke atas suaminya mensetubuhinya hinggalah tamat iddahnya itu. Kesimpulannya; mengikut pandangan ini, wanita yang berzina tidak harus dikahwini kecuali setelah tamat iddahnya iaitu tiga kali suci atau tiga bulan. Jika ia hamil tidak harus dikahwini kecuali setelah melahirkan anak. Di samping itu mereka menambah satu lagi syarat iaitu hendaklah wanita itu telah bertaubat dari zina.

Wallahu A’lam.
[1] Pandangan ini juga dipilih oleh Imam Abu Yusuf dan Zufar dari mazhab Hanafi. Dalam masalah ini mereka berbeza pandangan dengan Imam mereka iaitu Imam Abu Hanifah yang akan kita huraikan nanti pandangannya. (Lihat; Ahkam al-Marah al-Hamil, Yahya Abd. Rahman al-Khatib, hlm. 75).

Ulasan

winky MINKY berkata…
assalamualaikum ust .
saya nk bertanya , ape hukum kita kahwin dengan sepupu ibu kita ? adakah dia masih mahram kita ?

Catatan popular daripada blog ini

MELAKUKAN SOLAT QADHA SELEPAS SOLAT ASAR

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal menunaikan solat Asar kerana sebab tertentu bolehkan saya menggantikan solat tersebut setelah selesai menunaikan Solat Fardu Asar atau saya perlu menggantikannya pada waktu solat yang lain seperti Maghrib atau Isyak kerana saya pernah terbaca di dalam kitab bahawa setelah menunaikan Solat Subuh dan Solat Asar tidak dibenarkan menunaikan sebarang solat lain (waktu haram bersolat ). Terima kasih. Jawapan; Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas kita mengerjakan solat subuh dan solat asar ialah solat-solat yang tidak bersebab. Adapun solat-solat bersebab, diharuskan kita mengerjakannnya pada bila-bila masa termasuk pada waktu dilarang solat. Di antara solat bersebab ialah solat qadha (yakni solat ganti kepada solat fardhu atau solat sunat yang luput waktunya). Jadi -merujuk kepada soalan saudara-, adalah harus selepas saudara menunaikan solat Asar

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie

SOLAT TANPA MEMBACA SURAH ATAU AYAT LAIN SELEPAS AL-FATIHAH

Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al fatihah.. adakah cara itu betul.. jika saya sembahyang berseorangan, saya akan membaca al fatihah dan surah lain pada rakaat pertama dan kedua.. pada rakaat ketiga dan keempat saya hanya membaca al fatihah.. adakah cara saya itu betul.. adakah jika saya sembahyang setiap rakaat saya perlu membaca al fatihah beserta dengan surah lain.? saya betul2 musykil sehinggakan saya rasa sembahyang saya tidak diterima oleh allah.. tolong la saya ustaz.. Jawapan; Mengenai membaca surah atau ayat (di dalam solat) selepas al-Fatihah, perincian tentangnya adalah seperti berikut; 1. Hukumnya adalah sunat, tidak wajib. Bacaan al-Quran yang wajib di dalam solat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. Adapun membaca surah atau ayat selepasnya, hukumnya adalah sunat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencuk