Soalan; ustaz, berkenaan solat sunat tasbih, adakah dituntut dilakukan pada malam raya? Dan adakah benar dakwaan yang mengatakan bahawa tiada sebenarnya solat ini dalam pengamalan rasulullah? Jawapan; Tidak ada solat sunat yang disyariatkan secara khusus untuk malam hari raya. Apa sahaja ibadah yang telah disyariatkan secara umum –iaitu solat tahajjud, zikir, selawat, bacaan al-Quran, majlis ilmu dan sebagainya- harus kita lakukan untuk menghidupkan malam hari raya untuk memperolehi kelebihan yang disebut oleh hadis; “Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.) [1] Mengenai solat Tasbih, terdapat hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a.; “Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada bapa saudaranya al-‘Abbas; ‘Wahai al-‘Abbas, bapa saudaraku! Sukakah aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu sepuluh kelebihan jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan mengampunkan
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.