Soalan; ustaz, di Perlis ada masjid yang imamnya tidak membaca qunut ketika solat subuh. Adakah boleh saya membaca qunut walaupun imam tidak membacanya? Jawapan; Menurut mazhab Syafiie; membaca qunut ketika solat subuh adalah sunat ab'adh iaitu sunat utama dalam solat yang dituntut sujud sahwi jika sunat itu ditinggalkan. Namun ketika kita solat subuh berimamkan imam yang tidak membaca qunut (sama ada lupa atau kerana berpegang dengan pandangan mazhab yang tidak mensunatkan bacaan qunut), tidak perlu kita membaca qunut hingga menyebabkan kita akan ketinggalan dari imam. Semasa solat berjamaah, kita dituntut segera mengikut imam sebagaimana arahan Nabi SAW; إِنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا، وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا، وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا "Sesungguhnya imam dilantik untuk diikuti, maka apabila dia bertakbir hendaklah kamu turut bertakbir, apabila dia rukuk hendaklah kamu turut rukuk dan apabila dia sujud hendaklah kam...
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.