Langkau ke kandungan utama

Catatan

ADAKAH MENANTU TIRI MERUPAKAN MAHRAM?

ADAKAH MENANTU TIRI MERUPAKAN MAHRAM? Soalan: Seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita yang mempunyai anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu. Anak lelaki tersebut kemudiannya berkahwin. Adakah isteri kepada anak tirinya itu menjadi mahram kepadanya? Jawapan: Isteri kepada anak tiri lelaki (menantu tiri) bukan mahram kepada bapa tiri suaminya . Ini kerana hubungan perkahwinan yang mengharamkan seseorang lelaki berkahwin dengan menantunya hanya melibatkan isteri kepada anak lelaki daripada keturunannya sendiri, bukan isteri kepada anak tiri. Firman Allah SWT: وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ “Dan (diharamkan ke atas kamu berkahwin dengan) isteri-isteri anak lelaki kamu yang berasal daripada keturunan kamu sendiri.” (Surah al-Nisa', ayat 23) Dalam kitab I‘anah al-Talibin , dijelaskan bahawa antara wanita yang tidak haram dikahwini kerana hubungan kekeluargaan ialah: Anak perempuan kepada suami ibu (bapa tiri), begitu juga ibu kepada bapa tiri. Anak pere...
Catatan terbaharu

GANTI PUASA BAGI PESAKIT DIALYSIS

Soalan : Bagi pesakit dialysis yang tak dapat puasa kerana uzur, adakah kena bayar puasa juga bila mampu?  Jika tidak tahu bila yang mampu, boleh tak terus bayar fidyah sahaja atau kena bayar fidyah dan kena bayar puasa juga bila mampu?  Syukran Ustaz. JazakALLAH Khayr Jawapan: Jika tidak mampu lagi berpuasa kerana dialysis terpaksa dijalankan juga di luar Ramadhan, dia boleh terus ganti dengan fidyah. Tidak dituntut lagi atas dirinya qadha. Allah SWT berfirman: "...dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin" (al-Baqarah: 184). Namun jika keadaannya pulih, para ulamak berbeza pandangan. Menurut mazhab Hanafi, wajib dia mengqadha puasanya, tidak memadai dengan fidyah itu sebagai ganti puasa. Namun menurut pandangan muktamad dalam mazhab Syafiie, tidak perlu lagi dia menggadha puasanya, kerana kewajipan ke atasnya bagi situasinya terdahulu ialah fidyah dan dia telahpun melaksanakannya. Wall...

PERLUKAH MAKMUM MENGAMINKAN SELAWAT IMAM DI DALAM QUNUT SUBUH?

Soalan; Perlukah makmum mengaminkan selawat imamnya semasa qunut? Jawapan;  Jawapan bagi soalan di atas bergantung kepada kedudukan selawat; apakah ia doa atau pujian? Kedua-duanya dapat diandaikan. Kerana itu terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam mazhab Syafiie sendiri; a) Ada berkata; ia adalah doa, maka makmum hanya perlu mengaminkan bacaan selawat imam. Pandangan ini disebut Imam al-Tobari. b) Ada berkata; ia adalah pujian, maka makmum perlu membacanya sendiri. Pandangan ini disebut Imam al-Ghazzi.  Pandangan yang muktamad ialah yang pertama. Namun Imam al-Khatib al-Syirbini dan Imam al-Baijuri mengesyorkan; sebaiknya kita menghimpunkan kedua-duanya iaitu; kita mengaminkan selawat imam, kemudian kita turut membacanya. Wallahu a'lam. Rujukan: Mughni al-Muhtaj, 1/371. Hasyiyah al-Baijuri 'ala Syarh al-Ghazzi, 1/316.

BENARKAH NABI SAW LAHIR TANGGAL 12 RABIUL AWWAL?

Soalan: ustaz, benarkah Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tanggal 12 Rabiul Awwal? Saya ada mendengar tanggal tersebut adalah tanggal kewafatan baginda, bukan kelahirannya. Jawapan: Terdapat nukilan dari tokoh sirah terkenal (Ibnu Ishaq) bahawa Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tanggal tersebut (12 Rabiul Awwal). Imam al-Baihaqi mencatatkan dalam kitabnya Dalail al-Nubuwwah: قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ: وُلِدَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم، يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ، عَامَ الْفِيلِ، لِاثْنَتَيْ عَشْرَةَ لَيْلَةٍ مَضَتْ مِنْ شَهْرِ رَبِيعٍ الْأَوَّلِ. "Berkata Muhammad bin Ishaq: Rasulullah SAW dilahirkan pada hari Isnin, tahun Gajah, pada tanggal 12 Rabiul Awwal" (Dalail al-Nubuwwah, 174; al-Maktabah al-Syamilah). Tanggal inilah yang diterima majoriti ulamak dan penulis-penulis sirah sekalipun tidak dinafikan terdapat pandangan menyebutkan tanggal lain. Ringkasnya, tiada persepakatan tentang tanggal lahir baginda SAW. Persepakatan hanya pada hari lahirnya iaitu Isnin dan bul...

EBOOK USTAZ ADNAN

Dapatkan ebook ustaz adnan di onpay. Sila klik . Ebook yang tersenarai setakat ini: 1. Terjemahan Syamail Muhammadiyah 2. Tafsir surah al-Insan 3. Mengatur Wirid Harian 4. Ilmu Tazkiyah (menurut Imam al-Ghazali) & 40 ayat dan 50 Hadis Tazkiyah (dari 40 topik Ihya' Ulumiddin)

BELAJAR DAN MENGAMBIL IJAZAH MELALUI YOUTUBE?

Soalan: amalan-amalan yang diijazah oleh ulamak atau guru melalui youtube adakah sah untuk diamalkan. Apa itu dikira sebagai ijazah dari guru? Jawapan: Belajar melalui youtube atau alat-alat perhubungan moden telah diakui para ulamak hari (secara ijmak sukuti) sebagai cara pengajian yang sah. Para ulamak muktabar apabila mereka tidak melarang rakaman kuliah mereka disebarkan kepada orang ramai, itu menunjukkan keizinan mereka untuk ilmu mereka dalam rakaman itu diterima dan diamalkan. Itu merupakan ijazah dari mereka secara ijazah ammah (umum/awam). Maksud ijazah ialah keizinan dari guru untuk kita membaca kitab mereka atau mengambil/mengamalkan ilmu dari mereka. Namun jika kita dapat bertemu mereka dan mengambil ijazah (keizinan) secara khusus itulah paling afdhal dan mudah-mudahan paling barakah. Kesimpulannya, mengambil ilmu melalui rakaman video/youtube (atau seumpamanya) adalah cara yang bermanfaat hari ini, namun tidak mencukupi dalam proses pengajian ilmu. Setiap muslim perlu k...

CARA SEBENAR TAWASSUL?

Soalan: apakah cara sebenar bertawassul? JAWAPAN; Tawassul bermaksud mengambil/melalui wasilah (jalan untuk mendekatkan diri) kepada Allah. Makna ini merujuk kepada firman Allah; يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱبۡتَغُوٓاْ إِلَيۡهِ ٱلۡوَسِيلَةَ وَجَٰهِدُواْ فِي سَبِيلِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan yang mendekatkan diri) kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat kejayaan” (surah al-Maidah, ayat 35). Menurut Imam al-Suyuti; wasilah itu ialah ketaatan kepada Allah (Tafsir al-Jalalain). Menurut Imam al-Raghib al-Asbahani; hakikat wasilah ialah jalan yang mendekatkan kita kepada Allah melalui ilmu, ibadah dan menjaga akhlak mulia (al-Mufradaat, hlm. 871). Selain itu, tawassul juga dimaksudkan mencari suatu wasilah (jalan) agar doa segera dimustajabkan Allah. Bertawassul dalam pengertian ini merangkumi; a) Bertawassul dengan nama-nama Allah b) Bertawassul dengan a...