1. Puasa berkualiti apabila kita berjaya mencapai tujuan puasa yang dinyatakan Allah dalam al-Quran iaitu takwa. "Wahai orang-orang beriman, difardhukan ke atas kamu puasa sebagaimana difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya (dengan puasa itu) kamu dapat bertakwa kepada Allah " (surah al-Baqarah, 183). Darjat takwa amat tinggi di sisi Allah. Allah berfirman; "Sesungguhnya orang termulia di kalangan kamu adalah orang yang paling bertakwa" (surah al-Hujuraat, ayat 13). Kerana itu, syurga tidak diciptakan melainkan untuk orang bertakwa. "Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang bertakwa" (surah Ali Imran, ayat 133). 2. Puasa berkualiti apabila kita menghadapi puasa dengan persediaan jiwa dan jasmani. Kerana itu kita disurah oleh Nabi SAW untuk berniat puasa pada malamnya (sebagai persediaan jiwa) dan bersahur (sebagai persediaan jasmani). Sabda Nabi SAW; "Sesiapa tidak bern
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.