Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2008

SOLAT GERHANA

Soalan; bagaimana caranya mengerjakan solat gerhana? Jawapan; Apabila berlaku gerhana sama ada gerhana matahari atau bulan, disunatkan kita mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan niat mengerjakan solat sunat gerhana. Ini berdalilkan sabda Nabi s.a.w.; إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ، يُخَوِّفُ اللهُ بِهِمَا عِبَادَهُ، وَإِنَّهُمَا لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ مِنَ النَّاسِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئاً فَصَلُّوا وَادْعُوا اللهَ، حَتَّى يُكْشَفَ مَا بِكُمْ “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Allah menakutkan dengan keduanya akan hamba-hambaNya. Kedua-duanya tidak menjadi gerhana dengan sebab kematian seorang dari manusia. Oleh demikian, apabila kamu melihat sesuatu darinya (yakni menyaksikan sesuatu terjadi pada matahari atau bulan itu), maka hendaklah kamu tunaikan solat dan berdoa kepada Allah sehingga habis gerhana itu”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim) Adapun cara menunaikan solat g

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Soalan; Apakah kaedah yang ringkas dan mudah untuk saya menilai perkara-perkara yang boleh membatalkan aqidah atau iman, yakni menjadikan seorang muslim itu murtad atau kafir? Jawapan; Imam Abu Jaafar at-Thahawi(الطحاوي) dalam kitabnya matan al-‘Aqidah at-Thahawiyyahnya mengungkapkan; لاَ يَخْرُجُ الْعَبْدُ مِنَ الإِيْمَانِ إِلاَّ بِجُحُوْدِ مَا أَدْخَلَهُ فِيْهِ “Seseorang hamba tidak terkeluar dari lingkungan iman melainkan dengan mengingkari (yakni menolak) perkara yang memasukkannya ke dalam iman”. (Lihat; Syarh al-‘Aqidah at-Thahawiyyah, oleh Ibnu Abil-‘Izzi al-Hanafi, hlm. 331) Ungkapan di atas menerangkan satu kaedah umum kepada kita iaitu seseorang itu akan menjadi kafir (yakni batal imannya) apabila ia menolak perkara yang memasukkannya ke dalam iman. Apakah perkara yang memasukkan seseorang ke dalam iman? Dan apa pula yang dimaksudkan dengan menolaknya? Iman bermaksud at-Tasdiq iaitu membenarkan. Maksud membenarkan di sini ialah membenarkan Nabi Muhamma