Soalan : Saya ingin mendapat pandangan ustaz berkenaan dengan amalan menyambut hari jadi ahli keluarga dan ulang tahun perkahwinan. Apa hukumnya? Jawapan; Mengadakan sambutan hari lahir dan hari perkahwinan adalah harus dengan syarat tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang ditegah Syarak (yakni Allah dan Rasul). Islam mengharuskan untuk kita melahirkan perasaan gembira terhadap anugerah Allah kepada kita dengan sebarang cara asalkan tidak menyalahi Syari’at yang wajib kita ikuti. Sekalipun sambutan sedemikian tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w., namun itu tidak menjadi alasan untuk mengharamkannya kerana kita hanya ditegah melakukan perkara baru (yakni Bid’ah) dalam hal-hal agama. Adapun dalam hal-hal keduniaan, terserah kepada kita asalkan jangan sampai melanggari ketetapan Syari’at yang sedia ada. Islam adalah agama yang sentiasa memberi kelapangan kepada manusia. Selain hari lahir dan hari perkahwinan, diharuskan juga kita menyambut hari-hari bersama dalam Negara dan mas...
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.