Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

SOLAT SUNAT BERJAMAAH

Soalan ; Apa hukum mengerjakan solat hajat secara berjamaah? Jawapan ; Solat sunat ada dua jenis; (Pertama) Solat sunat yang disyariatkan untuk dilakukan secara berjamaah iaitu solat sunat hari raya, solat gerhana, solat istisqa' (minta hujan), solat terawih dan witir di bulan Ramadhan. (Kedua) Solat sunat yang disyariatkan dilakukan bersendirian seperti solat tahajjud, solat dhuha, solat istikharah, solat hajat dan solat rawatib yang mengiringi solat fardhu. Solat sunat yang disyariatkan berjamaah tiada keraguan lagi atas keharusan berjamaah dalam melakukannya malah ia afdhal dilakukan berjamaah. Persoalan yang timbul ialah; solat sunat yang disyariatkan bersendirian, adakah harus jika kita melakukannya secara berjamaah (termasuk solat hajat yang ditanya dalam soalan di atas). Jawapannya adalah harus berdalilkan berberapa hadis, antaranya; 1. Diriwayatkan dari Anas yang menceritakan; "Aku dan seorang anak yatim telah mengerjakan solat di belakang Nabi dan ibuku Ummu Sulaim di

HUKUM MEMBATALKAN PUASA SUNAT

Soalan; Salam Ustaz, Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan puasa sunat kerana jarang kita dengar ulasan berkenaan puasa ini. 1. Apakah hukum membatalkan puasa sunat dengan sengaja sama ada makan atau minum atau jimak? 2. Adakah perlu mengantikannya semula? 3. Jika melakukan jimak, adakah wajib kaffarah? Secara keseluruhannya adakah hukum membatalkan puasa sama ada puasa sunat atau puasa dibulan ramadhan adalah sama? Harap ustaz dapat menjelaskan pertanyaan ini. Sekian, wassalam. Jawapan; Terdapat hadis di mana Rasulullah –sallalahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Orang yang berpuasa sunat adalah pemimpin dirinya sendiri. Kalau dia mahu ia boleh meneruskan puasanya dan jika ia mahu ia boleh berbuka” (Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Hakim dari Ummu Hani r.a.. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5122. Menurut as-Suyuti; hadis ini soheh). Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak (Imam Syafiie, Imam Ahmad, Sufyan as-Sauri, Ishaq dan sebagainya) berpandangan; puasa sunat tida

SOLAT HAJAT SELEPAS AZAN ASAR DAN SEBELUM SOLAT ASAR 

Soalan ; Ustaz telah menerangkan bahawa haram solat hajat selepas menunaikan Solat Asar hingga matahari terbenam sepenuhnya. 1. Bagaimana pula hukumnya kita melakukan solat hajat sebaik sahaja selesai Azan Asar menandakan masuk waktu iaitu sebelum kita melakukan Solat Fardhu Asar?( Solat Hajat dahulu dan kemudian barulah solat Fardhu Asar). 2. Bolehkah melakukan Solat Hajat secara berjamaah. Sekian, terima kasih. Jawapan ; Ada lima waktu kita dilarang solat; 1.       Selepas solat subuh hingga terbit matahari 2.       Selepas solat asar hingga terbenam matahari 3.       Ketika terbit matahari hinggalah meninggi dengan kadar segalah (yakni 15 – 20 minit selepas terbit matahari, iaitu masuknya waktu dhuha) 4.       Ketika matahari di tengah langit hinggalah ia tergelincir (yakni hingga masuk waktu zohor); dikecualikan hari jumaat bagi orang hadir ke masjid untuk solat jumaat. 5.       Ketika matahari menguning hingga terbenam matahari.[1]  Dalil larangan tersebut ialah hadis-hadis Nabi b

IMAM TERLEBIH RAKAAT; APA YANG PERLU MAKMUM LAKUKAN?

Soalan; Assalamualaikum wbt,Jika imam telebih satu rakaat sebagai contoh: Sembahyang isyak. Selepas rakaat keempat imam terlupa dan terus bangun( walaupun di tegur oleh makmum) untuk rakaat yang kelima dan setelah selesai tahiyad akhir imam terus sujud sahwi dan seterusnya memberi salam. Persaolan: 1. Sabagai makmum adakah saya perlu terus mengikuti imam atau saya perlu berniat keluar drpd jemaah dan meneruskan tahiyad akhir saya pada rakaat yang keempat. Sekian Terima Kasih. Jawapan; 1. Dalam kes seperti di atas, makmum hendaklah memperingatkan imam dengan mengucapkan tasbih (Subhanallah). Bagi perempuan, hendaklah memperingatkan imamnya dengan menepuk di atas belakang tangannya. Ini sebagaimana sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Jika berlaku sesuatu di hadapan kamu ketika sedang solat[1] (dan kamu ingin memperingatkan/memberitahu tentangnya), hendaklah orang lelaki bertasbih, adapun perempuan hendaklah ia menepuk (di atas belakang tangannya)[2]” (HR Bukhari dan Muslim dari

MENGHIBAH HARTA KEPADA ANAK-ANAK SEBELUM MATI

Soalan ; Assalamualaikum wbt. Bapa saya yg masih lagi hidup telah membahagikan hartanya kepada kami adik-beradik seramai 8 orang ( 6 lelaki dan 2 perempuan). Masing2 telah diperuntukkannya dgn hartanya yg berupa tanah dan rumah. Semuanya mendapat bahagian masing2. Soalan saya ialah, adakah pembahagian ini dipanggil hibah atau wasiat dan adakah ianya sah disegi syarak. Jika ianya tidak sah, bagaimanakah caranya yg sah? Jawapan ; Harus pemilik harta ketika ia sihat dan berakal waras menghibahkan hartanya kepada sesiapa yang ia kehendaki, tanpa berniat menganiayai waris-warisnya. Jika dengan niat tersebut, ia berdosa kerana niat jahat tersebut sekalipun hibah tersebut terlaksana kerana seseorang berhak membelanjakan harta miliknya mengikut keputusannya. Adapun menghibahkan harta kepada anak-anak, wajib berlaku adil kepada semua anak-anak, yakni; tanpa mengecualikan seorangpun dari mereka. Ini sebagaimana terdapat dalam Soheh Imam al-Bukhari riwayat dari an-Nukman bin Basyir yang mencerita

DARAH YANG KELUAR SEBELUM BERSALIN ATAU KEGUGURAN

Soalan ; Assalamualaikum Ustaz, Saya merujuk kepada laman blog ustaz  http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/03/darah-selepas-keguguran-adakah-ia-nifas.html berkenaan darah nifas. Saya ingin bertanya, kadangkala sebelum keguguran, terdapat tanda2 darah yang keluar. Apakah status darah ini? Adakah ia haid atau istihadah? Terima kasih.. Jawapan; Menurut mazhab Syafiie, darah yang datang sebelum bersalin atau sebelum berlaku keguguran bukanlah darah nifas kerana pengertian darah nifas ialah darah yang keluar selepas terpisah sepenuhnya bayi atau janin dari ibu. Oleh itu, darah yang keluar sebelum bersalin/keguguran itu adalah dikira sama ada darah haid atau darah penyakit (fasad/istihadhah). Dikira darah haid jika ia berbetulan dengan masa haid sebelum mengandung dan nampak tanda-tanda darah haid padanya. Ini merujuk kepada pandangan mazhab Syafiie bahawa wanita mengandung ada kemungkinan didatangi haid (*Sila baca jawapan saya dalam blog ini tentang "Keluar darah ketika mengandung&q

HARTA PUSAKA; HAK ISTERI DAN ANAK-ANAK

Soalan ; assalamualaikum wbt.. mengenai harta si mati...arwah meninggalkan harta pada isteri dan juga anak perempuannya...  SOALAN 1- selepas kamatian suaminya si isteri berkahwin dgn org lain secara automatiknya si isteri menjadi tnggungjwb suami barunya, siapa kah berhak untuk dapat harta tersebut? si anak or si isteri yg sudah berkahwin lain?? SOALAN 2- adakah haram jika bapa tiri tersebut menggunakan harta tersebut tanpa keredhaan si anak?? SOALAN 3-anak tersebut berumur 19 tahun dan masih belajar, adakah anak tersebut masih berhak mendapat harta tersebut?? SOALAN 4-apakah berdosa jika si ibu menghalang anaknya dari menggunakan harta arwah ayahnya dan patut kah si ibu tersebut bagi kesemua harta tersebut pada anaknya misalnya wang gaji arwah suami, rumah dan lain2.... SOALAN 5-berdosakah si ibu jika melarang anknya menduduki rumah arwah ayahnya jika rumah tersebut diwariskan nama anak dan isteri tersebut?? SOALAN 6- apakah hukum mengharamkan benda2 yg halal kerana kemarahan, contoh

MENGUBAH RAMBUT

Soalan; apa hukum jika kaum wanita membuat rambut seperti rebonding, kerinting kan rambut mereka atau membuat treament rambut kaum hawa sendiri saya ada mendengar yang kesemua itu ada lah haram saya ingin megetahui nya kesahihan nya. Jawapan; Mengubah rambut sama ada meluruskannya, mengkerintingkannya dan merawatnya (penanaman rambut atau sebagainya) hukumnya harus dengan syarat-syarat berikut; 1. Tidak menggunakan bahan-bahan yang haram dan najis seperti lemak babi dan sebagainya. 2. Bahan yang digunakan tidak memudaratkan rambut atau badan. 3. Dengan tujuan yang harus; seperti berhias untuk suami, untuk merapikan rambut dan sebagainya. Adapun untuk didedahkan kepada orang lain yang bukan mahram atau untuk meniru gaya rambut orang kafir atau orang fasik, diharamkan kerana tujuan yang dilarang itu. Begitu juga, diharamkan orang lelaki meniru gaya rambut perempuan dan perempuan meniru gaya rambut lelaki. 4. Orang yang menjalankan khidmat mengubah rambut itu hendaklah perempuan juga. Ti

PENGHALALAN DARI ORANG YANG DIRAMPAS HAKNYA; APAKAH GUGUR DOSA DARI ORANG YANG MERAMPAS?

Soalan ; Assalamualaikum wbt. Arwah kawan ada meninggalkan sebiji loket. Jika dijual, perlukah dibahagi mengikut hukum faraid. Yang ada suami dan 2 orang anak lelaki. Menurut suami, sebenarnya ada lagi barang kemas arwah tetapi diambil oleh adik beradik dan arwah ibunya. Mustahil untuk mengambilnya semula. Perlukah dia beritahu kepada ipar2 secara lisan untuk menghalalkan ataupun cukup sekadar niatnya sahaja. Terima kasih. Jawapan ;  1. Semua bentuk harta peninggalan si mati sama ada berupa wang, harta boleh alih (kereta, motor dan sebagainya) atau tidak boleh alih (tanah, rumah dan sebagainya) dan barang-barang berharga -dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya- mesti diagihkan kepada ahli-ahli warisnya yang berhak mengikut hukum faraid yang ditetapkan Allah dan Rasul. Harus dibahagikan secara persepakatan dengan syarat mendapat persetujuan semua ahli waris yang berhak tanpa terkecuali seorang pun. Dikecualikan jika ada ahli waris yang belum baligh, maka haknya mesti diberikan penuh

HAID SELANG SEMINGGU, WANITA ISTIHADHAH; HARUSKAH BERSAMA SUAMI?

Soalan ; Salam..Ust saya nak tanya, jika seorang perempuan didatangi haid seminggu, kemudian seminggu berhenti dan selepas itu datang lagi seminggu, adakah itu adalah darah penyakit? Boleh ust terangkan bagaimana keadaannya dikira sebagai darah penyakit? Dan seperti yg sy tahu, jika darah penyakit, seseorang itu dikehendaki menunaikan solat fardu seperti biasa tetapi bolehkah seseorang itu memegang @ membaca al-quran, membuat solat sunat dan bolehkah seseorang itu bersama dgn suami?  Harap ust dpt jawab kemusykilan saya ini. Terima kasih. Jawapan ; 1. Menurut mazhab Syafiie; tempoh suci di antara satu haid dengan satu haid yang lain tidak boleh kurang dari 15 hari. Oleh itu, jika seseorang wanita baru habis haid kemudian belum genap 15 hari dari tanggal habis haid tadi muncul semula darah, maka darah itu tidak dianggap darah haid, akan tetapi darah istihadhah. Darah haid adalah darah tabiie (normal) bagi wanita, adapun darah istihadhah bukan darah tabiie, tetapi muncul kerana suatu mas

SEPUPU IBU; ADAKAH BOLEH DIKAHWINI?

Soalan ; ust , sy nak tanya . apa hukum mngahwini sepupu ibu sndiri ?? Jawapan ; Sepupu sendiri, sepupu ibu atau sepupu bapa, semuanya bukan mahram. Oleh itu, harus dikahwini. Bagi seorang lelaki, wanita-wanita yang menjadi mahramnya ialah; 1. Ibunya 2. Neneknya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu) 3. Anak perempuannya 4. Cucu perempuannya 5. Kakak atau adik perempuannya. 6. Anak saudara perempuannya (yakni anak perempuan kepada saudara-saudara kandungnya) 7. Ibu saudaranya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu) 8. Ibu mertua 9. Anak tiri perempuan 10. Menantu perempuan 11. Ibu tiri   Bagi seorang wanita pula, lelaki-lelaki yang menjadi mahramnya ialah; 1. Bapanya 2. Datuknya (sebelah bapa dan juga sebelah ibu) 3. Anak lelakinya 4. Cucu lelakinya 5. Abang atau adik lelakinya 6. Anak saudara lelakinya (yakni anak lelaki kepada saudara-saudara kandungnya) 7. Bapa saudaranya (sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu) 8. Bapa mertua 9. Anak tiri lelaki 10. Menantu lelaki 11. Bapa tiri   Dari sen

JAM EMAS

Soalan ; Assalamualaikum Ustaz..Saya ada pertanyaan..Apakah hukum bagi seorang lelaki memakai jam tangan yang disadurkan dengan emas? Sekian, terima kasih. Jawapan ; 1. Terdapat larangan yang jelas dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- terhadap orang lelaki memakai emas. Sabda Nabi (bermaksud); “Diharamkan memakai sutera dan emas ke atas lelaki-lelaki umatku dan dihalalkan kepada wanita-wanita mereka” (HR Imam at-Tirmizi dari Abu Musa al-Asy’ari –radhiyallahu ‘anhu-. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh). Malah turut dilarang ialah perkakas/peralatan dari emas (dan juga perak). Larangan ini merangkumi lelaki dan juga perempuan. Sabda Nabi SAW; " Jangan kamu minum dalam bekas dari emas dan perak dan jangan kamu makan dalam pinggan dari keduanya kerana sesungguhnya ia untuk mereka (yakni orang-orang kafir) di dunia dan untuk kamu di akhirat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Huzaifah r.a.). Hadis di atas walaupun hanya menyebutkan larangan bekas emas dan perak

ZAKAT PERNIAGAAN IBU TUNGGAL

Soalan ; Assalamualaikum w.b.t Tuan, Saya hamba yang kurang pengetahuan ini ada satu persoalan yang saya inginkan penjelasan. Adakah seorang ibu tunggal (telah kematian suami) yang meniaga sendiri untuk menyara keluarganya dan katakanlah telah mendapat keuntungan bersih hasil perniagaannya berjumlah RM10,000.00 setahun, wajib untuk membayar zakat perniagaannya sedangkan dia yang mempunyai 5 orang anak dimana 2 daripadanya telah bekerja (cukup untuk menyara diri sendiri) manakala 3 darinya masih menuntut (seorang di Universiti Awam, seorang di Matrikulasi Kerajaan dan seorang lagi masih belajar di tingkatan 4). Harap dapat dibantu. Terima Kasih. Jawapan ; 1. Zakat wajib dikeluarkan apabila seorang itu kaya. Dalam hadis yang menceritakan Nabi menghantar Muaz ke Yaman untuk menjadi Gabenor, antara yang dipesan Nabi kepadanya ialah; "Apabila mereka telah patuh kewajipan Solat lima waktu, beritahu pula kepada mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka sedekah (yakni zakat) iaitu dip

TELUR YANG BERDARAH; ADAKAH MASIH HARUS DIMAKAN?

Soalan ; Telur yang berdarah, apakah ia masih boleh dimakan? Apa hukum menjualnya? Jawapan ; 1. Telur jika telah berubah menjadi darah, ia adalah najis menurut mazhab empat (Hanafi, Maliki, Syafiie dan Hanbali). Adapun jika ia menjadi busuk sahaja (yakni tidak menjadi darah), para ulamak khilaf; A) Menurut jumhur ulamak (iaitu mazhab Hanafi, Syafiie dan Hanbali); ia tidaklah menjadi najis. Hukumnya sama seperti daging yang menjadi busuk; ia tidak diianggap najis dan masih harus dimakan jika tidak memudaratkan.  B) Namun menurut mazhab Maliki; telur yang berubah menjadi busuk adalah najis dan haram dimakan.  Jika perubahannya hanya sekadar bercampur kuningnya dan putihnya -yakni belum lagi menjadi busuk- ia adalah suci tanpa khilaf. Imam an-Nawawi menjelaskan dalam kitabnya al-Majmuk; Telur dari binatang yang suci jika ia berubah menjadi darah; menurut pandangan yang paling soheh dalam mazhab Syafiie ia adalah najis. Adapun telur yang berubah baunya iaitu yang bercampur putihnya dan kun

MENGULANGI SOLAT KERANA WAS-WAS DAN TIDAK KHUSYUK

Soalan ; Assalamualaikum, ustaz, saya selalu was-was bilangan sujud semasa solat, bila fikiran terlalai sikit terus terlupa atau was-was bilangan sujud sesuatu rakaat walaupun sepanjang solat tersebut kita khusyuk. Apakah tindakan sekiranya hadir perasaan was-was tersebut.  saya ada terdengar dalam kuliah di surau-surau menyatakan seseorang yang merasakan solatnya tidak sah atau tidak sempurna dibolehkan bangun solat semula. Semoga dengan penerangan dari Ustaz dapat menenangkan hati saya. wassalam... Jawapan ; 1. Bila timbul keraguan tentang bilangan sujud, lakukan sujud sekali lagi, kemudian di akhir solat lakukan sujud sahwi. Sujud sahwi itu akan menampung kekurangan pahala solat kerana keraguan tadi.   2. Tidak harus berhenti solat dengan sengaja kecuali jika benar-benar yakin solat kita batal seperti ada najis pada badan, terlupa mengambil wudhuk atau aurat terdedah/kain terkoyak (dan tidak dapat ditutup ketika solat).   3. Adapun merasa tak khusyuk atau ada rukun atau perbuatan so

HUKUM BERCUMBUAN TANPA ZINA

Soalan; Assalamualaikum..sy nak tanya, apakah hukum seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan dan bercumbuan pada pertama kali tanpa melakukan zina? adakah dosa keterlanjuran ini sangat berat walaupun tidak berlaku zina? apakah Allah akan mengampunkan dosanya sekiranya mereka ini telah insaf dan tidak mengulangi perbuatan ini untuk kali kedua?? sy kurang jelas tentang hal ini.. Jawapan; Perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu; 1. Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); “Dan janganlah kamu menghampiri zina” (Surah al-Isra’, ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; “Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina” (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). 2. Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; “Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan ak

DARAH SELEPAS KEGUGURAN; Adakah ia nifas?

Soalan; Assalamualaikum ustaz. selepas keguguran, darah yang keluar adakah nifas? dan berapa lamakah tempoh nifas keguguran? adakah sama dengan nifas bersalin? atau dikira sama dengan tempoh haid? Jawapan; 1. Menurut mazhab Syafiie; Tidak disyaratkan untuk dikira darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup atau sempurna kejadian. Asalkan disahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia maka sabitlah hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata. 2. Nifas yang keluar kerana keguguran dari segi hukum sama seperti nifas kerana kelahiran. Tempoh paling singkat ialah seketika/sedetik dan paling lama ialah 60 hari (menurut mazhab Syafiie) atau 40 hari (menurut jumhur ulamak). 3. Jika nifas datang beberapa hari dan kemudian berhenti, hendaklah diperhatikan; jika tempoh berhentinya l5 hari atau lebih, ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Jika keluar semula darah s

RAMBUT YANG GUGUR SEMASA HAID

Soalan ; Salam ustaz, .Rambut saya gugur apabila saya datang haid.Perlukah saya mengutip rambut yang gugur dan mandi wajib sekali dengan rambut yang gugur itu? Jawapan ; 1. Ketika kita mandi wajib (yakni mandi untuk menghilangkan hadas besar pada badan kita sama ada kerana haid atau kerana janabah), kita hanya disuruh meratakan air ke seluruh badan kita iaitu merangkumi seluruh kulit dan rambut/bulu yang ada pada badan kita. Kita tidaklah disuruh untuk turut memandikan mana-mana rambut, kuku dan sebagainya yang telah terpisah dari badan kita. Malah para ulamak mengharuskan orang yang berjunub dan wanita yang sedang haid untuk memotong rambut, membuang kuku, mencukur bulu ari-ari, membuang darah (berbekam) dan sebagainya pada ketika sedang haid atau janabah itu kerana tidak ada dalil yang melarangnya. Dan mereka tidaklah pula mensyaratkan rambut, kuku atau sebagainya yang dipotong atau dibuang itu wajib dihimpun dan dimandikan bersama ketika mandi wajib nanti. Hanya beberapa ulamak saha

KEPADA SIAPA PEMINANGAN HENDAK DITUJUKAN?

Soalan ; salam ustaz..saya mempunyai beberapa soalan..harap ustaz dpt membantu.. 1) saya pernah mendapat artikel dari facebook dan terdengar dari mulut kawan-kawan..adakah benar bahawa lelaki dan perempuan ini telahpun bertunang secara tidak rasmi apabila lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada perempuan yang disukai..lelaki itu baru menyatakan hasrat tetapi belum pun berjumpa dengan kedua ibu bapa perempuan itu..adakah dianggap bertunang?   Jawapan ; Bagi wanita yang masih dara dan ia memupunyai wali mujbir (iaitu bapa atau datuk), penyataan hasrat untuk mengahwininya (iaitu peminangan) hendaklah dibuat kepada waji mujbirnya itu, yakni kepada bapanya atau datuknya (jika bapa tiada). Apabila wali mujbir itu menerima  barulah di antara mereka berdua (yakni gadis dan lelaki yang meminangnya) dikatakan mempunyai ikatan pertunangan. Adapun wanita janda atau wanita yang masih dara tetapi tidak mempunyai wali mujbir, peminangan boleh dibuat kepada dirinya sendiri atau kepada walinya

MAKMUM BANGUN MENDAHULUI IMAM KERANA IMAM SILAP RAKAAT

Soalan ; Assalamualaikum. Ustaz, saya ingin bertanya tentang solat secara berjemaah. Adakah sah solat jika makmum dengan secara tidak sengaja mendahului imam bangun berdiri pada rakaat ketiga solat zuhur kerana tidak mengetahui bahawa imam terlupa rakaat (yakni imam duduk tahiyat akhir - namun ia cepat sedar). Apabila sedar, imam terus bangun, dan meneruskan solat hingga akhir. Bagaimana dengan solat makmum yang telah berdiri mendahului imam tersebut. Jawapan ; Makmum tidak harus mengikut imam jika imam melakukan kesalahan/kesilapan yang boleh menjejaskan solat seperti menambah rakaat solat atau tertinggal rakaat. Makmum hendaklah mengingatkan imam (dengan bertasbih jika makmum lelaki atau dengan menepuk belakang tangannya jika makmum perempuan). Dalam masalah saudara tersebut, jika saudara yakin imam saudara telah terlupa rakaat, hendaklah saudara terus berdiri di rakaat baru itu dan bertasbih mengingatkan imam (atau menunggu sahaja imam naik jika ada orang lain telah bertasbih mengin

MAKMUM BANGUN MENDAHULUI IMAM KERANA IMAM SILAP RAKAAT

Soalan ; Assalamualaikum. Ustaz, saya ingin bertanya tentang solat secara berjemaah. Adakah sah solat jika makmum dengan secara tidak sengaja mendahului imam bangun berdiri pada rakaat ketiga solat zuhur kerana tidak mengetahui bahawa imam terlupa rakaat (yakni imam duduk tahiyat akhir - namun ia cepat sedar). Apabila sedar, imam terus bangun, dan meneruskan solat hingga akhir. Bagaimana dengan solat makmum yang telah berdiri mendahului imam tersebut. Jawapan ; Makmum tidak harus mengikut imam jika imam melakukan kesalahan/kesilapan yang boleh menjejaskan solat seperti menambah rakaat solat atau tertinggal rakaat. Makmum hendaklah mengingatkan imam (dengan bertasbih jika makmum lelaki atau dengan menepuk belakang tangannya jika makmum perempuan). Dalam masalah saudara tersebut, jika saudara yakin imam saudara telah terlupa rakaat, hendaklah saudara terus berdiri di rakaat baru itu dan bertasbih mengingatkan imam (atau menunggu sahaja imam naik jika ada orang lain telah bertasbih mengin

JUAL-BELI MELALUI MESIN

Soalan ; Assalamualaikum ustaz, Saya ada satu permasalahan tentang perniagaan,yakni tentang perniagaan menjual air minuman  seperti air tin dan air R.O water yang menggunakan mesin.wang dimasukkan didalam mesin untuk membeli minuman tersebut,tiada penjual dan tiada ijab kabul.Apakah hukumnya ,adakah diharuskan didalam islam.Sebab saya ingin memulakan perniagaan ini jika diharuskan oleh islam.minta ustaz jelaskan.sekian terima kasih. Jawapan ; Tujuan ijab dan qabul ialah untuk menzahir keredhaan/persetujuan dari kedua belah pihak untuk berjual-beli. Jual-beli tidak sah tanpa keredhaan/persetujuan kedua-belah pihak iaitu penjual dan pembeli. Firman Allah; "Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu secara batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai antara kamu" (Surah an-Nisa', ayat 29). Oleh kerana keredhaan asalnya berada dalam hati, maka ia perlu dizahirkan. Menurut mazhab Syafiie; menzahirkan keredhaan waji

HUKUM KULIT DAN BULU BINATANG

Soalan ; Assalamualaikum Ustaz, Mohon agar dapat memberi penjelasan mengenai perkara beriku: 1) Apakah hukumnya menunaikan solat di atas carpet yg diperbuat dari bulu/kulit kambing biri2? 2) Adakah wuduk terbatal jika memijak carpet yg diperbuat dari bulu/kulit kambing biri2...adakah carpet tersebut dikira sebagai najis? Terima Kasih. Jawapan ; Di dalam al-Quran terdapat ayat menjelaskan bahawa kulit dan bulu haiwan/binatang dijadikan Allah untuk dimanfaatkan oleh manusia. Firman Allah (bermaksud); “Dan Allah menjadikan bagi kamu rumah-rumah (yang kamu dirikan itu) tempat tinggal; dan Ia menjadikan bagi kamu dari kulit binatang-binatang ternak: khemah-khemah (tempat berteduh), yang kamu mendapatinya ringan (di bawa ke mana-mana) semasa kamu merantau dan semasa kamu berhenti; dan (Ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, berbagai barang perkakas rumah dan perhiasan, (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa” (an-Nahl, ayat 80). Semua je