Soalan; Saya ada soalan ustaz, mengikut mazhab maliki, muntah yg sedikit adalah najis yang dimaafkan dan dibolehkan dibawa dlm sembahyang. Soalan saya, adakah boleh saya berpegang pada mazhab maliki dalam bab2 najis yg dimaafkan ini kerana amat merumitkan saya kerana saya mempunyai bayi kecil yg sering muntah / jeluak dan saya sentiasa terpaksa membersihkan muntah/jeluak tersebut walaupun sedikit. Sedikit dalam mazhab maliki adalah selebar titik hitam pada wang dirham. Apakah yg dimaksudkan itu ya ustaz? Mohon pencerahan dan terima kasih byk2 atas bantuan ustaz. Jawapan; Muntah adalah najis mengikut pandangan jumhur ulamak termasuk mazhab empat (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali) kerana ia adalah makanan yang melalui proses pengubahan dalam perut, maka ia menyamai tahi. Kerana itu, pakaian yang terkena muntah, wajib dibasuh sebelum dipakai ketika solat. Namun, para ulamak menegaskan; najis dimaafkan jika kadarnya sedikit. Menurut mazhab Hanafi; kadar sedikit itu ialah yang ku...
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.