Soalan: Bagaimana caranya saya hendak mengeluarkan zakat pendapatan dan gaji? Jawapan; Zakat pendapatan termasuk dalam zakat mal mustafad yang dijelaskan tadi. Oleh demikian, cara mengeluarkan zakat ke atasnya tertakluk dengan cara mengeluarkan zakat ke atas mal mustafad tadi dari segi perkiraan haul, nisab dan kadarnya. Huraian lanjut tentang zakat ke atas pendapatan ini adalah seperti berikut; Jenis-jenis pendapatan Pendapatan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu; a) Pendapatan secara berakad (kontrak); iaitu seseorang mengikat kontrak dengan pihak lain (sama ada kerajaan, syarikat atau individu) untuk melakukan kerja sama ada bersifat guna tenaga atau pemikiran atau kedua-duanya sekali dan sebagai imbalannya ia akan mendapat gaji atau pendapatan secara tetap mengikut harian, mingguan, bulanan atau sebagainya. Pendapatan jenis ini dinamakan sebagai pendapatan gaji. b) Pendapatan bebas; iaitu seseorang bekerja sendiri tanpa mengikat kontrak dengan orang lain dan pendapatan yang d...
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.