Soalan: ustaz, benarkah Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tanggal 12 Rabiul Awwal? Saya ada mendengar tanggal tersebut adalah tanggal kewafatan baginda, bukan kelahirannya. Jawapan: Terdapat nukilan dari tokoh sirah terkenal (Ibnu Ishaq) bahawa Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tanggal tersebut (12 Rabiul Awwal). Imam al-Baihaqi mencatatkan dalam kitabnya Dalail al-Nubuwwah: قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ: وُلِدَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم، يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ، عَامَ الْفِيلِ، لِاثْنَتَيْ عَشْرَةَ لَيْلَةٍ مَضَتْ مِنْ شَهْرِ رَبِيعٍ الْأَوَّلِ. "Berkata Muhammad bin Ishaq: Rasulullah SAW dilahirkan pada hari Isnin, tahun Gajah, pada tanggal 12 Rabiul Awwal" (Dalail al-Nubuwwah, 174; al-Maktabah al-Syamilah). Tanggal inilah yang diterima majoriti ulamak dan penulis-penulis sirah sekalipun tidak dinafikan terdapat pandangan menyebutkan tanggal lain. Ringkasnya, tiada persepakatan tentang tanggal lahir baginda SAW. Persepakatan hanya pada hari lahirnya iaitu Isnin dan bul
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.