Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2008

CERAI SECARA TAKLIK

Soalan : 1. seseorang lelaki bila melafazkan akad nikah dan selepas itu membaca dan mendatangani taklik maka selepas itu dia akan terikat dengan taklik tersebut. 2. Sebagai membuktikan kasih sayang pada isterinya, maka si lelaki itu melafaz taklik tambahan maksud saya dia telah menulis satu taklik diatas kertas yg lafaznya berbunyi ; sekiranya dia mempunyai kekasih lain atau melakukan zina dgn perempuan lain maka jatuhlah talak 1 ke atas isterinya" taklik tersebut dilafaz dihadapan pegawai jabatan agama dan salinan taklik itu juga ada disimpan oleh pegawai agama tersebut. 3.persoalannya apakah taklik yang telah dibuat boleh dibatalkan sewenangnya contohnya untuk taklik tambahan itu. Jawapan : Menurut pandangan jumhur (majoriti) ulamak termasuk imam-imam mazhab empat; Talak secara taklik (yakni secara ikatan) adalah harus dan apabila berlaku perkara atau peristiwa yang ditaklikkan (yakni yang diikat dengan talak), maka akan tertalak lah isteri jika memenuhi syarat-syarat berikut;

I'TIQAD AHLUS SUNNAH & CARA MENTAUHIDKAN ALLAH

Soalan; Ustaz, bagaimana saya ingin memastikan iktiqad atau aqidah yang saya pegangi ini selari dengan iktiqad ahlus sunnah wal jamaah? Apakah ada satu kaedah supaya saya sebagai orang awam dapat melakukan muhasabah tentang itu? Bagaimana cara untuk saya mentauhidkan Allah pada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah Allah dalam kehidupan seharian saya? Jawapan; Iktiqad ahli Sunnah Wal Jamaah ialah pegangan Aqidah yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah di mana ia menjadi pegangan Salaf yang terdiri dari para Sahabat (yang dididik oleh Nabi s.a.w.), para Tabi’in (yang dididik oleh para sahabat), Tabi’ Tabi’in (yang dididik oleh para Tabi’in) dan ulamak-ulamak mukhlisin amilin yang menjadikan Salaf sebagai ikutan mereka. Iktiqad ahli Sunnah Wal Jamaah adalah pegangan aqidah yang asli dari al-Quran dan as-Sunnah tanpa ditokok tambah dengan sebarang pemikiran falsafah. Pada setiap zaman, teras bagi Aqidah Ahlus-Sunnah Wal Jamaah ialah sama iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Cuma penghuraian ter

MENGAMBIL WUDHUK SELEPAS MANDI WAJIB

Soalan; adakah perlu lagi untuk mengambil wudhuk selepas mandi wajib? Jawapan; Dalam sebuah hadis diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a.; أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ لاَ يَتَوَضَّأُ بَعْدَ الغُسْلِ “Sesungguhnya Nabi s.a.w. tidak mengambil wudhuk selepas mandi janabah”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah, an-Nasai dan Imam Ahmad. Hadis ini menurut Imam at-Tirmizi; hasan soheh. Ia dikeluarkan juga oleh Imam al-Baihaqi dengan sanad yang baik) Berkata Imam at-Tirmizi; hadis ini menjadi pandangan ramai ulamak dari kalangan Sahabat dan Tabi’ie iaitu tidak perlu lagi mengambil wudhuk selepas mandi wajib; yakni memadai dengan wudhuk yang diambil sebelum mandi atau memadai dengan mandi itu sendiri. Diriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata kepada Abdullah bin ‘Umar r.a.; ‘Sesungguhnya saya mengambil wudhuk selepas dari mandi wajib’. Beliau berkata kepada lelaki itu; ‘Sesungguhnya engkau telah berlebih-lebihan’. Menurut Abu Baka

MANDI WAJIB

Soalan; Bilakah seorang muslim dituntut untuk mandi? Bagaimana cara mandi yang sempurna? Jawapan; Seorang muslim diwajibkan mandi kerana enam sebab iaitu; 1.Kerana melakukan persetubuhan sekalipun tidak keluar mani. 2.Keluar mani sama ada kerana berkhayal, bermimpi, mengeluarkan dengan tangan dan sebagainya. 3.Kematian; seorang muslim yang mati wajib dimandikan sebelum dikafan kecuali orang yang mati syahid. [1] 4.Haid; wanita yang kedatangan haid apabila kering darah haidnya, wajib ia mandi sebelum menunaikan solat atau sebelum diharuskan suaminya mensetubuhinya. 5.Nifas; wanita yang nifas apabila kering darah nifasnya, wajib ia mandi sebelum menunaikan solat atau sebelum harus disetubuhi oleh suaminya. 6.Wiladah; iaitu wanita yang melahirkan anak atau keguguran wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. [2] Jika ada nifas, hendaklah ia menunggu hingga nifasnya kering barulah ia mandi. Selain itu, seorang muslim disunatkan untuk mandi bagi perkara-perkara berikut; 1

KENDURI DAN PUASA

Soalan; Saya telah berpuasa sunat pada satu hari. Kemudian saya menerima jemputan kenduri kahwin dari seorang rakan saya. Adakah wajib saya memenuhi jemputan tersebut? Dan adakah saya perlu membatalkan puasa? Jawapan; Memenuhi jemputan kenduri adalah dituntut oleh agama. Jika jemputan adalah kepada kenduri kahwin (walimatul-urs), hukum memenuhi jemputan itu adalah wajib kecuali jika ada keuzuran. Adapun kenduri-kenduri yang lain (dari kenduri kahwin), hukum memenuhi jemputan kepadanya adalah sunat (yakni digalakkan dan diberi pahala oleh Allah). Dalil tuntutan memenuhi jemputan kenduri (terutamanya kenduri kahwin) ialah sabda Nabi s.a.w.; إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا “Jika seseorang kamu dijemput kepada walimah (kenduri), maka hendaklah ia menghadirinya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Jika sedang berpuasa, mintalah keuzuran dari orang yang menjemput itu (untuk tidak menghadirinya) dan berdoalah untuknya dengan keberkatan dan keampunan Allah

BURUAN YANG HAMPIR MATI

Soalan; Bagaimana jika sekiranya binatang buruan hampir mati? Jawapan; Seorang yang memburu binatang, hendaklah ia memerhatikan dua keadaan; Pertama; sekiranya binatang yang ditembak atau dipanahnya ditemui masih bernyawa dengan nyawa yang tetap (hayah mustaqirrah), maka wajiblah ia menyembelih binatang itu. Jika ia gagal menyembelihnya, haramlah ia memakannya. Kedua; jika ia menemui binatang buruan itu telah mati atau masih bernyawa tetapi dengan nyawa yang tidak tetap (iaitu nyawa seumpama binatang yang telah disembelih), maka tidak perlu lagi ia menyembelihnya. Binatang buruan itu halal dimakannya asalkan ia berniat memburu binatang untuk dimakan dan tatkala melepaskan anak panah atau peluru ia melafazkan Bismillah. Terdapat hadis dari ‘Adiyy bin Hatim r.a. yang menceritakan bahawa ia bertanya Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Kami adalah kaum yang berburu. Apakah yang halal bagi kami?”. Baginda menjawab; “Halal bagi kamu setiap binatang yang telah kamu sembelih. Begitu juga, bi