Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Solat_sunat

BA’DIYAH ISYAK; 4 RAKAAT ATAU 2 RAKAAT?

SOALAN; Assalamualaikum ustaz, bagaimanakah cara yang paling afdhal mendirikan solat sunat ba’diah isyak. Ada ustaz kata 4 rakaat 1 salam. Ada yang kata 4 rakaat 2 salam. Yang mana yang lebih afdhal. Mohon pencerahan.....t.ksh... JAWAPAN; Solat sunat ba’diyah Isyak ialah dua rakaat sebagaimana dalam keterangan hadis dari Ibnu ‘Umar RA yang menceritakan; “Aku menghafal dari Nabi SAW 10 rakaat solat sunat, iaitu; -        2 rakaat sebelum zohor, -        2 rakaat selepas selepas zohor -        2 rakaat selepas maghrib -        2 rakaat selepas insyak, dan; -        2 rakaat sebelum subuh”. (Soheh al-Bukhari; 1180). Namun di sana terdapat hadis menceritakan Nabi SAW turut melakukan solat sunat empat rakaat selepas Isyak, antaranya hadis dari Ibnu ‘Abbas RA yang menceritakan; “Aku tidur di rumah ibu saudaraku Maimunah...

FIQH HADIS; SOLAT SUNAT ISYRAQ

SOLAT SUNAT ISYRAQ Sabda Nabi SAW; مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ “Sesiapa menunaikan solat subuh berjamaah, kemudiannya dia duduk berzikir kepada Allah hinggalah terbit matahari, kemudian dia bersolat pula dua rakaat, maka amalannya itu pahalanya seumpama pahala mengerjakan haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna” (Sunan at-Tirmizi; 586.  Dari Anas RA. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan gharib). Menurut ulamak; solat sunat dua rakaat yang dilakukan sebaik terbit matahari itu ialah solat sunat isyraq. [1] Namun para ulamak berbeza pandangan dalam menentukan; adakah solat isyraq itu solat tersendiri atau tergolong dalam solat dhuha? 1. Pandangan pertama; ia adalah solat tersendiri, bukan solat dhuha. Dilakukan sebanyak dua rakaat, dengan niat solat sunat isyraq, bermula waktunya sebaik sesudah...