SOALAN; Assalamualaikum ustaz, bagaimanakah cara yang paling afdhal mendirikan solat sunat ba’diah isyak. Ada ustaz kata 4 rakaat 1 salam. Ada yang kata 4 rakaat 2 salam. Yang mana yang lebih afdhal. Mohon pencerahan.....t.ksh... JAWAPAN; Solat sunat ba’diyah Isyak ialah dua rakaat sebagaimana dalam keterangan hadis dari Ibnu ‘Umar RA yang menceritakan; “Aku menghafal dari Nabi SAW 10 rakaat solat sunat, iaitu; - 2 rakaat sebelum zohor, - 2 rakaat selepas selepas zohor - 2 rakaat selepas maghrib - 2 rakaat selepas insyak, dan; - 2 rakaat sebelum subuh”. (Soheh al-Bukhari; 1180). Namun di sana terdapat hadis menceritakan Nabi SAW turut melakukan solat sunat empat rakaat selepas Isyak, antaranya hadis dari Ibnu ‘Abbas RA yang menceritakan; “Aku tidur di rumah ibu saudaraku Maimunah...
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.