Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

BERNAZAR UNTUK DORONG DIRI

Soalan : salam, bolehkan bernazar untuk tujuan menghalang daripada melakukan dosa berterusan, contoh : aku bernazar puasa sehari jika aku terus beli nombor ekor lagi . t.kasih. Jawapan : Wajib saudara menjauhi maksiat walaupun tanpa mengikatnya dengan nazar. Dekatkan diri dengan Allah, tunaikan ibadah fardhu dengan sempurna, banyakkan amalan sunat dan pada masa yang sama semaikan dalam hati perasaan takut kepada Allah, Insya Allah akan mudah saudara menjauhi maksiat. Nazar tidak akan mengubah apa-apa jika tanpa semangat diri yang kuat untuk berubah. Nazar saudara itu dinamakan dalam Fiqh sebagai nazar lijaj iaitu nazar kerana marah. Ia hampir menyerupai sumpah, iaitu seolah-olah saudara bersumpah akan berpuasa satu hari jika saudara beli nombor ekor lagi. Kerana itu, menurut ulamak jika syarat dalam nazar lijaj itu dilanggari, si yang bernazar hendaklah memilih antara mengotakan nazarnya atau membayar kaffarah sumpah. Oleh itu, dalam kes saudara jika saudara melanggar syarat dalam na

TUMBUHAN YANG MEMABUKKAN

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Dalam persoalan sebelum ini yang berkaitan DADAH & BAHAN YANG MENGKHAYALKAN.Saya ingin bertanya kepada ustaz, bagaimana pula tumbuh-tumbuhan / pokok-pokok yang memabukkan. Jawapan : Dalam persoalan yang lalu telah dinyatakan bahawa setiap perkara yang memabukkan dan mengkhayalkan sama ada berbentuk minuman atau makanan, hukumnya adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian umum hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi; كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَاْمٌ “Setiap yang memabukkan adalah haram”. (Riwayat Imam Muslim dari Ibn Umar r.a.) [1] Jadi termasuk yang diharamkan Syara’ memakannya ialah tumbuh-tumbuhan atau pokok-pokok yang boleh menyebabkan mabuk atau khayal atau melalikan seperti ganja dan sebagainya. Dari segi hukuman ke atas orang-orang yang memakannya, maka –menurut pandangan ulama’-ulama’ mazhab Syafi’ie- ia tidak dikenakan hukuman had (sebagaimana peminum arak), tetapi hanya dikenakan hukuman takzir yakni diserahkan kepada hakim untuk men

DADAH DAN BAHAN YANG MENGKHAYALKAN

Soalan: Assalamualaikum ustaz . Saya ada satu persoalan.Apakah pandangan Islam berkaitan dadah dan bahan-bahan yang mengkhayalkan? Jawapan ; Diantara benda yang dilarang keras oleh Islam memakan atau mengambilnya ialah al-mukhaddirat iaitu bahan-bahan yang boleh menyebabkan khayal atau tidak sedarkan diri seperti dadah, candu (opium), ganja, pil-pil khayal dan sebagainya. Larangan ini adalah kerana ia mendatangkan mudarat kepada aqal dan badan serta boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit dan kesan-kesan negatif yang lain. [1] Semua jenis bahan yang mengkhayalkan di atas diharamkan oleh Syara’ dalam apa saja bentuk atau cara pengambilannya (sama ada melalui suntikan, menghisap, meminum dan sebagainya). Pengharamannya termasuk dalam hukum benda-benda yang memabukkan ( المسكرات ) yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya tadi iaitu; كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ ، وَ كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَاْمٌ “Setiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan setiap yang memabukk

NAZAR

Soalan: salam ustaz. saya ada soalan yang hendak ditanyakan pada ustaz ni saya pernah bernazar jika saya dapt kerja saya akan berhenti merokok namun saya hanya dapat bertahan selama setahun je. jadi dalam masa selepas 2 saya merokok semula.apa hukumnya ustaz dan apa yang saya perlu lakukan. Jawapan: Yang dikatakan nazar ialah; mewajibkan ke atas diri suatu amalan taqarrub ilallah (yakni amalan mendekatkan diri kepada Allah) yang mana amalan itu status asalnya adalah sunat, kemudian diwajibkan oleh seseorang ke atas dirinya dengan bernazar. Suatu yang telah wajib tidak boleh dinazarkan kerana ia sememangnya mesti dilakukan sekalipun tidak dinazarkan. Cthnya; bernazar untuk melakukan solat lima waktu atau bernazar untuk meninggalkan zina. Nazar tersebut adalah tidak sah kerana mengerjakan solat dan meninggalkan zina sememangnya telah wajib dari awal lagi. Para ulamak rata-rata telah memfatwakan bahawa merokok adalah haram. Kerana itu saudara wajib berusaha meninggalkannya sekalipu

BERAMAL DENGAN BANYAK MAZHAB

Soalan : Ustaz, saya ingin bertanya tentang hukum beramal dengan pelbagai mazhab sebab dalam website ustaz, ustaz selalu sertakan pendapat beberapa mazhab apabila ditanya tentang satu2 hukum. Kita di malaysia mengguna pakai mazhab Imam Syafie ustaz kan? Bolehkah saya gunapakai mazhab syafie untuk sesetengah ibadah dan mazhab lain untuk ibadah yang lain? Ataupun adakah perlu pilih satu mazhab dan ikut keseluruhannya? Jawapan : Tidak ada nas yang mewajibkan seseorang untuk terikat dengan mazhab tertentu. Pelajarilah agama dengan sebaik mungkin mengikut kemampuan yang ada dan beramallah dengan pandangan yang saudara yakin bahawa ia paling menepati kehendak al-Quran dan as-Sunnah. Mungkin diperingkat awal saudara perlu bertaklid kepada sesuatu pandangan (tanpa dalil) sebagai langkah awal untuk beramal. Tetapi tidak harus selama-lamanya bertaklid. Hendaklah belajar (sama ada melalui guru atau pembacaan) dan beramal berdasarkan ilmu dan hujjah, bukan semata-mata mengikut sahaja. Wallahu

QADA SOLAT

Soalan : assalamualaikum ustaz,bagaimana hendak qada solat yg telah lama tertinggal? contohya jika ingin qada solat subuh,adakah perlu qada selepas kita selesai slt subuh atau sebelum kita solat subuh pada hari berikutnya? bagaimana pula niat untuk qada solat? Jawapan ; Solat qadha harus dilakukan pada bila-bila masa termasuk pada waktu-waktu yang dilarang (yakni selepas solat subuh, selepas asar dan sebagainya). Solat qadha juga tidak terikat dengan waktunya. Kerana itu, harus qadha subuh dilakukan pada waktu zohor, asar atau sebagainya. Niat solat qadha sama sebagaimana solat tunai, contohnya (jika kita qadha subuh), memadai kita niatkan di dalam hati; "sahaja aku menunaikan solat subuh dua rakaat kerana Allah". Tidak wajib kita meniatkan qadha (solat ganti). Ia hanya disunatkan sahaja. Wallahu a'lam.