Jawapan; menurut ulamak, syarat khatib hendaklah seorang lelaki. Maka jika jamaah wanita bagi solat hari raya itu diimamkan oleh seorang lelaki, sunat dia menyampaikan khutbah hari raya untuk mereka. Namun jika diimamkan oleh wanita, tidak disunatkan dia berkhutbah. Memadai dengan tazkirah atau nasihat jika hendak dilakukan. . Imam Qalyubi menjelaskan; "Jika jemaah wanita (bagi solat hari raya itu) diimamkan seorang wanita, tidak (disunatkan) dia berkhutbah untuk mereka. Jika salah seorang dari mereka sekadar menyampa nasihat/peringatan -bukan berkhutbah- dibolehkan" (Hasyiyah Qalyubi wa al-'Umairah 'ala Syarh al-Mahalli, 1/305). . Wallahu a'lam.
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.