Soalan; orang yang pengsan atau koma berhari-hari, adakah dia wajib mengqadha solat dan puasa yang dia tinggalkan semasa sedang koma/pengsan itu? Jawapan; 1. Orang yang sedang dalam koma/pengsan gugur kewajipan ibadat darinya (termasuk solat dan puasa). Adapun tentang qadha, maka bagi ibadat puasa, telah ijmak sekelian ulamak bahawa koma/pengsan tidak menggugurkan kewajipan mengqadha puasa. Maka orang yang tertinggal puasanya kerana koma/pengsan dia wajib mengqadha semua puasa yang ditinggalnya semasa sedang koma/pengsan itu apabila ia sembuh dari sakitnya (yakni tersedar dari koma/pengsannya). Jika komanya berterusan hingga saat kematiannya, hendaklah digantikan puasanya dengan fidyah sebagaimana sabda Nabi SAW; "Jika seseorang itu sakit dalam bulan Ramadhan, kemudian mati tanpa sempat menggantikan puasanya, maka hendaklah diberi makan (kepada orang miskin) bagi pihaknya dan tidak ada qadha atasnya" (Sunan Abu Daud; 2401, dari Ibnu 'Abbas RA). 2. Adap...
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.