Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

BAGAIMANA MENGALIHKAN ORANG SEDANG NAZAK KE ARAH QIBLAT?

Soalan; Askm ustaz. Saya ada satu persoalan berkaitan dgn org yg sedang nazak sakit dan org mati. Soalan saya. Kemana kah arah kaki org yg tersebut di atas sepatutnya hendak dihalakan, ketika sesorang itu sedang sakit atau pun meninggal dunia, adakah hendak dihalakan kaki ke arah kiblat ataupun sebaliknya. Saya minta ustaz tolonglg huraikan kepada saya, berserta dgn hadis dan nas2 berkaitan soalan saya tersebut, kerana ada sedikit percanggahan pendapat berkaitan hal ini. Terima kasih..Askm. Jawapan; 1. Mengalihkan orang yang sedang nazak (hampir mati) ke arah qiblat –apabila nampak tanda-tanda hampir mati padanya [1] - adalah sunat dengan sepakat para ulamak kerana qiblat adalah arah yang paling baik sebagaimana sabda Nabi SAW; “Sesungguh bagi setiap perkara ada yang terbaik/paling utama. Sesungguhnya yang terbaik bagi segala kedudukan ialah yang menghala ke arah qiblat” (A l-Mu’jam al-Ausat, Imam at-Tabrani; 2354, dari Abu Hurairah RA. Status hadis; menurut al-Haitsami dan al-

AKAD MELALUI SMS

Soalan; assalam..ustaz, boleh atau tidak aqad wakalah aqiqah/qurban dlm sms/email/whatsapp dan lain2?   trm ksh ustaz.. Jawapan; Sebarang akad tidak sah melainkan dengan sighah yang jelas. Maksud sighah ialah pernyataan secara zahir dari kedua pihak yang   berakad sebagai tanda kerelaan mereka untuk melakukan aqad. Ia meliputi ijab (iaitu pernyataan untuk beraqad dari pihak yang memulakan akad) dan qabul (iaitu penerimaan/persetujuan dari pihak kedua). S ighah (pernyataan) ini boleh berupa percakapan , tulisan, bahasa isyarat yang difahami [1] atau dengan perbuatan/tindakan (seperti satu pih a k memberi dan satu pihak lagi mengambil).   Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa berakad melalui sms, email dan seumpamanya masuk dalam hukum akad melalui tulisan. Para ulamak mengharuskannya dengan syarat tulisan itu jelas (tiada kesamaran), benar datang dari pihak berakad dan bertujuan akad. [2] Selain itu, kedua pihak yang berakad hendaklah orang yang sah untuk berakad,

HUKUM DAGING LANDAK

Soalan; assalam..ustaz,apakah hukum makan daging landak..? ianya juga buas dan bertaring..trm ksh. Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah. Yang dilarang oleh hadis ialah binatang buas bertaring yang menggunakan gigi taringnya untuk menerkam dan membunuh mangsanya. Saya tidak pasti apakah landak mempunyai gigi taring yang berfungsi sebegitu. Adapun pandangan para ulamak tentang landak adalah seperti berikut; 1. Mazhab Hanafi dan Hanbali; haram memakannya kerana ia tergolong dalam binatang-binatang merayap/merangkak yang dipandang keji ( khabaith ), iaitu satu kelompok dengan tikus. Dalam al-Quran Allah berfirman (dengan maksud); “Dan dia (yakni Nabi Muhammad SAW) mengharamkan ke atas kamu yang keji-keji” (surah al-A’raf, ayat 157). 2. Mazhab Maliki dan Syafiie; harus memakannya kerana walaupun ia dari jenis merangkak, namun tidak dipandang keji oleh manusia, kerana itu ia tidak termasuk dalam ayat tadi. Dalam kitab Hayah al-Hayawan al-Kubra –

MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

Soalan; ustaz, ingin penjelasan berkenaan hukum memberi daging korban kepada orang kafir. Adakah harus? Adakah hilang pahala korban? Terima kasih. Jawapan; Terdapat beza pandangan antara ulamak dalam masalah di atas; Pandangan pertama ; daging korban tidak harus diberikan kepada orang bukan Islam sekalipun kafir zimmi. Ia khusus untuk orang Islam sahaja. Pandangan ini merupakan mazhab Syafiie. [1] Menurut Imam Malik dan al-Laith; makruh memberinya kepada orang bukan Islam [2] . Pandangan kedua ; harus memberi daging korban kepada orang kafir zimmi. Pandangan ini merupakan mazhab Imam Abu Hanifah, Hasan al-Basri, Abu Tsur dan mazhab Hanbali. Pandangan ini juga ditarjih oleh Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’. Menurut pandangan ini; daging binatang korban adalah makanan, maka sebagaimana harus memberi makan orang kafir zimmi, maka harus juga memberi daging korban kepada mereka kerana ia sebahagian makanan. Selain itu, dikiaskan juga kepada keharusan memberi sedekah k

MAKSUD KORBAN NAZAR

Soalan; salam ustaz, boleh tolong jelaskan kepada saya tentang korban nazar dan bagaimanakah sesuatu korban itu boleh menjadi korban nazar. Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah. Hukum asal ibadah korban menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafiie) ialah sunat muakkad iaitu sunat yang amat dituntut dan makruh meninggalkannya bagi yang mampu. Ia berubah menjadi wajib apabila dinazarkan. Nazar bermaksud; seorang mukallaf dengan pilihannya sendiri telah melafazkan ucapan untuk mewajibkan ke atas dirinya suatu amalan yang asalnya tidak wajib (iaitu sunat sahaja), dengan ucapannya itu amalan tersebut menjadi wajib atas dirinya. Ucapan nazar itu boleh dengan bahasa nazar itu sendiri seperti berkata; ‘Jika sembuh sakitku, aku bernazar untuk bersedekah” dan boleh juga dengan bahasa lain yang mewajibkan ke atas diri seperti berkata; “Jika Allah menyembuhkan sakitku, wajib atas diriku bagi Allah sedekah dengan nilai sekian sekian”. Bagi ibadah korban,

PATUNG MAINAN ANAK BERUPA DAJJAL; MATA SATU

Soalan; As salamu'alaikum..ustaz..saya nak bertanya  satu soalan & berharap ustaz memberi pandangan ustaz..Mengenai watak kartun minion yg bermata satu dlm kartun dispicable me. saya telah membeli ank patung(soft toy) yg bermata satu tersebut untuk anak saya. Adakah perbuatan itu salah? Adakah ia akn terpesongkan akidah kita?? adakah akan mengkafirkan & mengjahilkan sifat seseorg tu? Sedangkan kita sebagai ibu bapa tak terlintas & tidak ada niat lansung tentang anak patung yg menyerupai dajal..Sehingga ada segelintir hamba allah juga myatakan logo disney juga menyerupai mata satu dan disarankan supaya tidak membeli barang yg berjenama disney kerana logonya seakan akan bermata satu..adakah perbuatan saay salah, berdosa,&memesongkan akidah saya ustaz? harap ustaz dpt penjelasan yg lebih terperinci? terima kasih.. Jawapan Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah. 1. Di antara tanda iman ialah kita menyintai orang yang dicintai Allah dan mem

HUKUM ISTERI TURUT SAMA MENANGGUNG BELANJA RUMAH

Soalan; Assalamualaikum. Sy ada sedikit kekeliruan tentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan, sy pernah memberitahu suami bahawa sy akan membantu suami untuk membayar bil2 utiliti untuk mengurangkan beban suami. Kadang2 sy turut mengeluarkn wang untuk membeli belanja seharian. Setelah beberapa tahun berkahwin, sy dapati pendapatan suami telah meningkat dan sy yakin suami boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar bil2 tersebut. Masalahnya adalah sekarang suami seolah2 menganggap sy wajib membayar bil2 rumah dan kadangkala turut mengatakan ayat bahawa asyik dia sahaja yang mengeluarkan wang belanja rumah, minyak kereta dan sebagainya. Apabila sy memberitahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami, dia akan mengungkit bahawa dia telah banyak mengeluarkan duit sendiri. Apakah hak sy sebagai isteri dlm permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih. Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah. 1. Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belan