Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

MENGURUSKAN ANGGOTA YANG TERPOTONG DARI BADAN

Soalan ; Saya nak tahu cara nak tanam anggota badan yang di potong contoh kaki. Jawapan; Anggota yang terpotong dari badan seseorang ketika ia masih hidup, yang dituntut untuk dilakukan ialah membalutnya, kemudian menanamnya sebagai menghormati jasad manusia. Adapun membasuhnya, diharuskan tetapi tidaklah diwajibkan mahupun disunatkan. Tidak disyariatkan menyembahyangkannya. Hukumnya sama seperti bayi yang keguguran sebelum usianya 6 bulan dan tidak lahir bernyawa; ia hanya perlu dibalut dan ditanam, harus memandikannya dan tidak perlu disolatkan. Wallahu a'lam. Rujukan ; 1. Al-Majmu', Imam an-Nawawi, kitab al-Janaiz, bab as-Solati Ala al-Mayyit (5/254). 2. Mughni al-Muhtaj, Imam al-Khatib as-Syirbini, Kitab al-Janaiz (4/266). 

HUKUM JANGGUT DAN MISAI

Soalan; Assalamu alaikm, ustaz. Minta ustaz jelaskan lanjut tentang hukum mencukur janggut. Misai pula macam mana? Terima kasih. Jawapan; HUKUM JANGGUT 1. Terdapat arahan dari Nabi s.a.w.; خالفوا المشركين: وفروا اللحى، وأحفوا الشوارب “Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Umar r.a.). Berdasarkan hadis ini, para ulamak melarang lelaki muslim mencukur janggutnya. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab-mazhab empat); arahan menyimpan janggut dalam hadis di atas adalah arahan wajib. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Dimakruhkan mencukur janggut. Adapun membuang sebahagian dari panjang atau lebarnya jika terlalu lebat, maka itu adalah baik/elok”. Imam Malik memakruhkan janggut yang terlalu panjang. Sebahagian ulamak menggalakkan dipotong janggut yang melebihi satu genggaman tangan. Dalam Soheh Imam al-Bukhari ada diceritakan; Ibnu Umar r.a. bila mengerjakan haji atau umrah, beliau akan menggenggam janggung

USTAZ TIDAK BERJANGGUT DAN BERJUBAH

Soalan ; salam, ustaz; 1. ustaz seperti yg di maklum kpd saya... ulma 4 mazhab meletakkn hukum wajib untuk org islam b'janggut...sya agk kecewa dengan ustaz2 @ ulama malaysia yg tidak menhirau kan sunnah ini...melalui pemerhatian saya ada yg sggp mencukur janggt tsbt dgn sengaja...bila bab hukum ahkam bukan main lagi ustaz...bila ceramah bab keperibadian rasulullah...sampai nmpk urat leher...mcm mana sya nk ikut kata2 seorng sendiri tak mgamalkn yg apa dia katakan...ada yg misai lbh pjg dr janggut...ini kah ulama kita masa kini ustaz.....bila b'pakaian mereka lbh rela memakai baju kot dari memakai baju jubah...adakah mereka lbh bgga dgn bju yg d reka oleh org yahudi dr bju yg d reka oleh kekasih kita....sepatut nya mereka yg menunjukn kepada kami(org jahil ttg agama) ttg keperibadian rasulullh...tetapi keperibadian hnya di mulut2 mereka shj ustaz...bila saya prgi ke kuliah ustaz2 sya mjadi mrh ttg ini ustz..tapi apakn daya ustaz...ilmu ttg agma sya kurang...dsmping ustaz &

SUJUD TANPA KAKI MENYENTUH LANTAI (CARA SUJUD)

Soalan : Ustaz, 1. Adakah sah sujud sembahyang fardu, jika tidak ada perut jari sebelah kaki mengenai tempat sujud? 2. Adakah perut kedua-dua tangan mesti menyentuh tempat sujud sebagai syarat sah sujud sembahyang? Jawapan ; Sabda Nabi s.a.w.; “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.). Berdasarkan hadis ini, anggota sujud hendaklah merangkumi; 1. Dahi dan hidung 2. Dua tangan 3. Dua lutut 4. Dua kaki Ketika sujud, wajib ke semua tujuh anggota di atas diletakkan di atas lantai. Bagi dahi, memadai meletakkan sebahagian dahi sahaja di atas lantai. Bagi tangan yang dikira ialah tapak tangan dan bagi kaki pula ialah perut-perut anak jari kaki. Memadai dengan meletakkan sebahagian sahaja dari perut-perut anak jari kaki itu. Jika seseorang itu sujud di atas belakang tangan atau belakan

IBU TIRI KEPADA ISTERI; ADAKAH MENJADI MAHRAM SUAMI?

Soalan ; assalamualaikum....ape hukum suami bersalam dgn mak mentua? mak mentua tu bukan mak kandung istri, macam istilah org kmpung paggil mak tiri (kepada isteri), mintak dalil dan kitab rujukn. syukran Jawapan; Ibu/emak tiri kepada isteri tidak termasuk dalam senarai mahram muabbad (yakni orang-orang yang haram dikahwini oleh seorang lelaki buat selamanya). Oleh itu, statusnya sama seperti wanita ajnabi yang lain iaitu tidak boleh bersentuhan dengannya (termasuk bersalaman), berdua-duaannya dengannya, melihat auratnya dan menemaninya untuk bermusafir.  Ikatan mahram wujud dengan tiga sebab; 1. Kekeluargaan 2. Perkahwinan 3. Penyusuan Ia disebut oleh Allah dalam firmanNya dalam surah an-Nisa' (bermaksud); "Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perem

CARA MELAKUKAN TAYAMMUM

Soalan; SALAM USTAZ, SAYA INGIN MENGAJU SATU PERSOALAN SEPERTI BERIKUT: 1.KAMI BERMALAM SEMASA BERTUGAS DI PADANG PASIR YG SEJUK INI, KEMUDIAN BERMIMPI KELUAR AIR MANI, UNTUK SOLAT SUBUH MEMERLUKAN MANDI JUNUB ATAU SEBAGAINYA, KALAU DITEMPAT PDG PASIR YG TIADA AIR TAYAMUM PUN DIBOLEHKAN, DAN BAGAIMANA CARA NYA TERANGKAN SATU PERSATU.. TERIMA KASIH ATAS KEPERHIHATINAN USTAZ. Jawapan; 1. Yang dimaksudkan dengan tayammum ialah menyapukan debu ke muka dan dua tangan sebagaimana firman Allah (bermaksud); “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh (atau mensetubuhi) perempuan sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau untuk mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan debu yang bersih (صعيدا طيبا), iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu” (Surah al-Maidah, ayat 6). 2. Berdasarkan ayat di atas, anggota tayammum ada dua iaitu; a) Muka b) Dua tangan Mu

HUKUM SEWA ATAS SEWA

Soalan ; assalamualaikum ustaz...apakah hukum sewa atas penyewa?  Jawapan ; Menurut jumhur ulamak (merangkumi mazhab empat); diharuskan orang yang menyewa barang/premis untuk menyewakannya semula kepada orang lain selama dalam tempoh sewaan yang diakadkan dengan pemilik barang/premis. Sama ada bayaran sewaan yang dikenakan sama dengan bayaran sewaan yang dibayar kepada pemilik atau lebih tinggi atau lebih rendah hukumnya adalah harus. Ini kerana akad sewaan adalah sama seperti akad jual-beli iaitu akad pertukaran. Jika akad jual beli menukarkan antara harta (yang berupa wang) dengan harta (yang berupa barang/produk), akad sewaan pula menukar harta (iaitu bayaran sewaan) dengan manfaat (iaitu kegunaan barang yang disewa). Apabila sempurna akad sewaan, manfaat barang/premis yang disewa telah menjadi milik orang yang menyewa, maka ia harus menggunanya sendiri atau menghadiahnya kepada orang lain atau menjual manfaat itu (dengan pengertian menyewanya kepada orang lain). Ia sama seperti apa

LAFAZ TALAK TANPA NIAT & TALAK 3 SEKALIGUS

Soalan ; assalamualaikum ustaz. 1. isteri saya telah pulang kerumah ibunya. pada malam harinya. saya telah menghantar sms berbunyi "kalau tak balik kerumah malam ni, jatuh talak 3". saya menghantar sms tersebut tanpa niat. bertujuan menyuruh isteri saya balik. adakah jatuh talak tersebut? 2. sebelum ini saya pernah bertengkar. dan saya lafaz "kita putus" juga tanpa niat. adakah jatuh talak? Jawapan ; 1. Lafaz pertama adalah lafaz sharih iaitu lafaz yang tidak difahami oleh orang yang mendengar melainkan dengan makna talak. Ucapan talak/cerai dengan lafaz sharih tidak dirujuk kepada niat, yakni; semata-mata suami melafazkannya dengan mulutnya jatuhlah talak sekalipun suami mendakwa ia melafazkannya bukanlah dengan niat cerai tetapi gurauan, marah, ancaman atau sebagainya. Lafaz sharih ini ialah dengan menggunakan perkataan talak atau cerai. Hukum tersebut adalah kerana Rasulullah bersabda; "Tiga perkara sungguhnya adalah sungguh dan gurauannya juga adalah sunggu

HUKUM KESALAHAN DALAM BACAAN FATIHAH

Soalan ; Salam Ustaz. Apa hukum solat jika membaca Al-Fatihah salah tajwid, iaitu merangkumi: - tidak menyebut syaddah pada huruf yang bertasydid, seperti pada iyyaka dibaca iyaka - salah makhraj, seperti dho disebut zho pada waladhdhollin - tidak memelihara hukum mad, seperti dho pada waladhdhollin panjang 6 harakat dibaca 2 harakat sahaja. Harap penjelasan ustaz. Jawapan ; Para ulamak menjelaskan;  1. Surah al-Fatihah wajib dibaca di dalam solat dengan merangkumi segala huruf dan syaddah-syaddahnya. Jika jatuh satu huruf darinya atau diringankan huruf yang sepatutnya disyaddahkan atau diganti satu dengan huruf lain, tidak sah bacaannya sama ada huruf dhodnya atau huruf lainnya.  2. Dari segi sebutan huruf; jika bertukar sebutan dhod (ض) menjadi dzo (ظ) menurut satu pandangan (dari fuqahak mazhab Syafiie); tidak menjejaskan bacaan (yakni bacaan masih sah kerana agak sukar bagi orang awam untuk memebezakan antara dua huruf tersebut, jadi ia dimaafkan). Namun pandangan yang rajih (al-As

MEMBINA PREMIS DI ATAS TANAH ORANG LAIN

Soalan ; Assalammualaikum. Saya ada kemuskilan, bapa saudara saya telah mendirikan rumah di atas sebidang tanah milik aruah nenek saya atas kebenaran secara lisan oleh aruah nenek. Sebelum aruah nenek meninggal dia telah menukar hak milik tanah tersebut ke atas nama bapa saya. Anak bapa saudara saya juga telah mendirikan bengkel membaiki motosikal di atas tanah tersebut tanpa sebarang kebenaran daripada bapa saya sebagai pemilik tanah. Masalahnya sekarang bapa saya ingin menjual tanah tersebut memandangkan tanah tersebut tidak diusahakan dan bapa memerlukan wang bagi menyara anak-anak yang masih belajar dan dirinya dan emak yang tidak berapa sihat. Malangnya bapa saudara dan anak-anaknya telah melemparkan kata-kata yang kesat kepada bapa saya dan masih berpegang kepada kata-kata aruah nenek yang membenarkan beliau membina rumah dan tinggal di atas tanah tersebut biarpun nenek telah tiada pada mereka itu adalah tanah pusaka dan bapa tidak berhak meminta mereka keluar biarpun bapa telah

WASIAT DAN PEMBAHAGIAN HARTA PENINGGALAN ISTERI YANG TIADA ANAK DAN IBU-BAPA

Soalan; ISTERI SUDAH MENINGGAL . SAYA TIDAK ADA ANAK. KEDUA MERTUA PUN SUDAH MENINGGAL. IPAR-IPAR SERAMAI 7 ORANG; 6 LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN. SEBELUM MENINGGAL ISTERI SAYA TELAH BERPESAN KEPADA SAYA. JIKA DIA MENINGGAL, SEMUA BARANG KEMAS NYA BERI KEPADA MASJID, DAN JANGAN BAGI KEPADA SESIAPA. SOALAN SAYA: MACAMMANA SAYA NAK BUAT BAGI MENYELESAIKAN PERKARA ITU. MINTA TOLONG PERINCIKAN KAN SATU PERSATU MENGIKUT MANA YANG MESTI DIDAHULUKAN . CONTOH SAPERTI BERIKUT; 1. JUAL SEMUA BARANG KEMAS 2. BERI KEPADA MANA MANA MASJID SEMUA SEKALI. 3. ? 4. ? 5. ? MINTA TOLONG SENARAIKAN . SEKIAN TERIMA KASIH. Jawapan; Harta peninggalan si mati hendaklah dibahagikan mengikut urutan berikut; 1. Diambil darinya untuk pengurusan jenazahnya; kos mandi, kafan dan pengkebumian. Jika telah ada peruntukan dari khairat kematian atau keluarga sudi menanggungnya, tidak perlu lagi ditolak. 2. Ditolak hutangnya sama ada hutang dengan Allah atau hutang dengan manusia. Hutang dengan Allah seperti zakat, f

PUASA ISNIN & KHAMIS DAN 3 HARI SETIAP BULAN

Soalan; Assalamualaikum ustaz, saya ingin tahu tentang puasa sunat isnin dan khamis , adakah puasa ini perlu dilakukan pada isnin dan khamis pd minggu yang sama atau minggu berlainan(isnin minggu pertama,khamis minggu kedua dsb.) atau boleh memilih antara dua hari itu yakni puasa pd isnin saja tp tidak pada khamis begitu sebaliknya? Kedua ,mengenai puasa tiga hari sebulan, apakah hukum jika saya mengambil hari isnin dan khamis sebagai hari utk melakukan puasa sunat tiga hari ini? Maklum balas ustaz amat dihargai. Wassalam. Jawapan; 1. Puasa isnin dan kamis boleh dilakukan pada setiap minggu, sama ada berpuasa isnin saja atau khamis saja atau kedua-duanya. 2. Maksud puasa 3 hari setiap bulan (yakni bulan Islam) ialah melakukan puasa pada 3 hari di setiap bulan. Jika seorang melakukan puasa setiap hari isnin bermakna setiap bulan ia berpuasa 4 hari dan itu telah merangkumk maksud puasa 3 hari setiap bulan itu. Namun jika ia menambah puasa dengan berpusa pada tanggal 13, 14 dan 15 setiap

BENARKAH HARUS MENUNJUKKAN GAMBAR TIDAK BERTUDUNG KEPADA LELAKI?

Soalan ; salam,,,ustaz apa hukum seorang perempuan berchating secara webcam tidak menutup kepala dan tidak menampakkan auratnya yang lain kecuali rambut sahaja. saya ada mendengar hukum menunjukkan gambar tidak menutup kepala kepada orang lelaki tidak dikira berdosa kecuali mendatangkan syahwat.. saya ingin mendapatkan kepastian sebab saya adlah pelajar jurusan pengajian Islam. Jawapan ; Terdapat larangan yang jelas dari al-Quran dan as-Sunnah ke atas wanita beriman agar menutup aurat iaitu seluruh badan kecuali muka dan dua tangan sahaja yang harus didedahkan. Lihat surah an-Nur, ayat 31. Antara yang disuruh Allah agar ditutup ialah bahagian kepala. Firman Allah (bermaksud); "Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita mukmin) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga menutupi belahan leher baju mereka" (Surah an-Nur, ayat 31). Menurut ulamak tafsir; ayat ini bermaksud supaya wanita-wanita beriman menutup kepala mereka, leher serta dada mereka dengan kain-kain tudung (Lih

HUKUM LELAKI BERAMBUT PANJANG & MEMAKAI TOPI KETIKA SOLAT

Soalan ; Assalamualaikum ustaz....Saya mempunyai sedikit kemusykilan tentang pemakaian ketika solat..Terutama pada bahagian atas kepala.saya seorang yang gemar berambut panjang namun ada segelintir yang mengatakan jika rambut panjang maka ia akan jatuh kepada haram.adakah perkara ini benar?Dan satu lagi ustaz,tentang pemakaian topi ketika solat.saya sering memakai topi salji@snowcap yg kelihatan seperti anak tudung bagi wanita.Persoalannya adakah salah jika saya mengenakannya untuk digunakan sebagai pengganti songkok@kopiah memandangkan rambut saya panjang dan khuatir jatuh di bahagian dahi dan menyebabkan solat itu terbatal?Itu sahaja ya Ustaz,harap ustaz sudi menjawab soalan saya ini. Jawapan;  1. Lelaki ingin menyimpan rambut panjang; tidaklah dilarang agama kerana rambut Nabi -shallallahu 'alaihi wasallam- sendiri adakalanya beliau membiarkan panjang hingga ke bahu. Dalam Soheh al-Bukhari, terdapat hadis dari Anas yang menceritakan; "Rambut Rasulullah mencecah dua bahunnya

MLM HPA

Soalan; Salam ustaz, saya terjumpa perbahasan berkaitan HPA di internet...link saya berikan di bawah.. sila baca dan beri penilaian mahupun cadangan.. Tidakkah sesuatu perniagaan yg dikatakan harus itu terdapat ciri² & syarat² nya menurut syara'? saya lihat bisnes HPA ini masih dalam keadaan tidak cerah dari kesamaran oleh kerana KEKURANGAN tenaga pakar akademik, benarkah? harap ustaz berikan kerjasama.. kami orang awam mahu mengetahui secara menyeluruh plan bisnes HPA ini & tidak perlulah disitu ada keraguan yg membatasi pengetahuan kami tentangnya.. apa yang kami harapkan bisnes HPA ini adalah jelas nyata & terang... bak kata pepatah "tadop udang di sebalik mee goreng" saya jumpa link ini di laman sesawang... INI LINKNYA: (http://aididmuaddib.blogspot.com/2011/05/panel-syariah-yang-suspek-meh-la-ramai.html). Jawapan; Sebelum ini ramai bertanya saya tentang sistem perniagaan (MLM atau lainnya) membabitkan syarikat-syarikat tertentu, namun saya mengelak untuk

BENARKAH SEMUA MLM HARAM?

Soalan ;  Assalamu alaikum, ustaz. Saya ingin mendapat pandangan sebenar tentang MLM. Saya baca satu blog (http://www.aididmuaddib.blogspot.com/), penulisnya kata semua MLM haram. Ada fatwa-fatwa ulamak beliau bawakan. Ustaz pula dalam jawapan-jawapan ustaz; MLM tidak semuanya haram, ada yang harus. Minta ustaz jelaskan lebih lanjut supaya orang seperti saya ini tidak keliru. Terima kasih.   Jawapan ;   Saya membaca sedikit sebanyak blog tersebut (khusus berkait dengan MLM). Biasa sahaja sebelum ini saya mendengar pro dan kontra tentang MLM kerana antara ulamak sendiri berbeza pandangan. Namun membaca blog tersebut –khusus diruang komennya- saya agak terkejut kerana ada orang yang membicara hal agama namun dengan bahasa yang begitu kesat (apatahlagi ditujukan kepada ulamak) semata-mata kerana tidak sepandangan dengannya. “..bodohlah ulamak-ulamak yang mengharuskan MLM...” itulah antara bahasa yang digunakan dan ditujukan kepada ulamak-ulamak Mesir dan Malaysia (kerana mereka mengharusk

EDDAH WANITA YANG DICERAI SUAMI

Soalan ; Assalamualaikum ustaz, boleh ustaz tolong jelaskan bagaimanakan yang dimaksud kan tempoh edah selepas bercerai bagi seorang wanita. Ada yang berkata tempohnya adalah 3 bulan dari tarikh bercerai atau pun 3 kali suci. Andai kata wanita tersebut telah lepas 3 kali suci tetapi tempoh edah cerainya tidak sampai 3 bulan boleh kah wanita tadi bernikah atau mesti digenapkan masa 3 bulan tersebut barulah wanita tadi boleh bernikah. Penjelasan Ustaz diucapkan ribuan terima kasih. Wassalam.   Jawapan ;   Eddah yang ditetapkan oleh Syariat ke atas wanita yang diceraikan suami adalah seperti berikut;   1. Wanita yang diceraikan suami dan ia masih kedatangan haid; eddahnya tiga kali suci (dari haid) berdalilkan ayat (bermaksud); “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)” (Surah al-Baqarah, ayat 228). Dikecualikan jika ia mengandung, maka eddahnya ialah eddah wanita mengandung yang akan disebutkan

HUKUM ANAK PATUNG

Soalan; assalamulaikum ustaz...saya ingin bertanya apakah hukum sbnr menyimpan anak patung....sebab saya pernah dengar orang kata kalau nak simpan anak patung boleh tapi kena cacatkan anggotanya....adakah itu benar ustaz... Jawapan; Patung makhluk yang bernyawa –iaitu manusia dan haiwan- menurut jumhur ulamak; haram dibuat dan haram juga memilikinya. Hukum haram ini berdalilkan hadis-hadis yang melarang peniruan terhadap makhluk-makhluk bernyawa sama ada melalui lukisan, patung atau sebagainya. Antaranya sabda Nabi (bermaksud); “Semua orang yang membuat peniruan adalah dalam neraka. Di akhirat nanti makhluk yang ditirunya akan dijelmakan menjadi satu jiwa yang akan mengazabnya di dalam neraka. Jika kamu perlu melakukannya, buatlah peniruan terhadap pokok atau benda yang tidak bernyawa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas –radhiyallahu. Lihat hadis ini dalam Nailul-Autar (Imam as-Syaukani), juzuk 2, kitab al-Libas, bab Hukmi Ma Fihi Shurah Min as-Siyab…). Dikecualikan dari

INGIN MEMBATALKAN NAZAR

Soalan; ASSALAMUALAIKUM, Saya Ridzuan dari Sepang, saya ingin bertanya tentang hukum menyempurnakan nazar? 1. Sekiranya saya telah berniat nazar (yang baik) tetapi saya ingin membatalkan/menukarkan niat nazar itu kepada yang lain, apakah yang saya perlu lakukan? 2. Untuk makluman pihak tuan saya telah bernazar untuk menyedekahkan 5% gaji saya selama saya berkerja kepada yang memerlukan sekiranya saya mendapat perkerjaaan. 3.Semasa saya membuat lafaz tersebut saya agak yakin yang saya mampu melaksanankannya, tetapi selepas difikirkan kembali saya menjadi gusar sekiranya saya tidak dapat menyempurnakan nazar saya tersebut. Jawapan; Wajib ke atas orang yang bernazar (dengan nazar ketaatan) menunaikan nazarnya selagi ia mampu menunaikannya. Allah berfirman di dalam al-Quran (yang bermaksud); “…dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka…”. (al-Haj: 29). Sabda Nabi –shallalahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah ia mentaatiNya (yakni menunai