Soalan; ustaz ape beza antara zat dan sifat Allah?
Jawapan;
Bismillah. Zat bermaksud hakikat sesuatu yang membezakannya dari yang
lain. Ada ulamak memberi makna zat dengan nafs (diri), zat sesuatu = diri
sesuatu. Sifat pula ialah nama/sebutan yang menunjuk kepada
keadaan-keadaan zat atau tanda yang bersifat lazim pada zat yang
dengannya ia dikenali. Allah tidak serupa dengan makhluk, maka zatNya
dan juga sifatNya berbeza dari mana-mana makhlukNya.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. at-Ta'rifaat, 'Ali bin Muhammad al-Jurjani.
Cari Blog Ini
Khamis, 29 Oktober 2015
SUKA BERANGAN; ADAKAH ADA KAITAN DENGAN SYAITAN
Soalan; Assalam ustaz...ape pandangan ustaz terhadap org yg suka berangan...ade kene mngena ke dengan syaitan?
Jawapan;
Wallahu a'lam.
Jawapan;
Bismillah. Berangan
tentang perkara-perkara yang baik seperti berangan untuk masuk syurga,
berangan untuk berjaya dalam hidup (dalam perniagaan, pelajaran dan
sebagainya), berangan berkahwin dengan lelaki/wanita yang soleh/solehah,
berangan untuk jadi orang kaya beriman dan sebagainya semua itu adalah
angan-angan yang baik dan diredhai Syariat. Tidak ada kejayaan melainkan
bermula dari angan-angan.
Adapun
berangan tentang perkara-perkara yang jahat atau maksiat seperti
berangan untuk hidup bebas tanpa terikat dengan batasan Syarak, untuk
berzina, minum arak, angan-angan berupa hasad dan sebagainya dari
amalan-amalan yang ditegah Syariat, maka berangan seperti itu adalah
bisikan dari Syaitan dan jika tidak ditahan akan menjerumuskan diri ke
dalam maksiat. Kerana itu Allah berfirman (yang bermaksud);
"Dan
jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah
engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui" (surah Fussilat, ayat 36).
Sabtu, 24 Oktober 2015
WAKAF DARI ORANG BUKAN ISLAM
Soalan; Assalamu alaikum Ustaz. Saya
ada satu soalan..kawan baik sya non muslim (david) ada sorang kawan
muslim yg baru meninggal..sya ada bercerita pada David berkenaan amalan2
yg pahalanya berterusan meskipun telah meninggal dunia seperti amalan
waqaf.
Soalan
sya..apa hukum david mengeluarkan duit utk mewaqafkan sesuatu benda
(seperti pokok kurma) bg pihak kawan muslim yg sudah meninggal.adakah
amalan itu sah (sebab dilakukan oleh non muslim) dan adakah pahala itu
smpi kpd simati?
Mohon pencerahan drpd
ustaz. terima kasih banyak ustaz.
Jawapan;
Bismillah. Masalah tersebut masuk dalam perbahasan ulamak berkenaan
wakaf orang kafir untuk kaum muslimin (seperti dia memberi wakaf untuk
masjid dsbnya). Menurut para fuqahak (termasuk mazhab Syafiie): pada dasarnya wakaf
dari orang kafir zimmi adalah sah. Namun pahala dari pemberiannya itu akan diganti Allah
dengan habuan di dunia, adapun di akhirat tiada sebarang pahala
untuknya. Terdapat hadis dari Nabi SAW dalam Soheh Muslim menyebutkan; "Adapun orang kafir, kebaikan-kebaikannya untuk Allah akan (dibalas) dengan dikurniakan makanan untuknya di dunia, namun apabila dia tiba di akhirat tiada lagi sebarang kebaikan untuknya yang akan dibalas" (Soheh Muslim; kitab Sifat al-Qiyamah, 56/2808).
Bila dia meniatkan pahala itu untuk saudaranya yang telah mati, insya Allah pahala dari kebaikan wakaf itu akan sampai kepada si mati di barzakh.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 44/129.
2. Ahkam Ghair al-Muslimin Fi Nidzam al-Waqf al-Islami, Dr. Adam Nuh.
ANTARA MENJAGA 'AIB DAN MENCEGAH KEMUNGKAAN
Soalan; Assalamualaikum ustaz. Minta pendapat. Sebagai
orang yang mengetahui adanya sebuah hubungan terlarang (isteri orang
dengan lelaki bujang), apa yang perlu saya buat? Antara ingin menjaga
aib orang dan ingin menghalang kemungkaran dari terus berleluasa.
Jawapan;
Bismillah. Nasihatkan orang terbabit secara direct jika mampu, atau sampaikan kepada pihak yang dapat mencegah mereka. Jangan sekali-kali menceritakannya kepada orang yang tiada kaitan untuk pencegahan.
Wallahu a'lam.
Jawapan;
Bismillah. Nasihatkan orang terbabit secara direct jika mampu, atau sampaikan kepada pihak yang dapat mencegah mereka. Jangan sekali-kali menceritakannya kepada orang yang tiada kaitan untuk pencegahan.
Wallahu a'lam.
MENGGUNA WANG PETTY CASH COMPANY UNTUK DIRI SENDIRI
Soalan; Assalamualaikum. Apakah hukum menggunakan wang 'petty cash' company untuk tujuan peribadi (dalam keadaan terdesak) dan kemudian membayar semula.
Jawapan;
Bismillah. Menggunakan wang/harta milik orang lain tanpa izinnya dianggap oleh Syarak sebagai ghasab (merampas). Hukumnya berdosa, wajib memohon ampun dan memulangkan kembali harta yang diambil. Sabda Nabi SAW; "Tidak halal harta seseorang melainkan dengan kerelaan hatinya" (Musnad Ahmad; 20695).
Wallahu a'lam.
Jawapan;
Bismillah. Menggunakan wang/harta milik orang lain tanpa izinnya dianggap oleh Syarak sebagai ghasab (merampas). Hukumnya berdosa, wajib memohon ampun dan memulangkan kembali harta yang diambil. Sabda Nabi SAW; "Tidak halal harta seseorang melainkan dengan kerelaan hatinya" (Musnad Ahmad; 20695).
Wallahu a'lam.
Jumaat, 23 Oktober 2015
BILA NAFKAH IBU/BAPA MENJADI WAJIB KE ATAS ANAK?
Soalan; Assalamu alaikum Ustaz. Saya
nak tanya hukum beri nafkah kpd ibu-ayah tu wajib kan sbg anak
laki..nafkah tu mesti dlm bentuk keperluan asas ke? (duit/pakaian
lain2)..atau bole dlm bentuk lain? Sya
tahu ayah-ibu sya takde masalah dgn duit..duit dorang pun lagi byk drpd
sya..dan anak2 lain pun ada bg sumbangan sikit pd ayah-ibu. Jadi
selama ni sya bagi dlm bentuk lain..sya belikan ayahibu sebuah kereta
yg selesa utk kegunaan mereka..bulan2 sya yg bayar duit kereta ke bank..
Soalan
sya, adakah sya telah dikira menunaikan tanggungjawab memberi nafkah
kpd ayahibu sya?..atau sya tetap juga kena bg cash walaupun
sedikit?..
Mohon pencerahan drpd Ustaz ya. Terima kasih byk2.
Jawapan;
Bismillah. Nafkah kepada ibu/bapa menjadi wajib ke atas anak jika ada dua syarat;
1. Ibu/bapa miskin (memerlukan saraan)
2. Anak mampu/berada.
Jika
ibu/bapa kaya (berada, tidak memerlukan saraan dari orang lain),
tidaklah wajib anak menafkahi mereka. Begitu juga, jika anak miskin
tidaklah dia diwajibkan menafkahi mereka kerana seseorang tidak dibebani
oleh Syarak dengan sesuatu di luar kemampuannya.
Sekalipun
tidak wajib dinafkahi kerana mereka kaya (berada), namun jika anak
ingin menafkahi/menyarai mereka atas dasar sukarela kerana ingin
berbakti kepada mereka, itu adalah langkah yang baik dan digalakkan oleh
Syarak kerana ia termasuk dalam pengertian Birru walidain (berbuat baik
dan berbakti kepada dua ibu-bapa) yang disuruh oleh al-Quran dan
hadis.
Bagi
ibu/bapa yang wajib dinafkahi, ukuran nafkah ialah al-kifayah (yakni
kadar yang menciukupi keperluan mereka). Ia merangkumi makanan asasi,
lauk, pakaian, tempat tinggal, rawatan/ubatan dan sebagainya yang
diperlukan.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. al-Fiqh as-Syafiie al-Muyassar, Syeikh Sayyid bin 'Abdillah at-Tidi, 211-212.
2. Hasyiyah al-Baijuri, 2/191.
Khamis, 22 Oktober 2015
HUBUNGAN DENGAN KELUARGA PASANGAN (SUAMI @ ISTERI) SETELAH KEMATIANNYA
Soalan; Assalamualaikum ustaz. Mohon bantuan pencerahan berkenaan perkara ini :
BAGAIMANA SEHARUSNYA HUBUNGAN SUAMI/ISTERI DENGAN BEKAS KELUARGA MERTUA(kes isteri/suami telah meninggal dunia)
YANG MANA BAPA DAN IBU MERTUA BEKAS ISTERI/SUAMI TELAH TIADA.
YANG TINGGAL HANYA ADIK BERADIK NYA SAHAJA.
DAN MEREKA TELAH BERKAHWIN LAIN.
PERLU TERUSKAN SEPERTI BIASA HUBUNGAN DENGAN MEREKA OR PERLU JARAKKAN DEMI KERUKUNAN RUMAHTANGGA YANG BARU. MAAF KATA, BIASALAH KALAU DAH BERKAHWIN BARU, SIKIT SEBANYAK PERLU MENJAGA BATASAN DAN HATI PASANGAN BARU.
ADA BATAS2 DALAM PERGAULAN/HUBUNGAN TAK?
KE KENA REMAIN SAMA MCM WIFE/HUSBAND KETIKA MASIH ADA?OR MCMMANA. JAZAKALLAHU KHAIRAN.
Jawapan;
BAGAIMANA SEHARUSNYA HUBUNGAN SUAMI/ISTERI DENGAN BEKAS KELUARGA MERTUA(kes isteri/suami telah meninggal dunia)
YANG MANA BAPA DAN IBU MERTUA BEKAS ISTERI/SUAMI TELAH TIADA.
YANG TINGGAL HANYA ADIK BERADIK NYA SAHAJA.
DAN MEREKA TELAH BERKAHWIN LAIN.
PERLU TERUSKAN SEPERTI BIASA HUBUNGAN DENGAN MEREKA OR PERLU JARAKKAN DEMI KERUKUNAN RUMAHTANGGA YANG BARU. MAAF KATA, BIASALAH KALAU DAH BERKAHWIN BARU, SIKIT SEBANYAK PERLU MENJAGA BATASAN DAN HATI PASANGAN BARU.
ADA BATAS2 DALAM PERGAULAN/HUBUNGAN TAK?
KE KENA REMAIN SAMA MCM WIFE/HUSBAND KETIKA MASIH ADA?OR MCMMANA. JAZAKALLAHU KHAIRAN.
Jawapan;
Bismillah. Dari
segi hukum, adik-beradik kepada suami atau isteri tidaklah mahram.
Kerana itu batasan pergaulan dengan mereka sama seperti batasan
pergaulan dengan ajnabi yang lain iaitu tidak boleh membuka aurat, tidak
boleh bersentuhan (bersalaman), berduaan dan sebagainya. Namun oleh
kerana mereka mempunyai ikatan kekeluargaan dengan suami/isteri, maka
perlulah dijaga hubungan dengan mereka kerana ia termasuk dalam
pengertian berbuat baik kepada pasangan. Apabila pasangan telah
meninggal, sekalipun tuntutan menjaga hubungan dengan keluarganya tidak
sebesar ketika dia masih hidup, namun digalakkan hubungan baik itu terus
dipelihara terutama dengan individu yang dikasihi oleh pasangan ketika
hidupnya.Sikap tersebut menjadi amalan Nabi SAW di mana setelah kematian
isterinya Khadijah RA, baginda sentiasa menjalinkan hubungan baik
dengan orang-orang yang yang dikasihi Khadijah semasa hayatnya. 'Aisyah
RA menceritakan; "Rasulullah SAW menyembelih kambing dan menghadiahkan
sebahagian dari dagingnya kepada orang-orang yang dikasihi Khadijah
(yakni dari kalangan rakan-rakan atau ahli keluarganya)" (Soheh
al-Bukhari, hadis no. 6004). Wallahu a'lam.
Langgan:
Catatan (Atom)
SEJAUHMANA BAPA ATAU IBU BOLEH MENGGUNAKAN HARTA ANAK?
Soalan; jika anak mendapat wang pampasan kemalangan, apakah bapa atau ibu boleh menggunakan wang tersebut untuk diri mereka? Jawapan; Mengik...
-
Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan tetang menggantikan ibadah solat (qada) yang tertinggal. Jika saya tertinggal m...
-
Soalan; assalamualaikum ustaz.. saya musykil dalam sembahyang.. jika kita solat berjemaah.. rakaat pertama hingga terakhir hanya membaca al...
-
Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni keran...