Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Muamalat(Keluarga)

ADAKAH SYURGA KEMBALI KE BAWAH TAPAK KAKI IBU SETELAH KEMATIAN SUAMI?

Soalan;  ustaz, se pertimana yang saya tahu, syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya. Tapi ustaz, macam mana pula jikalau suaminya telah meninggal? Adakah syurganya kembali kepada ibu kandungnya? Jawapan; Hingga bila-bilapun syurga tetap di bawah tapak kaki ibu-bapa dan keredhaan Tuhan berada pada keredhaan Ibu-bapa. Sabda Nabi SAW; الْزَمْهُمَا فَإِنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ أَرْجُلِهِمَا “Jagalah kedua ibu-bapamu kerana Syurga di bawah kaki kedua mereka” (Al-Mu'jam al-Kabir, at-Thabrani; 2202. Menurut al-Munziri; sanad hadis ini baik. Lihat; at-Targhib wa at-Tarhib, al-Munziri; 3751). Sabda baginda juga; رِضا الرَّبِّ فِي رِضا الوَالِدِ وَسُخْطُ الرَّبِّ فِي سُخْطِ الوَالِدِ “Keredhaan Tuhan berada pada keredhaan Ibu-bapa dan kemurkaan Tuhan berada pada kemurkaan ibu-bapa” (HR at-Tirmizi dan al-Hakim dari ‘Abdullah bin ‘Amru RA. Menurut as-Suyuti; hadis ini adalah soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4456). Sama ada bergelar isteri atau tidak, s...

BENARKAH KENYATAAN "WANITA MEMILIKI 9 NAFSU DAN 1 AKAL"?

Soalan; ustaz, saya hendak tanya pasal orang perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal, terbalik dengan lelaki (9 akal, 1 nafsu). Betul ke hal tu? Daripada hadis ke apa sumbernya? Jawapan; Dalam Soheh al-Bukhari, ditemui hadis menyebutkan; "Wanita kurang akal dan agamanya (berbanding lelaki). Kurang akal di mana kesaksian seorang wanita separuh kesaksian lelaki (*yakni dalam kesaksian, 4 saksi wanita menyamai 2 saksi lelaki). Kurang agama di mana wanita ketika haid tidak boleh lagi solat dan berpuasa (*lelaki pula boleh solat dan puasa sepanjang masa)" (Soheh al-Bukhari; 304. Dari Abu Sa'id al-Khudri RA). Menurut Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha; maksud hadis itu ialah melihat secara umum (umum kaum wanita berbanding kaum lelaki). Adapun secara khusus (individu), terdapat ramai wanita lebih berakal dari ramai orang lelaki.(1)  Sebahagian ulamak berkata; maksud kurang akal dalam hadis di atas ialah dinisbah kepada hati, yakni; wanita dijadikan Allah dengan memiliki perasaan ha...

BILA NAFKAH IBU/BAPA MENJADI WAJIB KE ATAS ANAK?

Soalan; Assalamu alaikum Ustaz. Saya nak tanya hukum beri nafkah kpd ibu-ayah tu wajib kan sbg anak laki..nafkah tu mesti dlm bentuk keperluan asas ke? (duit/pakaian lain2)..atau bole dlm bentuk lain? Sya tahu ayah-ibu sya takde masalah dgn duit..duit dorang pun lagi byk drpd sya..dan anak2 lain pun ada bg sumbangan sikit pd ayah-ibu. Jadi selama ni sya bagi dlm bentuk lain..sya belikan ayahibu sebuah kereta yg selesa utk kegunaan mereka..bulan2 sya yg bayar duit kereta ke bank.. Soalan sya, adakah sya telah dikira menunaikan tanggungjawab memberi nafkah kpd ayahibu sya?..atau sya tetap juga kena bg cash walaupun sedikit?.. Mohon pencerahan drpd Ustaz ya. Terima kasih byk2.   Jawapan;    Bismillah. Nafkah kepada ibu/bapa menjadi wajib ke atas anak jika ada dua syarat; 1. Ibu/bapa miskin (memerlukan saraan) 2. Anak mampu/berada. Jika ibu/bapa kaya (berada, tidak memerlukan saraan dari orang lain), tidaklah wajib anak menafkahi mereka. Beg...

HUBUNGAN DENGAN KELUARGA PASANGAN (SUAMI @ ISTERI) SETELAH KEMATIANNYA

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Mohon bantuan pencerahan berkenaan perkara ini : BAGAIMANA SEHARUSNYA HUBUNGAN SUAMI/ISTERI DENGAN BEKAS KELUARGA MERTUA(kes isteri/suami telah meninggal dunia) YANG MANA BAPA DAN IBU MERTUA BEKAS ISTERI/SUAMI TELAH TIADA. YANG TINGGAL HANYA ADIK BERADIK NYA SAHAJA. DAN MEREKA TELAH BERKAHWIN LAIN. PERLU TERUSKAN SEPERTI BIASA HUBUNGAN DENGAN MEREKA OR PERLU JARAKKAN DEMI KERUKUNAN RUMAHTANGGA YANG BARU. MAAF KATA, BIASALAH KALAU DAH BERKAHWIN BARU, SIKIT SEBANYAK PERLU MENJAGA BATASAN DAN HATI PASANGAN BARU. ADA BATAS2 DALAM PERGAULAN/HUBUNGAN TAK? KE KENA REMAIN SAMA MCM WIFE/HUSBAND KETIKA MASIH ADA? OR MCMMANA.  JAZAKALLAHU KHAIRAN. Jawapan;   Bismillah. Dari segi hukum, adik-beradik kepada suami atau isteri tidaklah mahram. Kerana itu batasan pergaulan dengan mereka sama seperti batasan pergaulan dengan ajnabi yang lain iaitu tidak boleh membuka aurat, tidak boleh bersentuhan (bersalaman), berduaan dan sebagainya. ...

SIAPA DI KALANGAN KELUARGA SUAMI ATAU ISTERI YANG MENJADI MAHRAM KITA?

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanyakan 2 soalan berkaitan aurat suami-isteri dan tanggungjawab yang wajib bagi seorang suami dan isteri. Soalan saya adalah seperti berikut: 1. Apakah aurat suami dan isteri di mata keluarga mertua? Contohnya, dengan mertua, ipar, anak saudara, bapa/ibu saudara, suami/isteri kepada bapa/ibu saudara. Apakah had bersalaman dengan mereka? Terima kasih di atas jawapan ustaz. Saya adalah hamba yang jahil dan perlukan bantuan ustaz. Sekian. Jawapan;   Bismillah. Aurat dan bersalaman bergantung kepada mahram atau tidak orang yang berhadapan kita. Jika dia mahram kita, harus kita bersalaman dengannya dan auratnya dengan kita (lelaki) ialah sepertimana aurat ibu dan adik-beradik perempuan kandung kita iaitu dari dada hingga lutut mengikut pandangan yang rajih (yakni boleh menampakkan bahagian rambut, leher, tangan dan betis, adapun kawasan lainnya wajib ditutup). Maksud mahram ialah orang yang diharamkan ke atas kita mengahwininya buat ...

ISTERI BERMUSAFIR KE LUAR NEGARA TANPA DITEMANI SUAMI

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, saya ada pertanyaan, mengenai isteri musafir keluar negara untuk urusan kerja; Bolehkah isteri travel keluar negara utk urusan kerja tanpa suami menemaninya? terima kasih. Jawapan; Para ulamak telah mensepakati bahawa diharamkan wanita keluar bermusafir dengan seorang diri -terutamanya musafir yang jauh-(1). Para ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali mensyaratkan; mesti ditemani oleh suami atau mahramnya (yakni bapa, anak lelaki, saudara lelaki atau sebagainya). Mereka berdalilkan sabda Nabi saw; لاَ تُسَافِرِ المَرْأَةُ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ "Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama mahramnya" (Soheh al-Bukhari; 1862, dari Ibnu 'Abbas RA).   لاَ يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ أَنْ تُسَافِرَ مَسِيرَةَ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لَيْسَ مَعَهَا حُرْمَةٌ "Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk bermusafir dengan jarak perjalanan sehari semalan tanpa ditemani m...

ADAKAH IBU MERTUA SETARAF IBU SENDIRI? HUKUM MENCERCA IBU MERTUA

Soalan; Assamualaikum ustaz, Saya ingin mohon pencerahan dari ustaz mengenai Taraf ibu mertua dgn menantu lelaki. Adakah sama seperti ibu kandungnya sendiri? Sekiranya dia pernah berbuat sesuai yang dianggap kurang ajar terhadap ibu mertuanya seperti memaki, menghalau sehingga menitiskan air mata si mertua, adakah dia telah tergolong sebagai telah melakukan dosa besar juga dianggap anak derhaka & tidak mencium bau syurga seperti yg selalu kita dgr jika berbuat kepada ibu sendiri. Mohon penjelasan ustaz. Sekian terima kasih. Jawapan; Bismillah. Ibu mertua tidaklah setara dgn ibu kandung sendiri. Namun bersikap kasar dan biadap kpd ibu mertua tetap berdosa sekalipun tidak sebesar dosa menderhaka kpd ibu sendiri. Wallahu a'lam. Soalan2; Terima kasih ustaz atas jawapan. Mohon pencerahan lagi ustaz, apakah kategori dosa itu ustaz? Dosa kecil atau dosa besar? Apakah benar kedudukan ibu mertua adalah Selepas ibu kandungnya? Seperkara lagi ustaz, adakah seorang nenek m...

MAKAN MALAM BERSAMA MAJIKAN

SOALAN : Assalamualaikum, Yang Terhormat Ustaz, Apakah hukum bagi seorang wanita yang sudah bersuami yang sering keluar makan malam dengan seorang lelaki yg bukan mahramnya (boss, majikan, atau kawan). Untuk menutup di tuduh berkhalwat, si istri ini membawa seorang teman wanita untuk menemaninya. Perkara ini sering berlaku. Dan sekiranya si istri ini di beri izin suami untuk keluar makan dengan lelaki yg bukan muhrim nya ada kah ini diperbolehkan.  Sekian dan terima kaseh. JAWAPAN : Wassalam. Bismillah, sebarang perkara yang membuka jalan kepada berlakunya kemungkaran wajib ditutup. Setiap orang wajib menjaga diri dari terjerumus ke dalam kemungkaran. Seorang suami pula wajib menjaga isterinya atau anak perempuannya dari terjerumus dalam kemungkaran. Oleh itu, tidak harus dia membenarkan isteri atau anak perempuannya bebas keluar dengan lelaki yang bukan mahram mereka. Firman Allah; "Wahai orang beriman, jagalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka"...

MAJIKAN BERSAMA PEMBANTU RUMAH KETIKA KETIADAAN ISTERI

Soalan : Assalamualaikum Mohon penjelasan ttg kedudukan seorang majikan lelaki bersama pembantu rumah di dalam rumahnya ketika ketiadaan isterinya di rumah, tetapi terdapat anak2 yg masih kecil. Adakah boleh dianggap khulwah/khalwat? Jawapan: Bismillah, Ya, dianggap khalwat kerana Nabi SAW bersabda; "Janganlah seorang lelaki bersunyian (berkhalwat) dengan seorang wanita kecuali disertai mahramnya (yakni mahram wanita itu)" (Soheh al-Bukhari; 1862. Muslim; 1341). Perbuatan tersebut boleh menimbulkan keraguan dan mendorong kepada berlakunya zina. Kehadiran anak-anak yang masih kecil tidak menggugurkan hukum tersebut kerana kewujudan mereka tidak dapat menutup keraguan dan tidak menghalang dari zina. Wallahu a'lam.

SUAMI ENGGAN BERKERJA DAN MENGABAIKAN NAFKAH

SUAMI ENGGAN BERKERJA DAN MENGABAIKAN NAFKAH Soalan Apakah hukum nya kalau seorang suami yg masih muda dan cergas lagi menggangur. Beliau tidak langsung mahu mencari pekerjaan sunnguh pun sang isteri sudah berkali2 menasihatkan dia untuk cari apa saja kerja tidak kira pendapatan atau gaji nya kecil dari gaji istri. Sang isteri yang bekerja terpaksa membiayai semua perbelanjaan rumah dan anak termasuk makan minum suaminya walau pun pendpatan isteri kecil. Jawapan; Bismillah, 1. Apabila seorang lelaki telah berkahwin dan berkeluarga, wajib dia menanggung nafkah isteri (*sekalipun isteri kaya atau bergaji) dan juga anak-anaknya mengikut yang sepatutnya, merangkumi tempat tinggal, belanja makan, pakaian dan sebagainya dari keperluan hidup. Sabda Nabi SAW; “Ketahuilah bahawa hak mereka (yakni isteri-isteri kamu) ke atas kamu (yakni yang mesti kamu tunaikan) ialah kamu menyediakan dengan baik (keperluan) makanan dan pakaian untuk mereka” (Sunan at-Tirmizi; 1163, dari ‘Amru b...

AURAT DAN PERKAHWINAN ANTARA ADIK BERADIK TIRI

AURAT DAN PERKAHWINAN ANTARA ADIK BERADIK TIRI Soalan Seorang janda yang mempunyai anak lelaki berkahwin dengan duda yang mempunyai anak perempuan  -apakah ada aurat antara adik beradik tiri tersebut?  -bolehkah adik beradik tiri tersebut berkahwin?  sekian,terima kasih....  Jawapan; Bismillah, 1. Di antara adik beradik tiri tidak ada sebarang ikatan mahram. Mereka adalah ajnabi dan anjabiyah antara satu sama lain. Oleh itu, wajib menutup aurat sesama mereka (*termasuk memakai tudung), tidak harus mereka berduaan dan tidak harus bersalaman. Kerana tiada ikatan mahram, mereka berdua boleh berkahwin. 2. Ikatan mahram hanyalah antara bapa dan anak tirinya, dan antara ibu dan anak tirinya. Apabila seorang lelaki mengahwini seorang wanita dan ia mensetubuhi wanita itu, haram selepas itu dia mengahwini anak perempuan wanita itu (yakni anak tirinya). Larangan disebut Allah dalam surah an-Nisa’ (bermaksud); “Dan (turut diharamkan ke atas kamu mengahwini) anak-...

Bapa Mertua Tidak Solat

Soalan. Ustaz, sejak perkahwinan saya, bapa mertua saya tidak pernah solat. Bagaimana saya nak tegur beliau? Terima kasih ustaz. Jawapan.  Bismillah, 1. mohon kepada Allah supaya Dia membuka pintu hati bapa mertua saudara, jgn jemu berdoa. 2. Ada ruang tunaikan solat di rumah agar menjadi contoh dan semoga bapa mertua saudara terfikir tentang dirinya yang tidak solat. 3. Jika ada ruang untuk mengajaknya ke majlis ilmu, ajaklah. 4. Jika ada orang yang diseganinya, berbincanglah dengan orang itu, minta dia menyampaikan nasihat kepada mertua saudara. wallahu a'lam.

HUKUM ISTERI TURUT SAMA MENANGGUNG BELANJA RUMAH

Soalan; Assalamualaikum. Sy ada sedikit kekeliruan tentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan, sy pernah memberitahu suami bahawa sy akan membantu suami untuk membayar bil2 utiliti untuk mengurangkan beban suami. Kadang2 sy turut mengeluarkn wang untuk membeli belanja seharian. Setelah beberapa tahun berkahwin, sy dapati pendapatan suami telah meningkat dan sy yakin suami boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar bil2 tersebut. Masalahnya adalah sekarang suami seolah2 menganggap sy wajib membayar bil2 rumah dan kadangkala turut mengatakan ayat bahawa asyik dia sahaja yang mengeluarkan wang belanja rumah, minyak kereta dan sebagainya. Apabila sy memberitahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami, dia akan mengungkit bahawa dia telah banyak mengeluarkan duit sendiri. Apakah hak sy sebagai isteri dlm permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih. Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah. 1. Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belan...

NAFKAH ANAK KEMATIAN BAPA

Soalan; salam ustaz, sy nak tanya soalan, siapakah yang wajib bertanggungjawab (dari segi nafkah) ke atas anak2 yang kematian bapa? ibu masih ada tetapi kurang kemampuan Jawapan; Bismillah walhamdulillah wassolatu ala Rasulillah, Dalam surah al-Baqarah (ayat 233) Allah menegaskan; “Dan k ewajipan bapa ialah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang berpatutan…Ahli waris pun (berkewajipan) seperti itu juga”. Berdasarkan ayat ini para ulamak menyimpulkan bahawa; kewajipan nafkah asalnya tertanggung di atas bahu bapa. Jika bapa tidak mampu atau mati, nafkah si anak ditanggung oleh waris-waris si anak (iaitu kerabat-kerabatnya yang akan mewarisi darinya) merangkumi ibunya sendiri, datuknya, neneknya, saudaranya, bapa saudaranya dan sebagainya lagi yang dapat mewarisi darinya. Jika waris ramai, tanggungan nafkah wajib dikongsi mengikut kadar pewarisan masing-masing. Sebagai contohnya; jika si anak hanya mempunyai nenek dan saudara lelaki sahaja, maka nenek w...

HAK JAGAAN ANAK YANG TELAH MUMAYYIZ

Soalan;   Assalamualaikum wrwb. Saya dan isteri telah bercerai. Kini bekas isteri saya telahpun berkahwin lain. Setelah bercerai, saya telah memfailkan tuntutan hak penjagaan anak anak di Mahkamah Syariah atas alasan bekas isteri telahpun berkahwin semula, bekas isteri telah mengabaikan anak anak dan berkelakuan buruk. Akan tetapi, Mahkamah sebaliknya mengambil jalan yang mudah dan memerintahkan supaya hak jagaan anak anak ditentukan dengan pilihan anak anak sahaja. Anak anak kini berumur 11 tahun (perempuan) dan 8 tahun (lelaki). Dari segi hukum syarak adakah pilihan anak anak itu lebih diutamakan dalam penentuan hadhanah? Sekian terima kasih. Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah. Anak yang telah mencapai umur 7 tahun ke atas atau umur mumayyiz, jika kedua ibu dan bapanya mencapai persetujuan untuk ia dijaga oleh mana-mana seorang dari mereka, persetujuan itulah yang dipakai. Namun jika mereka saling menuntut hak jagaan, maka diberi pilihan kep...

WANITA DALAM EDDAH KEMATIAN SUAMI; HUKUM KELUAR BERKERJA DAN BERHIAS

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, boleh ustaz jelaskan, apakah hukum nya, seorang isteri yang kematian suami, berhias untuk ke tempat kerja? Dia berhias bukan berniat untuk berkahwin lain tetapi berhias untuk diri sendiri. Memandang kan saya berhias kerana faktor kerja. Harap ustaz dapat memberi jawapan pada soalan saya ini, Terima ksih, assalamualaikum. Jawapan; Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah. Soalan di atas merangkumi dua hukum; 1. Hukum keluar berkerja 2. Hukum berhias Bagi hukum pertama; dibolehkan wanita yang kematian suami untuk keluar berkerja (atau untuk urusan-urusan lain yang perlu) asalkan ia pulang untuk bermalam di rumah suaminya selama masih dalam eddah (4 bulan 10 hari dari tarikh kematian suami, atau hingga melahirkan anak jika ia hamil). Menurut jumhur ulamak; diwajibkan ke atas isteri yang kematian suami untuk terus tinggal di rumah suaminya [1] , tidak keluar darinya melainkan untuk berkerja –jika ia seorang wanita berkerjaya- ...