Soalan; Adakah harus suami dengan sengaja –yakni tanpa sebab yang munasabah- melarang isteri dari pulang menjenguk ibu/bapanya, lagi pula mereka telah tua dan sakit? Jawapan; Berbuat baik kepada dua ibu-bapa merupakan tuntutan yang besar dalam Syariat Islam, begitu juga menghubungkan silaturrahim. Maka suami sebagai ketua keluarga, wajib mendorong isteri supaya melaksanakan tanggungjawabnya, bukan menghalangnya. Suami yang menghalang isteri dari menziarahi ibu atau bapanya (tanpa suatu sebab yang munasabah) –apatahlagi mereka telah tua dan sedang sakit- dia telah melakukan beberapa dosa; 1. Dosa menghalang isteri dari menunaikan kewajipan kepada ibu-bapanya, 2. Dosa menyebabkan terputusnya silaturrahim (ikatan kekeluargaan) antara isterinya dan keluarganya. 3. Dosa tidak melayani isteri dengan cara yang sepatutnya. Allah berfirman; وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَا...
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.