Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Politik

MEMBUAT BINAAN ATAU BERKEBUN DI ATAS TANAH KERAJAAN

Soalan; 1) saya ingin bertanya apa hukum kalau saya buat tempat letak kereta berbumbung untuk kegunaan persendirian dan family saya sahaja diatas tanah rizab jalan (dlm taman perumahan). 2) apa hukum saya berkebun dan mendatangkan hasil pendapatan tambahan diatas tanah rezab sungai. Jawapan; Bismillah. Diboleh mengguna/memanfaat tanah milik kerajaan atau awam dengan beberapa syarat: 1. Tidak terdapat larangan dari pihak kerajaan atau pengurusan awam, kerana mentaati ulil-amri bagi arahan yang tidak menyalahi Syariat adalah wajib. Firman Allah (bermaksud); " Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulil-amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu" (surah an-Nisa', ayat 59).   2. Tidak mendatangkan mudarat kepada orang ramai, seperti mengganggu laluan orang ramai atau sebagainya. Sabda Nabi: "Jangan melakukan kemudaratan (kepada orang lain) dan jangan saling memudaratkan" (Sunan ...

KENAIKAN HARGA MINYAK DAN HUKUM TAS’IR (KAWALAN HARGA OLEH KERAJAAN)

Soalan; Saya terbaca tulisan seseorang yang mendakwa memperjuangkan dakwah sunnah. Dia beranggapan harga minyak dan barang naik bukan menjadi kesalahan kerajaan. Beliau berhujah dengan sebuah hadis, daripada Anas (bin Malik radhiallahu 'anh), dia berkata: Pada masa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, harga barangan asasi naik. Maka para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah! Tetapkanlah harga barang untuk kami.” Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya Allah, Dia-lah yang menetapkan harga, menyempitkan, melapangkan dan merezekikan. Sesungguhnya aku berharap ketika aku berjumpa dengan tuhanku (Allah), tidak ada seorangpun yang menuntut kepadaku kerana suatu kezaliman yang menyangkut urusan darah (nyawa) mahupun harta (ekonomi)." [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1314 (Kitab al-Buyu’, Bab berkenaan penetapan harga)] Betulkah pemahaman beliau tentang hadis tersebut? Jawapan; Bismillah, walha...

MAKSUD MUBAHALAH & PERLUKAH MUBAHALAH?

Soalan ; Assalamu alaikum, ustaz. Boleh ustaz terangkan tentang Mubahalah. Pada pandangan ustaz, perlukah DS Anwar melakukannya? Terima kasih atas penjelasan ustaz. Jawapan ; Huraian tentang maksud Mubahalah telah saya buat dalam jawapan sebelum ini. Sila baca " MUBAHALAH " dalam blog ini.  Mengenai perlu atau tidak DS Anwar melakukan Mubahalah, maka sebagaimana yang dijelaskan dalam jawapan tersebut; Mubahalah datang setelah kedua pihak berhujjah dan masalah yang timbul ialah persoalan besar yang membabitkan agama dan ummah. Jika setelah berhujjah masing-masing bertegas dengan pendirian masing-masing, pihak yang yakin dirinya benar boleh mencabar pihak satu lagi untuk bermubahalah, namun pihak yang diajak bermubahalah tidaklah wajib menyahutnya kerana hukum Mubahalah harus sahaja, tidak wajib. Dalam kes DS Anwar, tidak ada pertikaian dan perdebatan antara kedua belah pihak, akan tetapi tuduhan yang dilemparkan oleh satu pihak kepada pihak lain dan tuduhan itu bukan bersifat ...

BILA DIHARUSKAN MEMPERKATAKAN KEBURUKAN ORANG LAIN?

Soalan ; Salam ustaz, Saya khilaf tentang satu perkara. Dewasa ini banyak fitnah kerana perbezaan fahaman politik. Ada kawan saya mengatakan ketua A itu peminum arak dan kafir. Bila saya katakan  tidak mahu mendengar kerana takutkan itu fitnah, beliau mengatakan kepada saya, menurut ustaz beliau politik adalah hak bersama. Semua orang perlu tahu tak kisah lah sama ada ianya betul atau tidak. Tapi bukan kah menyebarkan berita yang buruk tentang seseorang apatah lagi diragui kesahihannya adalah mendatangkan fitnah ? Harap ustaz dapat berikan saya penerangan. Jawapan ;  1. Hukum asal memperkatakan keburukan orang lain adalah haram. Jika keburukan itu benar-benar dilakukannya lalu kita memperkatakannya -tanpa suatu desakan yang diiktiraf oleh Syariat- kita dianggap mengumpat (ghibah). Jika keburukan itu tidak dilakukannya (yakni kita yang mengada-adakannya), kita telah melakukan dosa fitnah dan juga ghibah (umpatan). Sama ada mengumpat (ghibah) atau fitnah, kedua-duanya adalah dosa besar, ...

HUKUM MELIHAT VIDEO SEKS

Soalan ; Assalamu alaikum ustaz. Apa hukum kita menonton video seks yang dikatakan seorang pemimpin yang hangat diperkatakan sekarang ini. Sekarang sudah ada di internet. Haruskah kita melihatnya dengan niat untuk mengetahui benar atau tidak orang yang dimaksudkan itu? Jawapan ; Sama ada benar atau tidak, haram melihat/menontonnya. Ia tetap dengan hukum asal iaitu seorang tidak harus melihat aurat orang lain (selain suami-isteri) kecuali jika darurat seperti tujuan perawatan, mudim yang menguruskan khitan, hakim yang menghakimi kes, polis yang menjalankan siasatan dan seumpamanya. Adapun orang lain tetap dengan hukum asal iaitu haram melihat aurat orang lain. Firman Allah; "Katakanlah kepada orang-orang beriman; hendaklah mereka menyekat pandangan mata mereka (dari memandang kepada yang haram).." (Surah an-Nur, ayat 30). Orang yang upload video sebegitu ia melakukan dosa menyebarkan kejahatan dan ia turut menanggung dosa orang lain yang melihat video tersebut. Hendaklah kita ...

KERJASAMA DENGAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM PEMERINTAHAN

Soalan ; assalamualaikum ustaz...sy ingin bertanyer tentang hukum bekerjasama dgn orang kafir dlm pemerintahan dan pentadbiran negara...harap ustz dapat jelaskan serba sedikit...wslm Jawapan ; 1. Berkerjasama dengan orang bukan Islam untuk mencapai perkara yang menjadi maslahah bersama sesama manusia (kesejahteraan hidup duniawi, keadilan, membenteras kezaliman, penyelewengan, rasuah, menjamin kehidupan rakyat yang lebih baik dan sebagainya) tanpa melanggar mana-mana hukum-hakam Syariat, hukumnya adalah harus. Di dalam al-Quran, Allah menjelaskan bahawa Nabi Muhammad diutuskan sebagai rahmat untuk sekelian alam. "Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam" (al-Anbiyak, ayat 107). Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menegaskan tidak dilarang orang Islam untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang bukan Islam yang baik yang tidak memusuhi kaum muslimin sekalipun pada zahirnya sahaja. "Allah tidak menegah kamu da...

HUKUM MEMATUHI UNDANG-UNDANG NEGARA

Soalan; Assalamualaikum uztad. Saya ada dua soalan untuk bertanya. 1. Adakah kita akan mendapat doa jika kita melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara ? Bolehkah terangkan pada saya. Jawapan; Mematuhi undang-undang Negara termasuk dalam pengertian mentaati pemerintah. Allah berfirman (maksudnya); “Wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” dari kalangan kamu” (an-Nisa’, ayat 59). Ulil-Amri dalam ayat di atas bermaksud orang-orang yang bertanggungjawab mengurus urusan kaum muslimin. Mereka merangkumi ulamak dan pemerintah. Ulamak bertanggungjawab tentang urusan agama dan pemerintah (umara’) pula bertanggungjawab tentang urusan duniawi dan maslahah hidup rakyat. (Tafsir Ibnu Kathir) Para zaman Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- dan khulafak rasyidin, kedua-dua urusan (agama dan dunia) diuruskan oleh seorang ketua/pemimpin yang dipanggil Khalifah atau Amir al-Mukminin. Itulah yang sebaik-baiknya bagi kau...

POLITIK

Soalan : Assalamualaikum ustaz.Saya ada beberapa kemuskilan berkaitan politik.Saya harap penjelasan dari ustaz. 1. Apakah ada ajaran politik di dalam al-quran dan as-sunnah? 2. Apa hukum orang yang berkata; ”politik suku, agama suku”? 3. Kenapakah perlu kuasa politik untuk melaksanakan syariat allah? 4. Benarkah allah memerintahkan nabi muhammad s..a.w. supaya berdoa memohon kuasa politik? Sekian,terima kasih. Jawapan : 1.APAKAH ADA AJARAN POLITIK DI DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH? Ya. (Pertama) kerana kitab al-Quran adalah kitab yang syumul. Firman Allah; ”Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelasan bagi segala perkara”. (Surah an-Nahl, ayat 89). Maksud syumul ialah lengkap, menyeluruh dan sempurna. Jika kita beriktiqad bahawa tidak ada politik di dalam al-Quran, maka kita telah menafikan kesyumulan al-Quran dan iktiqad ini bertentangan dengan ayat tersebut. (Kedua) Jika kita membuka al-Quran, kita akan berjumpa dengan ayat-ayat Allah yang mewajibkan kita melaksan...

JENAYAH ROGOL

Soalan; Assalamulaikum warahmatullahi wa barakatuh. Ustaz yang di hormati. Bagaiamanakah dari segi undang-undang Islam menangani permasalahan di bawah; 1. Seorang perempuan yang datang kepada pemerintah mengatakan bahawa dia telah di rogol oleh seorang lelaki yang dia kenali, tetapi dia tidak dapat membawakan 4 orang saksi untuk membuktikan kejadian tersebut. Adakah perempuan tersebut akan di kenakan sebatan 100 kali kerana dianggap sebagai kesalahan zina. Ataupun sebatan 80 kali kerana tuduhan tanpa membawa saksi. Dalam hal ini apakah hak dia (perempuan tersebut) di dalam Islam untuk mendapatkan keadilan sebagaimana yang kita tau memang sukar untuk mendapatkan 4 orang saksi tersebut. Atau dia hanya perlu mendiamkan diri kerana takut akan sebatan 80 kali dan hanya membiarkan kemungkaran tersebut terus berlaku. 2. Bagaiamana pula jika seorang perempuan datang kepada pemerintah mengadu yang dia dirogol oleh seorang lelaki yang dia kenali tetapi dia tidak dapat membawa 4 orang saksi tetap...

BENARKAH HUKUM ISLAM KERAS DAN KEJAM?

Soalan; Bagaimana kita hendak memberi jawapan kepada orang yang berkata; “Hukuman Islam ke atas penzina, peminum arak, orang yang mencuri dan sebagainya terlalu keras, tidak sesuai dilaksanakan di dalam negara moden hari ini? Jawapan; Persoalan ini dijawab oleh Dr. Ahmad Syauqi al-Fanjari dalam bukunya Kaifa Nahkum Bil-Islam Fi Daulah ‘Asriyyah (Bagaimana kita hendak memerintah dengan Islam dalam negara moden?). Beliau menjelaskan; “Hukuman-hukuman fizikal yang dibawa oleh Islam di anggap oleh dunia moden hari ini sebagai keras. Untuk menjawab tuduhan ini kita menyatakan; Ya, sememangnya ia keras jika dilaksanakan dalam masyarakat seperti Barat/Eropah hari ini. Namun ia tidak keras jika dilaksanakan di dalam masyarakat Islam. Kenapa? Kerana di dalam masyarakat Barat/Eropah, mereka memberi kebenaran kepada segala unsur yang merosakkan dan menyeleweng. Arak, pelacuran, penzinaan dan perkara-perkara yang mendorong seks dibenarkan dengan sokongan undang-undang sendiri. Apabila ada dari me...

MASALAH BERKAITAN MUZIK

Soalan : Apakah hukum mendengar muzik tanpa nyanyian (instrumental / minus one) dimana tiada apa-apa senikata didalamnya. Ini bermakna muzik instrumental ini tidak dipengaruhi oleh perkataan-perkataan yang berunsur tahyul atau pemujaan atau memuja muja wanita dan sebagainya. Jawapan; Alat-alat bunyian atau muzik sama ada mengguna atau mendengarnya, terdapat khilaf di kalangan ulamak; Jumhur (majoriti) ulamak silam –termasuklah ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie- mengharamkannya dikecualikan duff (kompang). Mereka berdalil antaranya dengan hadis Nabi s.a.w. yang menegaskan; “Akan ada di kalangan umatku orang-orang yang akan menghalalkan penzinaan, sutera dan alat-alat bunyian (muzik)”. Dalam riwayat yang lain (baginda bersabda); “Sebahagian manusia dari umatku mereka meminum arak dengan memberinya nama yang lain (yakni menukar namanya), kepala-kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita….” (Riwayat Imam Bukhari dan Ibnu Majah dari Abu Malik al-Asy’ari). Hadis d...

KEWAJIPAN BERDAKWAH

Soalan ; Saya dengar ada ulama2 mengatakan setiap umat manusia akhir zaman wajib menjalankan usaha dakwah sebab kita umat akhir zaman dan kita berdosa kalau kita meninggalkan usaha yang dibuat oleh nabi s.a.w. Sila ustaz jelaskan. Jawapan; Terlalu banyak ayat-ayat Allah di dalam al-Quran yang menekankan tentang dakwah, sama ada secara khusus atau yang terkandung dalam kewajipan jihad dan amar makruf nahi munkar. Oleh demikian, kewajipan berdakwah tidaklah siapa dapat nafikan. Melalui dakwah, Islam dapat berkembang dan berlansung hingga ke zaman ini iaitu setelah 1400 tahun lebih selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.. Cuma, dalam melaksanakan dakwah, tidak semua mampu melakukannnya secara lansung kerana dakwah perlukan ilmu. Oleh demikian, jika kita tidak berupaya menjadi pendakwah, kita hendaklah menjadi pendokong dakwah atau pendokong gerakan dakwah yang dipimpin oleh para ulamak yang berdakwah. Dakwah akan lebih berkesan jika di laksanakan secara berjamaah. Kerana itu d...

PERBEZAAN AHLI SUNNAH, JABARIYAH & MUKTAZILLAH

Soalan; Saya sebenarnya keliru dalam beberape perkara agama.Alhamdulillah, Saya ada belajar sedikit ilmu tauhid dari seorang ust di johor.Kami belajar kitab akidatun najim. Di samping itu, ust ada jugak bukak beberape kitab laen seperti kiyafatul awam, faridah an dll.Ape pendapat ust tentang kitab2 tersebut?Ape perbezaan antara ahli sunnah, jabariyah dan muktazillah.Saye harap ust dapat menerangkan kepada saye. Terima kasih, jazakawwah. Jawapan; Assalamu ‘Alaikum, Al-Hamdulillah, Wassalatu ‘ala Rasulillah wa ala alihi wasahbihi, Kitab-kitab yang saudara sebut itu adalah kitab-kitab pengajian aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah mengikut mazhab Imam Abul-Hasan al-Asy’ari. Pengajian aqidah mengikut tariq atau mazhab ini dilalui oleh kebanyakan ulamak muktabar seperti Imam al-Ghazali, Imam Nawawi, As-Suyuti, Ibnu Hajar dan sebagainya. Selain itu, ada dua lagi tariq atau mazhab yang masyhur dalam pengajian aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah, iaitu; a) Tariq atau mazhab Imam Abu Hanifah yang diken...

TAKRIFAN SEBENAR NEGARA ISLAM (siri 2)

Soalan; Apa kedudukan pelaksanaan syariat dalam takrif negara Islam mengikut pandangan ulama'? (* Untuk memahami dengan sempurna pemasalahan ini, pembaca dinasihatkan membaca terlebih dahulu siri pertama kerana siri kedua ini adalah rentetan daripada perbahasan siri pertama) Jawapan ; Bismillahirrahmanirrahim Jika dilihat kepada dalil-dalil Syara’ (al-Quran dan as-Sunnah), melaksanakan Syari’at Allah adalah wajib ke atas kaum muslimin dalam segenap ruang kehidupan mereka merangkumi urusan peribadi, keluarga, masyarakat dan juga negara. Nas-nas tersebut antaranya telah kita nyatakan dalam tajuk-tajuk yang lalu dan sebagai tambahannya ialah; وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu'min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ket...

TAKRIFAN SEBENAR NEGARA ISLAM (Siri 1)

Soalan : Apa pandangan ulamak berkenaan takrtifan negara Islam? Jawapan : Persoalan takrif negara Islam ini, banyak takrif kita dapati dari para ulama’ dan fuqaha’ Islam sama ada dulu atau sekarang. Namun begitu, ia –sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Muhammad Abu Zuhrah- berlegar antara dua pandangan iaitu; [1] 1) Pandangan pertama; Merujuk kepada hukum-hakam dan undang-undang. Jika hukum-hakam dan undang-undang yang dilaksanakan di dalam negara adalah Islam, maka negara tersebut adalah negara Islam. Jika sebaliknya yang berlaku, maka negara tersebut bukanlah negara Islam walaupun didakwa sebagai Islam. 2) Pandangan kedua; Merujuk kepada keamanan orang-orang Islam dan kekuasaan mereka. Jika orang-orang Islam berkuasa dalam negara dan mereka hidup dengan aman dalam negara tersebut, maka negara itu adalah negara Islam. Jika tidak maka ia adalah negara Harb. Di antara takrif Negara Islam yang dapat kita petik dari ulama’-ulama’ terdahulu dan sekarang ialah; [2] 1) “Golongan teramai ...

KOMEN ISU SIASATAN DAN TANGKAPAN KHALWAT

Soalan: Apa pandangan Ustaz berkenaan kenyataan Dr. Asri (Mufti baru Perlis) sebagaimana disiarkan dalam New Straits Times, 15hb Disember2006, mukasurat 11 yang bertajuk: STOP SNOOPING AROUND FOR KHALWAT COUPLES (HENTIKAN TINDAKAN MENGENDAP PASANGAN KHALWAT) Jawapan Saya telah membaca pandangan beliau tersebut sebagaimana yang tersiar dalam akhbar berkenaan. Kesimpulan yang dapat saya buat adalah seperti berikut; (*Mohon maaf kepada para pembaca yang tidak suka artikel panjang. Bagi isu ini saya rasa perlu mengulas dengan panjang lebar. Bacalah dengan sabar.) “Banyak kenyataan di dalam artikel tersebut mengelirukan. Saya tidak tahu kenyataan-kenyataan tersebut terbit dari mulut Dr. Asri sendiri atau hanya olahan pengarang berita. Jika ia benar-benar terbit dari mulut Dr. Asri sendiri, maka amat mengecewakan kita kenyataan-kenyataan sebegitu dibuat. Pertama; Ia boleh menimbulkan tanggapan buruk masyarakat terhadap nama baik Jabatan Agama dan pegawai-pegawai agama. Seolah-olah mereka me...

MERUNGKAI MASALAH KHILAFIYAH DAN BID'AH

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد: Berkata Syeikh Hasan al-Banna; “Khilaf Fiqh dalam masalah-masalah cabang hendaklah jangan menjadi sebab berlakunya perpecahan dalam agama dan membawa kepada permusuhan dan kebencian kerana setiap mujtahid akan mendapat pahalanya….”. [1] Taujihat Hasan al-Banna tersebut sewajarnya menjadi ingatan setiap muslim hari ini kerana di depan kita ada matlamat perjuangan yang perlu kita capai. Kalau kita asyik bergaduh sesama sendiri dalam masalah furu’, sudah tentu penumpuan tidak dapat kita berikan kepada agenda yang lebih besar dan utama. Islam membenarkan berlakunya khilaf di kalangan para mujtahid dalam perkara-perkara furu’ yang tidak berkait dengan usul. Apabila berlaku khilaf tidak semestinya yang satu benar dan yang satu lagi salah, yang satu hak dan yang satu batil. Abu Sa’id al-Khudri r.a. menceritakan; “Dua orang lelaki keluar ...