Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

BEBERAPA PERSOALAN TENTANG AQIQAH BAYI

Soalan; as salam ustaz, saya ingin bertanyakan soalan; jika anak saya no 2 sudah berumur 3 tahun perempuan belum buat aqiqah lagi dan anak no 3 saya lelaki berumur 9 bulan juga belum saya buat aqiqah juga, boleh kah saya lakukan aqiqah mereka bersama, manakala yang lelaki boleh kah saya buat kan sebahagian dahulu untuknya. terima kasih ustaz. Jawapan; 1. Aqiqah menjadi tanggungjawab penjaga (yakni orang yang wajib menanggung nafkah bayi; yakni bapa, ibu, datuk dan sebagainya) selama bayi belum mencapai usia baligh. Apabila bayi telah baligh dan belum diaqiqahkan, tidak dituntut lagi ke atas penjaganya untuk melakukan aqiqah. Menurut mazhab Syafiie; digalakkan ke atas individu yang mengetahui dirinya belum diaqiqahkan ketika kecilnya untuk melakukan sendiri aqiqah bagi dirinya. Anas RA menceritakan; "Sesungguhnya Nabi SAW melakukan aqiqah untuk dirinya selepas baginda diutuskan menjadi Nabi" (Musnad al-Bazzar; 7281. al-Mu'jam al-Awsat, at-Tabrani; 994). 2. Aqiq

CARA MENUKAR EMAS LAMA DENGAN EMAS BARU

Soalan; ustaz, jika saya ingin menukar emas lama dengan emas baru, bolehkah saya trade in emas lama saya tu di kedai emas, kemudian ambil emas baru dari kedai tersebut dengan tambahan wang bagi harga emas baru itu? Jawapan; Pertukaran emas dan perak, jika dengan sama jenis (iaitu emas dengan emas atau perak dengan perak) perlu mematuhi dua syarat; 1. Mesti sama timbangannya (*walaupun yang satu darinya lebih elok dari yang satu lagi, kerana kelebihan sifat tidak diambil kira oleh Syarak untuk mengharuskan tambahan selagi kedua-duanya masih dari jenis yang sama), 2. Mesti secara tunai (tidak boleh bertangguh) Jika pertukaran berlainan jenis (seperti emas dengan perak, atau emas dengan wang), perlu memenuhi satu syarat sahaja di atas, iaitu; mesti berlaku secara tunai. Adapun sama timbangan/berat tidak disyaratkan, maka boleh berlaku lebihan/kurangan pada tukaran. Syarat di atas berdalilkan hadis Nabi SAW; "Pertukaran emas dengan emas dan perak dengan perak hendaklah

WAKAF WANG TUNAI

Soalan; ustaz, jika kita memberi wang dengan niat wakaf, iaitu wang itu dilaburkan, kemudian keuntungannya disalurkan kepada fakir miskin atau mana-mana pihak yang ditentukan pewakaf, adakah cara itu dibolehkan? Jawapan; Mewakafkan wang ada dua maksud; 1. Mewakafkan wang dengan maksud mewakilkan kepada pihak tertentu untuk membeli harta wakaf (tanah, bangunan dan sebagainya) bagi pihak kita. Bagi maksud pertama ini, hukumnya tidak ada khilaf di kalangan ulamak akan keharusannya kerana yang diwakafkan itu bukan wang tetapi aset yang dibeli dengan wang tersebut. 2. Mewakafkan wang dengan maksud ingin menjadikan wang itu sendiri sebagai aset wakaf. Wakaf wang bagi maksud kedua ini hari ini dikenali dengan 'wakaf tunai'. Tentang hukumnya, para fuqahak berbeza pandangan; a) Jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafiie, Hanbali dan kebanyakan ulamak mazhab Hanafi dan Maliki) berpandangan; wakaf mata wang (dinar, dirham atau wang kertas) adalah tidak sah, kerana antar

HUKUM MENCIUM MUSHAF

Soalan; ustaz, mencium mushaf al-Quran, adakah bid'ah? Jawapan; Biasanya seorang muslim mencium mushaf adalah kerana membesarkannya, maka tujuan tersebut menepati sifat hati orang beriman yang disebut dalam firmanNya; "Sesiapa mengagungkan syiar-syiar (tanda-tanda agama) Allah, maka ia adalah dari ketakwaan hatinya" (surah al-Hajj, ayat 32). Ada riwayat menceritakan; Saidina 'Umar RA pernah mencium mushaf, lalu berkata 'Ini adalah perjanjian Tuhanku'. Perbuatan yang sama turut diriwayatkan dari Saidina 'Usman RA. Diceritakan juga; Ikrimah meletakkan mushaf di mukanya sambil berkata; 'Kitab Tuhanku, Kitab Tuhanku' (at-Tibyan, Imam an-Nawawi). Wallahu a'lam. Rujukan; 1. Fatwa Dar al-Iftak Jordan, mufti; Syeikh Nuh Salman (https://www.aliftaa.jo/), no. fatwa; 2645. 2. at-Tibyan Fi Adabi Hamalatil Quran (Imam an-Nawawi), hlm. 191 (Maktabah al-Muayyad).

PERLUKAH KITA MENCERCA SIAPA-SIAPA?

Dalam senarai larangan Nabi SAW, ada direkodkan sabda baginda; "Janganlah kamu mencela/mencerca syaitan. Berlindunglah dengan Allah dari kejahatannya" (Mukhtasar Soheh al-Jami' as-Saghier (Imam as-Suyuti); 5290. Hadis hasan). Syaitan yang begitu jahat dilarang kita mencelanya, maka apakah ada manusia yang lebih jahat dari syaitan untuk boleh kita mencelanya? Pertanyaan itu membawa kita kepada satu lagi sabda baginda SAW; "Seorang mukmin tidak suka melaknat dan mencela, malah berkata-kata kesat" (Musnad Ahmad; 3839. Hadis soheh). Patutlah di dalam al-Quran -dalam berdepan kutukan dan cercaan Musyrikin yang bertubi-tubi-, Allah tetap menyuruh NabiNya memaafkan mereka dan terus mengajak (berdakwah) tanpa menghirau reaksi dari kejahilan mereka. "Maafkanlah (mereka), suruhlah (mereka) kepada makruf dan jangan dihirau (reaksi dari) orang-orang jahil itu" (surah al-A'raf, ayat 199). Dari kita membazirkan perkataan-perkataan kita unt

HAK ISTIMEWA

Ada orang menghabiskan masanya untuk memperjuangkan "hak istimewa", bagi bangsanya atau bagi umatnya. Dia menganggap bangsa/umatnya adalah bangsa/umat pilihan, lantas perlu diberi hak istimewa. Dulu orang Yahudi dan Nasrani menganggap mereka bangsa istimewa, lalu menganggap syurga adalah mutlak untuk mereka walau apa saja perlakuan mereka. Lantas Allah menjawab: "Itu hanyalah angan-angan mereka" (surah al-Baqarah, ayat 112-113). Al-Quran mengajar kita bahawa tidak ada bangsa istimewa. Semua dilayan sama oleh Allah, diberi sunnah hidup yang sama dan peluang kejayaan yang sama. Itulah keadilan Allah. Di celah ribuan ayat al-Quran (6000 ayat lebih) terselit banyak rahsia sunnatulllah untuk individu/bangsa/umat berjaya, antaranya; "Sesiapa  berbuat kebaikan  -sama ada dia lelaki atau wanita- di samping dia  beriman , Kami (Allah) akan beri  kehidupan yang baik  untuknya, serta Kami balasi mereka dengan  pahala terbai k bagi amal mereka" (surah an

PANDUAN PERNIAGAAN ONLINE

Selasa, 3 Julai 2018 Soalan; assalamu alaikum ustaz. Boleh ustaz berikan sedikit panduan kepada saya tentang perniagaan secara online. Saya berhasrat untuk menceburinya. Apa yang patut saya pastikan supaya jualan online saya menepati Syariat? Jawapan; Islam membuka ruang seluasnya untuk manusia mencipta kaedah baru atau menceburi kaedah-kaedah baru dalam urusan kehidupan mereka. Kerana itu, para fuqahak hari ini mensepakati satu prinsip dalam Syariat iaitu "Hukum asas bagi segala urusan keduniaan adalah harus (yakni dibolehkan) selama tidak ada padanya sebarang larangan Syarak". Dalam perniagaan, antara unsur yang dilarang Syarak ialah; 1. Menjual barang/produk yang ditegah Syariat atau yang memberi mudarat kepada manusia. 2. Gharar; iaitu ketidakjelasan dalam akad, yakni tidak dipastikan dengan betul status barang/produk yang dijual atau harganya atau kedua-dua sekali. Adanya unsur gharar ini akan memberi kerugian kepada mana-mana pihak yang berakad dan menimbu