Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2008

PENGERTIAN MAQASID SYARI'AH

Soalan; Saya membaca jawapan ustaz berkenaan " PENYUSUAN OLEH SEORANG GADIS ". Saya tidak paham maksud ustaz, "bercanggah dengan maqasid Syari'ah"..boleh ustaz huraikan? terima kasih.. Jawapan; Maqasid Syari'ah bermaksud perkara-perkara yang menjadi tujuan atau matlamat Syari'at Islam. Secara amnya, Syari'at Islam bertujuan menjaga maslahah manusia dan menolak mafsadah (kerosakan) dari mereka sama ada dalam kehidupan dunia atau di akhirat nanti. Adapun secara lebih terperinci, maqasid (matlamat/tujuan) Syari'at Islam merangkumi lima aspek; a) Menjaga/memelihara agama b) Menjaga nyawa c) Menjaga akal d) Menjaga harta e) Menjaga nasab/keturunan Demi menjaga maqasid di atas, maka Syari'at Islam secara prinsipnya menetapkan; segala perbuatan atau perlakuan manusia yang boleh menggugat lima maqasid di atas, maka ia dilarang atau diharamkan. Contohnya; diharamkan membiar diri dalam kejahilan kerana ia boleh merosakkan agama, diharamkan bunuh diri

MENGGANTUNG AYAT AL-QURAN

Soalan; Salam ustaz, saya ada kemusykilan berkaitan dengan penggunaan ayat khat Al-Quran di rumah. Saya merujuk kepada sebuah laman web http://emjayjb.multiply.com/journal/item/204 yang mengulas berkaitan penggunaan ayat-ayat khat Al-quran sebagai perhiasan di rumah seperti di kebanyakan rumah orang melayu islam di malaysia. Menurut ulasan laman web tersebut, penggunan perhiasan ayat khat di rumah tidak ubah seperti kita menggunakan tangkal dan adalah di larang di dalam Islam.Adakah benar dakwaan tersebut di sisi agama Islam. Sekian, salam. Jawapan; Ada dua perbezaan dalam masalah ini; Pertama; Menggantung ayat al-Quran di dinding untuk tujuan perhiasan, untuk peringatan dan sebagainya; ia diharuskan. Ayat al-Quran ditulis di dinding-dinding masjid (termasuk Masjidil-Haram) dan tidak ada ulamak melarangnya. Malah di kain penutup Kaabah sendiri penuh dengan ayat-ayat al-Quran. Setakat ini kita tidak mendengar ada ulamak di dalam maupun di luar Arab Saudi membantahnya. Kedua; Menggan

TIDAK MAMPU MELAKSANAKAN NAZAR

Soalan; Saya ingin bertanya; saya telah berniat untuk berpuasa nazar untuk sekian tempoh, dan saya agak keberatan untuk melakukannya. Soalan saya, bolehkah puasa nazar itu disekalikan dengan puasa Ramadhan? Saya pernah mendengar ianya boleh dilakukan, tetapi tiada kepastian. Diharap ustaz boleh membantu saya. Terima kasih. Jawapan; Ibadah yang wajib kerana nazar dan ibadah yang wajib kerana nas khusus Syarak kedua-duanya adalah kewajipan yang berasingan yang sabit dengan perintah yang bersaingan, serta maksud/tujuan dari perintah itu juga berbeza antara satu sama lain. Kerana itu tidak harus dicampur-adukkan, sebaliknya wajib ditunaikan kedua-duanya secara berasingan sama seperti tidak harus mencampurkan solat zohor dan solat asar dalam satu solat sahaja. Wajib ke atas orang yang bernazar menunaikan nazarnya selagi ia mampu menunaikannya. Allah berfirman di dalam al-Quran (yang bermaksud); “…dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka…”. (al-Haj: 29). Sabda Nabi s.a.w.; “S

FOREX

Soalan; salam ustaz. Saya nak tanya, perniagaan menukar mata wang asing yang dilakukan dalam internet macam forex adakah halal disisi agama? Jawapan; Saya belum mengkaji tentang FOREX. Jadi tidak dapat saya memberi jawapan yang spesifik sama ada harus atau tidak. Namun sebagai panduan untuk melabur, saudara hendaklah mengambil perhatian hal-hal berikut; 1. Jika urus-niaga mata wang yang dijalankan (sebagaimana yang didakwa dalam FOREX itu), ia wajib mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang yang ditetapkan Syarak, iaitu; a) Sekiranya pertukaran dengan yang sama jenis seperti RM (Ringgit Malaysia) dengan RM (Ringgit Malaysia), wajib sama kadarnya dan wajib berlaku penyerahan secara tunai ketika akad dari kedua-dua pihak (penjual dan pembeli). b) Sekiranya pertukaran dengan jenis yang tidak sama seperti RM (Ringgit Malaysia) dengan USD (Dolar Amerika), maka diharuskan berlaku perbezaan kadar tetapi wajib berlaku penyerahan secara tunai ketika aqad, yakni tidak harus ditangguhkan pembay

BEZA DARA/GADIS DAN JANDA

Soalan; saya nak tanya. Saya pernah dengar bahawa keputusan anak perempuan yang masih dara ingin kawin adalah di keputusan org tua nya. Bagaimana jika anak perempuan itu telah menjadi janda dan bukan bukan lagi dara. Jika ia pernah melakukan zina atau ayat lain beliau bukan dara/gadis lagi, adakah orang tuanya masih boleh memberi keputusan utk kawin atau tidak mengikut pandangan agama? Maksudnya; adakah gadis yg bukan lagi dara itu sama status dengan janda dari soal memberi keputusan kawin? Jawapan; Secara amnya, disyariatkan meminta izin wanita untuk menjalankan akad perkahwinan ke atasnya. Cuma ulamak berbeza pandangan jika yang hendak dikahwinkan itu adalah gadis/dara; adakah meminta izinnya itu wajib atau sunat sahaja (jika yang menjadi walinya adalah bapa atau datuknya)? Menurut mazhab Imam Malik, Syafi’ie dan Ahmad; meminta izinnya itu sunat sahaja, yakni jika bapa atau datuknya mengahwinkannya dengan lelaki pilihan mereka tanpa persetujuannya, perkahwinan itu adalah sah. Mazhab

BIAH ISLAMIAH

Soalan; Salam Ustaz. Boleh tak ustaz jelaskan kenapakah pentingnya kita membina bi'ah islamiyyah?? Jawapan; Bi'ah Islamiah bermaksud suasana sekeliling yang bercirikan Islam. Rumah yang berbi'ahkan Islam ialah rumah yang susana di dalamnya dibentuk berlandaskan Syari'at Islam sama ada dari sudut pegangan ahli-ahli rumah (bapa, ibu dan anak-anak), pergaulan sesama mereka dan amalan di dalam rumah. Masyarakat yang mempunyai bi'ah Islam pula ialah masyarakat yang segenap aspek menampakkan ciri-ciri keislaman; pemimpin dan rakyatnya berkomitmen dengan Islam, suruhan Islam dilaksanakan, ada budaya dakwah dan amar makruh nahi munkar dan bebas dari maksiat secara terang-terangan. Bi'ah mempunyai kesan yang amat besar terhadap pertumbuhan seseorang khususnya anak-anak. Anak yang hidup dalam suasana sekeliling yang soleh, ia mudah menjadi insan yang baik. Sebaliknya anak yang hidup dalam suasana sekeliling yang rosak, ia mudah menjadi insan yang rosak. Kerana itu, Rasul

MANDI WILADAH

Soalan; Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas? Jawapan; Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. Dalam kita

BAYAR ZAKAT KEPADA IBU/BAPA

Soalan; Ini berkenaan dgn zakat iaitu zakat simpanan dan pendapatan. Bolehkan zakat tersebut saya agih2kan terus kpd fakir miskin tanpa melalui agensi pemungut zakat? Dan bolehkah zakat tersebut diberikan kpd ibubapa sendiri sedangkan dia adalah tanggungan kita sendiri? Jawapan; Berkenaan mengagihkan sendiri zakat, telah saya jawab dalam blog saya. Sila layari; ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/02/mengagih-sendiri-zakat.html ). Adapun memberi zakat kepada ibu-bapa sendiri, maka hukumnya tidak harus. Begitu juga tidak harus memberi zakat kepada anak atau cucu. Jika ibu-bapa dalam kesempitan, nafkah mereka dengan sendiri wajib ditanggung oleh anak-anak walaupun tidak tinggal sekali. Oleh demikian, tidak timbul alasan untuk membayar zakat kepada ibu-bapa sekalipun miskin atau dalam kesempitan. Lagipun membayar zakat kepada orang-orang di bawah tanggungan akan mengebabkan zakat tidak ke mana melainkan kepada diri sendiri. Itu sekiranya faktor pemberian zakat adalah kerana kemiskin

MENYUSUI ANAK KETIKA SEDANG MENGANDUNG

Soalan; Apakah hukumnya dlm Islam seorang wanita yg sedang mengandung menyusukan bayinya (bayi lelaki) yg berumur 1 tahun. Adakah haram hukumnya? Saya ada mendengar pendapat drp org2 tua mengatakan tidak dibolehkan bg wanita yg sedang mengandung menyusukan lagi bayinya kerana susu ibu yg diberikan itu sudah menjadi milik adiknya yg didala kandungan itu dan ianya akan mendatangkan penyakit kpd si bayi yg menyusu tersebut. Tetapi drp pembacaan pula, saya ada terbaca artikel mengenai perkara tersebut. Artikel itu mengata tidak salah wanita mengandung menyusukan bayinya asalkan ianya tidak memudharatkan dirinya sendiri. Jadi saya ingin mendapatkan kepastian ustaz mengenai perkara ini dari segi hukum Islam. Jawapan; Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)”

JENAYAH ROGOL

Soalan; Assalamulaikum warahmatullahi wa barakatuh. Ustaz yang di hormati. Bagaiamanakah dari segi undang-undang Islam menangani permasalahan di bawah; 1. Seorang perempuan yang datang kepada pemerintah mengatakan bahawa dia telah di rogol oleh seorang lelaki yang dia kenali, tetapi dia tidak dapat membawakan 4 orang saksi untuk membuktikan kejadian tersebut. Adakah perempuan tersebut akan di kenakan sebatan 100 kali kerana dianggap sebagai kesalahan zina. Ataupun sebatan 80 kali kerana tuduhan tanpa membawa saksi. Dalam hal ini apakah hak dia (perempuan tersebut) di dalam Islam untuk mendapatkan keadilan sebagaimana yang kita tau memang sukar untuk mendapatkan 4 orang saksi tersebut. Atau dia hanya perlu mendiamkan diri kerana takut akan sebatan 80 kali dan hanya membiarkan kemungkaran tersebut terus berlaku. 2. Bagaiamana pula jika seorang perempuan datang kepada pemerintah mengadu yang dia dirogol oleh seorang lelaki yang dia kenali tetapi dia tidak dapat membawa 4 orang saksi tetap

BERZANJI

Soalan; Assalamualaikum ustaz. ana ingin pandangan ustaz mengenai berzanji. ada sesetengah pihak menyatakan banyak kesalahan pada amalan berzanji ini. Jawapan; Assalamu 'alaikum. Saya tidak begitu arif tentang berzanji. Perlu penelitian yang khusus, baru boleh memberi pandangan. Namun secara amnya, dalam kita beribadah -termasuk memuji Nabi s.a.w.-, yang terbaik ialah kita memakai lafaz atau bahasa yang makthur dari Nabi s.a.w. sendiri. Bahasa penghargaan terbaik dari kita untuk Nabi Muhammad s.a.w. ialah berselawat ke atas baginda. Lafaz selawat yang terbaik ialah yang biasa kita baca dalam solat kita kerana itu yang diajar oleh Nabi s.a.w. (atau lafaz-lafaz selawat yang lain yang datang dari baginda). Zikir-zikir dan doa pun begitu juga; utamakan yang makthur, Insya Allah ia lebih berkesan dan lebih mustajab. Selain itu, Nabi s.a.w. juga berpesan; "Janganlah kamu berlebihan memuji/menyanjungku sebagaimana orang-orang Nasara berlebihan memuji Isa bin Mariam. Aku tidak lain h

BOHONG SUNAT

Soalan; Assalamu alaikum ustaz. Saya ingin mendapat penjelasan dari ustaz; Apakah hukum 'berbohong sunat'? Perbuatan berbohong tersebut adalah untuk tujuan yang baik, misalnya untuk menjaga sillaturrahim. Terima kasih Jawapan; Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.). Dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan; 1) Ketika peperangan 2) Untuk mendamaikan di antara manusia 3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya (HR Imam Muslim) Berkata Imam an-

TAWASSUL DENGAN NABI

Soalan; Apa maksud tawassul? Adakah harus kita bertawassul kepada Nabi s.a.w.? Jawapan; Dari sudut bahasa, kalimah at-Tawassul bermaksud mengambil satu jalan untuk sampai kepada sesuatu. Adapun dari segi Syara’, ia bermaksud; mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan mentaatiNya, beribadah kepadaNya, mengikuti para Nabi dan RasulNya dan dengan apa sahaja amalan atau cara yang disukai Allah dan diredhaiNya. Firman Allah (bermaksud); “Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah kepadaNya (yakni jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya), serta berjihadlah pada jalanNya supaya kamu beroleh kejayaan”. (Al-Maidah; 35) Tawassul ada yang disepakati oleh para ulamak dan ada yang diikhtilafkan. Tawassul yang disepakati oleh ulamak akan keharusannya –malah digalakkan melakukannya- ialah; 1. Tasawwul dengan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya 2. Tawassul dengan amal soleh 3. Tawassul dengan doa orang soleh Tawassul melalui cara-cara di atas telah disepakati oleh para u

MENGHADIRI MAJLIS TAJAAN SYARIKAT ARAK

Soalan; Assalamualikum ustaz. saya ada baca artikel ustaz berkenaan isu majlis dihidangkan arak dlam blog ustaz. Bagaimana pula jikalau susuatu majlis ditaja oleh syarkat arak, tetapi diberi jaminan arak tidak akan dihidangkan, apa hukumnya? adakah haram kita pergi? Sekian terima kasih. Jawapan Seorang muslim menyukai apa yang disukai Allah dan RasulNya dan membenci apa yang dibenci Allah dan RasulNya. Di dalam hadis, Nabi s.a.w. bersabda; "Sekukuh-kukuh tali iman ialah saling membantu kerana Allah, saling bermusuhan kerana Allah, kasih kerana Allah dan benci kerana Allah" (HR at-Thabrani dari Ibnu 'Abbas r.a.. al-Jami' as-Saghier, hadis no. 4304). Arak adalah minuman yang diharamkan Allah dan dibenciNya. Oleh demikian, kita juga -sebagai hamba Allah- wajib turut membencinya. Tanda kebencian kita kepadanya bukan setakat kita tidak meminumnya tetapi kita memulaunya secara menyeluruh termasuklah membenci Syarikat arak dan segala promosi untuknya. Sikap ini perlu menjad

ZAKAT SECARA ONLINE (INTERNET BANKING)

Soalan; Ustaz, saya ingin bertanya mengenai hukum seseorang muslim yang membayar zakat pendapatan secara online (Internet banking)? Semoga ustaz dapat menjawab soalan saya dan semoga Allah melimpahkan rahmatnya kpd ustaz.. Jawapan; Ada dua syarat yang disepakati ulamak yang wajib dipenuhi oleh pembayar zakat agar zakat yang dikeluarkannya sah; Pertama; Berniat di dalam hati ketika mengeluarkan zakat bahawa harta/wang yang dikeluarkan itu adalah zakat. Kedua; Memberi milik harta/wang zakat itu kepada orang yang berhak menerimanya secara lansung atau melalui wakil yang dipercayai dapat menyampaikan harta itu kepada orang yang berhak menerimanya. Maksud memberi milik ialah ia memisahkan harta itu dari pemilikannya dan menyerahkan harta itu untuk dimiliki oleh orang-orang yang berhak menerima zakat mengikut yang ditetapkan Allah dalam surah at-Taubah ayat 60. Melihat kepada syarat-syarat di atas, tidak menjadi halangan untuk membayar zakat secara online (Internet banking) dengan syarat

WUDHUK DAN MANDI ORANG BERPENYAKIT KULIT

Soalan; Assalamualaikum Uztaz. Saya ada penyakit kulit Eczema yang severe, area yang affected tu biasanya mengeluarkan cecair kekuningan jernih dan adakalanya berdarah. Saya juga tidak dapat terkena air terlalu kerap kerana ia akan menerukkan lagi kondisi kulit saya. Mandi pun kena sekali sehari. Masalah saya sekarang saya tak tahu bagaimana harus saya melakukan mandi wajib dan menunaikan solat kerana kulit terasa kotor berdarah dan bernanah. Saya harap Ustaz dapat membantu saya. Terima kasih. Jawapan; Firman Allah “Bertakwalah kepada Allah apa yang terdaya oleh kamu” (Surah at-Taghabun, ayat 16). FirmanNya juga; “Allah tidak memberati seseorang kecuali mengikut kemampuannya” (Surah al-Baqarah, ayat 284). Bersuci dari hadas (sama ada mengambil wudhuk atau mandi wajib) pada asalnya wajib menggunakan air. Namun jika tidak mampu menggunakan air, diharuskan bertayammum iaitu menyapukan debu ke muka dan tangan bagi menggantikan wudhuk dan mandi wajib. Itu jika keseluruhan badan tidak mampu

MASALAH FARAID

Soalan; asalamualaikum ustaz. Saya ingin meminta nasihat ustaz tentang pembahagiaan harta. Si mati mempunyai 2 orang isteri. Isteri pertama tidak mempunyai zuriat kandung dan dia telah mengambil 2 orang anak angkat yang ber "bin" serta ber "binti" kan si mati. Manakala isteri kedua si mati mempunyai 5 orang anak kandung. Mengikut hukum faraid, isteri akan mendapat bahagian tersendiri, tetapi masalahnya dia merupakan warga asing yang hanya mempunyai visa dan tidak mempunyai mykad. Adakah isteri kedua si mati boleh menuntut harta peninggalan suaminya mengikut bahagian yang telah ditetapkan mengikut faraid? Dan adakah anak-anak angkat yang ber "bin/binti" si mati boleh menerima harta peningalan si mati? Adakah isteri pertama boleh menuntut harta sepencarian dari harta peninggalan suami? Sekian, saya dahului dengan ribuan terima kasih. Jawapan; 1) Harta sepencarian layak diperolehi oleh isteri melihat kepada sejauhmana sumbangannya terhadap harta perolehan su

LEWAT SOLAT

Soalan; Assalamualaikum ustaz. saya mengalami kesukaran untuk bangun solat subuh pada waktunya dan adakalanya sehingga terlewat solat. boleh ustaz bagi nasihat dan pandangan untuk mengatasi masalah ini. dan adakah solat subuh saya yang terlewat "matahari sudah timbul" itu sah? Jawapan; Solat fardhu adalah kewajipan yang telah ditetapkan waktunya oleh Allah Taala. Setiap kewajipan ibadah yang ditentukan waktunya, maka setiap muslim dituntut darinya dua perkara; 1)Melaksanakan ibadah tersebut mengikut kaifiyah yang ditetapkan 2) Menjaga waktunya; yakni melaksanakan ibadah itu di dalam lingkungan waktu yang ditetapkan. Apabila saudara melakukan solat fardhu di luar waktunya, solat saudara itu sah namun saudara berdosa kerana mengerjakannya di luar dari waktunya, yakni saudara tidak melaksanakan tuntutan yang kedua di atas (iaitu tuntutan menjaga waktu solat). Dosa melewatkan solat adalah dosa besar kerana Allah berfirman (bermaksud); “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menun

BONUS/KOMISYEN TAJAAN

Soalan; salam wbr..ustz, sy ingin bertanya..apakah peniagaan yg sy sertai ini mengandungi unsur-unsur haram..Perniagaan yg sy maksudkan ialah, MLM Mobile Money dimana ianya berkaitan penuh dgn servis (topup SMS / perkhidmatan byr bil SMS..termasuk juga barangan sampingan lain utk dibeli.. http://mmwalletsms4u.blogspot.com 2) MLM, perlu menaja atau mencari ahli baru utk kembangkan perniagaan..Adakah bonus tajaan yg sy perolehi dari Syarikat, ada unsur-unsur haram?dimana, jika sy taja seorg cth, yuran keahlian RM10 dan sy akan perolehi dr sykrt RM5..dan adakah bonus yg sy perolehi dr pembelian dwnline (sehingga 7 level) cth 1% share, 1sen setiap pembelian topup adalah haram di sisi islam?diharap, ustz dpt membantu...terima kasih..wslm wbr Jawapan; 1. Jika suatu perniagaan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Syari'at dan tidak ada di dalamnya sebarang unsur yang dilarang oleh Syari'at sama ada penipuan, gharar, riba atau sebagainya, haruslah perniagaan itu dan keuntungan yang d

KENCING TAK LAWAS

Soalan; Salam, Masalah kencing tak lawas. Kadangkala selepas kencing akan ada titisan air kencing yg masih keluar dan terkena pakaian kita utk sembahyang. Kalau dirumah kita boleh tukarkan dengan pakaian bersih tetapi sekiranya dimasjid atau dalam perjalanan misalnya, sekiranya perkara ini berlaku dan tiada pakaian spare yg dibawa, perlukah saya kembali kerumah dan tidak berjemaah? Harap penjelasan ustaz. Terima kasih. Jawapan; Orang yang mempunyai masalah seperti saudara –iaitu kencing tak lawas, wanita istihadhah dan sebagainya- ia hendaklah melakukan perkara-perkara berikut untuk mengerjakan solat; 1. Hendaklah ia menunggu waktu solat masuk terlebih dahulu. (Orang yang mengidap kencing tak lawas, istihadhah atau sebagainya tidak harus mengambil wudhuk kecuali apabila waktu telah masuk kerana toharahnya adalah toharah darurat) 2. Mulai dengan membasuh kemaluan dengan sempurna 3. Setelah itu hendaklah ia membalut kemaluannya dengan kain atau sebagainya sekadar yang termampu (untuk me

MENCARI REZKI MELALUI NYANYIAN

Soalan; Assalamu'alaikum wr. wb. Ustaz. Apakah hukum menyanyi dalam Islam dengan tujuan utk mencari rezeki? Jawapan; Hukum nyanyian telah menjadi khilaf di kalangan ulamak. Ada yang mengharamkannya secara keseluruhannya dan ada yang mengharuskannya dengan bersyarat. Tidak ada ulamak yang mengharuskan nyanyian secara mutlak tanpa bersyarat. Jumhur ulamak silam mengharamkan nyanyian atau memakruhkannya. Namun tidak sedikit juga ulamak silam yang mengharuskannya –dengan syarat tidak bercampur dengan perkara-perkara yang haram-, antara mereka Sa’id bin al-Musayyab, Qadhi Syuraih, Imam ‘Atho bin Abi Rabah, Umar bin Abdil-Aziz, az-Zuhri, Imam al-Ghazali, Imam Daud dan Ibnu Hazm. Di kalangan ulamak-ulamak semasa hari ini, ulamak-ulamak aliran Salafiyyah amat keras menentang nyanyian, antara mereka ialah Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Bin Baz, Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Usaimin dan Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani. Hujah mereka –antaranya- ialah; 1. Firman Allah (bermaksud); “Dan ada di antara

MUBAHALAH

Soalan; Apakah dia mubahalah? Pernahkan ianya dilaksanakan di zaman Rasulullah s.a.w? Jawapan; Al-Mubahalah bermaksud al-Mula’anah (saling melaknat), iaitu dua pihak yang bertelagah masing-masing berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Allah menurunkan laknat ke atas pihak yang berbohong atau berdusta di antara mereka berdua. Contoh Mubahalah ialah dengan masing-masing berdoa; “Ya Allah! Laknatkanlah orang yang berdusta di antara kami berdua dalam masalah antara kami ini”. Pensyari’atan Mubahalah disebut di dalam ayat Allah; “Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya; ‘Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta” (Ali Imran; 61). Menurut ulamak Tafsir; sebab turun ayat di atas dan ayat-ayat sebelumnya dari a

SUARA WANITA

Soalan; Adakah suaru perempuan termasuk dalam aurat? Jawapan; Suara wanita pada asalnya tidaklah aurat. Dalam keadaan normal dan aman dari fitnah, harus seorang wanita bercakap dengan lelaki dan harus lelaki mendengar suaranya sama ada berurusan jual-beli, mengajar, menyampaikan taklimat, menjawab telefon atau sebagainya. Pada zaman Nabi s.a.w., wanita-wanita sahabat bercakap dengan Nabi s.a.w. dan bertanya baginda tentang urusan-urusan agama yang bersangkutan dengan mereka. Selain itu, mereka juga bercakap dengan kaum lelaki (di kalangan sahabat) apabila ada keperluan dan tidak pernah Nabi s.a.w. melarang mereka. Anas r.a. menceritakan; Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. pergi ke rumah Ummu Aiman untuk menziarahi beliau sebagaimana Rasulullah selalu menziarahinya sebelum kewafatan baginda. Sampai di rumahnya, mereka dapati beliau menangis. Mereka berdua bertanya; “Apa yang menyebabkan engkau menangis? Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi Rasulu

MENYIRAM AIR ATAS KUBUR DAN MENANAM POKOK

Soalan; Adakah tindakan menyiram kubur dengan air merupakan suatu perbuatan bidah atau yang ditegah? Bagaimana pula yang menanam pokok rendang dan menaburkan batu2 sungai di atas kubur kerana dipercayai ahli kubur akan berasa sejuk dengan bacaan zikir dari pokok dan batu2 tersebut? Jawapan; Terdapat hadis dari Ja’far bin Muhammad yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah menyiram air ke atas kubur anaknya Ibrahim” (HR Imam as-Syafi’ie dan al-Baihaqi). Berdasarkan hadis ini sebahagian ulamak –termasuk Imam Syafi’ie dan Imam Abu Hanifah- berpandangan; disunatkan menyiram air ke atas kubur setelah mengkebumikan jenazah. Namun menurut ulamak-ulamak hadis; hadis di atas adalah dhaif dan juga mursal. [1] Berkata Imam an-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’; “Adapun hadis kubur Ibrahim (anak Nabi s.a.w.) dan siraman air ke atasnya (oleh Nabi s.a.w.), hadis itu diriwayatkan oleh Imam as-Syafi’ie dan al-Baihaqi dengan isnad (yakni jalan periwayatan) yang dha

HADIAH PERTANDINGAN MEMANCING

Soalan : Pertandingan memancing dengan menawarkan hadiah sebagai contohnya tempat pertama RM10 000, adakah harus? Jawapan : Jika hadiah di ambil dari wang yang dibayar oleh setiap peserta -contohnya; setiap peserta dikenakan yuran RM50 setiap seorang, kemudian dari yuran itu diberikan hadiah kepada peserta yang menang-, maka amalan tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (a-Qimar) yang diharamkan. Adapun jika hadiah diambil dari pihak luar tanpa membabitkan wang dari peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam ertikata hibah dari penganjur atau penyumbang. Berkata Imam Ibnu Qudamah; “Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-Qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-Maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman”. (al-Mughni, Ibnu Qudamah, 14/154). Firman Allah (bermaksud); “Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berha