Soalan; apa hukumnya pelihara burung dalam sangkar untuk tujuan menikmati kemerduan suaranya atau melihat kecantikannya? Jawapan; Di dalam al-Quran, Allah menyebutkan bahawa segala yang ada di alam ini dijadikan untuk manusia. Di antara firmanNya (yang bermaksud); “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi” (Surah al-Baqarah, ayat 29). Berdalilkan ayat ini dan ayat seumpamanya, para ulamak meletakkan satu kaedah; “Hukum asal bagi segala sesuatu yang ada di alam ini adalah harus diguna dan dimanfaatkan oleh manusia selagi tidak ada nas Syarak melarangnya”. Di antara yang diharuskan ialah perhiasan-perhiasan yang ada di atas muka dunia ini sama ada berupa pemandangan, bunyi-bunyian, logam-logam berharga (emas, perak dan sebagainya), batu-batu permata, pakaian, binatang-binatang dan sebagainya. Ia harus dimiliki dan dinikmati selagi tidak melanggar batasan Syarak dan tidak melalaikan dari kewajipan dan tanggungjawab. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Si...
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.