Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

ADAKAH MEREKA SYAHID?

Soalan; Dah hampir 3 minggu cerita tentang hukumam mati Imam Samuder, Amrozi dan Muklaz.... dari pengamatan saya melalui laman web, mencari cerita tentang mereka... kematian meraka.... ditanggisi oleh ratusan ribu umat islam islam Indonesia... tanda2 kematian meraka memang seperti mati syahid seperti yang diceritakan oleh meraka...1. Apakah mereka syahid dan jalan perjuagan yang mereka ambil itu betul pada pandangan Islam?2. Mufti Perlis tidak bersetuju jalan mereka ambil....dan malah megambil CONTOH yahudi dalam membangun.... mereka tidak megebom... dan megambil contoh kekuatan ekonomi yahudi jalan yang sepatutnya diambil.... saya cukup tidak puas hati dengan kenyataan beliau Dlm berita Astro Awani, tanpa ambil kira sensitiviti umat Islam. Apa pandangan Ustz? Jawapan; 1. Sebutan syahid yang diberikan oleh kaum muslimin kepada mana-mana tokoh (seperti asy-Syahid Imam Hasan al-Banna, as-Syahid Sayyid Qutb dan sebagainya) hanyalah sebagai doa untuk mereka, yakni semoga Allah mengurniaka

MEMBAYAR ZAKAT KEPADA ADIK-BERADIK DAN KEPADA ISTERI

Soalan; ust, saya ada dua soalan: 1- Bolehkah bayar zakat kepada sanak saudara yang hampir seperti adik beradik sendiri? 2- Bolehkah ister bayar zakat kepada suami atau sebaliknya? Jawapan; Menurut pandangan yang paling masyhur di kalangan ulamak; orang-orang yang wajib kita menanggung nafkah mereka, tidak harus kita memberi zakat kita kepada mereka. Menurut mazhab Syafi’ie; orang-orang yang wajib dinafkahi terdiri dari; 1. Zuriat kita; merangkumi anak, cucu dan cicit. 2. Asal kita; merangkumi bapa, ibu, datuk, nenek dan sebagainya 3. Isteri Ahli-ahli keluarga di atas tidak harus kita memberi zakat kepada mereka. Adapun ahli-ahli keluarga yang lain yang tidak wajib kita menanggung nafkah mereka seperti saudara-saudara (yakni adik, abang atau kakak), bapa saudara, ibu saudara, anak saudara dan sebagainya harus kita memberi zakat kita kepada mereka dengan syarat mereka termasuk dalam lapan golongan yang layak terima zakat. Sila baca juga jawapan saya sebelum ini; ( http://ilmudanulamak.b

HUKUM KENDURI BERSUNAT

Soalan; ustad, saya ingin melakukan majlis berkhatan untuk dua orang anak lelaki saya yang berusia 6 dan 4 tahun pada akhir tahun ini, adakah kita diwajibkan buat kenduri. Jika ya saya ingin tahu bila kenduri tu harus dibuat sebelum atau hari keberapa khatan? Saya juga tidak pasti adat atau cara untuk kita melakukan khatan tolong terangkan pada saya ustad. Jawapan; Melakukan kenduri sempena khatan anak tidaklah wajib. Menurut mazhab Syafi'ie; semua jenis kenduri -selain kenduri kahwin- hukumnya sunat sahaja, tidak wajib. Adapun hukum kenduri kahwin, terdapat khilaf di kalangan ulamak-ulamak mazhab Syafi'ie sendiri; ada yang kata wajib dan ada yang kata sunat sahaja. Yang rajih ialah sunat. Hukum memenuhi jemputan kenduri pula; bagi kenduri kahwin hukumnya adalah wajib. Adapun kenduri-kenduri yang lain, hukum sunat sahaja. Wallahu a’lam. Rujukan; 1. Kifayatul-Akhyar, hlm. 374.

MAKNA TOMANINAH

Soalan; ustaz,saya ingin bertanyakan tentang tomaninah ustaz.boleh ustaz tolong jelaskan lebih teperin ci apakah itu tomaninah.? Jawapan; Tomaninah bermakna memastikan diri tetap, tenang dan tidak tergesa-gesa dalam sesuatu posisi solat sebelum berpindah ke posisi yang lain. Dalam pengertian lain; tomaninah ialah memastikan anggota-anggota badan yang terbabit berada tetap dalam posisinya sebelum berpindah ke rukun yang lain. Contohnya; tomaninah ketika sujud ialah dengan memastikan angota-angota sujud iaitu dahi (beserta hidung bagi sebahagian ulamak), dua tangan, dua lulut dan dua kaki (yakni hujung-hujung jarinya) berada tetap di atas lantai sebelum bangkit dari sujud itu. Sekurang-kurang kadar masa bagi tomaninah ialah kadar masa sekali tasbih. Hukum tomaninah adalah wajib semasa ruku’, I’tidal, sujud dan duduk antara dua sujud. Sabda Nabi s.a.w. (tatkala baginda mengajar solat kepada seorang lelaki yang salah dalam mengerjakan solatnya); “…..kemudian (setelah membaca al-Quran) ruk

BILA WAJIB TUNAI NAZAR?

Soalan; Soalan saya; 1: Berapa lamakah nazar perlu disempurnakan selepas hajat diperkenankan? 2: Apakah syarat2 untuk menukar bayaran nazar kepada sama nilai? Huraian kes: Saya pernah bernazar dengan jelas apa yg perlu saya tunaikan sekiranya hajat saya tercapai iaitu: 1. Bayaran tambahan kepada tukang urut sebanyak RM50 (telah ditunaikan) 2. Belanja makan kepada kawan yg recommend tukang urut 3. Sedekah kepada madjid tertentu (nama masjid dirahsiakan) 4. Hasil tambah perkara ke-2 dan ke-3 ialah RMXXX. Bermakna, jika belanja makan bersamaan RM100, maka saya akan sedekahkan kepada masjid tersebut sebanyak RMXXX - RM100. Beberapa bulan selepas berubat, sakit tu semakin sembuh. Jadi saya pun bayar laa tambahan RM50 kepada tukang urut. Tapi disebabkan kesempitan wang, saya tangguh dulu perlaksanaan perkara 2 dan 3. Sekarang ekonomi dah stabil balik tetapi saya agak keberatan (tidak selesa) utk menunaikan perkara ke-2 disebabkan hubungan kami tidak laa terlalu rapat (ada laa kes). Jadi bole

MASALAH KHATAN DAN NIFAS

Soalan; Saya ada soalan berkaitan dengan berkhatan dan nifas. 1)Apakah hukum berkhatan keatas kaum perempuan dan bilakah waktu/umur yang sesuai melaksanakannya?Seperti bayi perempuan baru lahir pada usia berapa yang sesuai berkhatan?Bagaimana pula dengan saudara baru? 2)Bagaimana dengan solat yang ditinggalkan perempuan ketika dalam nifas?Perlukah mereka menggantikan solat tersebut selepas suci dari nifas sepertimana menggantikan puasa dibulan ramadhan? Terima kasih.... Jawapan; 1. Hukum berkhatan bagi wanita telah saya jawab sebelum ini. Sila baca di; ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/2007/12/hukum-berkhitan-atau-bersunat-bagi-anak.html ). Mengenai waktu berkhatan, jumhur (majoriti) ulamak berpandangan; tidaklah ditetapkan waktu tertentu dan tidaklah wajib berkhatan semasa kecil. Ini kerana Nabi Ibrahim sendiri berkhatan ketika berumur 80 tahun (Riwayat Imam al-Bukhari). Namun jika seorang bayi dapat dikhatankan ketika masih kecil itulah yang paling baik. Paling baik lagi ialah dik

SOLAT MUSAFIR KETIKA BALIK KAMPUNG

Soalan; ust. saya ada 1 soalan.1. saya kerja di K.L dan balik kg di kelantan. saya cuti beberapa hari dikelantan boleh tak saya jamak sembahyang. Jawapan; Jika saudara telah bermastautin (yakni tinggal menetap) di Kuala Lumpur, haruslah saudara melakukan solat musafir (jamak dan qasar) apabila saudara keluar bermusafir dari tempat tinggal saudara itu jika jaraknya melebihi jarak yang mengharuskan solat musafir iaitu dua marhalah (atau 85-90km) mengikut jumhur ulamak. Untuk keterangan lanjut, sila baca jawapan saya sebelum ini di; ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/jarak-untuk-harus-solat-qasar-dan-jamak.html ), ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/tempoh-harus-solat-musafir.html ) dan ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/10/solat-musafir-ketika-balik-kampung.html ). Wallahu a'lam.

DIVIDEN KWSP UNTUK BAYAR HUTANG PTPTN

Soalan; Bolehkah saya menggunakan duit riba ( dividen) dari simpanan KWSP saya untuk membayar duit pinjaman PTPN yang juga ada unsur riba.contoh : duit simpanan pokok saya dalam KWSP - RM10 000duit dividen KWSP ( keuntungan dari perniagaan yang tidak jelas halal/haramnya) - RM 5000jumlah simpanan dalam KWSP - RM 15 000pinjaman PTPN yang asal ( pokok) - RM 10 000caj 1% yang dikenakan ( duit riba) - RM 7000Jumlah yang perlu dibayar RM 17 000 Jadi saya mengunakan wang RM 5000 dari dividen KWSP untuk membayar RM 7000 tersebut. Manakala jumlah yang tidak cukup ( RM 2000) saya guna duit saya sendiri.Apakah ini dibenarkan? Kerana setahu saya duit riba hanya dibenarkan untuk digunakan untuk kemaslahatan umum seperti membina jalan raya. Tetapi dalam kes saya ini, saya tidak berniat untuk terlibat dalam riba. PTPTN diambil untuk membiayai pelajaran di universiti, manakala KWSP adala skim wajib untuk pekerja. Setelah sah dalam jawatan, saya dibenarkan memilih skim pencen & berhenti menyertai