Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

AZAN DENGAN RADIO

Soalan; Di masjid besar di tempat saya, time ramadhan waktu buka diaorang on radio untuk laungkan azan. Adakah ini harus? Jawapan; Azan di dalam Islam adalah ibadah. Ibadah mestilah dilaksanakan oleh ahli ibadah (yakni orang yang berkelayakan melakukan ibadah). Azan bukanlah semata-mata pemberitahuan sebagaimana orang Hindu atau Kristian yang membunyikan loceng untuk memberitahu masuknya waktu ibadah mereka. Ia adalah ibadah dan mesti dilaksanakan oleh seorang yang sah ibadahnya. Syeikh ‘Athiyah Saqar (bekas pengerusi lujnah fatwa al-Azhar) dalam fatwanya menegaskan; Tidak memadai rakaman azan atau azan radio bagi menggantikan tuntutan melaungkan azan kerana kaum muslimin dituntut agar melaungkan azan apabila masuk waktu solat sebagaimana perintah Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; إذا حضرت الصلاة فليؤذن لكم أحدكم وليؤمكم أكبركم “Apabila masuk waktu solat, hendaklah salah seorang dari kamu melaungkan azan dan hendaklah menjadi imam orang yang paling tua dari kalangan kamu” (HR Imam a

PELIHARA BURUNG DALAM SANGKAR

Soalan; apa hukumnya pelihara burung dalam sangkar untuk tujuan menikmati kemerduan suaranya atau melihat kecantikannya? Jawapan; Di dalam al-Quran, Allah menyebutkan bahawa segala yang ada di alam ini dijadikan untuk manusia. Di antara firmanNya (yang bermaksud); “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi” (Surah al-Baqarah, ayat 29). Berdalilkan ayat ini dan ayat seumpamanya, para ulamak meletakkan satu kaedah; “Hukum asal bagi segala sesuatu yang ada di alam ini adalah harus diguna dan dimanfaatkan oleh manusia selagi tidak ada nas Syarak melarangnya”. Di antara yang diharuskan ialah perhiasan-perhiasan yang ada di atas muka dunia ini sama ada berupa pemandangan, bunyi-bunyian, logam-logam berharga (emas, perak dan sebagainya), batu-batu permata, pakaian, binatang-binatang dan sebagainya. Ia harus dimiliki dan dinikmati selagi tidak melanggar batasan Syarak dan tidak melalaikan dari kewajipan dan tanggungjawab. Firman Allah; “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Si

JAMPI/MENTERA PENGASIH

Soalan; Assalamualaikum ustaz,saya sebagai hamba Allah amat musykil dengan adanya amalan, yang tidak diketahui di bolehkan atau tidak sehingga takut menjejaskan iman saya sebagai orang muslim (SYIRIK). Oleh yang demikian saya ada pertanyaan mengenai Ilmu Pengasih. Contohnya: Bismillahhirrohmanirrohim Mandiku mandi air Nur amanjani Siraman sekali mudalah kulitku Siram kedua datang kasih sayang sekalian yang memandang Siraman ketiga bur memancar cahyaku karena aku memakai pemikat bidadari dari syurga mustajab diaku kabul berkat izin Allah Nurun ala nurin bolehkah ianya di amalkan dan apakah ada kaitannya dengan pertolongan daripada makhluk halus? Diminta ustaz menghuraikan apa yang berada di benak saya selama ini.Minta pendapat daripada ustaz secepat yang boleh. Jawapan; Adalah lebih baik saudara/saudari meninggalkan jampi/mentera yang tidak jelas maksudnya dan tidak jelas dari mana datangnya kerana dibimbangi ia membawa kepada pemujaan selain Allah (memuja iblis, syaitan, jin atau seba

ORANG KAFIR ZIARAH KUBUR ORANG ISLAM

Soalan; Assalamualaikum ustaz..apa hukum memakai gigi emas dan perempuan kafir ziarah kubur orang Islam..syukran Jawapan; (*Tentang gigi emas; telah dijawab sebelum ini ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/2010/07/hukum-memakai-gigi-emas.html )) 1) Menurut fatwa dalam laman as-Syabakah al-Islamiyah; “Tidak ada tegahan ke atas orang bukan Islam untuk menziarahi perkuburan orang Islam untuk mengiringi jenazah kawan atau sudara mara mereka yang Islam dengan syarat yang menguruskan jenazah itu ialah orang Islam. Menurut Ibnu al-Qasim (salah seorang ulamak mazhab Maliki); “Tidak ditegah orang kafir untuk berjalan mengiringi jenazah, untuk turut mendoakannya, malah tidak ditegah jika ia ingin hadir bersama ketika jenazah dimandi dan dikafankan seperti ia membantu membawa air mandian atau sebagainya” (Mawahib al-Jalil). (Fatwa no. no. 100076). 2) Mengenai hukum perempuan menziarahi kubur, terdapat khilaf di kalangan ulamak; a) Menurut jumhur ulamak; makruh bagi kaum wanita menziarahi kubur be

HUKUM MEMAKAI GIGI EMAS

Soalan; Assalamualaikum ustaz..apa hukum memakai gigi emas dan perempuan kafir ziarah kubur orang Islam..syukran Jawapan; Bagi wanita, harus memakai gigi emas jika menjadi adat (kebiasaan) setempat wanita-wanitanya berhias dengan memakai gigi emas. Adapun bagi kaum lelaki tidak harus sama sekali memakai gigi emas –begitu juga perhiasan-perhiasan yang lain dari emas- kecuali jika ada keperluan dan desakan sahaja. Ini kerana Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Dihalalkan emas dan sutera untuk kaum wanita dari umatku dan diharamkan untuk kaum lelaki” (HR Imam an-Nasai dari Abi Musa –radhiyallahu ‘anhu-). Diriwayatkan dari ‘Arfajah bin As’ad –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; أُصيبَ أنفي يومَ الكُلابِ في الجاهليَّةِ فاتخذتُ أنفاً من ورقٍ فأنْتنَ عليَّ فأمرني رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وسَلَّم أنْ أتخذَ أنفاً من ذهبٍ “Semasa peperangan al-Kulab (yang berlaku pada zaman Jahiliyah), hidungku telah rosak. Lalu aku membuat hidung dari perak. Namun hidung itu membusuk

MASA MEMOHON HAJAT

Soalan; Assalamualaikum, Bolehkah kita melakukankan solat hajat selepas solat zohor atau selepas solat istiharah dan dhuha. Terima kasih./ Jawapan; Memohon hajat dari Allah adalah harus pada bila-bila masa terutama pada saat-saat yang mustajab doa di antaranya ketika dalam solat dan sebaik selepas solat (sama ada solat fardhu, solat-solat sunat rawatib, solat malam, solat hajat dan sebagainya). Berdoa di dalam solat lebih baik dari berdoa selepas solat. Antara tempat yang mustajab doa dalam solat ialah ketika sujud dan sebelum memberi salam (yakni selepas habis membaca tahiyat dan selawat). Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Saat paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya (yakni Allah) ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa (pada ketika itu)” (HR Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-). Dalam hadis mengenai bacaan tahiyyat, selepas mengajar bacaan tahiyyat kepada para sahabat, Nabi berkata; “Kemudian (yakni apabila selesai membaca tahiyyat) pilihlah peminta

HAK HADHONAH

Soalan; Assalamuailaikum. Kakak saya baru meninggal 3 minggu yg lepas. Arwah meninggalkan 4 orang anak yang masih kecik berumur 13 tahun, 11 tahun , 7 tahun dan 3 tahun. Saya ingin bertanya siapa kah yang patut mengambil alih tugas menjaga anak-anaknya. Adakah suami dan ahli keluarga suaminya yg lebih berhak atau kami ahli keluarga arwah.? Sekian terima kasih Jawapan; 1) Soalan di atas berkait dengan hak hadhonah. Hak hadhonah bermaksud; hak untuk memelihara anak yang belum mumayyiz [1] dan belum boleh berdikari, menjaga urusannya, mendidik dan memastikan pertumbuhannya –jasmani, jiwa dan akal- hinggalah ia mencapai umur dapat membezakan antara yang memberi manfaat dan mendatangkan mudarat dan dapat mengurus sendiri kehidupannya. [2] 2) Anak dalam peringkat belum mumayyiz dan belum mampu berdikari itu (–sama ada lelaki atau perempuan-), orang yang paling berhak menjaga dan menguruskan kehidupannya ialah dua ibu-bapanya jika mereka masih bersama dalam ikatan perkahwinan. Jika mereka

ADAKAH BACAAN QURAN DARI KASET MEMADAI?

Soalan; Saya ada beberapa soalan ... 2. Apakah Surah Yaasin atau surah yg lain dri Al-Quran dan laungan yg dibacakan oleh Syeikh Syeikh, Ulama ulama, Ustaz2 di Media (Kaset, Radio dan umpamanya) berfadhilat yakni boleh digunakan untuk tujuan Syifa hati spt menghalau Syaitan atau seumpama dengannya? Dan adakah menjadi ubat, air yg diperdengarkan bacaan Quran di media? Jazakallah hu kharian kasiro. Jawapan; Bacaan al-Quran dari kaset bukanlah bacaan al-Quran pada hakikatnya. Ia adalah suara yang dirakamkan. Bacaan berlaku pada masa yang lalu, cuma suara bacaan dirakam dan diperdengar semula. Oleh itu, bagi mendapat fadhilat-fadhilat khusus dari bacaan al-Quran seperti untuk mengusir Syaitan dari rumah (dengan membaca surah al-Baqarah), mengubati penyakit (dengan surah al-Fatihah, al-Mu’awwizat dan ayat-ayat yang lain), untuk menghadiahkan bacaan kepada si mati (bagi pandangan yang mengatakan sampai pahalanya kepada si mati) dan untuk mendapat pahala membaca al-Quran, tidak cukup deng

PEPERANGAN INDIA

Soalan; Asalamualaikum. Apakah maksud hadis riwayat Nasaie yang mengatakan hanya satu jamaah ghazwah ke India akan diselamatkan dari jahannam (Sahih). Sekian, terima kasih. Jawapan; Ada dua hadis dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- yang menyebutkan tentang ghazwah al-Hind (peperangan India); عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ وَعَدَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزْوَةَ الْهِنْدِ فَإِنْ أَدْرَكْتُهَا أُنْفِقْ فِيهَا نَفْسِي وَمَالِي فَإِنْ أُقْتَلْ كُنْتُ مِنْ أَفْضَلِ الشُّهَدَاءِ وَإِنْ أَرْجِعْ فَأَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ الْمُحَرَّرُ Dari Abu Hurairah –radhiyallahu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menjanjikan kepada kami akan berlaku peperangan membebaskan India. Jika aku sempat hidup pada zaman berlakunya peperangan tersebut, nescaya aku mengorbankan diri dan hartaku (untuk turut menyertainya) kerana jika aku terbunuh (dalam peperangan tersebut), aku adalah dari semua-mulia syahid dan jika aku pulang (yakni selamat), aku akan me

ADAKAH ISTERI KEDUA BERDOSA?

Soalan; Bagaimana kedudukan isteri kedua? adakah dikira berdosa kerana menyebabkan isteri pertama sakit hati bila berkahwin dengan suaminya. Jawapan; Istilah dosa hanya boleh diberikan kepada perbuatan yang melanggar perintah Allah sama ada dengan mengabaikan perkara wajib atau melakukan perkara yang diharamkan. Berpoligami adalah diharuskan oleh Syarak, maka tidak boleh dikatakan berdosa orang-orang yang terlibat dengannya (sama ada suami yang berpoligami atau wanita yang menjadi isteri kedua). Kecualilah jika suami tidak berlaku adil kepada isteri pertama setelah berpoligami atau wanita yang menjadi isteri muda menghasut suaminya agar tidak berlaku adil kepada isteri pertama, ketika itu barulah dikatakan berdosa. Adapun perasaan hati isteri pertama yang marah dan terkilan, perasaan itu adalah normal bagi seorang manusia apabila berhadapan dengan situasi sebegitu. Namun sebagai hamba Allah kita dituntut agar redha dengan hukum Allah kerana Allah lebih mengetahui apa yang paling baik

WARIS ENGGAN MEMBAYAR HUTANG SI MATI & MENOLAK HUTANG DARI ZAKAT

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. Saya mohon supaya dapat ustaz memberikan penjelasan kepada kemusykilan berikut; Kawan saya mempunyai hutang dengan saya. Beliau memang berikrar untuk membayarnya dan saya memang percaya dengan ikrarnya itu. Ditakdirkan, selang tidak lama kemudian beliau telah meninggal dunia. Harta peninggalannya memang agak banyak. Para warisnya (anak dan isteri) memang tahu tentang hutang tersebut. Bagaimanapun mereka tidak menjelaskan hutang tersebut. Setelah 4 tahun berlalu, saya kini yakin bahawa para warisnya tidak akan membayarnya.Saya terfikir, bolehkah jika saya menggunakan wang zakat yang saya keluarkan setiap tahun untuk melangsaikan hutang tersebut, sedangkan saya yang keluarkan zakat dan saya juga yang menerimanya sebagai orang yang memberi hutang. Saya sebenarnya sedang cuba untuk membebaskan si mati dari beban hutang. Memang lah lebih baik dan mudah jika saya terus menghalalkannya. Bagaimanapun sehingga kini hati saya belum terbuka untuk berbuat demikian.

WARNA KUNING; ADAKAH HAID?

Soalan; Saya telah melahirkan anak yg pertama. Haid yg ptama lps bsalin shingga kini ianya mgambil masa kitaran selama 15 hari. Hal ini kerana saya merasa was2 disebabkan warna darah tsebut. Pada hari ke 7 misalnya darah tersebut sudah kering dan berwarna jernih tp ianya akan myusul kembali pd ari berikutnya dgn wrna kekuningan. Jadi sy mgambil keputusan tidak solat krn mgikut kefahaman sy wrna kuning itu msih lagi dianggap darah haid. Saya ada menghidapi pnyakit darah beku dan mengambil ubat mencairkan darah. Adakah ini punca haid sy lmbt abis disebabkan kesan ubat tersebut atau ianya mmg pkara biasa yg dihadapi oleh kaum hawa yg lain. Jadi saya menetapkan setiap bln haid syg akan mgambil masa 15 ari kerana wrnanya blarutan shingga 15 ari dan slps itu barulah sy mndi wajib. Persoalan di sini adakah wajar tindakan sy ini sbb sy rasa was2 klu mndi wajib kerana ada cairan kuning yg keluar. Adakah ini merupakan warna keputihan kerana cairan itu bcampur warna kuning dan putih. Mohon penj

KANAK-KANAK MEMBACA BUKU SEKS

Soalan; Saya ada beberapa soalan ... 1 . Apakah Hukum membaca Buku mengenai Seks bagi mereka yang bawah umur mahupun yang sudah mencapai umur baligh tetapi belum berkahwin? Jazakallah hu kharian kasiro Jawapan; Di antara perkara yang ingin dibendung oleh Islam ialah penyelewengan seks. Kerana itu, Islam mengharamkan zina dan segala perkara yang mendorong kepada zina. Islam meletakkan peraturan dan undang-undang bahawa seseorang tidak boleh melampiaskan keinginan seksnya melainkan kepada isteri atau hamba yang dimilikinya; “Sesungguhnya berjayalah orang-orang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan yang sia-sia, dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat), dan mereka yang menjaga kemaluan mereka kecuali kepada isteri mereka atau hamba (perempuan) yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang mel

UJIAN DAN LAKNAT ALLAH

Soalan; Saya ingin mengetahui sebenarnya apakah punca laknat Tuhan kepada hamba Nya? Sekiranya seseorang Islam diajak untuk mengerjakan fardu umrah, sedangkan pada permulaannya individu itu berasa keberatan kerana memikirkan fardu asas lain seperti solat zakat hutang dsb harus dikemaskinikan. Namun pada saat akhir, dia mengerjakan jua demi mengharapkan rahmat dan keberkatan yang lebih meluas dalam memperbaiki diri dia. Dan malangnya sesampainya di Mekah dia jatuh sakit, dan tak banyak ibadat dapat dilakukan selain terlantar atas katil di bilik. Sepanjang perjalanan pergi dan pulang sungguh menghampakan diri dia malah setibanya dia ke tanah air, dia ditimpa lagi dengan ujian sakit-sakit lain dan akhirnya menyebabkan dia terpaksa menganggur dan hanya duduk di rumah. Masalah dia semakin merebak sehingga dia tertekan dan goyah dalam kepercayaan kepada Tuhan. Dia mula meninggalkan kesemua syariat yang dipelajari dan diamalkan. Namun, apabila ditanya situasi individu berkenaan, dia memberit

ADAKAH TAKLIK BERULANG SELEPAS AQAD BARU?

Soalan; Assalamualaikum Ustad, saya nak bertanya pasal talak taklik. Sekiranya seseorang itu bertaklik dan berlaku spt yang di sebut maka jatuhlah talak. Tapi persoalannya, tidak berlaku seperti yang di taklikkan dan telah berlaku nya perceraian secara lafaz atas sebab sebab lain. Kemudian selepas suatu waktu pasangan setuju untuk bersatu semula, bagaimana dengan taklik yang sebelumnya dalam hubungan lalu. Apakah sudah batal? Terima Kasih. Jawapan; Menurut ulamak (termasuk dari mazhab Syafi’ie dan Ahmad); taklik itu akan kembali apabila berlaku aqad baru kecuali bagi dua keadaan; 1. Jika semasa isteri terpisah dari suaminya perkara yang ditaklik terjadi, maka taklik itu tidak akan kembali selepas aqad kerana apa yang telah ditaklik telahpun berlaku. Contohnya; seorang berkata kepada isterinya; “Jika engkau bercakap dengan abang engkau, dengan sendiri engkau tertalak”. Kemudian berlaku penceraian antara dia dan isterinya dan tamat eddah. Kemudian mereka berdua berkahwin semua dengan a

PUASA TAPI TIDAK SOLAT

Soalan; salam....ust apakah hukum bagi puasa seseorang yg telah baligh jika dia tidak melalukan solat?? kerna sya rasa tidak solat bukan perkara yg menyebabkan batalnya puasa ? adakah puasa nya diterima ALLAH Taala ? Jawapan; Soalan ini telahpun saya jawab sebelum ini. Sila baca di ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/berpuasa-tapi-tak-solat.html ). Wallahu a’lam.

ZAKAT PAKAIAN

Soalan; assalamualaikum...saya ada kemusykilan sedikit yang ingin diutarakan mengenai zakat pakaian. sebelum ini saya hanya pernah mendengar tentang zakat pendapatan,zakat harta, zakat emas dsb....tetapi tidak pernah mendengar tentang zakat pakaian. soalan : adakah pakaian berlebihan yang tidak dipakai lebih 40hari kena hisab? memndangkan saya berkerjaya, koleksi pakaian akan sentiasa bertambah dari masa ke masa. harap sudi menjawab..sekian... Jawapan; 1) Pakaian hanya dikenakan zakat jika diperniagakan. Orang yang berniaga menjual pakaian, apabila cukup setahun ia hendaklah menghitung nilai pakaian yang ada dalam kedainya, dicampur dengan duit yang ada dalam tangan serta di bank dan hutang-hutang yang dapat dipungut, kemudian ditolak hutang semasa dan tanggungan, jika cukup nisab wajib ia membayar zakat dengan kadar 2.5%. 2) Adapun pakaian yang hanya dibeli untuk kegunaan sendiri, bukan untuk diperniagakan, tidaklah wajib zakat. Zakat hanya diwajibkan ke atas harta yang berkembang (

JAHIL KEWAJIPAN MANDI JUNUB

Soalan; Asalamualaikum.Saya ada sedikit kemusykilan.Menurut kefahaman saya dikira baligh sesorang apabila keluar air mani. Sepanjang ingatan, saya mengetahui tentang mandi wajib lewat beberapa ketika selepas saya baligh. Soalannya adakah saya wajib menqadha solat dan ibadat yang saya lakukan dalam keadaan berhadas yang saya yakin tidak sah kerana masa itu saya tidak mengetahui tentang mandi wajib. Jika wajib qadha` bagaimana cara menganggar waktu yang saya sembahyang dalam keadaan berhadas itu kerana tidak dapat mengingati secara tepat. Harap dapat penjelasan.Terima kasih. Jawapan; Wajib saudara mengqadha solat yang dilakukan tanpa bersuci (sama ada dari hadas atau najis) selepas saudara telah masuk ke dalam usia baligh. Kejahilan menggugurkan dosa, namun tidak menggugurkan perintah Allah (yakni walaupun saudara tidak berdosa kerana mengerjakan solat tanpa bersuci disebabkan jahil, namun kewajipan bersuci dan menggantikan solat yang batal itu tidak gugur dari saudara).[1] Cuba ingati

BAHAGIAN PUSAKA UNTUK ANAK LELAKI DAN ANAK PEREMPUAN

Soalan; Assalamualaikum ustaz,sy nk bertanya tentang pembahagian harta pusaka iaitu tanah, arwah meninggalkan 8 orang anak 3 daripadanya lelaki nilai tanah tersebut rm150,000 berapa setiap seorang akan dapat? terima kasih. Jawapan; Dengan andaian bahawa jika si mati (arwah) tidak mempunyai isteri atau suami dan tidak mempunyai ibu dan bapa, maka seluruh hartanya akan diwarisi oleh anak-anaknya dengan nisbah pembahagian untuk anak lelaki dan anak perempuan; “2:1”, iaitu setiap anak lelaki akan mendapat sekaliganda dari bahagian yang diperolehi setiap anak perempuan berdasarkan ketetapan Allah di dalam al-Quran; “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu; bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan” (an-Nisa’, ayat 11). Bagi kes di atas (si mati meninggalkan harta RM 150 000 dan beliau mempunyai 3 anak lelaki dan 5 anak perempuan), setiap anak lelakinya akan mendapat (RM 27 272.727) dan setiap anak perempuannya aka

HUKUM MEMATUHI UNDANG-UNDANG NEGARA

Soalan; Assalamualaikum uztad. Saya ada dua soalan untuk bertanya. 1. Adakah kita akan mendapat doa jika kita melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara ? Bolehkah terangkan pada saya. Jawapan; Mematuhi undang-undang Negara termasuk dalam pengertian mentaati pemerintah. Allah berfirman (maksudnya); “Wahai orang-orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” dari kalangan kamu” (an-Nisa’, ayat 59). Ulil-Amri dalam ayat di atas bermaksud orang-orang yang bertanggungjawab mengurus urusan kaum muslimin. Mereka merangkumi ulamak dan pemerintah. Ulamak bertanggungjawab tentang urusan agama dan pemerintah (umara’) pula bertanggungjawab tentang urusan duniawi dan maslahah hidup rakyat. (Tafsir Ibnu Kathir) Para zaman Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- dan khulafak rasyidin, kedua-dua urusan (agama dan dunia) diuruskan oleh seorang ketua/pemimpin yang dipanggil Khalifah atau Amir al-Mukminin. Itulah yang sebaik-baiknya bagi kau

HUKUM ONANI DAN NAZAR UNTUK TINGGALKAN MAKSIAT

Soalan; salam...sy ingin bertanyakan ttg nazar. sy tlh membuat nazar utk tidak beronani selama sebulan.tp sampai sekarang sy gagal utk melakukannya. persoalan sy di sini; (1) adakah sah nazar saya?kerana mmg wajib bg saya utk meninggalkan maksiat tersebut. (2) kalau sah,adakah blh sy buat kifarah kerana sy rasa tidak mampu utk meneruskan nazar ini. (3) kalau perlu buat kifarah, apakah ciri2 makanan dan ciri org miskin seperti mana yg tertulis spt di bwh?: 1. Memberi makan sepuluh orang miskin, atau; 2. Memberi pakaian untuk mereka, atau; 3. Membebaskan seorang hamba. Jika tidak berupaya melakukan satupun darinya, hendaklah berpuasa selama 3hari. di harap ustaz reply emel ni kerna sy dh lma memikirkan akan hal ini. syukran. Jawapan; 1) Beronani hukumnya adalah haram kerana seorang muslim tidak harus melampiaskan nafsu sexnya melainkan kepada isterinya atau kepada hamba perempuan yang ia miliki sebagaimana firman Allah tentang sifat orang beriman (bermaksud); “Sesungguhnya berjayalah or

SOLAT JAMAAH DI MASJID LUAR QARIAH

Soalan; Surau dikawasan rumah saya sering tiada jemaah waktu Zuhur dan Asar...Apakah berdosa jika saya melakukan solat berjemaah di Masjid lain semata mata untuk mendapatkan pahala Jemaah? Saya dah berulang kali menasihatkan qariah termasuk Nazir sendiri untuk berjemaah bersama Zuhur asar..tetapi....hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri ... Jawapan; Menurut mazhab as-Syafi’ie; Jika seseorang itu berdekatan rumahnya ada masjid dan berjauhan juga ada masjid, namun masjid jauh lebih ramai bilangan ahli jamaahnya, menunaikan solat di masjid jauh adalah lebih baik (afdhal) dari di masjid dekat kecuali bagi dua keadaan; 1. Jika dikhuatiri akan gagal solat jamaah di masjid dekat tanpa kehadirannya seperti ia adalah imam atau orang ramai hanya akan hadir jika dia hadir, maka ketika itu lebih baik baginya menunaikan solat jamaah di masjid dekat walaupun kurang bilangan ahli jamaahnya berbanding masjid jauh. 2. Jika imam masjid jauh adalah ahli bid’ah atau seorang fasiq atau tidak meng

MEMPERLEKEH AGAMA LAIN

Soalan; Assalamualaikum uztad. Saya ada dua soalan untuk bertanya. 2. Apakah hukum seseorang memperlekehkan agama orang lain. ? * harap ustad dapat menjawab pertanyaan saya dalam waktu yang singkat. Terima kasih. Jawapan; Kita wajib meyakini bahawa Islamlah satu-satunya agama yang benar dan direstui Allah untuk dianuti oleh sekelian manusia. Firman Allah (bermaksud); “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam” (Ali Imran, ayat 19). Agama-agama lain adalah batil dan palsu. Kerana itu Allah tidak menerimanya dan penganutnya akan menjadi manusia-manusia yang rugi di akhirat (kerana mereka akan dihumbankan ke dalam neraka); Firman Allah (bermaksud); “Dan sesiapa mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi” (Ali Imran, ayat 85). Merasakan dalam diri bahawa agama lain adalah lekeh dan hanya Islam sahaja yang hebat, itu adalah tanda iman dalam hati seorang mukmin. Perasaan itu wajib a

MENGENDALI AL-QURAN LAMA

Soalan; salam...ingin bertanya andai Al-quran yang lama sudah tidak digunakan kerana sudah digantikan dengan yang baru..bagaimana cara terbaik untuk mengendalikannya...tq Jawapan; Mushaf al-Quran (dan begitu juga kertas-kertas yang bertulis ayat al-Quran, nama-nama Allah, zikir-zikir, hadis-hadis Nabi dan seumpamanya) wajib dijaga kemuliaan dan kehormatannya. Hendaklah disimpan ditempat yang baik dan bersih. Jika dijumpai terjatuh di atas lantai atau berada di tempat yang tidak sepatutnya, wajiblah dipungut. Jika sudah tidak dapat digunakan lagi, hendaklah dilupuskan sama ada dengan menanamnya di tempat yang bersih dan jauh dari laluan manusia (untuk mengelak dari ia dipijak atau dilangkahi) atau boleh juga dibakar dan kemudian abunya ditanam di tempat yang bersih. Ini sebagai mengambil contoh dari tindakan yang dilakukan oleh para sahabat. Dalam kitab Soheh al-Bukhari, terdapat hadis dari Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Saidina Usman bin ‘Affan –radhiyal

MEMBUAT BINAAN DI ATAS KUBUR DAN TULISAN DI KUBUR

Soalan; Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanyakan perkara2 berikut yang berkaitan dgn kubur dan kematian; 1- hukum membina petak kubur dengan menggunakan simen 2- hukum menulis nama si mati, tarikh kematiannya pada petak simen tersebut 3- hukum menulis al-fatihah di atasnya dan doa semoga allah mengampunkan dosa si mati Sekian, terima kasih. Jawapan; 1) Terdapat khilaf di kalangan ulamak tentang hukum membuat binaan di atas kubur di antara haram dan makruh; a) Pandangan pertama ; ia haram secara mutlaknya. Antara ulamak yang berpandangan sebegini ialah Imam al-Hafidz al-‘Iraqi, asy-Syaukani dan as-Shon’ani. Mereka berpegang dengan makna zahir dari arahan Nabi supaya meratakan kubur dan larangan baginda dari membuat binaan di atas kubur. Diriwayatkan dari Abi Sa’id al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُبْنَى عَلَى الْقَبْرِ “Sesungguhnya Nabi–sallallahu ‘alaihi wasallam- menegah dari membuat binaan di atas

MENELAN SISA MAKANAN; ADAKAH MEMBATALKAN PUASA?

Soalan; Assalamualaikum. Saya ingin bertanya : Adakah batal puasa seseorang sekiranya tertelan sisa makanan atau sesuatu yang dah ada dalam mulut? Sekian.TQ Jawapan; Wajib sisa-sisa makanan itu diluahkan. Jika ditelan dengan sengaja, akan batal puasa. Jika tertelan tanpa sengaja, tidaklah batal puasa. Begitu juga, jika sisa itu amat sedikit di mana ia telah bercampur dengan air liur dan sukar untuk dipisahkan dari air liur, jika tertelan bersama air liur dimaafkan (yakni tidak batal puasa) sebagaimana menelan air liur itu sendiri tidak membatalkan puasa. Itu adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Imam as-Syafi’ie). Adapun menurut Mazhab Hanafi; batal puasa jika sisa itu besarnya melebihi sebiji kacang putih. Jika kurang darinya, menelannya tidaklah membatalkan puasa sekalipun dengan sengaja, namun makruh hukumnya. Wallahu a’lam. Rujukan; 1. Rahmatul-Ummah, Syeikh Abi ‘Abdillah as-Syafi’ie, hlm. 92, 2. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 436.