Soalan; Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanyakan 2 soalan berkaitan aurat suami-isteri dan tanggungjawab yang wajib bagi seorang suami dan isteri. Soalan saya adalah seperti berikut: 1. Apakah aurat suami dan isteri di mata keluarga mertua? Contohnya, dengan mertua, ipar, anak saudara, bapa/ibu saudara, suami/isteri kepada bapa/ibu saudara. Apakah had bersalaman dengan mereka? Terima kasih di atas jawapan ustaz. Saya adalah hamba yang jahil dan perlukan bantuan ustaz. Sekian. Jawapan; Bismillah. Aurat dan bersalaman bergantung kepada mahram atau tidak orang yang berhadapan kita. Jika dia mahram kita, harus kita bersalaman dengannya dan auratnya dengan kita (lelaki) ialah sepertimana aurat ibu dan adik-beradik perempuan kandung kita iaitu dari dada hingga lutut mengikut pandangan yang rajih (yakni boleh menampakkan bahagian rambut, leher, tangan dan betis, adapun kawasan lainnya wajib ditutup). Maksud mahram ialah orang yang diharamkan ke atas kita mengahwininya buat sela
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.