Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2007

HUKUM KE ATAS DUIT SEWA DARI PENJUAL ARAK

Soalan; Apakah hukumnya ke atas wang sewa yang diambil dari penyewa yang menjual minuman yang haram iaitu arak? Jawapan; Setiap yang membantu perkara yang diharamkan oleh agama, ia juga adalah haram. Di dalam al-Quran Allah menegah kita dari saling membantu dalam perkara dosa dan permusuhan; “Dan saling tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan saling tolong-menolong dalam membuat dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”. (al-Maidah: 2) Khusus bagi kemusykilan saudara –iaitu menyewa tempat untuk peniaga yang menjual arak-, terdapat sabda Nabi s.a.w. menegaskan; لعن الله الخمر، وشاربها وساقيها، وبائعها ومبتاعها، وعاصرها ومعتصرها، وحاملها والمحمولة إليه، و آكل ثمنها “Allah melaknat arak, melaknat orang yang meminumnya, yang menghidangnya untuk diminum (oleh orang lain), yang menjualnya, yang membelinya, orang yang memerahnya, yang minta diperahkan u

HUKUM MEMAKAI BRACES (PENDAKAP GIGI)

Soalan; Apakah hukum bagi seorang yang jongang memakai pendakap gigi (braces) bagi memperbetulkan keadaan giginya itu? Saya mendapati mereka yang jongang sering dipersendakan. Jawapan; Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis; لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة “Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.) Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya

HUKUM MELUKIS KOMIK

Soalan; Assalamualaikum ustaz, Saya menpunyai masalah berkaitan dengan hukum melukis komik.Saya minat utk melukis komik dan masalah saya ialah saya mendengar sesuatu hadis yang berbunyi mengatakan ''Allah melaknat tukang lukis''.Jadi saya pun gelisah dan saya ada niat nak melukis utk berdakwah jadi macam mana itu ustaz? Jawapan; Hukum melukis gambar bergantung kepada gambar yang dilukis dan tujuan ia dilukis. Perinciannya adalah seperti berikut; a) Jika yang dilukis itu adalah gambar-gambar Tuhan yang disembah selain Allah seperti patung-patung berhala dan sebagainya, pelukisnya adalah kafir. Lukisan sebeginilah yang diancam dengan siksaan oleh Allah sebagaimana sabda Nabi s.a.w.; إِنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَذَاباً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمُصَوِّرُونَ “Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di akhirat ialah para pelukis”. (Riwayat Imam Muslim). Berkata Imam at-Tabari; “Pelukis yang dimaksudkan di sini ialah orang yang melukis Tuhan yang disembah selain Allah…”. b

HUKUM BERKHITAN ATAU BERSUNAT BAGI ANAK PEREMPUAN

Soalan; Adakah bersunat diwajibkan ke atas anak perempuan Jawapan; Berkhitan atau bersunat merupakan perkara yang disyari’atkan di dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.; الْفِطْرَةُ خَمْسٌ -أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ- الْخِتَانُ، وَالاسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ “Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhitan (bersunat), mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan misai”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.) Namun para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya; Pertama; Menurut Imam Syafi’ie; hukum berkhitan (bersunat) adalah wajib ke atas lelaki dan juga perempuan. Kedua; Mengikut Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Hasan al-Basri; berkhitan hukumnya sunat sahaja sama ada ke atas lelaki atau perempuan. Berdasarkan penjelasan Imam Nawawi; pandangan ini merupakan pandangan jumhur (majority) ulamak. Ketiga; Imam Ahmad pula berpandangan; ia wajib ke atas lelaki sahaja. Adapun

DAGING KORBAN UNTUK ORANG KAFIR

Soalan; Adakah harus daging korban diberikan sebagai hadiah kepada orang bukan Islam (contoh; jiran sebelah rumah yang bukan Islam)? Jawapan; Sebahagian ulamak mengharuskannya antara mereka ialah Imam Hasan al-Basri, Abu Hanifah dan Abu Tsur. Imam Malik pula memakruhkannya, malah beliau memakruhkan memberi kulit binatang korban kepada mereka. Begitu juga dengan Imam al-Laith memakruhkannya. Adapun pandangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie; a) Imam Nawawi mengharuskannya jika korban itu adalah korban sunat, bukan korban wajib. b) Adapun ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie yang lain –antaranya Syeikh Khatib as-Syirbini- mereka tidak mengharuskan daging korban diberikan kepada orang kafir. Wallahu a’lam. Rujukan; 1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, jil. 8, hlm. 316. 2. Al-Iqna’, Imam as-Syarbini, jil. 2, hlm. 825.

TARIKH HARI RAYA YANG TIDAK SAMA

Soalan; Wukuf di Arafah jatuh hari rabu. Bagaimana mana Malaysia boleh raya hari khamis? Bukankah mesti ikut Arab Saudi? Jawapan; Firman Allah (bermaksud); “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: ‘(Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (bagi urusan dan amalan) manusia dan ibadah Haji”. (al-Baqarah: 189) Firman Allah di atas menunjukkan bahawa peredaran anak-anak bulan adalah garis panduan bagi umat Islam dalam menentukan masa bagi ibadah-ibadah mereka termasuk puasa, hari raya (hari raya puasa atau hari raya korban), zakat, kitaran haid, iddah dan sebagainya. Bagi Negara yang berjauhan antara satu sama lain, tidak mustahil berlaku perbezaan dalam penetapan masa ibadah berdasarkan rukyah atau melihat anak bulan tersebut -khususnya dalam masalah tarikh puasa dan hari raya- kerana matla’nya tidak sama. (*Matla’; tempat terbit atau tempat naik). Menurut ulamak, perbezaan itu diharuskan

MENYUCIKAN BEKAS BERNAJIS KHINZIR

Soalan; Saya ingin bertanya tentang daging babi; bagaimana caranya menyucikan bekas yang pernah diisi dengan daging babi? Ada pendapat yang menyatakan bahawa tanah boleh diganti dengan sabun. Adakah ini benar? Jawapan; Sebenarnya ulamak-ulamak berbeza pandangan tentang babi; adakah ia termasuk dalam najis berat (mughalladzah) –seperti anjing- yang perlu dibasuh tujuh kali (termasuk salah satunya dengan air bercampur tanah), atau ia terdiri dari najis biasa seperti arak, air kencing, tahi dan sebagainya yang mencukupi dibasuh dengan air seperti biasa (yakni tidak perlu dilangi hingga tujuh kali)? Pertama; Jumhur atau majoriti ulamak berpandangan; ia sama seperti najis-najis yang lain, iaitu mencukupi dibasuh seperti biasa hingga hilang kesan-kesannya. Tidak perlu diulangi basuhan hingga tujuh kali dan tidak perlu menggunakan tanah. Bagi jumhur ulamak ini, najis berat hanya satu sahaja iaitu anjing. Dalil mereka ialah Sabda Nabi s.a.w.; “Apabila anjing menjilat bekas salah seseor

BENARKAH HUKUM ISLAM KERAS DAN KEJAM?

Soalan; Bagaimana kita hendak memberi jawapan kepada orang yang berkata; “Hukuman Islam ke atas penzina, peminum arak, orang yang mencuri dan sebagainya terlalu keras, tidak sesuai dilaksanakan di dalam negara moden hari ini? Jawapan; Persoalan ini dijawab oleh Dr. Ahmad Syauqi al-Fanjari dalam bukunya Kaifa Nahkum Bil-Islam Fi Daulah ‘Asriyyah (Bagaimana kita hendak memerintah dengan Islam dalam negara moden?). Beliau menjelaskan; “Hukuman-hukuman fizikal yang dibawa oleh Islam di anggap oleh dunia moden hari ini sebagai keras. Untuk menjawab tuduhan ini kita menyatakan; Ya, sememangnya ia keras jika dilaksanakan dalam masyarakat seperti Barat/Eropah hari ini. Namun ia tidak keras jika dilaksanakan di dalam masyarakat Islam. Kenapa? Kerana di dalam masyarakat Barat/Eropah, mereka memberi kebenaran kepada segala unsur yang merosakkan dan menyeleweng. Arak, pelacuran, penzinaan dan perkara-perkara yang mendorong seks dibenarkan dengan sokongan undang-undang sendiri. Apabila ada dari me

PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK

Soalan; Apakah panduan yang digariskan oleh Syarak dalam memberi nama anak yang baru dilahirkan? Apakah nama-nama yang paling baik? Dan nama-nama yang mana pula yang dilarang? Jawapan; Sunat memberi nama kepada bayi pada hari ia dilahirkan atau pada hari ketujuh kelahirannya. Ada ulamak berpendapat, jika bapa/penjaga tidak berniat melakukan aqiqah untuk bayinya, sunat ia memberi nama pada hari dilahirkan. Jika ia berniat untuk melakukan aqiqah, sunat ia menunggu hingga hari ketujuh untuk mengisytiharkan nama anaknya iaitu bersama dengan menyembelih aqiqah dan mencukur rambut. Sabda Nabi s.a.w.; كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَةٍ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى “Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.) Jika bayi yang dilahirkan ditakdirkan mati sebelum diberi nama, dis

AQIQAH DENGAN LEMBU

Soalan; Adakah harus saya melakukan aqidah untuk anak saya dengan lembu? Jawapan; Asal binatang untuk aqiqah ialah kambing sebagaimana hadis riwayat Ummu Kurzin yang menceritakan; “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda (berkenaan Aqiqah); عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ، وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاْةٌ “Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sekufu dan bagi anak perempuan seekor kambing”. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini soheh. Al-Jami’ as-Saghier, no. 5623. Diriwayatkan juga oleh Imam at-Tirmizi, namun dari Saidatina ‘Aisyah r.a.. Menurut at-Tirmizi, ia adalah soheh) Begitu juga, hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وسَلَّمَ عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشاً كَبْشاً “Rasulullah melakukan aqiqah bagi Hasan dan Husin dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)”. (Riwayat Imam Abu Daud) Menurut mazhab Syafi’ie, harus aqiqah den

AQIQAH

Soalan; Apakah hari terbaik untuk melakukan aqiqah anak? Apakah cara terbaik menguruskan daging aqiqah? Jawapan; Aqiqah bermaksud binatang yang disembelih untuk bayi yang dilahirkan. Untuk anak lelaki sunat disembelih dua ekor kambing, tetapi jika disembelih seekor sahaja sudah dikira mendapat pahala aqiqah. Adapun anak perempuan disunatkan seekor sahaja. Hukum melakukan aqiqah adalah sunat muakkad bagi yang mampu. Nabi s.a.w. bersabda dalam hadisnya; اَلْغُلاَمُ مُرْتَهِنٌ بِعَقِيْقَتِهِ: فَأَهْرِيْقُوْا عَنْهُ الدَّمُ، وَأَمِيْطُوا عَنْهُ الأَذَى “Anak kecil itu dipertaruhkan dengan aqiqahnya [1] , maka tumpahkanlah darah untuknya (yakni lalukanlah aqiqah untuknya) dan singkirkanlah kotoran darinya”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dari Salman bin ‘Amir r.a.) Harus melakukan aqiqah sebaik sahaja bayi sempurna dilahirkan. Namun masa terbaik ialah dilakukan pada hari ketujuh kelahirannya bersama dengan memberi nama dan mencukur kepala yang juga disunatkan pada hari tersebut. [2] Jika tidak

PUASA PADA BULAN DZUL-HIJJAH?

Soalan; apakah kelebihan berpuasa dalam bulan Zulhijjah? Apa pula kelebihan puasa hari Arafah? Jawapan; Dari Hafsah r.a. menceritakan; أربع لم يكن يدعهن رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم صيام عاشوراء والعشر وثلاثة أيام من كل شهر والركعتين قبل الغداة “Empat amalan yang tidak ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu; puasa ‘Asyura, puasa al-‘ashyr (yakni hari-hari sepuluh awal Dzulhijjah), puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, at-Thabrani dan an-Nasai) Maksud al-‘Ashyr dalam hadis di atas ialah hari pertama Dzulhijjah hingga hari ke sembilannya. Disunatkan puasa pada hari-hari tersebut terutamaya pada hari ke sembilan iaitu hari Arafah. Malah terdapat hadis lain yang menegaskan bahawa sepuluh hari awal Dzulhijjah adalah hari-hari paling baik untuk beramal dengan apa sahaja amal kebaikan, tidak tertumpu kepada puasa sahaja, iaitu sabda Rasulullah s.a.w.; ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى اللَّه من هذه الأيام:يعني أيا

CARA MELAKUKAN ISTIKHARAH

Soalan; bagaimana cara yang betul untuk saya melakukan solat Istikharah? Apakah bentuk pertunjuk atau tanda yang akan saya perolehi selepas melakukan Istikharah? Jawapan; Bismillahirrahmanirrahim, 1. Solat Istikharah bermaksud solat untuk memohon kepada Allah agar ditunjukkan keputusan yang terbaik dalam urusan kita yang menimbulkan keraguan dan kesangsian. Solat ini disunatkan –sekalipun bagi urusan-urusan kecil atau remeh- berdasarkan hadis Jabir bin ‘Abdullah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam segala urusan kami seperti beliau mengajar surah al-Quran. Baginda bersabda; ‘Apabila seseorang kamu hendak mengerjakan sesuatu, hendaklah ia bersolat dua rakaat yang bukan solat fardhu. Setelah selesai solat, hendaklah ia membaca doa; اللَّهُمَّ إنِّي أسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ، وأسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأسألُكَ مِنْ فَضْلِكَ العَظِيمِ، فإنَّكَ تَقْدِرُ ولا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلا أعْلَمُ، وأنْتَ عَلاَّمُ الغُيُوبِ، اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ

IKTIKAF YANG BETUL

Soalan: Boleh ustaz jelaskan yg manakah cara iktikaf yg betul seperti dibawah ini: i) tidur & niat iktikaf dimasjid/surau dan bangun malam hari untuk solat dan ibadat lain. ii) atau tidur di rumah dan bangun pukul 3.00- 4.00 pagi dan pergi ke masjid/surau utk solat dan ibadat lain. Jawapan ; Iktikaf adalah ibadah yang disunatkan dengan sepakat ulamak. Lebih disunatkan lagi pada bulan Ramadhan terutamanya di sepuluh hari terakhir (hukumnya sunat muakkad). Iktikaf harus pada bila-bila masa sama ada siang atau malam, tidak semesti pada malam hari. Yang dikatakan iktikaf itu ialah; tinggal atau duduk di dalam masjid dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sepanjang iktikaf disunatkan beribadah kepada Allah sama ada melakukan solat, membaca al-Quran, berzikir dan menuntut ilmu. Merujuk kepada soalan saudara, kedua-duanya adalah harus. Namun jika dilihat kepada pahala iktikaf, lebih lama masa yang kita peruntukkan untuk iktikaf maka lebih banyak pahala yang kita akan dapat. Ole

SOLAT BERSEORANGAN DI BELAKANG SAF

Soalan; Apabila saya sampai di masjid, orang ramai sedang menunaikan solat. Saya dapati saf sedia ada telahpun penuh. Apa yang sepatutnya saya lakukan? Apa hukumnya jika saya berdiri seorang diri di belakang saf yang penuh itu? Jawapan; Jika saudara dapat mencelah masuk ke dalam saf yang sedia ada itulah yang sebaik-baiknya. Jika tidak dapat mencelah kerana saf telah padat, disunatkan saudara menarik salah seorang yang berada di saf hadapan untuk berada di dalam saf bersama saudara. [1] Namun hendaklah saudara mengucapkan takbiratul-ihram terlebih dahulu (yakni memasuki solat terlebih dahulu), kemudian barulah menariknya. Orang yang ditarik sunat menbantu orang yang menariknya (yakni dengan melangkah ke belakang) untuk memperolehi pahala saling bantu-membatu untuk mengerjakan kebaikan dan ketakwaan. Adapun hukum mengerjakan solat berjamaah dengan berdiri seorang diri di belakang saf, menurut mazhab Syafi’ie ia adalah makruh iaitu boleh menghilangkan pahala jamaah, tetapi tidaklah sam