Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2007

SEJAUHMANA KELUAR NAJIS MEMBATALKAN WUDHUK?

Soalan: Assalamualaikum... Saya ada dua kemusykilan dan saya berharap ustaz dapat membantu saya dalam memperjelaskan permasalahan ini.... Soalan saya apakah pandangan ulama' mazhab dan kesannya terhadap wudu': 1. Sesuatu yang keluar daripada kemaluan. 2. Sesuatu yang keluar bukan melalui dua kemaluan? Syukron.... Jawapan; Bismillahirrahmanirrahim, wa bihi nasta’in. Soalan pertama; Sepakat para ulamak menegaskan –tanpa ada khilaf di kalangan mereka- bahawa batal wudhuk jika yang keluar dari kemaluan itu ialah air kencing, tahi, kentut, air mazi dan air wadi. [1] Adapun air mani, terdapat khilaf di kalangan ulamak. Mazhab Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat; ia membatalkan wudhuk. Adapun menurut mazhab Syafi’ie, ia tidak membatalkan wudhuk, akan tetapi mewajibkan mandi. Bagaimana jika yang keluar dari dua jalan itu adalah batu, darah, ulat dan sebagainya dari perkara yang jarang berlaku? Menurut mazhab Imam Syafi’ie; semua yang keluar melalui kemaluan akan

TAKRIFAN SEBENAR NEGARA ISLAM (siri 2)

Soalan; Apa kedudukan pelaksanaan syariat dalam takrif negara Islam mengikut pandangan ulama'? (* Untuk memahami dengan sempurna pemasalahan ini, pembaca dinasihatkan membaca terlebih dahulu siri pertama kerana siri kedua ini adalah rentetan daripada perbahasan siri pertama) Jawapan ; Bismillahirrahmanirrahim Jika dilihat kepada dalil-dalil Syara’ (al-Quran dan as-Sunnah), melaksanakan Syari’at Allah adalah wajib ke atas kaum muslimin dalam segenap ruang kehidupan mereka merangkumi urusan peribadi, keluarga, masyarakat dan juga negara. Nas-nas tersebut antaranya telah kita nyatakan dalam tajuk-tajuk yang lalu dan sebagai tambahannya ialah; وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mu'min dan tidak (pula) bagi perempuan yang mu'min, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ket

HUKUM TAKLID

Soalan ; Asalammulikum ustaz Apa itu taklid ?Adakah kita boleh bertaklid sepanjang hidup kita? Apa dalilnya? Sekian, terima kasih Jawapan ; Bismillahirrahmanirrahim Taklid dari segi bahasa bermakna mengikuti orang lain. Ada di kalangan Ulamak membezakan antara Taklid dan Itba’ di mana taklid ialah mengikut orang lain tanpa memerhati dalil dan hujjah, adapun Itba’ ialah mengikuti orang lain berdasarkan dalil dan hujahnya. Sama ada harus atau tidaknya taklid atau itba’ di sisi agama bergantung kepada kemampuan seseorang; [1] 1. Seorang yang mampu berijtihad sendiri dari al-Quran dan as-Sunnah, atasnya haram taklid kerana ia seorang Mujtahid. 2. Seorang yang tidak mampu berijtihad, maka ia wajib mengikuti atau mengambil panduan dari ulamak yang mujtahid. Kewajipan ini berpandukan firman Allah; “…dan bertanyalah kamu kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui”. (an-Nahl: 43) فإنما شِفَاء العِيّ السُّؤالُ “Sesungguhnya ubat bagi orang yang jahil ialah bertanya”

TAKRIFAN SEBENAR NEGARA ISLAM (Siri 1)

Soalan : Apa pandangan ulamak berkenaan takrtifan negara Islam? Jawapan : Persoalan takrif negara Islam ini, banyak takrif kita dapati dari para ulama’ dan fuqaha’ Islam sama ada dulu atau sekarang. Namun begitu, ia –sebagaimana yang dinyatakan oleh Syeikh Muhammad Abu Zuhrah- berlegar antara dua pandangan iaitu; [1] 1) Pandangan pertama; Merujuk kepada hukum-hakam dan undang-undang. Jika hukum-hakam dan undang-undang yang dilaksanakan di dalam negara adalah Islam, maka negara tersebut adalah negara Islam. Jika sebaliknya yang berlaku, maka negara tersebut bukanlah negara Islam walaupun didakwa sebagai Islam. 2) Pandangan kedua; Merujuk kepada keamanan orang-orang Islam dan kekuasaan mereka. Jika orang-orang Islam berkuasa dalam negara dan mereka hidup dengan aman dalam negara tersebut, maka negara itu adalah negara Islam. Jika tidak maka ia adalah negara Harb. Di antara takrif Negara Islam yang dapat kita petik dari ulama’-ulama’ terdahulu dan sekarang ialah; [2] 1) “Golongan teramai