Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

JIMAK SEBELUM MANDI & BERHIMPUN JANABAH DAN HAID (ADAKAH WAJIB DUA KALI MANDI?)

Soalan ; Salam ustaz, saya sering kali was2..mengenai mandi wajib dan mandi junub…jika seseorang itu berjimak dlm hadas besar (period dah habis tapi tak mandi wajib)…perlukah dia mandi 2 kali, mean mandi wajib dan kemudian mandi junub. Jawapan ; Ada dua masalah dalam soalan di atas; a) Jimak sebelum mandi wajib. b) Berhimpun dua sebab yang mewajibkan mandi; adakah perlu mandi dua kali atau cukup sekali sahaja? 1. Masalah pertama (Jimak sebelum mandi) Menurut jumhur ulamak (merangkumi mazhab Syafiie, Maliki dan Hanbali); Tidak harus suami mensetubuhi isterinya yang telah kering haid melainkan setelah ia mandi terlebih dahulu. Firman Allah (bermaksud); “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum ) haid. Katakanlah: ‘Darah haid itu satu benda yang (menjijikan dan) mendatangkan mudarat’, Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh

TERLELAP ATAU TERTIDUR TENGAH SOLAT

Soalan ; Assalamualaikum, Ustaz, apakah hukumnya sekiranya kita terlelap/tertidur sekejap ketika solat, terutamanya solat subuh. adakah solat akan terbatal. Jawapan ; Biasanya kita hanya mengantuk sahaja di tengah solat (yakni terlelap, bukan tertidur). Mengantuk tidaklah membatalkan solat (sebagaimana tidak membatalkan wudhuk) tanpa ada khilaf di kalangan ulamak sama ada mengantuk/terlelap itu berlaku ketika kita sedang berdiri, rukuk, sujud atau duduk. Adapun jika kita benar-benar tertidur ketika sedang solat, maka hukumnya menurut mazhab Syafiie adalah seperti berikut; 1. Jika tidur itu berlaku semasa sedang duduk iaitu punggung kita berada tetap di atas lantai, tidaklah batal solat. 2. Jika tidur itu berlaku semasa sedang berdiri atau sedang rukuk atau sujud, batallah solat mengikut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafiie. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi dalam kitabnya “al-Majmuk”; “Jika seseorang tidur di dalam solatnya pada ketika sedang duduk iaitu pung

HUKUM IKAN YU

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, saya ingin bertanyakan apakah hukum jika kite makan sup sirip ikan yu ( shark fin soup ), saya baru saja menceritakan pada kawan saya yg pada thun ini saya sudah beberapa kali mkn mknn ini, dan kawan saya mengatakan bahwa memakan ikan yu itu hukum nye haram, ini kerana jika ikan yg bernafas dengan paru2 kte tidak blh mkn, hanya ikan yg bernafas menggunakan insang sahaja yg blh di mkn. Saya harap ustaz dapat meleraikan kekeliruan yg saya alami. Terima kasih. Jawapan; Semua jenis binatang air (iaitu binatang yang tidak hidup melainkan di dalam air atau di dalam laut seperti ikan, sotong, ketam dan sebagainya), hukumnya halal dimakan selagi tidak beracun atau mendatang mudarat. Ini berdalilkan hadis yang menceritakan jawapan Nabi apabila ditanya tentang laut, baginda menjawab; "Laut; airnya bersih boleh dibuat bersuci dan bangkainya adalah halal" (HR Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-). Maksud bangkai dari istilah al-Quran dan

HUKUM LELAKI MEMAKAI SUASA

Soalan ; Assalamualaikum ustaz, Bolehkah ustaz berikan penerangan yang jelas mengenai hukum memakai cincin suasa bagi lelaki? Terima kasih Jawapan ; Mengikut kaedah yang diputuskan ulamak dalam kitab-kitab Fiqh tentang ketulinan emas dan hukumnya, ia berada dalam tiga kategori; 1. Emas bersih; tidak ada khilaf di kalangan ulamak bahawa ia haram dipakai oleh lelaki. 2. Emas campuran; iaitu emas yang dicampur logam lain. Ia terdiri dari dua jenis; A) Kandungan emas dominan; ia mengambil hukum emas walaupun warnanya berubah dari warna asal emas. Contohnya; emas putih, hukumnya adalah haram lelaki memakainya kerana kandungan emasnya banyak sekalipun warnanya putih. (Baca jawapan tentang emas putih dalam blog ini). B) Kandungan emas sedikit; iaitu kurang dari 1/3 (34%).[1] Hukumnya hendaklah dilihat;  - Jika kandungan emas tidak dapat dipisahkan lagi dengan apa cara sekalipun (sama ada meleburkannya atau cara lain), harus ia dipakai oleh lelaki kerana tidak lagi dianggap memakai emas. - Ada

KERJASAMA DENGAN ORANG BUKAN ISLAM DALAM PEMERINTAHAN

Soalan ; assalamualaikum ustaz...sy ingin bertanyer tentang hukum bekerjasama dgn orang kafir dlm pemerintahan dan pentadbiran negara...harap ustz dapat jelaskan serba sedikit...wslm Jawapan ; 1. Berkerjasama dengan orang bukan Islam untuk mencapai perkara yang menjadi maslahah bersama sesama manusia (kesejahteraan hidup duniawi, keadilan, membenteras kezaliman, penyelewengan, rasuah, menjamin kehidupan rakyat yang lebih baik dan sebagainya) tanpa melanggar mana-mana hukum-hakam Syariat, hukumnya adalah harus. Di dalam al-Quran, Allah menjelaskan bahawa Nabi Muhammad diutuskan sebagai rahmat untuk sekelian alam. "Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam" (al-Anbiyak, ayat 107). Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menegaskan tidak dilarang orang Islam untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang bukan Islam yang baik yang tidak memusuhi kaum muslimin sekalipun pada zahirnya sahaja. "Allah tidak menegah kamu da

KELUAR DARAH KETIKA MENGANDUNG

Soalan ; saya mengandung tetapi sejak akhir2 ini saya keluar darah . adakah sah saya menunaikan solat? Jawapan ; Permasalahan di atas berkait dengan masalah; apakah wanita yang mengandung ada kemungkinan didatangi haid atau tidak? Berlaku khilaf di kalangan ulamak; 1. Jumhur (kebanyakan) ulamak berpandangan; perempuan mengandung tidak boleh didatangi haid. Maka jika seorang wanita melihat darah keluar melalui farajnya semasa ia sedang mengandung, darah itu bukan darah haid, tetapi darah istihadhah. Oleh itu, ia hendaklah mengerjakan solat sebagaimana biasa. 2. Namun menurut mazhab Syafi’ie (dan juga Maliki); perempuan mengandungi boleh didatangi haid dengan syarat darah yang datang itu menepati hari-hari kebiasaan haidnya dan terdapat tanda darah haid padanya. Jika datangnya bukan pada hari-hari kebiasaan haid dan tidak nampak tanda-tanda darah haid padanya, maka ia bukan haid, akan tetapi darah istihadhah (atau fasad). Berdasarkan pandangan kedua ini, jika seorang wanita yang sedang m

MENCUIT IMAM

Soalan; Assalamualaikum. Ustaz, di sini saya ada beberapa soalan. 1- Bolehkah ustaz berikan dalil (sama ada dari Al-Quran, sunnah atau pendapat ulama) ttg amalan mencuit orang yang sedang solat setelah duduk dibelakangnya untuk solat, dengan niat supaya dia berniat menjadi imam sebagaimana yang diamalkan dlm masyarakat kita. Adakah boleh dilakukan amalan tersebut, jika boleh adakah amalan mencuit itu dilakukan sebelum atau selepas mengangkat takbir? Sekian. Jawapan; Merujuk kepada hadis-hadis, tidaklah ditemui amalan mencuit itu. Hadis-hadis yang menceritakan para sahabat yang datang bersolat di belakang Nabi ketika baginda solat bersendirian tidaklah pula menceritakan mereka mencuit Nabi -atau melakukan sebarang isyarat yang lain- untuk memberitahu Nabi bahawa mereka turut solat di belakangnya. Di dalam Soheh Imam al-Bukhari, terdapat hadis dari Ibnu ‘Abbas –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; “Aku bermalam di rumah ibu saudaraku (iaitu Maimunah, salah seorang isteri Nabi). Apabila tiba

NAZAR ENGGAN BERKAHWIN SELAGI TIDAK KHATAM QURAN

Soalan ;nsaya ingin bertanyakan soalan kepada ustaz...soalannya: kawan saya dah bernazar bahawa selagi die tidak khatam Al-Quran die tidak akan berkahwin...masalahnya die tidak habis lagi khatam Al-Quran dan ingin berkahwin dalam masa terdekat ini.....apakah hukumnya.....boleh jelaskan... Jawapan ; Nazar kawan saudara itu adalah tergolong dalam nazar al-Mubah iaitu nazar dalam perkara yang harus iaitu tidak berkahwin. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafiie); nazar dalam perkara yang harus tidak dituntut melaksanakannya dan tidak dikenakan sebarang denda/kaffarah. Nazar yang sah -menurut jumhur ulamak- dan dituntut oleh Syarak agar ditunaikan ialah nazar untuk melakukan suatu ketaatan seperti nazar untuk berpuasa sunat, solat sunat dan sebagainya.  Namun mazhab Hanbali berpandangan berbeza dengan pandangan jumhur di mana menurutnya; seorang yang bernazar dalam perkara yang harus, ia hendaklah memilih antara dua iaitu sama ada mengotakan nazarnya atau membayar kaffarah sumpah (de

HAJI DAN UMRAH DENGAN DUIT PINJAMAN

Soalan ; Ustaz, Saya ingin bertanya mengenai hukum mengerjakan haji dan umrah di bawah pakej pinjaman islamik yang ditawarkan. Tetapi dari segi tanggungan sedia ada tidak terganggu cuma ingin menunaikan haji/umrah dengan lebih segera. Jika ingin dikumpulkan wang mungkin mengambil masa. Sekian terima kasih. Jawapan ; 1. Sebenarnya tidak perlulah kita berhutang untuk mengerjakan haji atau umrah. Orang yang terpaksa berhutang untuk mengerjakan haji dan umrah menunjukkan bahawa ia belum mampu. Ibadah haji tidak wajib melainkan apabila seseorang itu telah mampu. Ini berdasarkan firman Allah (bermaksud); "Dan di antara kewajipan manusia terhadap Allah ialah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana" (Ali Imran, ayat 97). Kemampuan termasuklah dari segi kewangan merangkumi kos pengangkutan ke Tanah Suci, perbelanjaan diri sendiri di sepanjang perjalanan haji dan perbelanjaan orang-orang yang wajib dinafkahinya selama tempo

BOLEHKAH NAZAR DIHENTIKAN?

Soalan ; Assalamualaikum Ustaz, Saya ada sedikit pertanyaan mengenai puasa nazar. Hujung bulan Januari lepas, anak saya dimasukkan ke ICU. Bimbang dengan keselamatan anak, saya telah bernazar untuk puasa selama sebulan berturut-turut sekiranya anak saya sihat walafiat selepas keluar dari hospital. Sebelum memulakan puasa nazar, saya telah meminta kebenaran suami dan dia mengizinkan tetapi setelah beberapa hari, suami menyuarakan rasa tidak berpuas hati kerana disebabkan berpuasa ini, permintaan nya utk bersama di waktu siang tidak dapat saya turuti dan berturutan berpuasa. Di waktu malam pula, saya sudah terlalu letih akibat kerja-kerja rumah, menjahit utk menambah pendapatan dan menjaga anak2. Adakah saya berdosa kerana tidak menuruti kehendak suami? Bolehkah puasa nazar itu diberhentikan seketika kerana menurut kehendak suami? Mohon penjelasan ustaz mengenai perkara ini. Terima kasih   Jawapan ; 1. Nazar untuk melakukan ketaatan -sama ada muqayyad atau mutlak- (yakni diikat dengan se

MENCIUM MAHRAM (ANAK SAUDARA PEREMPUAN)

Soalan : Assalamualaikum, Apa hukum suami mencium pipi anak saudara perempuannya semasa bersalaman. Antara mereka berdua beza umur 8 tahun sahaja. Suami berumur 29 dan anak saudaranya 21 tahun.  Jawapan : Secara dasarnya harus seorang lelaki mencium wanita yang menjadi mahramnya (seperti anak perempuamnya, cucu perempuannya, ibunya, anak saudaranya dan sebagainya dari wanita-wanita yang haram dikahwininya untuk selama-lamanya). Terdapat riwayat menceritakan; Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam- mencium anaknya Fatimah (Sunan at-Tirmizi). Saidina Abu Bakar juga pernah menciuam anaknya 'Aisyah (lihat; Mughni al-Muhtaj). Namun keharusan tersebut terikat dengan syarat-syarat berikut; 1. Bebas dari syahwat. Jika ciuman menimbulkan syahwat atau dikhuatiri menimbulkan syahwat, haram menciumnya sekalipun ada ikatan mahram.  2. Bukan pada mulut. Harus mencium dahi, pipi dan sebagainya, tetapi tidak harus mencium mulut sebagaimana ditegaskan oleh Imam Ahmad. Ciuman pada mulut hanya khusus

TUDUNG YANG DIPINKAN KE BELAKANG; MENYAMAI BIARAWATI KRISTIAN?

Soalan ; Salam ust, Saya ada satu kemusykilan berkaitan dakwaan tentang cara pemakaian tudung yang diikat@dipin di belakang leher seperti trend sekarang adalah mengikut cara pemakaian biarawati kristian.Adakah dakwaan itu benar walaupun si pemakai (wanita islam) tidak pernah mempunyai niat sedemikian, hanya pakai tudung dengan meng'pin'kan di bahagian leher bagi menampakkan kekemasan.Harap ust dapat memberikan penjelasan. Jawapan ; Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah; ÙˆَÙ„ْÙŠَضْرِبْÙ†َ بِØ®ُÙ…ُرِÙ‡ِÙ†َّ عَÙ„َÙ‰ جُÙŠُوبِÙ‡ِÙ†َّ “Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31) Mengenai fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jar

ANAK SAUDARA ISTERI; ADAKAH HARUS BERSALAMAN DENGANNYA?

Soalan ; Salam,  seorang lelaki telah berkahwin dgn seorang wanita...apakah hukum bersalaman dengan anak sedara isterinya yang sudah baligh (perempuan) adakah dibolehkan n kenapa? begitulah  sebaliknya bg pihak perempuan pula (isteri).sukran Jawapan ; Anak saudara isteri tidak termasuk dalam senarai mahram muabbad (yakni orang-orang yang haram dikahwini oleh seorang lelaki buat selamanya). Oleh itu, statusnya sama seperti wanita ajnabi yang lain iaitu tidak boleh bersentuhan dengannya (termasuk bersalaman), berdua-duaannya dengannya, melihat auratnya dan menemaninya untuk bermusafir.  Ikatan mahram wujud dengan tiga sebab; 1. Kekeluargaan 2. Perkahwinan 3. Penyusuan Bagi ikatan mahram dengan sebab perkahwinan, hanya empat orang sahaja yang terbabit; 1. Ibu mertua 2. Anak menantu (yakni isteri kepada anak lelaki). 3. Anak tiri 4. Ibu tiri (yakni isteri bapa) Oleh kerana anak saudara isteri tidak tersenarai dalam senarai mahram kerana perkahwinan di atas, ia kekal sebagai wanita ajnabi d

SOLAT TERLEBIH RAKAAT; Perlukah diulangi?

Soalan; ustaz, adakah perlu ulang semula solat yang terlebih rakaat? Jawapan; Jika tertambah rakaat solat secara tidak sengaja (yakni kerana lupa), jika disedari selepas solat tidaklah dituntut mengulangi solat. Cuma jika disedari sebaik sahaja selesai solat (yakni tidak lama masa selepas memberi salam), hendaklah sujud sahwi. Adapun jika disedari setelah masa yang lama selepas habis solat, tidak perlu lagi sujud sahwi. Terdapat hadis dari ‘Alqamah bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat. Lalu baginda ditegur oleh sahabat; “Ya Rasulullah, apakah solat telah ditambah (bilangan rakaatnya)?”. Baginda menjawab; “Tidak”. Lalu sahabat berkata; “Tetapi engkau telah mengerjakan solat sebanyak lima rakaat”. Rasulullah lantas sujud dua rakaat. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; Hadis ini menjadi dalil kepada jumhur ulamak (terdiri dari Imam Malik, Syafiie

BEKAS YANG PERNAH DIGUNAKAN OLEH ORANG BUKAN ISLAM; BAGAIMANA CARA MENYUCINYA?

Soalan; Assalamualaikum, saya telah membeli set pinggan mangkuk dari seorang kawan bukan muslim (bangsa india beragama kristian) sebelum beliau berpindah ke luar negara. beliau telah memberitahu bahawa pinggan mangkuk tersebut belum pernah digunakan. Saya telah mengambil tindakan menyamak pinggan mangkuk tersebut sekadar pengetahuan yang saya ada. Cara saya menyamak adalah dengan mencelup pinggan mangkuk tersebut ke dalam bekas yang mengandungi air bercampur tanah, kemudian dibilas dengan tujuh kali air mutlak. Jawapan; 1. Bekas yang pernah digunakan orang bukan Islam, harus kita menggunakannya jika ia bersih berdalilkan hadis dari ‘Imran bin Hushain r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabatnya pernah mengambil wudhuk dari bekas kulit milik seorang wanita musyrik. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). 2. Namun dimakruhkan menggunakannya jika diketahui bahawa bekas itu pernah digunakan mereka untuk mengisi atau memasak najis seperti mengisi arak, memasak babi atau sebag

CARA MEMASTIKAN SUCI DARI HAID

Soalan ; Assalamulaikum. Bagaimana untuk mempastikan seseorang perempuan itu telah betul-betul suci dari haidnya. Berapa lama masa yang perlu ditunggu dari darah haid yang terakhir. Sekian terima kasih. Jawapan; 1. Sekiranya tempoh kedatangan haid belum genap 15 hari, hendaklah dipastikan darah benar-benar habis, barulah mandi. Cara untuk memastikannya ialah dengan memeriksa faraj, iaitu dengan meletakkan kain atau kapas; jika tiada sebarang kesan warna pada kapas atau yang kelihatan ialah cairan putih, itu petanda bahawa darah telah habis dan bolehlah mandi. Jika masih ada kesan warna termasuklah keruh atau kuning, hendaklah ditunggu hilang kesan itu, barulah boleh mandi. Cara ini adalah berpandukan hadis dari Saidatina ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha- yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau

HUKUM BUTIK YANG MENJUAL PAKAIN MENDEDAH AURAT

Soalan ; A'kum.. Saya yang msih perlukan tunjuk ajar...  kepada yang berkaitan, saya ingin menujukan soalan berkaitan pendapatan iaitu :- 1. Apakah hukum pendapatan prniagaan butik atau upah jahit pakaian perempuan yang adekalanye mendedahkan aurat. 2. Adakah terdapat cara-cara membersihkan pendapatan yang kurang berkat? Jika kalau ade, mohon untuk menyatakannye. Sekian, A'kum. Jawapan; 1. Pekerjaan menjual pakaian dan mengambil upah menjahit pakaian adalah pekerjaan yang harus pada asasnya dan pendapatan yang diperolehi darinya adalah halal. Namun menjual atau menjahit pakaian yang mendedah aurat merupakan suatu dosa kerana membantu orang lain melakukan perkara yang dilarang Allah (iaitu mendedahkan aurat). Di dalam al-Quran, Allah melarang kita membantu perkara dosa di mana Ia berfirman; "Saling bertolonganlah kamu dalam melakukan kebaikan dan takwa dan janganlah kamu saling bertolongan dalam melakukan perkara dosa dan permusuhan" (al-Quran). Jika keseluruhan atau s

MAKSUD DAKWAAN ATAS NAMA AGAMA

Soalan; Boleh tak ustaz beri contoh dakwaan yang dibuat atas nama agama? Saya kurang jelas.. (*Pertanyaan merujuk kepada jawapan; “ LARANGAN HARI SELASA ”) Jawapan; 1. Kayu kokka; dakwaan bahawa ia adalah kayu tongkat Nabi Musa, Kapal Nabi Nuh dan sebagainya yang ada kaitan dengan agama, dakwaan tersebut wajib disandarkan kepada nas-nas agama (al-Quran atau as-Sunnah). Jika tidak, orang yang mendakwanya adalah berdusta. Adapun khasiat atau kelebihannyanya, jika didakwa berdasarkan pengalaman atau bukti saintifik, terserah kepada kita untuk mempercayainya atau tidak bergantung kepada sejauhmana keyakinan kita kepada pengalaman dan kepakaran orang yang mendakwa khasiat dan kelebihan tersebut. Adapun jika khasiat atau kelebihannya didakwa atas dasar agama (seperti ia boleh mengusir jin, menjadi pendinding diri dan sebagainya), wajiblah orang yang mendakwa mendatangkan nas-nas yang soheh dari al-Quran atau as-Sunnah untuk membenarkan dakwaannya. 2. Herba-herba dan makanan tertentu; jika k

MENINGGAL TANPA ADA ANAK DAN IBU-BAPA

Soalan; Assalamualaikum, macamana pembahagian mengikut hukum faraid untuk harta kakak saya. Dia belum berkahwin. Ibu bapa dah meninggal. Ada abang tiri lain bapa ada 2 orang. Ada abang kandung 1 orang, adik perempuan 1 orang dan adik lelaki 2 orang. Jawapan; Oleh kerana si mati tidak mempunyai anak dan bapa yang masih hidup, hartanya akan diwarisi oleh saudara-saudaranya. Di dalam kes di atas, kadar perwarisan adalah seperti berikut; a) Saudara-saudara seibu; mendapat 1/3 dari harta peninggalan kerana lebih dari seorang (*jika si mati mempunyai seorang sahaja saudara seibu, ia hanya mendapat 1/6 sahaja). Bahagian itu dibahagi sama rata antara mereka berdua. b) Saudara-saudara seibu-sebapa; mendapat baki setelah ditolak bahagian saudara-saudara seibu tadi (yakni 2/3). Cara pembahagian ialah; saudara lelaki diberi bahagian sekali ganda dari bahagian saudara perempuan. Contoh; katakanlah si mati meninggalkan wang RM 30 000. Pembahagiannya adalah seperti berikut; a) Saudara-saudara seibu;

WANG ISTERI; ADAKAH HARUS SUAMI MENGAMBILNYA?

Soalan; Akum. Sy ada beberapa soalan. 1. Bolehkah suami menggunakan wang isterinya (dlm jumlah yg banyak) hanya utk membayar hutang2nya dan membantu keluarganya di kg? 2. Apakah hukum isteri menyembunyikan jumlah wang simpanan dari pengetahuan suami krn dikuatiri akan diminta oleh suami? 3. Bolehkah isteri menyimpan wang secara senyap utk tujuan menunaikan haji? Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan Jawapan; 1. Harta isteri adalah milik penuh isteri. Harus ia membelanjakannya mengikut kehendaknya asalkan perbelanjaan itu bukan munkar dan maksiat (jika tidak, harus suami menegahnya atas dasar kewajipan mencegah isteri dan keluarga dari melakukan munkar dan maksiat, bukan atas dasar harta itu miliknya). Begitu juga, tidak harus suami mengambil harta milik isteri melainkan dengan kerelaan dari isteri. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam; “Tidak halal harta seorang muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya” (HR Imam ad-Daruqutni dari Anas bin Malik). Dalam kitab Maratib

NAFKAH ISTERI DAN IBU-BAPA; MANA YANG DIDAHULUKAN?

Soalan; Akum. Sy ada beberapa soalan. 1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal. 2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan. Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan. Jawapan; 1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut; a) Diri sendiri b) Isteri c) Anak d) Bapa e) Ibu f) Cucu g) Datuk h) Saudara i) Ahli-ahli keluarga berikutnya. Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi

BEKERJA DI KEDAI MENJUAL ARAK

Soalan ; Assalamualaikum...Saya ingin bertanya, apakah hukum seorang pekerja 7 Eleven yang menjual arak dan membayar hutang daripada hasil pendapatannya? Adakah hutang yang dibayar halal kepada penerima hutang? Terima kasih... Jawapan ; Bekerja di tempat sebegitu (yakni yang bercampur dengan yang diharam Allah) hukumnya adalah dilarang oleh agama kerana seorang muslim diperintahkan Allah agar menjauhi perkara yang haram dan tidak terlibat dalam membantu atau mempromosinya. Firman Allah (bermaksud); "Saling membantulah kamu dalam melakukan kebaikan dan takwa, dan janganlah kamu saling membantu dalam perkara dosa dan permusuhan" (al-Quran). Namun dari segi gaji/pendapatan, hendaklah dibezakan antara dua keadaan; 1. Pekerjaan yang haram dari asalnya kerana membabitkan pengeluaran produk-produk yang haram atau secara langsung menjadikan perbuatan-perbuatan yang diharamkan Syariat sebagai sumber rezki. Contohnya; pekerjaan membuat arak, memproses makanan-makanan haram dan sebagai

TALAK DENGAN HATI

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, Saya ada satu kemusykilan dan mohon penjelasan tentangnya. Apakah beza antara niat dan lintasan hati ? Permasalahan ini merujuk kepada masalah rakan baik saya yang sering dibisikkan dorongan talak terhadap isterinya yang datang terlintas di hati tidak kira masa dan sukar untuk dikawal. Sedangkan dia tidak mempunyai niat untuk menceraikan isterinya. Sehinggakan baginya segala perkataan yang keluar daripadanya dikira sebagai kinayah cerai. Sebagai contoh, dia memberitahu saya bahawa dia amat takut bila nak ucapkan " bye-bye " kepada isterinya pada setiap kali selepas telefon. Ini adalah kerana dia khuatir akan terlintas perkataan " cerai " dalam hatinya. Saya menasihatinya supaya perbanyakkan membaca Al-Quran dan berzikir. Adakah penyakit batin yang dihidapi rakan saya ini boleh membawa kepada jatuhnya talak ? Harap Ustaz dapat memberi panduan supaya saya dapat membantu rakan saya ini. Sekian, terima kasih. Jawapan; 1. Dalam masalah tal

BAGAIMANA RASULULLAH MEMAKAI CINCIN?

Soalan; ustaz, boleh tolong jelaskan bagaimana cara memakai cincin yang mengikut sunnah? Memakai di tangan kanan atau kiri dan di jari mana? Terima kasih. Jawapan; 1. Memakai cincin harus di tangan kanan dan juga tangan kiri. Menurut Imam an-Nawawi; “Telah ijmak para ulamak bahawa harus memakai cincin di tangan kanan atau tangan kiri. Di sebelah mana kita memakainya tidaklah dimakruhkan” (Syarah Soheh Muslim). Merujuk kepada hadis-hadis, terdapat hadis menceritakan Nabi memakai cincin di tangan kanannya dan ada juga hadis baginda memakainya di tangan kiri. 2. Dalil keharusan memakai cincin di tangan kanan ialah; a) Dari Saidina Ali r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai cincinnya di tangan kanannya”. (Riwayat Imam at-Tirmizi) b) Hammad bin Salamah menceritakan; “Aku telah melihat Abi Rafi’ memakai cincin di tangan kanannya, maka aku bertanya kepadanya tentang hal tersebut. Lalu ia menjawab; ‘Kerana aku telah melihat Abdullah bin Jaafar r.a. (seorang sabahat) memakai cinc

TALAK; PERLUKAH DILAFAZ DI HADAPAN ISTERI?

Soalan; Sy ada 1 soalan, adakah jatuh talak apabila sy melafaskan pada ibu saya di dalam telefon tanpa didengari oleh isteri saya.yg berbunyi "mak, kalau dia tak balik pada hari sekian, aku ceraikan dia...". Tetapi apabila dia telah mengetahui hal ini, dia masih berkeras utk tidak balik. sekian terima kasih. Jawapan; Jatuhnya talak tidak disyaratkan ucapan talak dibuat di hadapan isteri. Yang diambil kira ialah apabila suami melafazkannya sama ada di hadapan isteri atau di belakangnya. Contoh talak yang dilafazkan di belakang isteri ialah seorang berkata kepada kawannya; “Isteriku telahku ceraikan”. Dengan kata-kata itu jatuhlah talak ke atas isterinya. Dalam kes talak secara taklik (yakni cerai yang dikait dengan sesuatu), apabila berlaku perkara yang dikaitkan, jatuhlah talak walaupun isteri tidak mengetahuinya. Wallahu a'lam. Rujukan; 1. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (islamqa.com), no. 103933.