Soalan; Apakah hikmah perkahwinan dalam Islam? Boleh Ustaz jelaskan secara terperinci? Jawapan; Perkahwinan adalah Sunnah Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-. Menurut jumhur ulamak, hukum berkahwin pada asasnya adalah sunat. Ada juga ulamak yang berpandangan; berkahwin adalah wajib kecuali tidak mampu, antara mereka ialah Imam Ibnu Hazm. Hikmah perkahwinan cukup banyak sekali. Di antaranya yang dijelaskan sendiri oleh al-Quran dan as-Sunnah, iaitu; 1. Melahirkan zuriat untuk meramaikan umat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- (bermaksud); “Hendaklah kamu berkahwin. Sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang banyak di hadapan umat-umat yang lain di hari kiamat. Janganlah kamu menjadi seperti Rahib Nasrani (yang enggan berkahwin)”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dari Abu Umamah –radhiyallahu ‘anhu-) 2. Memelihara diri dari zina atau memenuhi keinginan seks secara tidak halal. Sabda Nabi –sallallahu alaihi wasallam-; “Wahai para pemuda! Siapa yang mampu d...
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.