Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2007

DI MANA ROH SELEPAS MATI?

Soalan; Di mana ruh ditempatkan selepas mati? Apakah ia mempunyai hubungan dengan jasad yang ditanam di bumi? Jawapan; Terdapat banyak pandangan ulamak dalam masalah ini, antaranya; Pendapat pertama: Ruh orang-orang beriman sama ada para Nabi atau syuhadak ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir ditempatkan di dalam neraka. Ini adalah pendapat Abu Hurairah, Ibnu Umar, Imam Ahmad, Imam Syafi’ie dan Ibnu Kathir (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 154). Pendapat kedua: Ruh-ruh orang beriman berada di langit yang ke tujuh di tempat bernama ‘Illiyyiin, sedangkan ruh-ruh orang kafir berada di lapisan bumi yang ke tujuh di tempat bernama Sijjin (penjara). Ini adalah pendapat Kaab dan Syeikh Abu Bakar al-Jazairi. Pendapat ketiga: Ruh-ruh orang beriman akan berada di halaman kubur masing-masing di mana kubur-kubur mereka dilapangkan oleh Allah, kecuali ruh orang-orang mati syahid yang ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir, ia dita

MATI MALAM JUMAAT

Soalan; benarkah orang beriman yang mati pada malam jumaat atau hari jumaat akan selamat dari siksa kubur? Jawapan; Terdapat hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. berbunyi: مَاْ مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوْتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلاَّ وَقَاهُ اللهُ تَعَالَى فِتْنَةَ الْقَبْرِ “Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau malamnya melainkan Allah akan selamatkannya dari fitnah kubur”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi dan at-Thabrani dari Abdullah bin Amru r.a.) [1] Maksud fitnah kubur d dalam hadis di atas ialah azab kubur dan soalan malaikat di dalamnya. Sebab keselamatan tersebut menurut yang dijelaskan oleh ulamak ialah kerana kemuliaan hari jumaat. Hadis ini menunjukkan bahawa kemuliaan masa boleh memberi kesan yang besar, sama seperti kelebihan tempat. Wallahu A’lam. Rujukan; 1. Faidhul-Qadier, Imam al-Munawi, hadis no. 8108. 2. Tuhfah al-Ahwazi, Muhammad bin Abdurrahman al-Mubarakfuri, juz. 3, bab Ma Ja-a Fi Man Mata Y

TARJIH & TALFIQ

Soalan ; Assalamualaikum ya ustaz..... Apakah perbezaan talfiq dan tarjih? Adakah kekuatan dalil yang telah dijumpai setelah kajian dibuat dalam sesuatu masalah hukum melalui pandangan-pandangan empat mazhab dipanggil sebagai talfiq juga? Jawapan 1 : Tarjih bermaksud membuat penilaian dan pemilihan terhadap dalil-dalil yang dilihat bertentangan atau terhadap beberapa pandangan yang berlawanan iaitu dengan menselarikan antara dalil-dalil jika dapat dilakukan atau memastikan dalil yang mana paling kuat jika tidak dapat diselarikan. Jika tarjih dibuat terhadap pandangan-pandangan, tujuannya ialah untuk memastikan pandangan mana yang paling kuat dalilnya atau paling menepati segi syarak.Pentarjihan harus dilakukan oleh orang-orang berkelayakan samada mujtahid atau fuqaha’ dan tidak harus sewenang-wenangnya diserahkan kepada orang yang jahil atau medakwa alim kerana boleh membawa kepada merosakkan agama. Proses pentarjihan berjalan sejak dari dulu hingga ke hari ini.Para ulama’ yang menjadi

PERLUKAH AKAD NIKAH KALI KEDUA?

SOALAN; Ustaz saya ada kemusykilan,perlukah perempuan yang hamil anak luar nikah dinikahkan sekali lagi,ini kerana lelaki yang menghamilkan dia telah bertanggungjawab dan menikahinya,tetapi ada yang mengatakan perlu di akad nikah sekali lagi setelah melahirkan anak.Boleh ustaz jelaskan? Jawapan; Wallahu A’lam tentang pandangan tersebut. Sekadar yang saya tahu, dalam masalah mengahwini wanita hamil kerana berzina ada dua pandangan ulamak; a) Pandangan pertama; wanita yang hamil kerana berzina tidak harus dinikahi sehinggalah ia melahirkan anaknya. Pandangan ini merupakan pendapat Imam Rabi’ah, as-Tsauri, al-Auza’ie dan Ishaq dan ia merupakan pegangan mazhab Imam Malik dan mazhab Imam Ahmad. Ini kerana menurut mereka, wanita yang melakukan persetubuhan zina wajib ke atasnya beriddah selama tiga kali haid atau tiga bulan (mengikut pendapat Imam Malik) atau dengan melahirkan anak jika ia hamil. Jika wanita yang berzina itu mempunyai suami, haram ke atas suaminya mensetubuhinya hinggalah t

KEDUDUKAN JARI KAKI KETIKA SUJUD

Soalan : Bagaimana pula dengan jemari kaki ketika sujud? Perlukah di'lipat' atau tidak? Jawapan ; Di dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan; sabda Nabi s.a.w.; “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.) Berdasarkan hadis di atas, ketika sujud wajib ke semua tujuh anggota di atas diletakkan di atas lantai. Bagi dahi, memadai meletakkan sebahagian dahi sahaja di atas lantai. Bagi tangan yang dikira ialah tapak tangan dan bagi kaki pula ialah perut-perut anak jari kaki. Memadai dengan meletakkan sebahagian sahaja dari perut-perut anak jari kaki itu. Jika seseorang itu sujud di atas belakang tangan atau belakang anak-anak jari kakinya (yakni bahagian kuku), tidak sah sujudnya. Kesimpulannya, ketika sujud sekurang-kurangnya sebahagian jari

ANGKAT TAKBIR DENGAN JARI TIDAK LURUS

Soalan ; Bolehkan seseorang mengangkat takbir dgn jejari tidak lurus (sekadar mengangkatkan kedua tapak tgn dgn jemari yg hampir terlikup)? Jawapan ; Dari Salim yang meriwayatkan dari Bapanya r.a. menceritakan; “Aku melihat Rasulullah s.a.w. apabila memulakan solat, baginda mengangkat dua tangannya hingga setentang dengan dua bahunya, begitu juga sebelum baginda ruku’ dan apabila baginda bangkit dari Ruku’. Namun baginda tidak mengangkat kedua tangannya antara dua sujud”. (Riwayat Imam Muslim) Dari Malik bin al-Huwairith r.a. menceritakan; “Bahawa Rasulullah s.a.w. apabila baginda bertakbir, baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Dan apabila baginda ruku’, baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Apabila mengangkat kepalanya dari ruku’, baginda membaca; “سمع الله لمن حمده” dengan melakukan seumpama tadi”. (Riwayat Imam Muslim) Dengan menggabungkan dua hadis di atas, dapat kita simpulkan bahawa; semasa