Soalan; Boleh atau tidak ibu bapa membuat ibadah qurban untuk anak yang belum baligh. Ada terbaca syarat untuk korban hendaklah mencapai akil baligh dan berakal. Jawapan; Menurut mazhab Syafiie; wali (penjaga) [1] dibolehkan untuk melakukan korban bagi anak jagaannya yang masih kecil (belum baligh), dengan syarat binatang korban datang dari hartanya (yakni dibeli dengan wangnya, bukan wang si anak). Dia seolah menghadiahkan binatang itu kepada si anak, kemudian melakukan korban bagi pihaknya, maka untuknya pahala hadiah dan untuk si anak pula pahala korban. Adapun melakukan korban dengan mengambil dari harta si anak, tidak dibolehkan. Secara umum, hukum melakukan ibadah korban untuk orang lain –menurut mazhab Syafiie- adalah seperti berikut; 1. Melakukan korban untuk orang yang telah meninggal; terdapat khilaf di kalangan ulamak dalam mazhab Syafiie sendiri. Sebahagian ulamak berpendapat; dibolehkan kerana ia sebahagian dari sedekah dan telah ijmak para ulamak bahawa ...
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.