Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

NAFKAH ANAK

Soalan : Assalamualaikum Ustaz, Saya sudah bercerai dengan isteri kira-kira 3 tahun lalu, kami mempunyai seorang anak perempuan berumur 8 tahun. Bekas isteri telah berkahwin dan saya masih menduda. Sepanjang penceraian saya, setiap bulan saya ada mengirim wang nafkah yang dipersetujui bersama. Tetapi, saya ada mendengar nasihat dari rakan, bahawa saya tidak perlu untuk memberi nafkah lagi, kerana bekas isteri dan anak telah ditanggung oleh suaminya. Boleh ustaz terangkan dengan lebih terperinci samada saya wajib memberi nafkah keatasnya atau tidak? Jawapan : Pemberian nafkah wajib kerana tiga factor; 1. Ikatan perkahwinan 2. Pertalian keluarga 3. Pemilikan (yakni hamba yang dimiliki) Walaupun saudara telah terputus ikatan perkahwinan dengan isteri saudara kerana penceraian, namun pertalian keluarga antara saudara dengan anak-anak saudara tidak pernah putus. Kerana itu, saudara wajib memberi nafkah kepada mereka selagi mereka memerlukan dan mereka tidak mempunyai harta atau pendapatan

ILMU LADUNI

Soalan : Assalamualaikum ustaz,Harap ustaz sihat di samping keluarga tercinta. Saya ingin mengemukakan satu soalan berkaitan ilmu laduni. Arwah datuk saya pernah memberitahu saya bahawa dia seorang pengamal ilmu laduni. Dia juga ada memberitahu yang dia selalu berhubung dengan wali-wali Allah. Dengan izin Allah dia dapat mengubati ramai pesakit-pesakit yang datang kepadanya.Bolehkah ustaz tolong huraikan apakah ilmu laduni tersebut dan adakah kita dibolehkan menuntut ilmu tersebut atau hanya dianugerah kepada orang yang mempunyai tingkat amalan tertentu sahaja? Terima kasih. Jawapan : Ilmu Ladunni adalah pancaran nur Allah kepada hati seseorang. Ia adalah ilmu yang dianugerah Allah kepada hambanya yang bertakwa dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. Oleh kerana ia adalah pemberian Allah, maka tidaklah perlu dipelajari, sebaliknya ia merupakan hasil dari amalan dan taqarrub kita kepada Allah. Firman Allah; وَاتَّقُواْ اللّهَ وَيُعَلِّمُكُمُ الل

MELEWATKAN SOLAT ISYAK DAN MASA SOLAT TAHAJJUD

Soalan : Assalamualaikum ustaz, Saya sering tidur awal tanpa solat isyak dan saya bangun awal pagi, dalam sekitar pukul 4.30 pagi untuk solat isyak dan terus bersolat tahajud. Saya pernah diberitahu untuk bersolat tahajud, saya perlu solat isyak dan tidur dahulu kemudian bangun semula barulah saya boleh menunaikan solat tahajud, betulkah begitu ustaz dan adakah cara saya melakukan solat isyak beserta solat tahajud itu tidak betul? Jawapan : 1. Sengaja melewat-lewatkan solat isyak hingga melebihi ½ atau 1/3 malam adalah tidak digalakkan kerana sebaik-baiknya solat dilaksanakan di awal waktu. Lagipun, sebahagian ulamak/mazhab ada yang berpandangan; waktu solat isyak tidaklah berterusan hingga masuk subuh, akan tetapi setakat 1/3 atau ½ malam sahaja. Berdasarkan pandangan ini, sesiapa sengaja melewat-lewatkan solat isyak hingga melepasi sepertiga malam atau separuhnya, ia berdosa kecuali kerana suatu keuzuran. (Sila baca lebih lanjut dalam blog ini; ( http://ilmudanulamak.blogspot.com/20

Solat wanita yang mencukur bulu kening

Soalan; assalamualaikum ustaz...... saya ingin bertanya soal cukur bulu kening. Adakah solat kita sah jika seseorang mencukur @ mencabut bulu kening?sedangkan kita tahu bahawa mencukur @ mencabut bulu kening adalah berdosa disisi Allah S.W.T kerana mengubah ciptaanNya. Jawapan; Jika suatu larangan atau pengharaman berkait secara langsung dengan ibadah iaitu ia menyangkuti rukun ibadah atau syarat-syarat sahnya, maka melakukan larangan tersebut akan menyebabkan batal ibadah. Contohnya, larangan solat di waktu terlarang, larangan solat dalam keadaan berhadas, larangan berpuasa pada hari-hari diharamkan berpuasa, larangan meninggalkan toma'nnah dalam solat dan sebagainya. Jadi, larangan-larangan ini membawa kepada batalnya ibadah jika dilakukan. Namun jika larangan itu di luar dari ibadah, tidaklah ia akan membatalkan ibadah jika dilakukan semasa beribadah, yakni ibadah tetap sah sekalipun larangan itu berdosa. Contohnya ialah mengambil wudhuk dari bekas yang diharamkan (seperti

Menamakan anak dengan nama malaikat

Soalan; assalamualaikum ustaz..saya ada 1 kemusykilan. saya bakal menimang anak september nanti. saya bercadang untuk menamakannya mengikut nama malaikat. apakah hukumnya sekiranya menggunakan nama malaikat sebagai nama anak? diharapkan ustaz dapat membantu saya dalam menyelesaikan kemusykilan ini. terima kasih. Jawapan; Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin”. Untuk penjelasan lanjut tentang "Panduan memberi nama anak ", sila baca dalam satu lagi blog saya ( http://koleksi-alqalam.blogspot.com/2009/06/panduan-memberi-nama-anak.html ). Wallahu a'lam. Rujukan; 1. Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi, jil. 14, Kitab al-Adab (bab an-Nahyi ‘an at-Takanni bi abil-Qasim wa Bayani ma yustahabbu minal-

ISTERI MEMBANTU DUA IBU-BAPA; PERLUKAH IZIN SUAMI?

Soalan; assalamualaikum ustaz, maafkan saya bertanya... apakah hukumnya sekiranya saya memberi duit (nafkah) kepada kedua ibu bapa saya tanpa memberitahu suami. saya berasal dari keluarga susah dan saya merupakan anak sulung. sebelum berkahwin saya banyak membantu keluarga saya. selepas berkahwin suami saya tidak bersetuju saya memberikan duit setiap bulan kepada ibu bapa. katanya kami anak beranak hanya cukup-cukup makan.. suami saya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan saya yang banyak menyara keluarga. seperti membayar sewa rumah, pengasuh anak, bil api air, kereta saya, kadang-kadang terpaksa bayarkan ansurans keretanya, duit suami untuk makan minum dan perkara kecil-kecil sahaja.saya tidak mempersoalkan tetapi saya berasa terkilan kerana dia tidak bersetuju saya mengirim duit kepada ibu bapa saya di kampung.(saya terpikir dia takut sekiranya sewa rumah atau apa2 bil tidak terbayar ).oleh yang demikian, saya membantu ibu bapa saya tanpa memberitahunya.apakah penyelesaiannya usta

UKURAN DUA MARHALAH

Soalan; Assalamu'alaikum, Dalam Kitab Sabilul Muhtadin sifir jarak jauh ini ditulis lagi bahawa satu mil ialah bersamaan 6000 hasta. Kalau dikira 1 hasta bersamaan 1.5 kaki maka jadilah 1 mil itu bersamaan dengan 9000 kaki atau 2.7432 km dan kalau angka ini di kali dengan 48 mil maka ukuran jauh untuk 2 marhalah ialah 131.6736km. Lebih 41km lagi dari 89 km. Adakah unit mil dalam dalam kitab itu bermkasud 'mile' (batu), kalau 'ya' betullah fatwa 89km. Bagaimana kalau mil itu adalah unit khas seperti barid, farsakh, hasta, jari, syaghir dan rambut kuda dalam sifir untuk ukuran panjang atau jarak jauh yang ditulis oleh Al Banjari lebih 200 tahun lalu tanpa mahu mengguna unit ukuran penjajah. Sekian, terima kasih. Jawapan; Ukuran KM adalah ukuran baru zaman ini. Oleh itu, apabila kita ingin memakai ukuran tersebut bagi masalah fekah kita hari ini, maka rujukan muktamad ialah Fuqahak semasa hari ini kerana mereka lebih mengetahui zaman ini termasuk ukuran y

SIAPA PARA SAHABAT?

Soalan : Assalamualaikum ustaz.Siapakah sebenarnya dan yang dimaksudkan para sahabat? Jawapan ; Para sahabat ialah pengikut-pengikut nabi Muhammad s.a.w. semasa hayat baginda. Menurut takrif ahli-ahli Hadis (al-Muhaddithin); “Sahabat(الصحابة) bermaksud orang yang sempat bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w., beriman dengan baginda dan ia terus kekal di dalam iman hingga akhir hayat”. [1] Jumlah tepat para sahabat tidak dapat dipastikan, namun dapat diandaikan bahawa ia melebihi 100 ribu orang. Menurut Abi Zur’ah, bilangan para sahabat ketika kewafatan Nabi s.a.w. ialah 114 ribu orang. Mengikut Imam al-Hakim (w 405H), para sahabat yang meriwayat hadis dari Nabi s.a.w. mencecah 4000 orang. Namun mengikut Imam az-Zahabi (w 748H), hanya 1500 orang sahaja. Sahabat yang terakhir meninggal ialah Abu at-Tufail ‘Amir bin Wailah al-Laisi al-Kinani (أبو الطفيل عامر بن وائلة الليثي) yang meninggal di Mekah pada tahun 110 hijrah. [2] Kurun para sahabat adalah kurun yang paling baik seba

MATI SEMASA IHRAM

Soalan : Adakah orang yang mati semasa ihram perlu disempurnakan hajinya? Jawapan : Ibnu 'Abbas –radhiyallahu 'anhu- menceritakan; "Seorang lelaki sedang wukuf di 'Arafah. Tiba-tiba ia terjatuh dari kudanya, lalu patah lehernya dan mati. Maka Nabi –sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda; اغْسِلُوهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ، وَكَفِّنُوهُ فِي ثَوْبَيْنِ، وَلاَ تُحَنِّطُوهُ، وَلاَ تُخَمِّرُوا وَجْهَهُ وَلاَ رَأْسَهُ، فَإِنَّهُ يُبْعَثُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مُلَبِّياً "Mandikanlah ia dengan air dan sidr, kafankanlah ia dengan dua kain ihramnya, janganlah disapu/dipakaikan wangian kepadanya dan janganlah menutup wajah dan juga kepalanya. Sesungguhnya ia akan dibangkitkan di hari akhirat dalam keadaan bertalbiah". Dari hadis ini diambil kesimpulan; 1. Hadis ini menunjukkan ihram tidak terputus dengan berlakunya kematian. Maka kesan ihram berkekalan sekalipun selepas mati. Kerana itu, mayatnya tidak dikenakan wangian dan kepalanya tidak ditutup. Inilah yang m

APA ITU TAYAMMUM? BILA DIHARUSKAN TAYAMMUM?

Soalan : Apa itu tayammum? Bila diharuskan tayammum? Jawapan;     Tayammum bermaksud menggunakan tanah yang baik dan bersih untuk menyapu muka dan dua tangan (hingga ke siku) ketika ketiadaan air atau tidak berupaya menggunakan air. Pensyari'atan tayammum sabit dengan dalil al-Quran iaitu firman Allah dalam surah al-Maidah; فلم تجدوا ماء Begitu juga Rasulullah s.a.w. bersabda; جعلت لي الأرض مسجدا "Dijadikan untukku muka bumi (tanah) sebagai masjid dan penyuci (yakni bahan untuk bersuci). Maka sesiapa dari ummatku bertemu dengan solat, maka hendaklah ia menunaikan solat (di mana saja dia berada di atas muka bumi ini)".     Tayammum adalah ganti bagi wudhuk dan juga mandi wajib iaitu ia mengambil tempat keduanya. Oleh itu, orang yang bertayammum sama seperti orang yang mandi atau berwudhuk.     Diharuskan bertayammum bagi kes-kes berikut; 1. Ketika ketiadaan air sama tidak ada langsung atau ada sedikit dan tidak cukup untuk mengambil wudhuk. 2. Tidak mampu menggunakan

APA ERTI MAKANAN YANG BAIK?

Soalan : Apa erti makanan yang baik? Jawapan : Apakah yang dimaksudkan dengan makanan yang baik atau At-Tayyibat yang dimaksudkan oleh ayat-ayat al-Quran di atas?. At-Tayyibat ialah rezki yang halal. Setiap yang dihalalkan Allah adalah rezki yang baik dan setiap yang diharamkan Allah adalah rezki yang buruk (keji atau kotor). [1] Menurut Imam Ar-Raghib Al-Asfahani; makanan yang baik (الطعام الطيب) di sisi Syara’ ialah yang mempunyai ciri-ciri berikut; 1. Diharuskan oleh Syara’ 2. Dimakan dengan kadar yang harus 3. Diperolehi dari sumber yang harus”. [2] Adapun menurut Imam Ibnu Katsir; “Makanan yang baik ialah yang dipandang baik oleh jiwa manusia dan tidak mendatangkan mudarat kepada badan dan aqal fikiran mereka”. [3] Dalam tafsir ‘Abrul Athir’, pengarangnya menjelaskan; “Allah menyuruh manusia memakan makanan yang halal dan enak rasanya, iaitu yang tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan tubuh badan dan tidak pula merosakkan kesucian roh

WANITA BERSUAMI TELAH BERZINA; APAKAH PERKAHWINANNYA DENGAN SUAMINYA TERFASAKH?

Soalan : Wanita bersuami telah berzina; apakah perkahwinannya dengan suaminya terfasakh? Jawapan: Telah sepakat para ulamak menyatakan bahawa jika seorang isteri atau suami berzina, akad perkahwinannya dengan suami atau isterinya tidak terfasakh sama ada sebelum melakukan persetubuhan atau selepasnya. Namun Imam Ahmad menyukai agar lelaki yang mengetahui isterinya berzina menceraikannya untuk mengelak dari dinasabkan kepadanya anak yang bukan dari benihnya. Imam Ahmad juga menegaskan; jika ia tidak menceraikan isterinya itu, tidak harus ia mensetubuhinya melainkan setelah memastikan rahim isterinya kosong dari janin hasil penzinaan iaitu dengan menunggu iddah selama tiga kali haid. Tujuannya adalah sebagaimana tadi iaitu untuk mengelak dari dinasabkan kepadanya anak yang bukan dari benihnya. Rujukan; al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, jil. 7, hlm. 150. al-Muhalla bil-Atsar, jil. 9, hlm. 67.