Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

MAKSUD MUBAHALAH & PERLUKAH MUBAHALAH?

Soalan ; Assalamu alaikum, ustaz. Boleh ustaz terangkan tentang Mubahalah. Pada pandangan ustaz, perlukah DS Anwar melakukannya? Terima kasih atas penjelasan ustaz. Jawapan ; Huraian tentang maksud Mubahalah telah saya buat dalam jawapan sebelum ini. Sila baca " MUBAHALAH " dalam blog ini.  Mengenai perlu atau tidak DS Anwar melakukan Mubahalah, maka sebagaimana yang dijelaskan dalam jawapan tersebut; Mubahalah datang setelah kedua pihak berhujjah dan masalah yang timbul ialah persoalan besar yang membabitkan agama dan ummah. Jika setelah berhujjah masing-masing bertegas dengan pendirian masing-masing, pihak yang yakin dirinya benar boleh mencabar pihak satu lagi untuk bermubahalah, namun pihak yang diajak bermubahalah tidaklah wajib menyahutnya kerana hukum Mubahalah harus sahaja, tidak wajib. Dalam kes DS Anwar, tidak ada pertikaian dan perdebatan antara kedua belah pihak, akan tetapi tuduhan yang dilemparkan oleh satu pihak kepada pihak lain dan tuduhan itu bukan bersifat

KAWASAN MASJID YANG DILARANG UNTUK WANITA HAID

Soalan ; Assalamualaikum ust. Minta penjelasan. Apa hukum wanita haid duduk di serambi atau anjung masjid atau di tingkat bawah masjid yang digunakan untuk meletak dan menyimpan barang2 keperluan masjid, bukannya di tempat yang dikhaskan untuk solat? Adakah tempat2 tersebut dikira hukum masjid juga? Jawapan ; Kawasan yang dilarang untuk diduduki oleh wanita yang sedang haid ialah kawasan disediakan sebagai ruang solat atau diwakafkan sebagai tempat solat (oleh pemberi wakafnya). Adapun tempat-tempat yang bukan disediakan sebagai ruang solat (tetapi disediakan untuk tujuan lain seperti dewan orang ramai, bilik seminar, stor dan sebagainya), tidaklah dilarang wanita haid untuk duduk di situ walaupun kedudukannya bersebelahan dengan ruang solat.  Kalimah al-Masjid dari segi bahasa bermaksud tempat sujud. Sujud di sini adalah perkataan simbolik kepada solat kerana sujud adalah salah satu rukun utama di dalam solat. Mengikut istilah (yang sedia difahami di sisi ulamak); Masjid bermaksud tem

BILA DIHARUSKAN MEMPERKATAKAN KEBURUKAN ORANG LAIN?

Soalan ; Salam ustaz, Saya khilaf tentang satu perkara. Dewasa ini banyak fitnah kerana perbezaan fahaman politik. Ada kawan saya mengatakan ketua A itu peminum arak dan kafir. Bila saya katakan  tidak mahu mendengar kerana takutkan itu fitnah, beliau mengatakan kepada saya, menurut ustaz beliau politik adalah hak bersama. Semua orang perlu tahu tak kisah lah sama ada ianya betul atau tidak. Tapi bukan kah menyebarkan berita yang buruk tentang seseorang apatah lagi diragui kesahihannya adalah mendatangkan fitnah ? Harap ustaz dapat berikan saya penerangan. Jawapan ;  1. Hukum asal memperkatakan keburukan orang lain adalah haram. Jika keburukan itu benar-benar dilakukannya lalu kita memperkatakannya -tanpa suatu desakan yang diiktiraf oleh Syariat- kita dianggap mengumpat (ghibah). Jika keburukan itu tidak dilakukannya (yakni kita yang mengada-adakannya), kita telah melakukan dosa fitnah dan juga ghibah (umpatan). Sama ada mengumpat (ghibah) atau fitnah, kedua-duanya adalah dosa besar,

SUAMI DAN ISTERI TIDAK SAMA MAZHAB & IMAM TIDAK MEMBACA QUNUT

Soalan : salam..saya dan suami baru mendirikan rumah tangga..suami saya sebelum ini belajar di indonesia..dia belajar agama ikut mazhab maliki mankala saya di malaysia mengikut mazhab syafie... sekarang ini saya dan suami menetap di Malaysia. terdapat 3 soalan di sini; 1. soalan pertama; antara saya dan suami..mazhab mana yang perlu diikuti?adakah saya perlu mengikut suami sedangkan kami berada di Malaysia yang mengikut Mazhab Syafie.. 2. soalan kedua; suami saya selalu menyentuh saya selepas beliau megambil wuduk..padanya tidak batal kerana beliau mengikut mazhab maliki..tetapi saya selalu melarang beliau menyentuh saya apabila saya berada dalam wuduk..saya keliru..yang mana perlu saya ikut.. 3. soalan ketiga; setiap kali solat subuh suami saya tidak membaca qunut..tetapi saya setiap kali subuh mesti baca qunut kerana ianya sunat yang dituntut..kalau kami solat berjemaah perlukah saya  melakukan sujud sahwi kerana suami saya tidak membaca qunut Jawapan ; 1. Mazhab-mazhab empat (Hanafi

DOA DALAM SOLAT; BENARKAH TIDAK HARUS BERDOA URUSAN DUNIA?

Soalan ; slm ust, menurut apa yg sy pelajari, berdoa didalam solat itu hendaklah doa yang bangsa akhirat. adapun doa bangsa dunia adalah batal sembahyang. Jawapan ; Terdapat hadis di dalam Soheh Muslim menceritakan; Setelah Nabi mengajar bacaan tasyahhud, baginda berkata; "Kemudian setelah itu (yakni setelah membaca tasyahhud) hendaklah dia (yakni orang yang mengerjakan solat) memohon dari Allah apa sahaja yang ia kehendaki" (Soheh Muslim, Kitab as-Solah, bab at-Tasyahhud fi as-Solah). Berkata Imam an-Nawawi -mengulas hadis ini-; Antara yang dapat disimpul dari hadis ini ialah keharusan berdoa di dalam solat dengan apa sahaja doa yang dikehendaki dari urusan-urusan akhirat dan urusan dunia selagi ia bukan suatu dosa. Inilah pandangan mazhab kami (Syafiie) dan mazhab Jumhur (majoriti ulamak). Menurut Imam Abu Hanifah; Tidak harus melainkan doa-doa yang ada di dalam al-Quran dan as-Sunnah. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi). Jadi menurut hadis dan ulasan ulamak di atas, tida

BERDOA KETIKA SUJUD & SOLAT BERMAKMUMKAN KANAK-KANAK

Soalan; Assalamualaikum ustaz, saya ada dua soalan; 1. Mengenai doa dalam solat , sujud rakaat keberapakah doa itu di minta, adakah yang awal atau yang akhir dan bolehkah doa itu ditutur dalam bahasa melayu. 2. Soalan saya yang kedua,bolehkah kita niat menjadi imam kepada anak yang belum balih atau niat sembahyang sendiri. Sekian terima kasih assalamualaikum Jawapan; Berdoa ketika sujud 1. Mengenai doa di dalam sujud, terdapat hadis di mana Nabi bersabda; "Saat paling hampir seorang hamba dengan Allah ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa ketika sujud" (HR Imam Muslim, Abu Daud dan an-Nasai dari Abu Hurairah). Oleh kerana Nabi s.a.w. menyebutkan sujud di dalam hadis di atas secara umum (tanpa menghadkan pada mana-mana sujud) maka galakan membaca doa ketika sujud itu merangkumi semua sujud di dalam solat. Ketika sujud itu harus berdoa dengan apa sahaja doa asalkan yang dipohon adalah perkara yang tidak dilarang oleh Syarak. Jika doa itu dalam bahasa Arab, harus ia dil

MEMAKAI SELUAR PENDEK

Soalan ; Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu soalan. Apakah hukum memakai seluar pendek bagi lelaki dihadapan adik beradik atau mahram? Jawapan ; Sekiranya seluar pendek itu menutupi hingga keseluruhan paha, haruslah dipakai. Menurut jumhur (majoriti) ulamak; Aurat yang wajib ditutup oleh lelaki sama ada di hadapan wanita-wanita mahramnya atau bukan mahramnya (kecuali isteri) ialah dari pusat hingga lutut, berdalilkan hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku; “Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan). Namun hendaklah dipastikan selamat dari timbulnya fitnah. Maksud fitnah di sini ialah timbulnya syahwat (keinginan) yang mendorong kepada zina sesama mahram. Jika dikhuatiri perkara tersebut, wajiblah lelaki memakai pakain yang lebih sempurna dari seluar pendek itu. Dalam suasana h

KEDUDUKAN DARA DALAM PERKAHWINAN?

Soalan; assalaamualaikum,.. saya mahu bertanya, pentingkah dara dalam mendirikan rumahtangga? berdosakah perempuan yang melakukan zina dengan paksaan?? Jawapan; 1. Apa sahaja kesalahan yang dilakukan dengan paksaan, orang yang melakukannya kerana dipaksa itu tidak dianggap berdosa di sisi Syariat sebagaimana sabda Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam-; "Sesungguhnya Allah menggugurkan dari umatku (dosa yang mereka lakukan kerana) tersalah, terlupa dan yang dipaksa ke atas mereka" (HR Ibnu Majah dari Ibnu 'Abbas -radhiyallahu 'anhu-). Tetapi hendaklah paksaan itu yang benar-benar paksaan iaitu yang menafikan kehendak diri, iaitu orang yang melakukannya tidak redha dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. 2. Mengenai dara, tidaklah seorang wanita (atau walinya) wajib mendedahkan keadaan dirinya kepada lelaki yang meminangnya apakah ia masih mempunyai dara atau tidak. Dan apabila seorang lelaki mengahwini seorang perempuan, kemudian ia mensyaki isterinya telah tidak me

REZKI HARAM; ADAKAH DARI ALLAH?

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, Saya ada pertanyaan Adakah rezeki yang diperoleh secara haram seperti ragut, rompak, rasuah dan sbg datang dari Allah s.w.t? Jawapan; Rezki, perbuatan, ucapan dan segala tindak-tanduk yang lahir dari manusia semuanya tidak terlepas dari takdir (ketentuan Allah) kerana tidak ada yang berlaku di alam ini melainkan dengan kehendak Allah dan diketahui oleh Allah sejak azali lagi. Namun tidak semua yang dikehendaki Allah atau ditakdirkannya turut diredhaiNya. Apabila seorang melakukan dosa, perbuatan dosanya itu berlaku dengan kehendak Allah, namun Allah tidak meredhainya, cuma Allah membenarkan/mengizinkan sahaja ia berlaku (setelah ia memberi hak ikhtiar (kuasa memilih) kepada mereka untuk menguji mereka setelah diberiNya akal dan petunjuk agama). Sebaliknya pula, apabila seseorang melakukan ketaatan, perbuatan taatnya itu berlaku dengan kehendak Allah dan turut diredhaiNya. Seorang gagal ujian dan seorang lagi lulus ujian. Persoalan rezki pun sama seperti

AURAT WANITA TUA KETIKA SAKIT & EDDAH WANITA YANG PUTUS HAID

Soalan; Assalamualaikum Ustaz. 1. Adakah pengecualian aurat kepada wanita yang sakit dan tua (terlantar atas katil), kawan2 yang bukan mahram selalu ziarah beliau. Atau sama sahaja seperti wanita yang sihat? 2. adakah terdapat pandangan ulama (daripada mana2 mazhab) yang menyatakan iddah bagi wanita putus haid yang kematian suami adalah 3 bulan sahaja? Jawapan; Aurat wanita ketika sakit Bahagian badan yang wajib ditutup (yakni aurat), tidak harus didedahkan kepada orang lain yang haram melihatnya melainkan ketika darurat, antaranya ketika rawatan yang tidak dapat dielakkan dari membuka bahagian yang sakit untuk dirawat oleh doktor. Hukum ini tidak ada beza antara wanita yang telah tua atau masih muda, yang sihat atau yang sakit. Yang harus melihatnya hanyalah doctor atau jururawat yang menjalankan rawatan sahaja. Adapun pelawat, tidaklah harus melihatnya. Oleh kerana si pesakit mungkin tidak berdaya melaksanakan kewajipan menutup aurat tersebut atau ia tidak sedarkan diri, orang yang

HUKUM MELIHAT VIDEO SEKS

Soalan ; Assalamu alaikum ustaz. Apa hukum kita menonton video seks yang dikatakan seorang pemimpin yang hangat diperkatakan sekarang ini. Sekarang sudah ada di internet. Haruskah kita melihatnya dengan niat untuk mengetahui benar atau tidak orang yang dimaksudkan itu? Jawapan ; Sama ada benar atau tidak, haram melihat/menontonnya. Ia tetap dengan hukum asal iaitu seorang tidak harus melihat aurat orang lain (selain suami-isteri) kecuali jika darurat seperti tujuan perawatan, mudim yang menguruskan khitan, hakim yang menghakimi kes, polis yang menjalankan siasatan dan seumpamanya. Adapun orang lain tetap dengan hukum asal iaitu haram melihat aurat orang lain. Firman Allah; "Katakanlah kepada orang-orang beriman; hendaklah mereka menyekat pandangan mata mereka (dari memandang kepada yang haram).." (Surah an-Nur, ayat 30). Orang yang upload video sebegitu ia melakukan dosa menyebarkan kejahatan dan ia turut menanggung dosa orang lain yang melihat video tersebut. Hendaklah kita

MEMBUANG JARI LEBIH

Soalan : Assalammualikum...Anak lelaki saya dilahirkan dengan mempunyai jari lebih di setiap tangan dan kaki. Sekarang dia berumur 14bulan. Doktor menyarankan semua jari lebih itu dibuang, supaya besar nanti dia tak merasa rendah diri atau malu di ejek kawan-kawan. Apa pendapat ustaz tentang masalah saya ini. Jawapan : Melakukan pembedahan untuk memperelokkan tubuh ada dua jenis; 1. Pembedahan yang dilakukan untuk tujuan membaiki kecacatan di badan sama ada kecacatan itu timbul kerana kekurangan suatu anggota atau kerana ada lebihan pada anggota di luar dari kebiasaan. Pembedahan sebegini diharuskan kerana ia bukan bertujuan mengubah ciptaan Allah, akan tetapi mengembalikan ciptaan Allah kepada keadaan normalnya. Namun hendaklah dipastikan pembedahan itu tidak menimbulkan mudarat lebih besar (perlu nasihat doktor). Bagi anggota lebih, jika tidak menimbulkan mudarat atau kesulitan pada diri, eloklah dibiarkan sahaja. Namun jika boleh menimbulkan mudarat atau kesukaran pada diri termasuk

HUKUM MENOLAK PEMBERIAN TANPA SEBAB

Soalan; Assalamualaikum ustaz…Saya ingin bertanya, apakah hukumnya menolak pemberian orang lain tanpa jelas alasannya, contohnya seperti hadiah? Terima kasih. Jawapan; Hadiah atau pemberian jika sekiranya berupa suatu yang halal dan tidak berselindung di sebalik tujuan yang haram seperti rasuah, menggadai prinsip dan sebagainya, sunat kita menerimanya kerana Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- sentiasa menerima hadiah yang diberikan kepadanya termasuk dari orang bukan Islam, di samping terdapat hadis secara khusus Rasulullah menggalakkan kita menerima pemberian orang lain kepada kita. Di bawah ini kita kemukakan sebahagian hadis tentangnya; 1. Dari Anas bin Malik menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Jika aku dihadiahkan kaki (kambing atau sebagainya) nescaya akan aku terimanya dan jika aku dijemput ke jamuan yang menghidangkannya nescaya akan aku penuhi” (Riwayat Imam Ahmad dan at-Tirmizi. Kata at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh). 2. Abu Hurairah r.a. menceritaka

PERHIASAN; BILA WAJIB DIKELUARKAN ZAKAT?

Soalan; Assalammualaikum ustaz, saya ada soalan tentang perhiasan; 1. Adakah wajib kita keluarkan zakat bagi perhiasan emas yang kita pakai? 2. Sekiranya kita wajib keluarkan zakat, adakah untuk sekali sahaja atau setiap tahun untuk barang kemas perhiasan yang sama. terima kasih. Jawapan; 1. Perhiasan yang membabitkan logam berharga ada yang harus dan ada yang diharamkan oleh Syariat. Perhiasan yang haram ialah; a) Perhiasan emas yang dipakai atau dimiliki oleh lelaki untuk dirinya[1] (*Adapun yang dimiliki oleh lelaki bukan untuk dirinya, tetapi untuk dipakai oleh isterinya atau anak perempuannya, hukumnya harus –tidak haram-). b) Perhiasan perak yang dipakai oleh lelaki melebihi kadar yang diharuskan untuk lelaki iaitu sekadar cincin sahaja.[2] c) Bekas-bekas atau perkakas-perkakas yang dibuat dari emas dan perak seperti cawan emas atau perak, pinggan emas atau perak dan sebagainya.[3] d) Patung-patung manusia atau binatang yang dibuat dari emas atau perak.[4] Adapun perhiasan-perhi

BERUBAT DENGAN BOMOH SIAM

Soalan ; Assalamualaikum Ustaz. Apakah salah dan dianggap syirik jika seseorang itu telah berusaha banyak kali dengan cara Islam untuk berubat membuang sihir  tetapi tidak sembuh. Dia ambil keputusan untuk melalui cara Siam untuk membuang sihir tersebut dan mendapatkan bantuan seorang yang bukan Islam yang berubat dengan cara Siam setelah dia mengetahui sihir ke atasnya adalah menggunakan cara Siam TETAPI yakin dan percaya sepenuh hati  perawatan yang beliau akan lalui dan alami adalah Allah yang akan membantu dan mengizinkan.    Jawapan ;   Keyakinan kepada Allah mesti diterjemahkan melalui keyakinan hati, lidah dan juga anggota (yakni amalan, perbuatan dan tindakan). Yakinlah kepada Allah dan berikhtiarlah tanpa mendatangkan kemurkaan Allah dengan bertandang ke tempat yang tidak diredhaiNya.   Rasulullah pernah ditanya tentang hukum berubat dengan arak. Lalu baginda menjawab; “Arak bukan ubat, tetapi penyakit” (HR Imam Muslim dari Wail al-Hadrami). Perhatikan, walaupun di sisi manusi

SOLAT TAUBAT; BOLEHKAH DILAKUKAN SETIAP MALAM?

Soalan; Assalamualaikum Ustaz...saya ada persoalan berkaitan solat taubat...Bolehkah melakukan solat sunat taubat setiap malam walaupun kita telah yakin Allah mengampunkan dosa - dosa kita pada solat sunat taubat yang lepas? saya amat berharap penjelasan dari ustaz....semoga ustaz dapat membantu saya. terima kasih. Jawapan; 1. Telah sepakat para ulamak bahawa solat Taubat adalah solat sunat yang disyariatkan. Ia termasuk dalam solat sunat bersebab, kerana itu harus ditunaikan bila-bila masa -termasuk pada waktu-waktu dilarang solat- apabila sebabnya ada iaitu melakukan dosa -sama ada dosa besar atau kecil-. Dalil bagi solat Taubat ini ialah hadis dari Saidina Abu Bakar -radhiyallahu anhu- yang menceritakan; Aku telah mendengar Rasulullah -sallalahu 'alaihi wasallam-bersabda; "Tidak ada seorang hamba yang melakukan suatu dosa, lalu ia mengambil wudhuk dengan elok, kemudian ia bangun mengerjakan solat dua rakaat dan beristighfar kepada Allah selepasnya melainkan Allah akan meng

KEDUDUKAN UNTUNG YANG DIAMBIL OLEH BROKER/AGEN/ORANG TENGAH

Soalan; Assalamu'alaikum w.b.t. Soalan saya...Contoh: Seorang pemilik tanah ingin menjual tanahnya yg berkeluasan 100ekar dgn harga RM30000/ekar. Dia telah melantik seorang broker/agen utk mencari pembeli bagi tanah tersebut. Kes 1 : Jika broker dpt mencari pembeli bg tanah tersebut maka pemilik tanah akan memberi komisyen spt 1% kpd broker tersebut.Pada saya ini tiada masalah. Kes 2 : Jika broker dpt mencari pembeli bg tanah tersebut, sedangkan pemilik tanah tidak berjanji utk memberi sebarang upah kpd broker, maka jika broker menaikan harga tanah tersebut kpd RM31000/ekar dgn alasan ingin mengambil upah iaitu RM1000/ekar dan hal ini telah dipersetujui oleh pemilik...apakah hukumnya? Perlukah broker/agen memberitahu harga sebenar pemilik (RM30000/ekar) kpd pembeli? Jika diberitahu dikhuatiri broker/agen tidak akan mendapat sebarang upah.... Harap ustaz dpt memberi jawapan yg memuaskan...Terima kasih. Jawapan; 1. Soalan di atas berkait dengan hukum menjadi orang tengah di antara p

PERWARISAN CUCU DARI HARTA NENEK

Soalan ; Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya mengenai pembahagian harta dan hak kepada cucu. Sekiranya nenek masih hidup dan anaknya (lelaki) telah meninggal dunia, adakah cucu-cucunya(anak kepada anak lelakinya yang meninggal dunia) akan mendapat bahagian kepada hak ayah yang telah meninggal dunia setelah nenek meninggal.Sekarang nenek hanya mempunyai seorang anak perempuan sahaja dan suami dan ibubapanya telah lama meninggal dunia dan nenek tidak mempunyai adik beradik yang lain. Jawapan ; Harta seseorang tidak harus dibahagikan kepada waris-warisnya melainkan setelah ia disahkan meninggalkan dunia. Ini kerana dalam perwarisan Islam, ada dua syarat yang mesti dipenuhi sebelum pengagihan harta pusaka dibuat; 1. Telah benar-benar dipastikan kematian orang yang akan diwarisi hartanya. 2. Orang yang bakal mewarisi ia masih hidup pada ketika berlaku kematian tersebut. Jika ia telah meninggal, ia tidak akan mewarisi dari orang yang mati kemudian darinya. Dalam kes di atas, oleh kera

MUSAFIR KE TEMPAT KERJA; HARUSKAH JAMAK DAN QASAR?

Soalan : Assalamualaikum wbt..saya ingin mengutarakan satu persoalan berkaitan dengan solat jamak.Sebagaimana kita maklum bahawa solat jamak merupakan satu kemudahan kepada umat islam dalam melakukan ibadat solat.Permasalahan saya ialah saya melakukan tugas harian saya dengan membawa kenderaan sekitar 200 km satu hari iaitu dari pejabat saya sehingga ke satu tempat dalam satu hala dan berpatah balik ke pejabat saya.Disini saya ingin mengatahui adakah saya dikira sebagai musafir untuk membolehkan saya menjamak solat saya.sekian terima kasih. Jawapan ;   Jika jarak perjalanan di antara kawasan penempatan saudara dengan tempat kerja saudara melebihi dua marhalah (85-90 KM), haruslah saudara melakukan solat jamak dan qasar di tempat kerja dan juga di sepanjang perjalanan menuju ke tempat kerja. Keharusan jamak dan qasar itu hanya bermula apabila saudara telah keluar dari rumah dan melepasi kawasan penempatan saudara (kampung, taman perumahan atau seumpamanya). Tidak harus sebelum itu menur

TEMPOH HARUS JAMAK DAN QASAR SOLAT DI SUATU TEMPAT

Soalan ; Saya ada beberapa soalan : 1)Berapa harikah tempoh dikira mukim ? 2) Jika saya mengambil pandangan tempoh dikira musafir ke suatu tempat yang melebihi 2 marhalah, adalah 5 hari termasuk hari pergi dan balik, dan dalam tempoh itu, saya mengerjakan solat jamak qasar. Adakah saya perlu bergegas keluar dari kawasan tersebut pada hari ke 6 ? (kerana ada pandangan mengatakan jika kita tidak keluar, maka batallah/ tidak sahlah solat2 yang kita lakukan dalam tempoh musafir tersebut kerana telah di kira bermukim. Terima kasih. Jawapan ; 1. Mukim bermaksud menetap di sesuatu tempat. Orang yang dianggap bermukim tidak lagi diharuskan melakukan solat secara qasar dan jamak kerana keduanya itu hanya diharuskan untuk orang yang musafir sahaja. 2. Menurut mazhab Syafiie, apabila seseorang itu berniat untuk menetap di sesuatu tempat melebihi empat (4) hari, maka ia menjadi mukim dan tidak harus ia melakukan jamak dan qasar sebaik ia tiba di tempat tersebut sehinggalah ia keluar darin

JAM TANGAN; PERHIASAN ATAU KEPERLUAN?

Soalan ; Apa ulasan ustaz tentang dakwaan berikut; Haram hukumnya memakai jam jika di anggap sebagai perhiasan kerna perhiasan utk org lelaki hanya cincin sahaja. Oleh itu pemakaian jam perlulah di anggap sebagai keperluan, bukannya hiasan. Manakala setiap keperluan dipakai di sebelah kiri spt contohnya jam dan poket baju. wallahu aklam. Wassalam. Jawapan ; Perhiasan bermaksud sesuatu yang dipakai untuk tujuan berhias. Jika tidak dipakai tidaklah menimbulkan sebarang masalah bagi hidup. Adapun keperluan, ia merupakan suatu yang diperlukan dalam hidup. Jika tidak ada atau tidak dilakukan boleh membawa kerosakan dakam hidup atau menimbukkan kesukaran. Mendakwa perhiasan bagi kelaki hanya cincin sahaja dan perhiasan lain adalah haram dipakai oleh lelaki, dakwaan itu perlu disokong oleh dalil al-Quran dan as-Sunnah. Bagaimana dengan tengkolok yang dipakai, songkok hitam, pingat-pingat, pin-pin, kopiah berwarna warni dan bermacam perhiasan lagi (yang bukan cincin) yang dipakai oleh kaum lel

KADAR NAFKAH SUAMI KEPADA ISTERI

Soalan ; Assalamualaikum..Saya ingin bertanya.Apakah maksud terperinci nafkah suami kepada isterinya? Adakah kerana dia telah membeli barangan keperluan seperti makanan sudah cukup dinamakan nafkah? Adakah salah jika isteri meminta wang kepada suaminya untuk dirinya sendiri sedangkan suaminya tidak pernah memberi wang,asalannya dia telah membeli barangan keperluan semua. Adakah wajib suami memberi keluarga mertua sedikit sumbangan seperti wang ringgit atau sebagainya?Dan apakah hukumnya jikalau keperluan yang dibeli oleh si suami menjadi ungkitannya semula.Disini saya terlalu musykil, harap dapatlah memberi penjelasan.  Sekian terima kasih... Jawapan ; Wajib suami memberi nafkah[1] kepada isteri mengikut kemampuannya dan juga dengan meraikan keperluan isteri. Firman Allah (bermaksud); "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu);

MEMAKAI JAM DI TANGAN KIRI, MAKAN DENGAN TANGAN KIRI & BEZA ANTARA SUNAT DAN SUNNAH

Soalan; Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam. 1. Ada pendapat yang mengatakan pemakaian jam atau gelang pada tangan kiri tak boleh mengikut Islam. 2. Seseorang itu mengunakan tangan kiri untuk mengambil makanan apakah perkara tersebut dikira BERDOSA atau sebaliknya? 3. Apakah perbezaan yang dimaksudkan mengikut sunnah Nabi s.a.w dengan perkara sunat. Mohon Ustaz huraikan maksud soalan di atas. Ini kerana ada setengah orang menyatakan ianya adalah TIDAK BAIK . Sekian terima kasih. Jawapan; Makan dengan tangan kiri 1. Bagi makan dan minum, kita amat dituntut untuk makan dengan tangan kanan. Makan menggunakan kiri adalah dilarang kerana ia menyalahi arahan Nabi dan terdapat ancaman baginda terhadap orang yang melakukannya. Di antara hadisnya ialah; Dari bin Abi Salamah -yang merupakan anak kepada Ummu Salamah iaitu isteri Nabi- menceritakan; “Aku adalah kanak-kanak yang tinggal serumah dengan Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasalla