Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kenduri

KENDURI NIKAH, KENDURI KHATAN, KENDURI KESYUKURAN, KENDURI AKIKAH, KENDURI KESYUKURAN, JAMUAN HARI RAYA; adakah semua disyariatkan?

Soalan; masyarakat Melayu adalah masyarakat kenduri. Banyak sungguh kenduri yang ada dalam masyarakat Melayu (sebagaimana disebut dalam tajuk, dan mungkin ada yang lain lagi). Adakah semua kenduri itu disyariatkan dalam agama Islam? Jawapan; 1. Dari kenduri-kenduri yang disebutkan di atas, yang disuruh agama -secara khusus- ialah kenduri nikah. Nabi SAW bersabda kepada Abdurrahman bin 'Auf RA (yang baru berkahwin); "Buatlah kenduri walaupun seekor kambing" (Soheh al-Bukhari; 2049. Muslim; 3492). Menurut jumhur fuqahak (termasuk mazhab Syafiie); mengadakan kenduri nikah adalah sunat (digalakkan), tidaklah wajib. Sebagian fuqahak (iaitu Imam Malik, Ahmad dan mazhab Zahiri) berpandangan; wajib mengadakannya oleh yang mampu.  Hukum memenuhi jemputannya pula, menurut jumhur fuqahak (ternasuk mazhab Syafiie); wajib memenuhi jemputan kenduri nikah jika tiada sebarang keuzuran, kerana Nabi SAW bersabda; "Sesiapa tidak memenuhi ajakan/jemputan kenduri ...