Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Aqidah

CARA SEBENAR TAWASSUL?

Soalan: apakah cara sebenar bertawassul? JAWAPAN; Tawassul bermaksud mengambil/melalui wasilah (jalan untuk mendekatkan diri) kepada Allah. Makna ini merujuk kepada firman Allah; يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱبۡتَغُوٓاْ إِلَيۡهِ ٱلۡوَسِيلَةَ وَجَٰهِدُواْ فِي سَبِيلِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan yang mendekatkan diri) kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat kejayaan” (surah al-Maidah, ayat 35). Menurut Imam al-Suyuti; wasilah itu ialah ketaatan kepada Allah (Tafsir al-Jalalain). Menurut Imam al-Raghib al-Asbahani; hakikat wasilah ialah jalan yang mendekatkan kita kepada Allah melalui ilmu, ibadah dan menjaga akhlak mulia (al-Mufradaat, hlm. 871). Selain itu, tawassul juga dimaksudkan mencari suatu wasilah (jalan) agar doa segera dimustajabkan Allah. Bertawassul dalam pengertian ini merangkumi; a) Bertawassul dengan nama-nama Allah b) Bertawassul dengan a...

BEBERAPA PERSOALAN TENTANG AQIQAH BAYI

Soalan; as salam ustaz, saya ingin bertanyakan soalan; jika anak saya no 2 sudah berumur 3 tahun perempuan belum buat aqiqah lagi dan anak no 3 saya lelaki berumur 9 bulan juga belum saya buat aqiqah juga, boleh kah saya lakukan aqiqah mereka bersama, manakala yang lelaki boleh kah saya buat kan sebahagian dahulu untuknya. terima kasih ustaz. Jawapan; 1. Aqiqah menjadi tanggungjawab penjaga (yakni orang yang wajib menanggung nafkah bayi; yakni bapa, ibu, datuk dan sebagainya) selama bayi belum mencapai usia baligh. Apabila bayi telah baligh dan belum diaqiqahkan, tidak dituntut lagi ke atas penjaganya untuk melakukan aqiqah. Menurut mazhab Syafiie; digalakkan ke atas individu yang mengetahui dirinya belum diaqiqahkan ketika kecilnya untuk melakukan sendiri aqiqah bagi dirinya. Anas RA menceritakan; "Sesungguhnya Nabi SAW melakukan aqiqah untuk dirinya selepas baginda diutuskan menjadi Nabi" (Musnad al-Bazzar; 7281. al-Mu'jam al-Awsat, at-Tabrani; 994). 2. Aqiq...

HUKUM MENCIUM MUSHAF

Soalan; ustaz, mencium mushaf al-Quran, adakah bid'ah? Jawapan; Biasanya seorang muslim mencium mushaf adalah kerana membesarkannya, maka tujuan tersebut menepati sifat hati orang beriman yang disebut dalam firmanNya; "Sesiapa mengagungkan syiar-syiar (tanda-tanda agama) Allah, maka ia adalah dari ketakwaan hatinya" (surah al-Hajj, ayat 32). Ada riwayat menceritakan; Saidina 'Umar RA pernah mencium mushaf, lalu berkata 'Ini adalah perjanjian Tuhanku'. Perbuatan yang sama turut diriwayatkan dari Saidina 'Usman RA. Diceritakan juga; Ikrimah meletakkan mushaf di mukanya sambil berkata; 'Kitab Tuhanku, Kitab Tuhanku' (at-Tibyan, Imam an-Nawawi). Wallahu a'lam. Rujukan; 1. Fatwa Dar al-Iftak Jordan, mufti; Syeikh Nuh Salman (https://www.aliftaa.jo/), no. fatwa; 2645. 2. at-Tibyan Fi Adabi Hamalatil Quran (Imam an-Nawawi), hlm. 191 (Maktabah al-Muayyad).

ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID?

Apa hukum orang bukan Islam memasuki masjid? Adakah dilarang sepenuhnya? Atau diharuskan dengan syarat-syarat tertentu? Jawapan; Menurut mazhab Syafiie –sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi di dalam kitabnya Raudhatu at-Talibin-; Diharuskan kepada orang-orang kafir untuk memasuki mana-mana masjid selain Masjidil Haram dan masjid-masjid dalam Tanah Haram, dengan syarat mendapat keizinan dari orang-orang Islam. Tidak harus mereka memasuki Tanah Haram dalam apa jua keadaan sekalipun. Adapun masjid-masjid selain Masjidil Haram, harus mereka memasukinya dengan keizinan kaum muslimin. Tidak harus tanpa keizinan kaum muslimin mengikut qaul soheh (dalam mazhab Syafiie) ( Rujukan; Raudhatu at-Talibin (Imam an-Nawawi), 1/301). Larangan orang kafir memasuki Masjidil Haram adalah berdalilkan firman Allah; يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا “Wahai orang-orang yang beriman! Ses...

BENARKAH KENYATAAN "WANITA MEMILIKI 9 NAFSU DAN 1 AKAL"?

Soalan; ustaz, saya hendak tanya pasal orang perempuan ada 9 nafsu dan 1 akal, terbalik dengan lelaki (9 akal, 1 nafsu). Betul ke hal tu? Daripada hadis ke apa sumbernya? Jawapan; Dalam Soheh al-Bukhari, ditemui hadis menyebutkan; "Wanita kurang akal dan agamanya (berbanding lelaki). Kurang akal di mana kesaksian seorang wanita separuh kesaksian lelaki (*yakni dalam kesaksian, 4 saksi wanita menyamai 2 saksi lelaki). Kurang agama di mana wanita ketika haid tidak boleh lagi solat dan berpuasa (*lelaki pula boleh solat dan puasa sepanjang masa)" (Soheh al-Bukhari; 304. Dari Abu Sa'id al-Khudri RA). Menurut Syeikh Dr. Mustafa al-Bugha; maksud hadis itu ialah melihat secara umum (umum kaum wanita berbanding kaum lelaki). Adapun secara khusus (individu), terdapat ramai wanita lebih berakal dari ramai orang lelaki.(1)  Sebahagian ulamak berkata; maksud kurang akal dalam hadis di atas ialah dinisbah kepada hati, yakni; wanita dijadikan Allah dengan memiliki perasaan ha...

PANDANGAN ISLAM TENTANG "HUKUM KARMA"

Soalan; ustaz, a pakah Diterima hukum karma di dalam islam. Mohon penjelasan ustaz. Jawapan; "Hukum Karma" adalah konsep aqidah dari agama Hindu dan Budha. P ada luarannya ia adalah hukum sebab dan akibat (Baik mengakibatkan keelokan, jahat mengakibatkan keburukan). Hukum sebab dan akibat diakui oleh Islam, namun ia tidak berjalan sendiri, sebaliknya ia sebahagian dari sunnatullah. Menurut Islam, tidak ada yang berlaku di alam tanpa tertakluk kepada ketentuan Allah atau takdirNya. Itu dilihat pada luaran hukum karma. Jika dibaca lebih lanjut tentang hukum karma, hakikat hukum karma terlalu jauh menyimpang dari aqidah Islam. Di antara yang ditulis dalam Wikipedia versi Indonesia tentang hukum karma; "Sang Buddha menguraikan tentang Hukum Karma : ' T akdir adalah karma dari kumpulan perbuatan masa lalu. Karma masa lalu menjadi takdir pada kehidupan yang sekarang. Karma saat ini adalah pembentuk kehidupan selanjutnya " ( https://id.wikipedia.o...

HUKUM TUGU DAN PATUNG YANG BUKAN UNTUK DISEMBAH

Soalan; Apa hukum patung atau tugu yang dibuat bukan untuk disembah? Jawapan; Membuat dan menyimpan patung (termasuk tugu) yang berupa makhluk bernyawa dilarang di dalam Islam. Nabi SAW bersabda; لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ، وَلَا تَمَاثِيلُ “Para malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing dan patung-patung” (Soheh Muslim; 2106/87. Dari Abi Talhah al-Ansari RA). Abu Hayyaj al-Asadi menceritakan; Saidina ‘Ali RA berkata kepadaku; ‘Ketahuilah bahawa aku mengutusmu untuk melaksanakan tugas sebagaimana aku dulu diutuskan oleh Nabi SAW untuk melakukannya, iaitu; “Jangan engkau biarkan satu patungpun melainkan hendaklah engkau musnahkan, dan jangan biarkan satu kuburpun yang tinggi dari yang lain (yakni dibuat binaan di atasnya) melainkan hendaklah kamu ratakan” (Soheh Muslim; 969/93). Abu Hurairah RA menceritakan; Rasulullah SAW telah menceritakan; Jibril AS telah datang kepadaku, lalu berkata; ‘Sebenarnya kelmarin ...

BEZA ANTARA ZAT DAN SIFAT ALLAH

Soalan; ustaz ape beza antara zat dan sifat Allah? Jawapan; Bismillah. Zat bermaksud hakikat sesuatu yang membezakannya dari yang lain. Ada ulamak memberi makna zat dengan nafs (diri), zat sesuatu = diri sesuatu. Sifat pula ialah nama/sebutan yang menunjuk kepada keadaan-keadaan zat atau tanda yang bersifat lazim pada zat yang dengannya ia dikenali. Allah tidak serupa dengan makhluk, maka zatNya dan juga sifatNya berbeza dari mana-mana makhlukNya. Wallahu a'lam.  Rujukan; 1. at-Ta'rifaat, 'Ali bin Muhammad al-Jurjani.

BENARKAH MATI DI BULAN RAMADHAN SELAMAT DARI SOAL KUBUR?

Soalan; Assalamualaikum ustaz! Di sini saya ingin bertanya, betul ke, saya dengar seseorang yang meninggal dunia pada bulan Ramadhan akan terlepas daripada soal kubur sehingga hari kiamat...pohon penjelasan ustaz. Jawapan; Bismillah. Orang yang mendakwanya perlu membawa dalil syarak (al-quran atau hadis). Setakat ini dalam pencarian saya belum menemui hadis yang menyebutnya. Ada hadis menyebutkan; "Sesiapa yg berpuasa kerana Allah, lalu dia mati ketika sedang berpuasa, akan masuk syurga" (Musnad Ahmad: 23324, soheh). Hadis ini menyebutkan kelebihan mati ketika puasa. Jika seorang itu mati dalam bulan Ramadhan ketika sedang berpuasa dia masuk dalam hadis ini. Adapun kelebihan mati dalam bulan Ramadhan sahaja (tanpa kaitan dengan puasa), belum menemui hadis tentangnya. Wallahu a'lam.

PATUNG MAINAN ANAK BERUPA DAJJAL; MATA SATU

Soalan; As salamu'alaikum..ustaz..saya nak bertanya  satu soalan & berharap ustaz memberi pandangan ustaz..Mengenai watak kartun minion yg bermata satu dlm kartun dispicable me. saya telah membeli ank patung(soft toy) yg bermata satu tersebut untuk anak saya. Adakah perbuatan itu salah? Adakah ia akn terpesongkan akidah kita?? adakah akan mengkafirkan & mengjahilkan sifat seseorg tu? Sedangkan kita sebagai ibu bapa tak terlintas & tidak ada niat lansung tentang anak patung yg menyerupai dajal..Sehingga ada segelintir hamba allah juga myatakan logo disney juga menyerupai mata satu dan disarankan supaya tidak membeli barang yg berjenama disney kerana logonya seakan akan bermata satu..adakah perbuatan saay salah, berdosa,&memesongkan akidah saya ustaz? harap ustaz dpt penjelasan yg lebih terperinci? terima kasih.. Jawapan Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah. 1. Di antara tanda iman ialah kita menyintai orang yang dicintai Allah dan mem...

AYAT MUTASYABIHAT; ANTARA PANDANGAN KHALAF, SALAF DAN SALAFIYAH

Soalan; Assalamualaikum w.b.t Salam Ustaz Aznan. Sejak akhir-akhir ini, banyak isu tentang ayat mutasyabihat yang didebatkan/dibentangkan di Internet. Orang awam seperti saya banyak melihat isu-isu perselisihan ini di You Tube. Saya sebagai orang awam kadang-kala terkeliru kerana ada ustaz yg menghuraikan begini dan ada ustaz lain pula yg menghuraikan sebaliknya. Salah satu kekeliruan saya ialah tentang Ayat 5 Surah Toha. Ada ustaz yg mengatakan ayat itu dihuraikan mengikut makna asal sahaja. Sedangkan apa yang diajar oleh ustaz disekolah dan guru-guru kita ialah Allah itu wujud tanpa bertempat.  Adakah ini satu khilaf dikalangan ulamak yg dibenarkan? Ataupun inilah satu cara orientalis untuk memecahbelahkan kita umat Islam? Mohon pencerahan daripada Ustaz. Terima kasih. Jawapan; Ayat yang ditanya itu menyentuh tentang ‘Arasyh Allah dan beristiwanya Allah di atas ‘Arasyh. الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى “Allah) Ar-Rahman beristiwa di atas Arasy” (Surah Thaha, ...

GUNA MINYAK PENGASIH UNTUK SUAMI

Soalan; ASSALAMUALAIKUM, APAKAH HUKUM JIKA SAYA MENGGUNAKAN MINYAK PENGASIH KEPADA SUAMI? DENGAN NIAT SAYA INGIN MENJAGA RUMAHTANGGA...., INGIN SELALU DIKASIHI SUAMI...., DAN UNTUK ELAKKAN DARI PERGADUHAN. SUAMI SAYA SEORANG YANG CEPAT MARAH (BARAN). KADANGKALA BILA BERBUAL ADA YANG TERSILAP KATA, TERUS MARAH2. KADANGKALA SEHINGGA SELALU MAIN2 DENGAN PERKATAAN CERAI. SAYA TAK MAMPU LALUI SEGALANYA. SAYA JUGA TELAH MENGGUNAKAN MINYAK ANUGERAH SERI DAN SUAMI ISTERI. ALHAMDULILLAH ADA PERUBAHAN. SEGALANYA KERANA ALLAH TAALA. NIAT SAYA SANGAT2 INGINKAN KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA DAN INGINKAN PERUBAHAN SUAMI. HARAP USTAZ DAPAT BANTU MENJAWAP. Jawapan; Elakkan dari amalan pengasih kerana ia membawa kepada Syirik. Berubat dengan syirik umpama mengambil dadah yang mana ia menenangkan seketika, tetapi membawa derita selama-lamanya di kemudian hari. Yakinlah kepada Allah, jangan berputus asa mengharap kepadaNya, jaga solat fardhu, banyakkan solat hajat dan beristighfar, manfaatkan ketika suju...

USTAZ TIDAK BERJANGGUT DAN BERJUBAH

Soalan ; salam, ustaz; 1. ustaz seperti yg di maklum kpd saya... ulma 4 mazhab meletakkn hukum wajib untuk org islam b'janggut...sya agk kecewa dengan ustaz2 @ ulama malaysia yg tidak menhirau kan sunnah ini...melalui pemerhatian saya ada yg sggp mencukur janggt tsbt dgn sengaja...bila bab hukum ahkam bukan main lagi ustaz...bila ceramah bab keperibadian rasulullah...sampai nmpk urat leher...mcm mana sya nk ikut kata2 seorng sendiri tak mgamalkn yg apa dia katakan...ada yg misai lbh pjg dr janggut...ini kah ulama kita masa kini ustaz.....bila b'pakaian mereka lbh rela memakai baju kot dari memakai baju jubah...adakah mereka lbh bgga dgn bju yg d reka oleh org yahudi dr bju yg d reka oleh kekasih kita....sepatut nya mereka yg menunjukn kepada kami(org jahil ttg agama) ttg keperibadian rasulullh...tetapi keperibadian hnya di mulut2 mereka shj ustaz...bila saya prgi ke kuliah ustaz2 sya mjadi mrh ttg ini ustz..tapi apakn daya ustaz...ilmu ttg agma sya kurang...dsmping ustaz & ...

BOLEHKAH MENYEBUT "SI FULAN AHLI NERAKA" ATAU "SI FULAN AHLI SYURGA"

Soalan ; Assalamualaikum Ust. Saya nak tanya satu soalan. Boleh tak kalau kita menghukum seseorang berdasarkan kepada zahir amalannya, contohnya kita kata si Anu masuk syurga si Anu kafir, si Anu masuk neraka berdasarkan kepada perbuatan zahir mereka? Bukankah nabi pernah mengatakan seorg wanita masuk neraka dgn sebab dia menyiksa seekor kucing dan seorang wanita yg lain masuk syurga dgn sebab dia memberi minum seekor anjing? Minta penjelasan ust. Jawapan; 1. Tidak boleh kita menyebut secara pasti dengan merujuk kepada individu seperti kita berkata "Si Fulan adalah ahli neraka" atau "Si Fulan ahli syurga". Ini kerana sekalipun seorang itu melakukan dosa, pintu taubat dan pemgampunan Allah masih terbuka untuknya. Hari ini ia melakukan maksiat, mungkin esok ia bertaubat dan Allah menerima taubatnya dan ia menjadi ahli syurga. Begitu juga, boleh terjadi seorang itu hari ini rajin beribadah, namun esok atau hari depan ia menjadi pelaku maksiat dan mati dalam maksiat, la...

HUKUM BERAMAL DENGAN PETUA DAN PANTANG LARANG MELAYU

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin bertanya, apakah hukum mempercayai petua-petua, pesan dan pantang larang orang dahulu kala yang disebut 'kenan'. Sebagai contoh ada pesan orang tua mengatakan jangan menyapu rumah ketika waktu malam kerana ditakuti rezeki akan "disapu keluar". Apakah kesan mempercayai kesan seperti ini kepada akidah kita dan apakah dalil yang ada untuk membenarkan atau menyangkal perkara ini? Soalan tambahan saya, bagaimanakah caranya untuk kita mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu yang boleh diikuti serta tidak menjejaskan akidah dan amalan yang mana harus dielakkan? Jawapan; Semua jenis petua, pesan, pantang-larang atau seumpamanya harus diamalkan jika ia tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, antaranya; 1. Tidak membawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut iaitu mempercayai perkara ghaib di luar dari skop yang diberitahu oleh Allah di dalam al-Quran atau melalui RasulNya di dalam as-Sunnah. F...

BILA IMAN AKAN TERBATAL?

Soalan ; Assalamualaikum ustaz, semasa di zaman universiti dulu saya ada belajar subjek aqidah. saya pelajar aliran sains, tapi di universiti saya ada masukkan jgk subjek2 agama. Alhamdulillah dapat la belajar sedikit sebanyak. dalam satu sesi tu, kami ada belajar tentang perkara2 yang membatalkan iman. Antaranya ialah seperti menghalalkan yang haram, mengharamkan yg halal dan juga lain2. Bila saya terfikir pasal benda ni saya jadi risau pulak ustaz. Sebab kadang2 tu kan macam bila kita ada buat dosa, pastu dalam hati kita macam tak kisah dengan perbuatan dosa kita tu...seolah-olah macam kita menghalalkan yang haram......ataupun kadang2 bila kita nampak perbuatan dosa depan mata kita, tapi kita macam tak kisah akan perbuatan tersebut....saya takut semua ini termasuk dalam kategori menghalalkan yg haram yang boleh membawa kepada batalnya iman....nauzubillah.... mohon penjelasan daripada ustaz. Syukran ustaz. Moga Allah merahmati ustaz. Jawapan; Iman yang sempurna terkandung di dalamnya ...