Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya mengenai pembahagian harta dan hak kepada cucu. Sekiranya atuk masih hidup tetapi anaknya (lelaki) telah meninggal dan mempunyai anak-anak, adakah cucu-cucunya(anak kepada si mati) akan mendapat bahagian kepada hak ayah yang telah meninggal tadi. Selain itu, si mati juga mempunyai adik beradik yang lain. Jawapan; Anak-anak akan mewarisi harta peninggalan ayah mereka yang mati. Jika si mati masih mempunyai bapa, ibu dan isteri yang masih hidup, bahagian pusaka untuk anak-anaknya ialah yang berbaki setelah ditolak bahagian-bahagian untuk bapa, ibu dan isteri tadi. Pecahan bahagian yang ditetapkan oleh Syarak ialah seperti berikut; 1. Bapa ; 1/6 2. Ibu ; 1/6 3. Isteri ; 1/8 4. Anak-anak ; Baki. Itu adalah dengan andaian bahawa si mati mempunyai anak lelaki. Jika si mati hanya ada anak perempuan, maka bahagian untuk anak perempuan ialah ½ atau 2/3 dan baki jika ada diberikan kepada bapa. Pecahannya akan jadi seperti berikut; 1. Bapa

MEMBAYAR ZAKAT SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Berikut adalah beberapa persoalan yang sering menimbulkan kemusykilan kepada saya berhubung dengan zakat; 3. Seorang yang mempunyai simpanan sebanyak rm 500,000.00 telah mengeluarkan zakat sebanyak rm 12,500.00 apabila telah cukup haulnya. Dia telah mengeluarkan semua jumlah tersebut dari simpanan banknya dan menyimpannya di dalam simpanan berasingan. Bagaimanapun wang zakat tersebut hanya dikeluarkan apabila dia bertemu dengan penerima zakat mengikut asnafnya. Jika tidak kehabisan, wang zakat tersebut mungkin dibawa ke tahun hadapan dan dicampurkan pula dengan jumlah wang zakat tahun berikutnya, tanpa diusik untuk kegunaan lain dan dengan pengurusan yang jujur. Adakah tindakan itu dibolehkan, kerana pengeluar zakat berkenaan telah menyamai fungsi badan-badan zakat yang sedia ada ? Sekian, saya mohon penjelasan dari ustaz. Terima Kasih. Wassalamualaikum Warahmatullah. Jawapan; Zakat apabila telah wajib hendaklah disegerakan pembayarannya. Firman Allah (b

TANDA-TANDA KEMATIAN

Soalan; Assalammualaikum, tersebar dalam internet mengenai tanda-tanda sebelum ajal menjelang bagi umat Islam seperti 100 hari sebelum mati badan akan mengalami getaran sesudah asar, 40 hari sebelum meninggal akan berdenyut pusat, juga berlaku sesudah asar. soalannya, sejauh manakah kesahihan tanda-tanda ini sedang tidak diketemui sebarang nas atau dalil dari Al-Quran atau Sunnah. Sedang ada yang mengatakan ia pandangan segelintir ulama. Dan apakah hukum jika ia dijadi iktiqad? dan apakah hukum jika menolaknya? Sekian. Jawapan; Sesuatu yang tidak sabit dengan nas dari al-Quran atau as-Sunnah, tidak harus dijadikan iqtiqad. Termasuklah juga perkara-perkara ghaib. Urusan aqidah dan kepercayaan adalah urusan agama. Oleh itu, tiada siapapun harus mendakwa sesuatu itu sebagai keyakinan agama atau amalan agama melainkan ia wajib mendatangkan dalil yang soheh dari al-Quran atau as-Sunnah. Sabda Nabi -sallallahu alaihi wasallam-; "Sesiapa mereka-reka dalam urusan kami ini (yakni urusan a

KELEBIHAN AMALAN DI BULAN REJAB

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, tolong jelaskan kepada saya, apakah kelebihan2 bulan rejab dan apakah amalan-amalan khusus pada bulan Rejab yang mulia ini berdasarkan riwayah yang sahih dari Nabi SAW? Jawapan; Bulan Rejab termasuk dalam senarai bulan-bulan Haram. Terdapat saranan dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- supaya berpuasa di bulan-bulan Haram bagi orang yang ingin menambah puasa sunatnya. Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyyah dari bapanya atau bapa saudaranya yang menceritakan bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w., kemudian ia pulang. Setelah setahun berlalu ia datang semula bertemu Rasulullah, namun keadaan tubuh-badannya telah banyak berubah (sehingga Rasulullah tidak mengecamnya). Lalu ia bertanya Rasulullah; “Tidakkah kamu mengenali saya?”. Jawab baginda; “Siapakah kamu?”. Ia menjawab; “Saya adalah al-Bahili yang datang bertemu denganmu setahun yang lalu”. Lalu baginda berkata kepadanya; “Apa yang telah mengubahmu sedangkan kamu dulunya seorang yang elok

ZAKAT KE ATAS PENDAPATAN DARI SEWAAN BANGUNAN

Soalan; Assalamualaikum ustaz, Berikut adalah beberapa persoalan yang sering menimbulkan kemusykilan kepada saya berhubung dengan zakat; (2). A dan B mempunyai simpanan yang sama banyak, iaitu rm 100,000.00 setiap seorang. A terus menyimpan wangnya di dalam bank, dan apabila cukup haul, dia terpaksa mengeluarkan zakat sebanyak rm 2500.00. A tidak memperolehi sebarang pendapatan hasil dari simpanannya kerana dia menolak pemberian 'faedah' dari bank yang dianggapnya sebagai riba. Sedangkan B pula telah menggunakan jumlah wang yang sama dengan membina 3 buah rumah sewa dan memperolehi pendapatan bulanan rm 900.00 sebulan. Apabila cukup setahun, B tidak perlu mengeluarkan zakat keatas wangnya yang sebanyak rm 100,000.00 kerana telah dilaburkan untuk membina rumah sewa. B hanya mengeluarkan zakat keatas hasil pendapatan sewanya apabila telah cukup haul dan nisabnya. Soalannya, apakah tindakan B tidak mengeluarkan zakat keatas jumlah nilai pelaburannya yang rm 100,000.00 itu dibena

MENDAHULUKAN BAYARAN ZAKAT

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Berikut adalah beberapa persoalan yang sering menimbulkan kemusykilan kepada saya berhubung dengan zakat; 1. Saya ada terbaca dalam buku terjemahan 'Mauizahatul-Mu'minin' bahawa dibolehkan kita mendahulukan bayaran zakat walaupun haul nya belum sampai. Contohnya, saya patut mengira dan mengeluarkan zakat pada akhir Jun 2010, tetapi kerana terdapat keperluan pada penerima zakat, maka saya telah mengeluarkan sebahagian dari jumlah zakat yang sepatutnya, lebih awal iaitu pada bulan april 2010. Adakah tindakan saya itu sah di sisi syarak ? Jawapan; Menyegerakan pembayaran zakat sebelum tiba masanya telah berlaku khilaf di kalangan ulamak tentang keharusannya; 1. Jumhur/majority ulamak (antaranya Imam Abu Hanifah, Syafi’ie dan Ahmad) berpandangan; harus mendahulukan pembayaran zakat sekalipun masa wajibnya belum tiba asalkan sebab wujud telah ada iaitulah apabila harta yang dimiliki telah cukup nisabnya (bagi zakat ternakan, mata wang dan zakat pe

LAMBANG SALIB DI PAKAIAN

Soalan; assalamualaikum ustaz, saya adalah salah seorang peminat bola sepak dunia.. saya meminati byk pasukan eropah.. saya ragu2 apabila ingin membeli jersi pasukan portugal.. ini kerana di jersi tersebut ada lambang salib.. saya mahu tahu adakah saya sebagai seorang muslim boleh memakai jersi tersebut.. saya hanya meminati pasukan tersebut.. sekiranya tidak boleh dipakai, adakah dalil yg melarang kita memakainya.. saya ada berbincang bersama rakan - rakan, mereka beritahu saya bahawa kita boleh memakai asalkan kita tidak mengagungkan lambang tersebut.. saya memang ragu - ragu dalam hal ini.. tolonglah selesaikan masalah saya ini ustaz.. sekian, wassalam.... Jawapan; Ada lapan syarat bagi pakaian lelaki muslim yang digariskan ulamak berdasarkan penelitian mereka dari al-Quran dan as-Sunnah; 1. Hendaklah menutup kawasan aurat 2. Tidak jarang hingga menampakkan kulit tubuh (khususnya kawasan aurat) 3. Tidak sendat hingga menampakkan bentuk kawasan aurat 4. Tidak menyerupai pakaian pere

AURAT WANITA DI HADAPAN LELAKI BERUSIA 12 -15 TAHUN

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Saya ada soalan: Berkenaan dengan aurat. Bolehkah seorang perempuan membuka aurat dihadapan remaja lelaki yang berusia dalam lingkungan 12-15 tahun yang bukan mahramnya? Jawapan; Firman Allah dalam surah an-Nur (bermaksud);“Dan janganlah mereka (yakni perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan”. (an-Nur, ayat 31). Di dalam ayat di atas, Allah melarang wanita-wanita beriman mendedahkan perhiasan dalaman mereka kepada kaum lelaki kecuali beberapa orang berikut; 1. S

BILA PERKAHWINAN AKAN BERWALIKAN HAKIM?

Soalan; Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin bertanyakan soalan mengenai perkahwinan. Saya merupakan gadis berusia 24tahun dan Insyaallah tahun depan bakal menamatkan zaman bujang saya. Persoalannya ialah, saya merupakan anak angkat kepada keluarga saya sekarang. Ibu bapa angkat saya sudah meninggal dunia sejak ssaya berusia 4tahun. Sekarang saya tinggal bersama adik beradik angkat yang saya sudah anggap seperti adik-beradik sendiri. Saya tidak pernah jumpa dengan ibubapa angkat saya. Saya bukan anak luar nikah memandangkan saya mempunyai surat beranak berbintikan nama bapa kandung saya. Malah keluarga saya sekarang ini tidak pernah tahu dimana mereka (ibubapa). Soalan: 1. Bolehkah saya berkahwin dengan hanya berwalikan wali hakim? 2. Sah atau tidak pernikahan kami nanti? Harap ustaz dapat jawab pertanyaan saya ini secepat mungkin memandangkan saya buntu tentang perkara ini. Jawapan; Seorang perempuan tidak sah nikahnya tanpa persetujuan walinya. Sabda Nabi s.a.w.; “Mana-mana wanita dikah

MAHRAM-MAHRAM KERANA PENYUSUAN

Soalan; assalamualaikum ustaz. Saya ada satu persoalan di mana seorang lelaki telah berkahwin dengan Gadis A dan telah melahirkan anak tidak cukup 6 bulan qomariah. kemudian telah bercerai beberapa bulan kemudian. lelaki ini telah berkawin pula dengan gadis B dan mempunyai anak.Gadis A tadi juga telah berkahwin lain. Persoalan di sini adalah: 1. anak yang dilahirkan tadi telah menjadi anak susuan kepada lelaki tersebut, adakah anak tersebut menjadi mahram kepada anak-anak dengan Gadis B? 2. boleh ustaz terangkan siapakah lagi yang menjadi mahram bagi anak tersebut? 3. kitab atau buku apa yang boleh menjadi bahan rujukan kepada saya selain dari Kitab Hadis dan Al-Quran? Jawapan; 1. Mahram bermaksud orang-orang yang haram dikahwini oleh seorang lelaki atau wanita buat selama-lamanya. Ada tiga faktor/sebab yang menimbulkan ikatan mahram, iaitu; a) Keturunan b) Perkahwinan c) Penyusuan. Soalan di atas menyentuh tentang mahram kerana factor ketiga iaitu penyusuan. 2. Terdapat hadis dari Nab

AURAT WANITA ISLAM DI HADAPAN WANITA BUKAN ISLAM

Soalan; Assalamualaikum Ust, saya ada satu persoalan berkenaan aurat wanita Muslimah apabila berdepan dengan wanita bukan Muslimah. Tolong ust jelaskan. Terima kasih. Jawapan; Terdapat banyak khilaf di kalangan ulamak tentang aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir; a) Menurut sebahagian ulamak (iaitu setengah ulamak mazhab Maliki dan Syafi’ie); aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir ialah seluruh badan kecuali muka dan tangan sahaja, yakni sama seperti aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi. b) Menurut mazhab Hanafi, mazhab Syafi’ie (mengikut qaul yang muktamad) dan setengah ulamak mazhab Maliki; aurat seorang muslimah di hadapan wanita kafir ialah seluruh badannya kecuali bahagian yang terpaksa dizahirkan ketika bekerja kerana menjadi keperluan pada kebiasaannya untuk dizahirkan. Menurut Imam al-Qurtubi; ini merupakan pandangan kebanyakan ulamak Salaf dan menjadi pandangan Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan Ibnu Juraij. c) Menurut sebahagian ulamak yang lain; sama seperti auratnya di ha

TAYAMMUM DAN MENGAMBIL WUDHUK DALAM TANDAS

Soalan; Assalamua'laikum Ustaz. Saya ingin dapatkan pandangan Ustaz berkenaan wudhuk. 1) Rumah saya tidak mempunyai tangki air (yang biasanya terletak dibawah bumbung rumah). Bagaimanapun, saya mempunyai 2 tong air kecil didalam bilik air saya. Rumah saya juga tidak mempunyai pasir untuk dibuat tayamum. Sekiranya bekalan air ke rumah saya terputus, pada pendapat Ustaz, apakah cara yang boleh saya lakukan agar saya dapat berwudhuk / tayamum bagi membolehkan saya bersolat dirumah? 2) Apakah hukum sekiranya saya mengambil wudhuk didalam tandas (sebagai contoh, tandas awam/pejabat)? Jawapan; 1. Bila kita keputusan air untuk mengambil wudhuk, kita diharuskan untuk bertayammum. Namun sebelum diharuskan bertayammum itu, kita wajib berusaha mencari air terlebih dahulu di kawasan sekitar kita. Mungkin di rumah tidak ada air, namun di kawasan sekitar kita ada air termasuk dengan kita pergi ke surau atau masjid berdekatan. Setelah dipastikan benar-benar tidak ada air, barulah diharuskan taya

MASALAH KELIRU WARNA HAID DAN UBAT PENAHAN HAID

Soalan; assalamualaikum ustaz,harap ustaz dapat jawab secepat mungkin kerana saya amat tertekan sama ada mahu mengganti puasa atau tidak,memandangkan ramadan bakal tiba tidak lama lagi tapi saya masih tdk mengganti puasa.saya harap ustaz dapat beri jawapan di email saya secepat mungkin,sy mengharap sgt pertolongan ustaz. masalah saya begini, saya telah makan ubat penahan darah haid ketika bulan ramadan lepas. jadi selepas beberapa makan(saya tidak ingat berapa lama saya makan, saya tidak datan haid tapi warna kuning, kecoklatan sedikit, ada keluar.tapi saya tetap teruskan puasa sbb sy baca dalam artikel mengatakan warna kuning,coklat selepas suci tidak dikira haid cuma saya konfius warna kuning, coklat itu ada selepas 15 hari suci maknanya dalam hari ke 17 suci(saya tak pasti cuma anggapan saya ,kerana betul2 sudah lupa), yang sepatutnya saya piriet,keluar darah tapi tak keluar darah cuma keluar warna kuning, coklat..dan tidak berterusan,..seperti piriet adakah saya perlu ganti puasa2

PENDAPATAN MELALUI MLM

Soalan; Apakah hukum bagi pendapatan yang diperolehi hasil daripada MLM. Ia diniagakan dengan cara yang halal, produk yang halal tetapi menggunakan sistem piramid? Yang mana seseorang itu mendapat pendapatan melalui usaha orang yang berada di bawahnya? Jawapan; MLM sebagaimana juga sistem perbankan, saham, insurans dan sebagainya lagi dari muamalah-muamalah baru yang wujud hari ini, tidak boleh kita hukum sebagai haram secara borong kerana hukum asal bagi segala muamalah duniawi adalah harus hinggalah kita dapat membuktikan sebaliknya. Para ulamak menjelaskan; “Hukum asal bagi segala mu’amalah di dalam Islam adalah harus hinggalah ada dalil menunjukkan kepada pengharamannya” (Majmu’ al-Fatawa (Ibnu Tamiyyah) (28/386), al-Fawaid al-Bahiyyah (m.s. 115), al-Jawahir al-Mudhiah (2/519-520)). Tatkala Rasulullah tiba di Madinah (selepas peristiwa hijrah) baginda mendapati penduduk Madinah biasa bermu’amalah dengan satu sistem perniagaan yang diberi nama as-Salam (yakni jual-beli secara tempah

CARA MENANGKIS BISIKAN JAHAT

Soalan; Assalamualaikum wbt, terima kasih dengan jawapan ustaz . Adakah saya berdosa sekiranya terdengar bisikan itu? selain berisghtifar, saya juga menunaikan solat sunat taubat, disamping membaca al-Quran, dan tidak tinggal solat lima waktu dan alhamdulillah hati saya tenang. namun ada kadangkala, bisikan tersebut dtg semula, saya tidak percya dgn bisikan itu, tapi ia menganggu dan menyakitkan hati. Jawapan; Bisikan-bisikan yang masuk dalam hati kita tidaklah kita berdosa kerananya kerana ia di luar kehendak kita. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesungguhnya Allah tidak mengambil kira dari umatku apa yang dibisikkan oleh dirinya selagi ia tidak menuturkannya atau tidak melakukannya” . (HR Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-). Dari hadis dapat kita fahami bahawa; suatu kejahatan yang dibisikkan oleh hati kita belumlah dikira dosa ke atas kita selagi kita tidak menzahirkannya sama ada dalam bentuk ucapan atau amalan/perbuatan. Bisikan-bisikan jahat itu ja

CIRI-CIRI PAKAIAN WANITA ISLAM

Soalan; Asslamualaikum Ustaz/ Ustazah, Saya ingin bertanya tentang adab berpakaian. Saya (perempuan) ada membeli baju Punjabi untuk dipakai sebagai pakaian harian tetapi ditentang oleh adik saya yang mengatakan pakaian Punjabi itu adalah HARAM disisi agama Islam. Dia turut mengemukakan bukti dan menyuruh saya menyemaknya didalam Al-Quran didalam surah Al Imran. Saya keliru kerana setahu saya selagi pakaian itu menutup aurat, menjolok mata dan tidak menyerupai lelaki atau perempuan dibolehkan dalam agama. bolehkah Ustaz menjelaskan perkara ini secara terperinci. Hamba Allah yang musykil. Jawapan; Ciri-ciri yang ditetapkan oleh Islam bagi pakain wanita ia sebagaimana berikut; 1. Hendaklah menutup kawasan aurat. Aurat wanita ialah seluruh badannya kecuali muka dan tangan sahaja yang harus didedahkan mengikut jumhur ulamak). 2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan 3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh 4. Tidak menyerupai pakaian lelaki 5. Tidak menyeru

MUSAFIR KE TEMPAT KERJA

Soalan; Ustaz. Saya ingin bertanya adakah boleh saya melakukan solat jama' dan qasar. Situasinya begini: Saya tinggal di Melaka.bekerja pula di Petaling Jaya. Setiap hari saya akan berulang ke tempat kerja dari Melaka. Jika diikutkan kepada hukum, jarak ini telah lebih daripada 2 marhalah. Soalan saya, 1. Adakah saya dikira musafir?kerana setiap hari saya akan berulang dari Melaka ke Petaling Jaya. 2. Layakkah saya untuk melakukan solat jama' dan qasar? kerana, saya akan terlepas solat maghrib tiap2 hari disebabkan sampai sahaja di rumah, sudah masuk waktu isya'.. apa yang perlu saya lakukan.. Harap ustaz dapat menjawab soalan saya ini. Jawapan; 1. Jika jarak antara tempat tinggal saudara dengan tempat kerja melebihi dua marhalah (iaitu 85 KM) haruslah saudara menjamak dan mengqasarkan solat sekalipun saudara berulang-alik setiap hari antara rumah dan tempat kerja itu. 2. Saudara boleh memilih sama ada hendak melakukan jamak taqdim atau ta'khir. Jamak taqdim ialah men

MASALAH QADHA SOLAT YANG DITINGGALKAN DENGAN SENGAJA

Soalan; Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu persoalan. Seseorang hamba Allah yang telah banyak meninggalkan solat-solat fardhu sebelum ini tetapi telah kembali ke jalan yang benar dan beliau benar-benar amat menyesal akan perbuatan yang meninggalkan solat-solat fardhu sebelum ini sehingga setiap kali selepas berdoa pasti hamba Allah ini menitiskan air mata kerana menyesali perbuatannya. Maka hamba Allah ini telah mengerjakan solat sunat taubat dan berjanji tidak akan mengulangi solat-solat fardhu. Banyak amalan-amalan lain yang dilakukan seperti melakukan solat2 sunat, bersedekah dan melakukan amalan-amalan baik diredhai oleh Allah. Apakah perlu hamba Allah ini mengqadha semua solat-solat fardhu ini (jika ia telah meninggalkan solat2 fardhu selama 10 tahun)? Saya ada mendengar 3 pendapat: 1) Bahawa solat-solat ini tidak perlu diqadha kerana hamba Allah ini telah benar-benar menyesal tetapi jangan meninggalkan solat fardhu 2) Satu pendapat yang menyatakan solat boleh diqadha tetapi tu

TAUBAT, QADHA SOLAT DAN PUASA, SYIRIK

Soalan; Apabila seseorang itu benar-benar telah bertaubat atas dosa-dosanya,apakah yang mesti dia lakukan?sekiranya sebelum ini dia seorang yang tidak solat dan puasa,adakah dia wajib mengqada solat dan puasa selama mana yang dia tinggalkan itu? dan sekiranya dia adalah pengamal syirik, apakah yang perlu dilakukan terlebih dahulu olehnya? Jawapan; 1. Taubat adalah wajib ke atas setiap dosa yang kita lakukan. Bertaubat tidak cukup dengan beristighfar atau melakukan solat sunat taubat sahaja. Ia mesti dengan kita melaksanakan rukun-rukun taubat, iaitu; a) Meninggalkan maksiat yang dilakukan b) Melahirkan penyesalan dalam diri kerana terlanjur melakukan maksiat tersebut c) Berazam tidak akan mengulangi lagi maksiat tersebut d) Jika berkait dengan orang lain, hendaklah kita membebaskan diri dari haknya, iaitu memulangkan hartanya jika berkait dengan harta, atau menyerah diri untuk dihukum jika berkait dengan qazaf (menuduh orang lain berzina) atau memohon maaf darinya, dan jika kita mengu

KHITAN ANAK KURANG UPAYA

Soalan; Wajib ke kanak-kanak lelaki 12 tahun bersunat sedangkan dia seorang yang cacat (orang kurang upaya) masih pakai pampers, bila masa dia jadi wajib kalau bukan masa sekarang. Jawapan; Menurut mazhab Imam Syafi’ie dan Imam Ahmad; khitan adalah wajib ke atas kedua-dua lelaki dan wanita. Menurut mazhab Syafi’ie; tiba masa wajib berkhitan ialah apabila kanak-kanak mencapai umur baligh dan wajib dilaksanakan segera. Namun disunatkan kepada wali/penjaga untuk melaksanakannya ketika kanak-kanak masih kecil kerana itu lebih mengasihinya. Sunat dilakukan pada hari ketujuh (selepas kelahiran) jika bayi mampu menhadapinya. Jika bayi tidak mampu menghadapinya kerana lemah, hendaklah ditangguhkan hingga ia mampu. Jika tidak dikhitankan hari ketujuh, sunat pada hari ke empat puluh. Jika ditagguhkan lagi, sunat dilakukan ketika berumur tujuh tahun. Adalah makruh melakukan khitan sebelum umur tujuh hari. (al-Majmu’) Bagi anak yang menghadapi masalah mental atau yang kurang upaya, tuntutan berkh

WANG INSURANS KEMATIAN

Soalan; Assalammualaikum Ustaz, Saya ingin bertanya beberapa soalan dan harap ustaz dapat memberi penjelasan:- 1. Kakak saya telah mendapat wang insuran diatas kematian anak lelakinya, soalan saya ialah : a. Adakah duit itu perlu dibahagikan secara faraid kepada ayah dan adik-adik simati. b. Bolehkah siibu menggunakan wang tersebut untuk perbelanjaan harian dan apakah hukumnya. c. Bolehkah siibu memberi wang tersebut kepada anak-anaknya (adik-adik simati) dan apakah hukumnya. Sekian, terima kasih. Jawapan; 1. Wang Insurans jika sepenuhnya pemberian dari pihak syarikat Insurans, ia tidaklah termasuk dalam harta pusaka. Oleh itu, ia diberikan kepada orang yang ditentukan oleh si mati (semasa hayatnya) atau orang yang ditentukan oleh pihak yang menaja Insuran itu (majikan, persatuan khairat dan sebagainya). Jika si mati tidak menentukannya atau pihak yang menajanya juga tidak menentukannya, barulah ketika itu diserahkan kepada ahli-ahli waris untuk dibahagikan mengikut bahagian pe

TERMAKAN DAGING BABI

Soalan; Assalamualaikum, saya ada soalan tentang sahabat saya dulu masa kami dibangku sekolah rendah dia pernah mengikut Ibunya bekerja "Catering" dimana taukeh nyer adalah kaum Cina. Tapi taukeh tu kalau dia sediakan makanan tidak Halal dia akan uruskan sendiri , cuma makanan-makanan lain baru org Melayu yg uruskan.Sahabat saya itu telah mengikut Ibunya dimana majlis Perkahwinan di buat di sebuah Gereja, dan ketika itu sedang dia memerhatikan Taukeh tu menyiapkan makanan tiba-tiba dia terambil sedikit makanan itu ketika taukeh tiada disitu..dia makan dan bila sampai dirumah baru dia tahu bahwa itu adalah daging babi.Sehingga kini dia tidak beritahu sesiapa kecuali saya.Harap ustaz dapat memberi tunjuk ajar apa harus sahabat buat.Saya pernah suruh dia samak atau tanya Ustaz/Ustazah untuk keterangan lanjut. Jawapan; 1. Apabila kita termakan benda yang haram, jika makanan masih di dalam mulut, hendaklah diluahkan segera. Adapun jika makanan telah masuk ke dalam perut, apatahl

MASALAH NAMA

Soalan; Assalamualaikum ustaz, baru-baru ini seorang teman bertanya kepada saya apakah hukum nama seseorg dalam islam? teman saya ini sedikit musykil dgn nama beliau skrg ini. dia bertanya kepada saya "sekiranya dia meninggal dunia, adakah kubur beliau nanti tidak akan menerimanya hanya kerna nama beliau bukan nama/ciri2 umat islam? adakah dia berdosa hanya kerana nama beliau bukannya nama islam? sebab dulu seorang ustaz pernah memberitahu kepada teman saya ini nama beliau menunjukkan bukan seorang muslim. nama beliau. nama teman saya ini "Bryan Arthur Sarmeinto". orang tua teman saya ini dahulunya non muslim tetapi sudah memeluk islam dan teman saya ini dilahirkan dalam islam. jadi dia inginkan kepastian tentang status namanya ini harus ditukar @ tidak? Jawapan; Asal hukum bagi sebarang nama ialah harus selagi tidak terkandung dalam kategori nama-nama yang ditegah Syarak, iaitu; 1. Nama yang menunjukkan penghambaan kepada selain Allah. Contohnya memberi nama “Abdul Ami