Soalan; Assalamualaikum Ust. Saya musykil berkenaan kedudukan saf kedua dalam solat berjemaah. Apabila saf pertama penuh, saf kedua hendaklah dimulakan dari hujung sebelah kanan imam kemudian makmum yang baru masuk hendaklah duduk sebelah kirinya atau hendaklah dimulakan dari tengah saf, iaitu bertentangan dengan kedudukan imam dan makmum yang baru masuk hendaklah duduk sebelah kanan saf dan makmum seterusnya duduk sebelah kiri secara bergilir-gilir? Tolong ust jelaskan beserta rujukannya. Terima kasih. Jawapan Hendaklah dimulakan dari tengah saf kerana Nabi –sallalllahu ‘alaihi wasallam- bersabda; وَسِّطُوا الْإِمَامَ وَسُدُّوا الْخَلَلَ “Jadikanlah imam berada di tengah kamu dan tutupilah kekosongan (pada saf)” (HR Imam Abu Daud dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-). Maksud hadis ini menurut ulamak ialah; jadikanlah imam kamu di tengah-tengah saf kamu iaitu dengan kamu berdiri di belakangnya serta di sebelah kanan dan kirinya. (‘Aunul-Ma’bud, Kitab as-Solah, jil. 2, bab Maqam al-I
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.