Soalan; jika anak mendapat wang pampasan kemalangan, apakah bapa atau ibu boleh menggunakan wang tersebut untuk diri mereka? Jawapan; Mengikut hukum umum, tidak harus mengambil harta orang lain tanpa izinnya. Sabda Nabi SAW: لَا يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إلَّا بِطِيبِ نَفْسِهِ "Tidak halal harta seseorang melainkan dengan kerelaan hatinya" (HR al-Daruqutni. Nailul-Autar: 2425) Namun ada pengecualian bagi harta anak di mana Nabi SAW bersabda kepada anak; . أَنْتَ، وَمَالُكَ لِأَبِيكَ "Kamu dan harta kamu adalah bagi bapa kamu" (Musnad Ahmad; 6902, Sy al-Arnaut; hasan lighairihi). Berdalilkan hadis ini, diboleh bagi bapa mengambil atau menggunakan harta anak, namun -menurut ulamak- keharusan itu terikat dengan beberapa syarat; 1. Bapa memerlukan, 2. Jangan sampai memudaratkan anak 3. Jika anak memerlukan, maka dia lebih berhak bagi harta itu, 4. Bapa mengambil untuk dirinya, bukan untuk diberikan kepada orang lain. (al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah). . Oleh k
Laman soal-jawab agama, dikendalikan Ustaz Ahmad Adnan Fadzil. Sila layari; https://ustazadnan.onpay.my/ untuk mendapatkan EBOOK Ustaz Adnan dan https://shopee.com.my/adnanbookstore untuk buku-buku tulisan beliau.