Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

POLITIK

Soalan : Assalamualaikum ustaz.Saya ada beberapa kemuskilan berkaitan politik.Saya harap penjelasan dari ustaz. 1. Apakah ada ajaran politik di dalam al-quran dan as-sunnah? 2. Apa hukum orang yang berkata; ”politik suku, agama suku”? 3. Kenapakah perlu kuasa politik untuk melaksanakan syariat allah? 4. Benarkah allah memerintahkan nabi muhammad s..a.w. supaya berdoa memohon kuasa politik? Sekian,terima kasih. Jawapan : 1.APAKAH ADA AJARAN POLITIK DI DALAM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH? Ya. (Pertama) kerana kitab al-Quran adalah kitab yang syumul. Firman Allah; ”Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran sebagai penjelasan bagi segala perkara”. (Surah an-Nahl, ayat 89). Maksud syumul ialah lengkap, menyeluruh dan sempurna. Jika kita beriktiqad bahawa tidak ada politik di dalam al-Quran, maka kita telah menafikan kesyumulan al-Quran dan iktiqad ini bertentangan dengan ayat tersebut. (Kedua) Jika kita membuka al-Quran, kita akan berjumpa dengan ayat-ayat Allah yang mewajibkan kita melaksan

PENENTUAN AGAMA ANAK DAN HAK PENJAGAAN IBU/BAPA YANG MASIH KAFIR

Soalan : Assalamualaikum wbt.Saya ada satu kemusykilan berkaitan isu baru-baru ini yang dipaparkan di dalam akhbar.Bagaimanakah kedudukan sebenarnya agama anak dan hak penjagaan ibu/bapa yang masih kafir? Jawapan ; Imam al-Bukhari di dalam Sohehnya menaqalkan dari Hasan al-Basri, Syuraih, Ibrahim dan Qatadah yang berkata; jika telah Islam salah seorang dari dua ibu-bapa, maka anak hendaklah bersama ibu/bapanya yang Islam. Ibnu ‘Abbas (semasa kecilnya) tinggal bersama ibunya (yang Islam) berserta golongan mustadh’afin (yang menganut Islam) dan beliau tidak tinggal bersama bapanya yang masih menganut agama kaumnya (yakni agama musyrik). Dan beliau (yakni Ibnu ‘Abbas) menegaskan; “Islam adalah tinggi dan tidak ada yang boleh mengatasi ketinggian Islam”. (Soheh al-Bukhari, kitab al-Janaiz, bab Iza Aslama as-Sobiyyi Fa Ma-ta..). Imam al-Khattabi menjelas; “Anak yang masih kecil jika ia berada di antara seorang muslim dan seorang kafir, maka yang muslim lebih berhak terhadapnya

MATAN HADIS BERKAITAN MELIHAT HIBURAN

Soalan : nak tanya ustaz pasal hadis nabi SAW tentang org yg pergi utk lihat penyanyi wanita disitu ada mkn minum,hiburan,permainan dgn kpla mrka bergoyang2 kerana melayan nyanyian tersebut dan keesokkan harinya bertukar menjadi kera dan babi. boleh tak ustaz bagi hadis yg lengkap tentang hadis ni disertakan dgn perawi serta sanadnya. Jawapan : Matan hadis ialah; عَنْ أَبِي مَالِكٍ الأَشْعَرِيِّ؛ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم (لَيَشَرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ. يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا. يُعْزَفُ عَلَى رُءُوِسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنّيَاتِ، يَخْسِفُ اللهُ بِهِمُ الأَرْضَ. وَيَجْعَلُ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيِرَ Dari Abi Musa al-Asy’ari r.a. menceritakan; Rasulullah s.a.w. bersabda; “Akan ada dari umatku segolongan manusia yang meminum arak dengan mereka menamakannya dengan nama lain, kepala mereka dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan penyanyi-penyani wanita. Allah akan membenamkan mereka ke dalam bumi dan menjadikan sebahagian mer