Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2008

CARA MEMBAYAR HUTANG LAMA

Soalan; Sekiranya kita pernah berhutang dengan seseorang tetapi tidak dapat membayarnya kerana beliau telah berpindah dan tidak dapat dikesan tempat tinggalnya yang baru. Solannya, bolehkah nilai hutang itu disedekahkan dengan diniatkan kepada si pemberi hutang? Adakah telah selesai hutang itu dengan cara ini? Jawapan; Pertama, hendaklah saudara berusaha mencarinya dengan segala saluran yang ada. Jika masih tidak menemuinya setelah dicari, sekiranya saudara mengetahui ia ada menanggung hutang dari orang lain, maka gunakanlah wang yang ada pada saudara itu untuk melunasi hutangnya. Jika ia tidak menanggung hutang dari orang lain, saudara hendaklah mencari waris-warisnya dan mengembalikan wang itu kepada waris-warisnya. Jika tidak ditemui atau tidak diketahui waris-warisnya, barulah saudara memberi sedekah dengan wang itu bagi pihaknya. Di akhirat nanti, jika pemilik wang yang saudara berhutang darinya itu ia memilih untuk mengambil pahala sedekah dari wangnya (ya

NAFKAH SELEPAS EDDAH

Soalan; Adakah masih menjadi tanggungjawab lelaki untuk memberi nafkah kepada bekas isterinya selepas bercerai setelah tempoh edah sudah tamat? Jawapan; Apabila seorang wanita diceraikan oleh suaminya, selama masih di dalam eddah –terutamanya eddah talak raj’ie (iaitu talak yang boleh dirujuk)-, wajib suaminya memberi nafkah kepadanya. Adapun setelah tamat eddah, tidak wajib lagi ke atas bekas suaminya menanggung nafkahnya kecuali jika ia mengandung, maka kewajipan nafkah itu berterusan hingga ia melahirkan anak. Ini merujuk kepada firman Allah (yang bermaksud); “…dan jika mereka (yakni isteri-isteri yang diceraikan) sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkah sehingga mereka melahirkan kandungan mereka. Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upah. Berundinglah sesama kamu dengan cara yang baik. Jika antara kamu berlaku kesulitan, maka bolehlah (dicari) perempuan lain untuk menyusukan anak itu…”. (at-Talaq, ayat 6). Wallahu a’lam. Ru

WASIAT KEPADA WARIS

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya ada persoalan tentang arwah yang mempunyai sebidang tanah yang dikongsi oleh rakan kongsinya sama rata iaitu masing-masing misalnya 10 ekar. Arwah sebelum meninggal telah berpesan supaya bahagiannya 10 ekar itu dibahagi sama rata antara isteri pertama dan isteri kedua iaitu isteri pertama mendapat 5 ekar dan isteri kedua mendapat 5 ekar. Sebelum arwah isteri pertama meninggal, dia berpesan supaya tanah bahagiannya diberi kepada anaknya A. Persoalannya sekarang, anak-anak isteri kedua tidak mahu mengikut perkiraan begini dan mahu keseluruhan harta diberi antara semua anak-anak isteri pertama, isteri kedua dan anak-anak isteri kedua. Dan ini juga menjadi masalah kerana arwah berpesan dan tidak menulis wasiat. Bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini? Jawapan: Di dalam satu hadis, Nabi s.a.w. telah menegaskan; “Tidak ada wasiat untuk ahli waris (yakni orang yang dapat mewarisi dari si mati)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Umamah a

TAHNIK

Soalan; Apa yang dimaksudkan dengan taknik? Bagaimana caranya mengikut as-Sunnah? Jawapan; Mentahnik bayi yang baru dilahirkan sama ada lelaki atau perempuan dengan buah tamar adalah sunat. Tahnik ( التحنيك ) [1] bermaksud; seseorang mengunyah/memamah buah tamar, lalu memasukkannya ke dalam mulut seorang bayi dengan menggosok-gosokkannya ke langit-langit bayi itu agar dikecap dan ditelan olehnya. Jika tidak terdapat buah tamar, bolehlah diganti dengan makanan lain yang manis. Abu Musa al-Asy’ari r.a. menceritakan; وُلِدَ لِي غُلاَمٌ، فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَسَمَّاهُ: إِبْرَاهِيمَ، وَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ “Dilahirkan untukku seorang bayi, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w., lalu baginda menamakannya Ibrahim dan baginda mentahnikkannya dengan sebiji tamar serta mendoakan untuknya keberkatan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim) Hendaklah yang mentahnik itu orang-orang yang terkenal ba

PILIH KASIH ANTARA ANAK-ANAK DALAM PEMBERIAN HADIAH

Soalan; Seorang bapa sebelum ia meninggal telah memberi hibah (hadiah) sebahagian hartanya kepada anak yang dikasihinya sedangkan ia mempunyai anak-anak yang lain. Apa pandangan Syarak tentang fenomena yang selalu berlaku ini? Jawapan; Sikap pilih kasih di antara anak-anak dalam pemberian (yakni sama ada memberi kepada anak tertentu sahaja atau melebihkan sebahagian ke atas sebahagian yang lain) adalah dilarang oleh Syarak. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam sebuah hadis; اِعْدِلُوْا بَيْنَ أَبْنَائِكُمْ اِعْدِلُوْا بَيْنَ أَبْنَائِكُمْ اِعْدِلُوْا بَيْنَ أَبْنَائِكُمْ “Berlaku adillah di antara sesama anak-anak kamu, berlaku adillah di antara sesama anak-anak kamu, berlaku adillah di antara sesama anak-anak kamu”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan an-Nasai dari an-Nu’man bin Basyir r.a.. Menurut asy-Syaukani; para perawi hadis ini adalah tsiqah kecuali al-Mufadhdhal bin al-Mihlab di mana ia adalah shaduq. Lihat; Nailul-Autar) An-Nu’man bin Basyir r.a. menceritakan; bapanya