Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID?

Apa hukum orang bukan Islam memasuki masjid? Adakah dilarang sepenuhnya? Atau diharuskan dengan syarat-syarat tertentu? Jawapan; Menurut mazhab Syafiie –sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi di dalam kitabnya Raudhatu at-Talibin-; Diharuskan kepada orang-orang kafir untuk memasuki mana-mana masjid selain Masjidil Haram dan masjid-masjid dalam Tanah Haram, dengan syarat mendapat keizinan dari orang-orang Islam. Tidak harus mereka memasuki Tanah Haram dalam apa jua keadaan sekalipun. Adapun masjid-masjid selain Masjidil Haram, harus mereka memasukinya dengan keizinan kaum muslimin. Tidak harus tanpa keizinan kaum muslimin mengikut qaul soheh (dalam mazhab Syafiie) ( Rujukan; Raudhatu at-Talibin (Imam an-Nawawi), 1/301). Larangan orang kafir memasuki Masjidil Haram adalah berdalilkan firman Allah; يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا “Wahai orang-orang yang beriman! Ses

ADAKAH PUASA ORANG TAK SOLAT DITERIMA ALLAH?

Soalan;  Orang yang tidak mengerjakan solat lima waktu, bagaimana dengan puasanya? adakah sah? dan adakah diterima Allah? Jawapan; Dari segi ilmu fiqh, ibadah yang dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukunnya, ibadat itu dikira sah (gugur kewajipan dari pelakunya dan tidak perlu lagi diulangi). Namun, ibadat yang sah dari segi fiqh, belum tentu diterima Allah (yakni diberi pahala), kerana di dalam al-Quran dan hadis ada disebutkan factor-faktor luaran yang menyebabkan amalan ditolak (tidak diberi pahala). Sebagai contohnya, Nabi SAW bersabda; مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً “Sesiapa bertemu tukang tilik, lalu bertanyakan sesuatu (dari tilikan), tidak akan diterima solatnya selama 40 malam” (Soheh Muslim; 2230/125. Dari beberapa isteri Nabi RA ). Menurut Imam an-Nawawi; maksud ‘tidak diterima solatnya’ ialah; tidak ada pahala untuknya sekalipun solatnya dikira (iaitu gugur kefardhuan darinya d

5 TIP MENCAPAI PUASA YANG SEMPURNA

Soalan; apa kayu ukur bagi puasa saya, adakah ia sempurna atau tidak? diterima Allah atau tidak diterima? Jawapan; Berdasarkan beberapa ayat al-Quran dan hadis, kita dapat menyimpulkan tip-tip (petua) untuk mencapai puasa yang sempurna seperti berikut;   1.       Berpuasalah untuk memenuhi tuntutan iman, bukan hanya kerana adat atau kebiasaan berpuasa. Di dalam al-Quran, sebelum Allah menyuruh kita berpuasa, Dia memanggil kita terlebih dahulu dengan panggilan iman iaitu ‘Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa…” (lihat surah al-Baqarah, ayat 183). Nabi SAW juga bersabda; “Sesiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan kerana mengharapkan ganjaran (di sisi Allah), akan diampunkan segala dosanya yang lalu” (Soheh al-Bukhari; 38. Dari Abu Hurairah RA). 2.       Berpuasalah dengan mengharap dan menghitung-hitung pahala di sisi Allah. Nabi SAW bersabda dalam hadis tadi; “Sesiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan kerana mengharap ganjaran (di sisi Allah)…”

KADAR MASA SAHUR NABI SAW SEBELUM MASUK SUBUH (berserta AUDIO)

Soalan; berapa kadar masa antara sahur Nabi SAW dan masuk subuh? Jawapan; Terdapat hadis dari Anas RA yang menceritakan; Zaid bin Tsabit RA berkata; "Kami bersahur bersama Nabi SAW, kemudian kami mengerjakan solat subuh". Aku (yakni Anas RA) bertanya; "Berapa jarak masa antara azan subuh dan bersahur itu?". Zaid menjawab; "Kadar 50 ayat (al-Quran)" (Soheh al-Bukhari; 1921). Menurut ulamak; maksud kadar '50 ayat al-Quran' ialah; kadar membaca 50 ayat yang sederhana panjang, dengan kadar bacaan yang sederhana pula (tidak terlalu laju dan tidak terlalu lambat), iaitu kira-kira 5-10 minit sebelum subuh. Imam Ibnu Hajar menyebutkan dalam kitabnya Fathul Bari; (قدر درجة أو ثلث خمس ساعة), iaitu kira-kira 4 minit (Fathul Bari, syarah hadis ke 1921). Menurut Syeikh Bin Baz; 5-10 minit. Menurut Syeikh Ibnu Uthaimin; kira-kira 6 minit (berdasarkan pembacaannya sendiri bagi 50 ayat tersebut). Wallahu a'lam. Tambahan; dengar rakaman audio; (

SUAMI MELARANG ISTERI BERBAKTI KEPADA DUA IBU-BAPA? (AUDIO)

Soalan; adakah isteri wajib mentaati arahan suami agar jangan berbakti atau berbuat baik kepada dua ibu-bapanya? Jawapan;

11 PERSOALAN TENTANG SOLAT QASAR (AUDIO)

1.   Apa   maksud   Qasar? 2.   Solat   apa   yang   boleh   diqasarkan? 3.   Apa   hukum   mengqasarkan   solat   ketika   musafir? 4.   Mana   baik   antara   qasar   dan   tamam? 5.   Apa   jenis   musafir   yang   mengharuskan   qasar? 6.   Berapa   jarak   musafir   yang   mengharuskan   qasar? 7. Di   mana   kita   boleh   mula   mengqasarkan   solat?   Adakah   boleh   mengqasarkan   solat   siap-siap   di   rumah   sebelum   keluar   bermusafir? 8.   Bolehlah   solat   qadha   diqasarkan? 9.   Berapa   tempoh/hari   dibolehkan   mengqasarkan   solat? 10.   Bila   masa   hendak   berniat   qasar? 11.   Adakah   dibolehkan   melakukan   solat   qasar   berjamaah? Jawapan; Rakaman 1 Rakaman 2 Rakaman 3 Rakaman 4 Rakaman adalah dari program diskusi buku "PANDUAN SOLAT QASAR & JAMAK" (buku poket), tulisan USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL, di Surau Imam Syafiie, Taman Jali, Kangar, Perlis (Ahad, 14 Mei 2017, 9-11 pagi). layari; http://alampenu